si buntal yang degil

Upload: zuereesdin

Post on 13-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

O

TRANSCRIPT

  • SI BUNTAL YANG DEGILDISEDIAKAN OLEH : HAZDILLA BTE NOR AZLANSK BANDAR BARU SENTUL

    MARLIANA HAMBALISK TAMAN MELATI

  • Di dasar laut, tinggal Si Dora dan Si Nemo bersama anak mereka yang bernama Si Buntal. Si Buntal merupakan seekor anak yang degil dan tidak mahu mendengar kata ibu bapanya. Setiap nasihat yang diberi tidak pernah dihiraukannya.

  • Pada satu hari, rakan rakan Si Buntal mengajak Si Buntal bermain bersama.Si Buntal segera berjumpa ibu bapanya untuk memberitahu hasratnya bermain bersama rakan rakannya. Namun begitu, ibubapa Si Buntal tidak membenarkannya keluar bermain kerana risaukan keselamatan Si Buntal. Si Buntal yang degil itu tetap juga berkeras mahu keluar bermain bersama rakan - rakannya. Akhirnya Si Buntal keluar juga bermain bersama rakan rakannya tanpa pengetahuan ibu bapanya.Buntal, jangan bermain di luar kawasan,ya.Buntal tak kira. Buntal nak keluar gak.

  • Si Buntal berasa sangat seronok kerana dapat bermain bersama rakan- rakannya.Sedang asyik bermain, tiba-tiba Si Buntal merasakan seperti ada sesuatu yang memegang ekornya dari belakang.

  • Si Buntal berasa sangat takut lalu Si Buntal meronta ronta dan menjerit meminta pertolongan.Namun begitu nasi sudah menjadi bubur.Akhirnya Si Buntal ditangkap oleh manusia. Tolong..!!! Tolong..!!Lepaskan aku..!!

  • Si Buntal berasa sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat kedua ibubapanya.Namun begitu semuanya sudah terlambat. Akhirnya Si Buntal tidak berjumpa dengan ibubapanya disebabkan oleh sikap kedegilannya sendiri.

  • MORALKita perlulah mendengar nasihat ibubapa kita.

  • Sekian