kembara amira

29

Click here to load reader

Upload: yeap-jensen

Post on 03-Jul-2015

1.213 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kembara Amira

Tema dan Persoalan Novel Kembara Amira

Tema novel ini ialah ketabahan dalam

menjayakan sesuatu misi atau tugas tanpa mengenal erti putus asa dan takut.

Perkara ini dibuktikan melalui tindakan Amira yang begitu tabah semasa berada di Gunung Mat Raya iaitu di tempat ibunya bersama-sama dengan pembantu dan pelajar-pelajarnya menjalankan aktiviti mencari gali artifak lama tinggalan manusia zaman silam. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh bukan sahaja Amira tetapi juga dihadapi oleh ibunya sendiri, Jacinta, Itai dan juga pelajar-pelajar ibunya yang sedang bekerja di tapak kerja lapangan itu. Amira hampir mati lemas akibat tergelincir di sungai dan dia bernasib baik kerana diselamatkan oleh Itai. Jacinta juga menghadapi cabaran iaitu dia pengsan dan sesat di dalam hutan ketika hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Jacinta juga bernasib baik kerana diselamatkan oleh Tau. Profesor Zaidah juga menghadapi cabaran iaitu dia mendapat kecederaan iaitu tangannya terseliuh apabila kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan kerana breknya mengalami kerosakan.

Tugas mereka hampir-hampir tidak dapat disempurnakan kerana keselamatan mereka bagaikan terancam dan menyebabkan Dr. Zawawi mencadangkan kerja-kerja cari gali itu ditangguhkan buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, Profesor Zaidah tidak bersetuju dengan cadangan Dr. Zawawi untuk menangguhkan kerja lapangan itu dan mengatakan kerja itu perlu diteruskan. Amira tabah semasa melakukan kerja cari gali dan akhirnya dia menjumpai artifak yang berupa bekas air dan ada yang menjumpai karpus ataupun tulang pergelangan tangan manusia. Seterusya, Amira tabah menghadapi dugaan semasa hendak menyelamatkan

Page 2: Kembara Amira

Malique yang dikurung oleh makhluk yang berbulu (Tau) bersama-sama dengan Itai, Pak Lias, dan Jacinta.

Persoalan

1. Persoalan kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara.Contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.

2. Persoalan persahabatan yang erat dalam kehidupan Contohnya, Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati antara satu sama lain.

3. Persoalan tolong-menolong dalam kehidupan Contohnya, Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas di sungai dan Tau pula menyelamatkan Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan ketika hendak menjejaki Amira. Ludin pula merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya dengan kaedah perubatan tradisional.

4. Persoalan keberanian dalam menempuh cabaranContohnya, Amira, Itai dan Jacinta berani untuk pergi ke Gunung Gua Gajah demi menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengurung Malique.

5. Persoalan kebijaksanaan dalam tindakanContohnya, Amira menunjukkan kebijaksanaannya dengan bertindak pantas dan tepat pada masanya untuk menggerakkan usaha demi menyelamatkan Malique.

6. Persoalan kesabaran dan ketekunan dalam melaksanakan tugasanContohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah bersabar dan tekun menjalankan kerja lapangan di tapak ekskavasi atau kerja lapangan itu.

7. Persoalan keikhlasan dalam setiap tindakanContohnya, Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya dan Ludin merawat Profesor Zaidah yang mengalami kecederaan di tangannya dengan ikhlas.

8. Persoalan kepatuhan terhadap arahan ketua

Page 3: Kembara Amira

Contohnya, Pak Lias dan Dr. Zawawi taat akan arahan Profesor Zaidah serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh ketuanya itu.

9. Persoalan hormat-menghormati dalam mengeratkan perhubunganContohnya, Amira menghormati emaknya dan juga orang lain seperti Dr. Zawawi, Itai dan Ludin. Itai juga menghormati Ludin, Tau dan Profesor Zaidah.

10. Persoalan kasih sayang dalam kehidupan berkeluargaContohnya, Profesor Zaidah sayang kepada Amira, iaitu dia masih mengambil berat tentang keselamatan Amira. Tau amat menyayangi anaknya iaitu Malique atau Sabi dan tidak mahu anaknya itu berjauhan daripadanya.

11. Persoalan sayang akan alam sekitar daripada kemusnahanContohnya, Tau benci akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan haiwan yang terdapat di dalam hutan.

12. Persoalan ketaatan kepada perintah TuhanContohnya, pelajar-pelajar Profesor Zaidah menunaikan kewajipan mereka kepada Allah iaitu dengan menunaikan solat seperti solat subuh.

13. Persoalan permuafakatan dalam membuat keputusanContohnya, masyarakat kampung orang Asli berbincang untuk mencapai kata sepakat dalam menghadapi sebarang permasalahan seperti hendak membuat keputusan berkaitan dengan peristiwa Itai yang membawa Amira ke sungai yang terdapat ketulan emas.

