refleksi kembara sejarah 23 september 2014

3
REFLEKSI INDIVIDUAL Amirun Ikmal Bin Kusaini PPISMP Sejarah SK ambilan Jun 2014 Bagi memenuhi permintaan serta melengkapkan proforma, kami telah menguruskan sebuah program Kembara Sejarah siri 2. Pada 23 September 2014, kami telah berkumpul di perkarangan kafe IPG kampus Kota Bharu pada jam 7.45 pagi. Setelah segala persiapan telah selesai, kami dengan kekuatan anggota seramai 25 orang guru pelatih yang terdiri daripada 14 orang guru pelatih PPISMP Sejarah SK, 9 orang guru pelatih GSTT Sejarah SK dan 2 orang pensyarah pengiring bertolak menuju ke Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagi. Pada jam 9.00 pagi, kami telah berhenti untuk sarapan di gerai nasi kerabu dan bertolak semula pada 9.30 pagi. Pada jam 1 petang, kami berhenti sekali lagi untuk solat dan makan tengah hari di hentian rehat Gua Musang dan bertolak semula pada jam 2 petang. Setiba kami di Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam, kami telah berhenti di sebuah restoran untuk makan malam dan meneruskan perjalanan kami ke IPG kampus Bahasa Melayu. Ketibaan kami telah disambut oleh JPP IPGKBM yang menguruskan penginapan kami pada jam 9.00 malam. Keesokannya, perjalanan program yang bermula dengan lawatan ke ATMA, sebuah institut di Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 8.00 pagi. Kami telah didedahkan serba sedikit kepada pengenalan Institut Alam Dan Tamadun Melayu dan beberapa manuskrip yang

Upload: amirun-ikmal

Post on 02-Feb-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Refleksi untuk kembara sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Kembara Sejarah 23 September 2014

REFLEKSI INDIVIDUAL

Amirun Ikmal Bin Kusaini

PPISMP Sejarah SK ambilan Jun 2014

Bagi memenuhi permintaan serta melengkapkan proforma, kami telah menguruskan sebuah

program Kembara Sejarah siri 2. Pada 23 September 2014, kami telah berkumpul di

perkarangan kafe IPG kampus Kota Bharu pada jam 7.45 pagi.

Setelah segala persiapan telah selesai, kami dengan kekuatan anggota seramai 25

orang guru pelatih yang terdiri daripada 14 orang guru pelatih PPISMP Sejarah SK, 9 orang

guru pelatih GSTT Sejarah SK dan 2 orang pensyarah pengiring bertolak menuju ke Kuala

Lumpur pada jam 8.00 pagi.

Pada jam 9.00 pagi, kami telah berhenti untuk sarapan di gerai nasi kerabu dan

bertolak semula pada 9.30 pagi. Pada jam 1 petang, kami berhenti sekali lagi untuk solat dan

makan tengah hari di hentian rehat Gua Musang dan bertolak semula pada jam 2 petang.

Setiba kami di Kuala Lumpur pada jam 8.00 malam, kami telah berhenti di sebuah

restoran untuk makan malam dan meneruskan perjalanan kami ke IPG kampus Bahasa

Melayu. Ketibaan kami telah disambut oleh JPP IPGKBM yang menguruskan penginapan

kami pada jam 9.00 malam.

Keesokannya, perjalanan program yang bermula dengan lawatan ke ATMA, sebuah

institut di Universiti Kebangsaan Malaysia pada jam 8.00 pagi. Kami telah didedahkan serba

sedikit kepada pengenalan Institut Alam Dan Tamadun Melayu dan beberapa manuskrip

yang terdapat dalam perpustakaan ATMA serta kaedah pengendalian manuskrip lama.

Lawatan kemudian diteruskan ke Institut Kajian Etnik pada jam 2.00 petang. Lawatan

kami telah disisipkan dengan satu sesi soal jawab dengan pensyarah KITA. Beberapa

soalan serta isu berkaitan hubungan etnik telah dibahaskan dengan begitu hebat. Malah,

kami Berjaya memperoleh buku Modul Hubungan Etnik daripada KITA.

Kami seterusnya bergerak pulang ke IPGKBM pada jam 4.30 petang. Tiada

pengisian pada sebelah malam kecuali beberapa perbincangan mengenai hasil lawatan ke

ATMA dan KITA.

Page 2: Refleksi Kembara Sejarah 23 September 2014

25 September 2014 pada jam 7.45 pagi, kami telah berkumpul dan bergerak menuju

ke Muzium Kesenian Islam. Kami tiba di sana pada jam 9.30 pagi. Kami memulakan lawatan

kami ke galeri di dalam Muzium Kesenian Islam pada jam 10.00 pagi sebaik sahaja muzium

di buka kepada pengunjung.

Kami seterusnya meneruskan perjalanan kami ke Muzium Orang Asli pada pukul

12.00 tengah hari. Kami tiba pada jam 1.30 petang. Lawatan kami ke sana diisi dengan

beberapa penceritaan oleh kurator muzium mengenai pengalamannya serta sejarah Muzium

Orang Asli. Kami bertolak pulang ke IPGKKB pada jam 2.00 petang. Kami tiba di IPGKKB

pada jam 12.00 tengah malam.

Melalui pemerhatian saya, lawatan ini amat berkesan dalam memberikan input ilmu

yang unik kepada kami semua. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan seperti

kelewatan para guru pelatih dalam bersiap untuk bertolak ke destinasi seterusnya. Dapat

disimpulkan bahawa lawatan seperti ini mampu menjadi pengganti kepada pembelajaran di

dalam kelas kerana ianya lebih memudahkan serta lebih inovatif dalam kaedah Pengajaran

dan Pembelajaran.