refleksi kendiri sk buntal

4
ROSDIANA BINTI RAMLI 900913-13-6898 REFLEKSI KENDIRI : ‘PROGRAM MOTIVASI REMAJA GEMILANG’ DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTAL Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya, maka program yang dijadualkan oleh PISMP Pengajian Agama Ambilan Januari 2011 dengan pensyarah penasihat bagi Persatuan Pendidikan Islam (WAJ 3113) oleh Ustaz Wan Kamarulzaman dan pensyarah pembimbing bagi subjek Pofesionalisme Guru Pendidikan Islam (PIM 3111) iaitu Ustazah Sharifah Fatimah binti Wan Jamel telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Buntal, pada 2 Oktober 2013. Program Motivasi Remaja Gemilang yang mengambil masa selama 10 jam ini telah menzahirkan pelbagai perasaan dan pengalaman yang berbeza di dalam diri saya. Pengalaman ini menjadikan diri saya lebih bersedia untuk menempuh ke alam profesion keguruan. Berdasarkan program ini, saya telah melihat beberapa aspek iaitu kekuatan dan kelemahan. Aspek inilah yang membantu saya dan rakan-rakan bagi membuat penambahbaikan untuk projek yang akan dilakukan di sekolah kelak. Antara kekuatan yang telah ditonjolkan sepanjang pelaksanaan program ini adalah didapati setiap fasilitator kelihatan bersungguh-sungguh, komited, bersemangat serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang melaksanakan program ini. Seramai 63 murid-murid tahun 6 yang terlibat dan 2 orang fasilitator menjadi pembimbing kepada setiap kumpulan. Pembahagian tugasan yang telah diagihkan dijalankan dengan sebaiknya. Setiap sesi yang dipertanggungjawabkan terutamanya apabila melibatkan aktiviti taaruf (berkenalan) antara ahli kumpulan dan fasilitator, memberi nasihat dan motivasi, serta permainan explorace menjadikan diri ini disemai dengan jiwa kepimpinan dan bersiap sedia menjadi da ie (pendakwah). Sedikit sebanyak setiap aktiviti yang dijalankan merapatkan hubungan sillaturahim antara fasilitator dan murid-murid di SK Buntal. Malah murid-murid melibatkan diri dan memberikan respon yang baik semasa melaksanakan aktiviti. Seterusnya, cuaca yang cerah dan persekitaran sekolah yang kondusif membolehkan setiap perancangan aktiviti yang dilakukan berjalan dengan lancar. Para peserta program juga kelihatan tertarik dengan setiap aktiviti

Upload: rosdyana-ramli

Post on 31-Dec-2015

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi kendiri

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kendiri Sk Buntal

ROSDIANA BINTI RAMLI 900913-13-6898

REFLEKSI KENDIRI :

‘PROGRAM MOTIVASI REMAJA GEMILANG’ DI SEKOLAH KEBANGSAAN

BUNTAL

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinannya, maka program

yang dijadualkan oleh PISMP Pengajian Agama Ambilan Januari 2011 dengan

pensyarah penasihat bagi Persatuan Pendidikan Islam (WAJ 3113) oleh Ustaz Wan

Kamarulzaman dan pensyarah pembimbing bagi subjek Pofesionalisme Guru

Pendidikan Islam (PIM 3111) iaitu Ustazah Sharifah Fatimah binti Wan Jamel telah

dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Buntal, pada 2 Oktober 2013.

‘Program Motivasi Remaja Gemilang’ yang mengambil masa selama 10 jam ini telah

menzahirkan pelbagai perasaan dan pengalaman yang berbeza di dalam diri saya.

Pengalaman ini menjadikan diri saya lebih bersedia untuk menempuh ke alam profesion

keguruan. Berdasarkan program ini, saya telah melihat beberapa aspek iaitu kekuatan

dan kelemahan. Aspek inilah yang membantu saya dan rakan-rakan bagi membuat

penambahbaikan untuk projek yang akan dilakukan di sekolah kelak.

Antara kekuatan yang telah ditonjolkan sepanjang pelaksanaan program ini

adalah didapati setiap fasilitator kelihatan bersungguh-sungguh, komited, bersemangat

serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang melaksanakan program ini. Seramai

63 murid-murid tahun 6 yang terlibat dan 2 orang fasilitator menjadi pembimbing

kepada setiap kumpulan. Pembahagian tugasan yang telah diagihkan dijalankan

dengan sebaiknya. Setiap sesi yang dipertanggungjawabkan terutamanya apabila

melibatkan aktiviti taaruf (berkenalan) antara ahli kumpulan dan fasilitator, memberi

nasihat dan motivasi, serta permainan ‘explorace’ menjadikan diri ini disemai dengan

jiwa kepimpinan dan bersiap sedia menjadi da’ie (pendakwah). Sedikit sebanyak setiap

aktiviti yang dijalankan merapatkan hubungan sillaturahim antara fasilitator dan murid-

murid di SK Buntal. Malah murid-murid melibatkan diri dan memberikan respon yang

baik semasa melaksanakan aktiviti.