14. Persoalan kebijaksanaan dalam membuat keputusanContohnya, Amira berfikir dengan rasional dan bijaksana dalam membuat keputusan dengan menceritakan perkara yang sebenar kepada Ludin tentang peristiwa dia dan Itai mengambil ketulan emas di sungai, untuk dihadiahkan kepada Jacinta.

Page 4: Kembara Amira

Novel Tingkatan 5 2011 - Kembara Amira

Sinopsis Novel Kembara Amira (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)

Amira pergi ke Desa Karpus bersama-sama dengan kawan karibnya, Jacinta semasa cuti sekolah. Dia pergi ke Desa Karpus yang terletak di Gunung Mat Raya kerana ibunya, Profesor Zaidah yang juga seorang pensyarah dan profesor dalam bidang arkeologi di sebuah universiti sedang menjalankan kajian dan mencari gali artifak atau tinggalan manusia zaman silam di situ. Profesor Zaidah dibantu oleh Dr. Zawawi iaitu seorang pensyarah muda dan juga para pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti bidang pengajian yang berkaitan dengan arkeologi. Di Gunung Mat Raya, Amira berkawan dengan Itai, iaitu seorang anak orang Asli yang tinggal di kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan tapak kerja lapangan di Desa Karpus itu.

Page 5: Kembara Amira

Di samping mereka yang sedang menjalankan kerja mencari gali artifak, satu kumpulan lain sedang membuat kajian untuk mencari gali emas di kawasan hutan itu. Pihak yang menjadi pencari emas itu pula ialah sebuah syarikat dari Pulau Pinang dan mereka mengupah O’Hara menjalankan kajian untuk menilai kandungan emas di kawasan itu. Selain itu, Malique pula diberikan tugas untuk memasukkan laporan kajian itu ke dalam komputer dan Internet. Antara yang terlibat dalam syarikat pencari emas itu ialah Chin dan Roslan di samping pekerja-pekerja yang menjalankan kerja menggerudi tanah.

Semasa berada di dalam hutan itu, Amira dan Jacinta telah mengalami peristiwa pahit, iaitu Amira dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Peristiwa itu berlaku semasa Amira hendak berjumpa dengan Malique di kawasan air terjun yang menjadi tempat mereka mandi. Amira bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh Itai daripada lemas di dalam sungai dan Jacinta pula telah diselamatkan oleh Tau dalam keadaan pengsan kerana hendak menjejaki Amira yang dihanyutkan oleh air sungai.

Semasa berada di tapak cari gali itu, mereka telah menemukan karpus atau tulang pergelangan tangan manusia, barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan kapak batu. Amira merasai pengalamannya sendiri iaitu dia berjaya menemukan bekas air yang sempurna bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam itu. Mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah dengan bantuan Tau.

Di samping itu, pelbagai peristiwa yang ganjil telah dialami oleh mereka, seperti mereka mendengar pelbagai bunyi pada waktu malam, tali khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kaki manusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah pula telah mengalami kecederaan di lengannya, akibat kemalangan semasa dia menaiki kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias di dalam hutan itu. Perkara itu berlaku semasa kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh mereka terbabas dan hilang kawalan kerana breknya tidak berfungsi. Namun begitu, Ludin, iaitu ketua kampung orang Asli yang juga bapa angkat Itai telah membantu Profesor Zaidah. Dia merawat kecederaan Profesor Zaidah dengan menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun kayu, herba dan buluh.

Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas pula telah mengalami kemalangan akibat kereta pacuan empat roda yang

Page 6: Kembara Amira

dinaikinya terbabas ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencari pekerja yang hilang. Malique pengsan dan dia mendapat kecederaan iaitu tulang kakinya patah. Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh makhluk yang berbulu tebal. Walau bagaimanapun, dia disembunyikan dan dikurung di dalam sebuah gua di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan Malique telah menyebabkan kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencarinya. Amira pula menggerakkan usaha dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mencari Malique.

Sebelum itu, Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan Amira terjumpa mobile disk kepunyaan Malique di dalam gua itu. Hal itu menguatkan semangat Amira untuk mencari Malique dan dia berasa bahawa Malique masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan gua itu. Perkara itu diperkukuh lagi dengan bukti bahwa mobile disk itu memang milik Malique dan kandungannya berisi laporan hasil kajian tentang emas di kawasan hutan itu. Amira benar-benar yakin bahawa Malique masih hidup dan berada di kawasan gua itu, dan dia meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Selain Amira dan Itai, Pak Lias, Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan mereka untuk mencari Malique. Pada masa yang sama, O’Hara dan ibu Malique, iaitu Jennifer juga sampai dan turut sama ke tempat tersebut untuk menyertai gerakan itu.