Seterusnya, cuaca yang cerah dan persekitaran sekolah yang kondusif

membolehkan setiap perancangan aktiviti yang dilakukan berjalan dengan lancar. Para

Page 2: Refleksi Kendiri Sk Buntal

ROSDIANA BINTI RAMLI 900913-13-6898

peserta program juga kelihatan tertarik dengan setiap aktiviti yang dilaksanakan. Ada

antara para peserta kelihatan tidak sabar untuk mengetahui aktiviti yang akan dilakukan

seterusnya. Contohnya dalam aktiviti ‘Padang Mahsyar’, mata para peserta akan

ditutup dengan kain hitam. Kebanyakan peserta kelihatan teruja dan ingin mengetahui

akan apa yang akan dilakukan kelak. Akhirnya, apabila mereka ditebarkan di tengah

gelanggang dalam cuaca yang panas, sambil menjerit menggunakan zikir yang telah

dibekalkan kepada setiap ahli di dalam kumpulan, mereka kelihatan bersungguh-

sungguh untuk mencari antara satu sama lain. Di sini, saya dapati para peserta mulai

dapat gambaran serba sedikit akan keadaan sebenar di padang Mahsyar kelak. Zikir

tersebut adalah sebagai amalan yang akan dibawa oleh mereka selepas meninggal

dunia. Keadaan cuaca yang sedikit panas membolehkan aktiviti ini dilaksanakan

dengan jayanya. Alhamdulillah.

Selain itu, semasa aktiviti ‘explorace’ yang mempunyai 9 stesen kesemuanya,

aktiviti tersebut mampu meningkatkan tahap fizikal dan mental peserta khususnya

dalam bidang pengetahuan agama Islam. Setiap stesen menyediakan aktiviti yang

pelbagai dan para peserta dikehendaki untuk menyelesaikan tugasan yang

diamanahkan pada setiap stesen. Antaranya aktiviti menjaring bola di dalam gawang,

membaling bola di dalam bakul, berjalan menggunakan terompah plastik dan beberapa

aktiviti menarik yang lain. Para peserta juga dikehendaki untuk menjaga amanah

berbentuk sekeping roti. Roti tersebut hendaklah dibawa sepanjang aktiviti ‘explorace’

berlangsung dan roti tersebut hendaklah berada dalam keadaan yang baik. Tujuan roti

tersebut diberikan kepada peserta agar sifat amanah diterapkan di dalam diri murid-

murid walaupun di mana jua berada.

Kemudahan dan infrastruktur sekolah yang lengkap seperti bilik tayangan, kantin

sekolah yang besar dan selesa, gelanggang sekolah yang luas dan selamat, ruangan

untuk murid-murid berkumpul dan pondok-pondok kecil membolehkan kami

menyediakan aktiviti yang menarik seperti yang telah ditetapkan dan dirancang pada

setiap stesen. Dalam program ini, turut diadakan sesi muhasabah diri yang dikendalikan

oleh saudara Mohd Afiq dan Mohd Hafizuddin. Sesi tersebut dilakukan pada awal

program di dalam bilik tayangan yang selesa. Oleh itu, apabila sesi muhasabah diri

Page 3: Refleksi Kendiri Sk Buntal

ROSDIANA BINTI RAMLI 900913-13-6898

dilakukan, para peserta dapat menghayati setiap penerangan dan nasihat yang

diberikan oleh penceramah dengan tekun dan selesa. Turut diselitkan sedikit video

yang memberikan keinsafan terhadap diri murid-murid.

Walau bagaimanapun, setiap program yang dilakukan, pasti akan ada

kelemahannya. Pada pendapat saya, antara kelemahan yang didapati sepanjang

program ini adalah masa yang singkat bersama dengan para peserta. Pada awalnya,

perancangan kami adalah untuk mengadakan program motivasi ini selama dua hari dan

menginap di hotel yang berhampiran. Namun, disebabkan beberapa kekangan masa

dan peralihan tempat, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Pada pendapat saya,

program motivasi yang hanya memakan masa sehari iaitu daripada jam 8 pagi

sehingga 5 petang kurang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para peserta

kerana pengisian yang kurang dan penglibatan fasilitator yang singkat bersama peserta

kumpulan masing-masing.

Malah, kami turut mensasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus murid tahun 6

akan hadir di dalam program ini. Namun, kami agak sedikit kecewa memandangkan

hanya 63 orang murid sahaja yang hadir dibandingkan dengan yang dijangka akan

hadir iaitu 71 orang. Namun, keadaan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan bilangan

ahli kumpulan yang telah ditentukan oleh kami. Selain itu, apabila tiba waktu solat asar,

solat berjemaah tidak dapat dilakukan bersama-sama fasilitator wanita memandangkan

surau yang tidak mencukupi untuk kesemua ahli jawatankuasa program dan para

peserta.

Cadangan penambahbaikan yang diperlukan berdasarkan program ini adalah

sebaiknya program yang dirancang perlu diperkemas dengan lebih awal. Hal ini adalah

kerana pada pandangan saya, pelaksanaan perjalanan aktiviti adalah amat singkat

memandangkan program ini dilakukan dalam masa sehari sahaja. InsyaAllah, pada

masa yang akan datang, program yang direncanakan dilakukan sekurang-kurangnya 2

atau 3 hari jika tiada aral melintang. Walaupun ianya memakan masa, namun ukhuwah

antara sesama saudara seislam akan menjadi lebih rapat dan mengeratkan hubungan

sillaturahim amnya. Dengan itu, saya berharap agar program ini walaupun dilaksanakan

dalam masa yang singkat mampu memberi impak yang baik kepada para peserta

Page 4: Refleksi Kendiri Sk Buntal

ROSDIANA BINTI RAMLI 900913-13-6898

program iaitu murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Buntal Kuching agar berubah

menjadi lebih baik serta menjadi muslim dan muslimah yang taat kepada perintah Allah,

Rasulullah serta Ibu bapa. Diharap mereka akan menjadi lebih bersedia dan tabah

untuk menghadapi alam remaja dan dewasa pada hari kemudian kelak. Amin.