Malique yang cedera pula telah dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam gua itu. Tau yakin bahawa Malique ialah Sabi iaitu anak kandungnya dengan Ipah. Tau yang memakai sarung beruang cuba bertindak kasar kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Walau bagaimanapun, Ludin sampai tepat pada masanya dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak di luar batasan dan menerima keadaan itu dengan rasional.

Akhirnya rahsia yang terpendam begitu lama terurai dengan pendedahan yang dilakukan oleh Jennifer. Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anaknya dengan Tau. Dia juga mengakui bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Hal ini bermakna, Itai dapat bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya sendiri. Jennifer (Ipah) telah meninggalkan Tau dan Itai suatu masa dahulu kerana konflik jiwa akibat dia tidak diterima oleh masyarakat di kampung itu. Jadi, dia mengambil kesempatan untuk keluar dari kampung itu dengan mengikut Johnny. Selepas semuanya selesai, Malique membuat keputusan

Page 7: Kembara Amira

untuk tinggal di situ buat sementara waktu dengan bapa dan adik kandungnya, iaitu semasa bapanya merawat kecederaannya itu.

Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang yang diminatinya di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique meneruskan projek teknologi maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dia dibantu oleh Roslan. Malique berjaya menggagalkan projek cari gali emas itu kerana semua laporannya terhapus oleh virus ciptaannya sendiri. Hal ini bermakna, kawasan hutan yang disayanginya itu dapat diselamatkan daripada menjadi mangsa syarikat pencari gali emas. Sementara itu, Jacinta berada di Paris kerana melibatkan diri dalam perniagaan fesyen, syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu dia melibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat dan dibantu oleh Rusdi yang menggantikan tempat Dr. Zawawi.

Nilai Murni dalam Kembara Amira

Page 8: Kembara Amira

1. Tolong-menolong - sebagai contohnya, Itai menolong Amira dengan menyelamatkannya daripada lemas di sungai. Jacinta pula membawakan Amira makanan untuk makan malam ke khemahnya.

2. Kerjasama - contohnya Itai dan Ludin memberikan kerjasama dalam gerakan atau usaha untuk mencari Malique yang hilang.

3. Hormat-menghormati - contohnya Amira menghormati emaknya dan juga orang lain seperti Dr. Zawawi, Itai dan Ludin dan tidak pernah meninggikan suara atau bersikap kurang sopan kepada mereka.

4. Kegigihan - contohnya Amira gigih berusaha untuk mencari Malique yang hilang dengan bantuan Itai. Pelajar-pelajar Profesor Zaidah pula gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan itu walaupun diganggu oleh pelbagai bunyi pada waktu malam.

5. Kasih sayang - contohnya ibu Amira amat menyayanginya dan ada masa untuknya walaupun dia sibuk dengan tugasnya. Jennifer pula sayang akan anaknya iaitu Malique dan sanggup datang ke hutan itu untuk mengikuti perkembangan dan keadaannya setelah mendapat berita bahawa anaknya itu hilang di dalam hutan..

6. Kesabaran dan ketekunan - contohnya pelajar-pelajar Profesor Zaidah bersabar dan tekun menjalankan kerja lapangan di tapak ekskavasi atau kerja lapangan walaupun menghadapi pelbagai masalah dan rintangan.

7. Taat akan agama – selepas menunaikan solat subuh, semua pelajar masih tidur kerana keletihan. Amira mengqada solat Subuh apabila sampai di Stesen Dahan Hijau kerana tidak sempat menunaikannya semasa di dalam kereta api.

8. Belas kasihan – Pak Lias kasihan kepada Amira iaitu apabila Profesor Zaidah seolah-olah tidak mempedulikan anak tunggalnya itu.

9. Sayang akan alam sekitar - Tau dan Malique tidak suka akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan binatang yang terdapat di dalam hutan itu.

Page 9: Kembara Amira

10. Keikhlasan - Ludin merawat tangan Profesor Zaidah yang terseliuh dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional setiap hari dengan ikhlas.

11. Mengakui kesilapan - Profesor Zaidah mengakui kesilapannya iaitu pada mulanya dia kurang yakin dengan rawatan yang hendak diberikan oleh Ludin tetapi cara rawatan yang diberikan oleh Ludin benar-benar berkesan. Beliau juga mengakui kesilapannya yang mengabaikan Amira hingga dia hampir mati lemas di sungai kerana terlalu mementingkan kerjanya.

Latar Masyarakat Novel Kembara Amira

Page 10: Kembara Amira

1. Masyarakat pelajar - Amira, Jacinta dan Itai merupakan pelajar sekolah yang sedang bercuti.

2. Masyarakat yang mementingkan persahabatan - Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling menghormati dan tidak pernah bersengketa dalam sebarang perkara. Amira dan Itai sanggup mencari ketulan emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta walaupun tindakan itu membahayakan diri mereka sendiri.

3. Masyarakat yang sayang akan alam sekitar - Tau tidak suka akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan dan binatang yang terdapat di dalam hutan. Malique juga tidak mahu hutan itu dirosakkan atau dimusnahkan.

4. Masyarakat orang Asli - Ludin, Tau dan Itai merupakan orang Asli yang tinggal di kawasan Bukit Mat Raya.

5. Masyarakat yang gigih berusaha - Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari gali artifak di tapak kerja lapangan.

6. Masyarakat yang suka menolong orang - Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas dan Tau pula menyelamatkan Jacinta.

7. Masyarakat yang mementingkan muafakat - Masyarakat kampung berbincang untuk membuat keputusan dalam menghadapi sebarang permasalahan seperti peristiwa Itai yang membawa Amira ke sungai yang ada ketulan emas.

8. Masyarakat yang berani - Amira dan Itai berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengurung Malique.

Page 11: Kembara Amira

9. Masyarakat yang kuat semangat - Amira kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin.

10. Masyarakat yang penyayang - Profesor Zaidah merupakan ibu yang penyayang kerana walaupun sibuk, dia masih mengambil berat keselamatan Amira. Begitu juga dengan Tau yang sangat sayang akan anaknya iaitu Malique atau Sabi.

11. Masyarakat yang ikhlas - Pak Lias ikhlas menegur Profesor Zaidah tentang Amira yang seolah-olah diabaikannya. Amira pula memberikan ketulan emas itu kepada Ludin setelah diminta oleh Ludin kerana dia ikhlas dan tiada tujuan lain, selain hendak memberikan ketulan emas tersebut kepada Jacinta sebagai hadiah.

12. Masyarakat yang patuh akan arahan - Pak Lias menghormati dan taat akan arahan Profesor Zaidah serta menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh ketuanya itu. Dr. Zawawi juga patuh akan arahan yang diberikan oleh Profesor Zaidah.

13. Masyarakat yang menghormati orang lain - Itai menghormati orang yang lebih tua daripadanya, contohnya dia menghormati Ludin dan Tau dan tidak membantah cakap mereka.

14. Masyarakat yang mahir dalam perubatan tradisional - Ludin berkemahiran untuk merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya hingga sembuh dengan menggunakan perubatan tradisional iaitu daripada buluh, daun kayu dan ramuan daripada akar kayu.

15. Masyarakat yang mengakui kesalahan atau kesilapan yang telah dilakukan - Profesor Zaidah mengakui kesilapannya yang mengutamakan kerjanya dan mengabaikan Amira terutamanya selepas dia hampir mati lemas di sungai.

Page 12: Kembara Amira

Watak dan Perwatakan Novel Kembara Amira

Watak Utama

AmiraAmira ialah seorang pelajar dan berkawan baik dengan Jacinta. Ibunya ialah Profesor Zaidah, iaitu pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Semasa cuti sekolah yang panjang, Amira dan Jacinta pergi ke kawasan emaknya yang sedang menjalankan kerja lapangan iaitu mencari gali artifak di Desa Karpus. Dia seorang anak tunggal yang berani dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan. Sebagai contohnya, dia berani untuk pergi ke gua Gajah untuk menggerakkan usaha menyelamatkan Malique yang hilang. Amira tabah menghadapi dugaan walaupun mengalami peristiwa pahit iaitu dia hampir mati lemas akbiat tergelincir dan dihanyutkan oleh air sungai yang deras. Amira juga suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Amira menggerakkan usaha untuk menolong Malique dengan mendapatkan bantuan daripada Itai untuk mengesannya. Selain itu, dia bersahabat baik dengan Jacinta yang berketurunan Tionghua.

Amira menghormati orang yang lebih tua daripadanya terutamanya ibunya, Pak Lias dan Dr. Zawawi. Sebagai contohnya, dia mengucapkan salam kepada ibunya pada suatu pagi selepas Jacinta ditemui dalam keadaan pengsan. Selain itu, dia merupakan seorang pelajar yang pintar untuk membuat keputusan. Sebagai contohnya, Amira diminta oleh ibunya untuk membuat keputusan tentang Tau dengan Malique dan Ipah. Dia kuat semangat ketika cuba melawan arus dan tangannya cuba memeluk batu-batu yang terdapat di sepanjang sungai tetapi gagal kerana batu-batu itu licin. Amira

Page 13: Kembara Amira

seorang yang prihatin, contohnya dia prihatin akan Jacinta yang baru sedar daripada pengsan dengan menyuapkan kawannya sup.

Walau bagaimanapun, dia seorang yang nakal, contohnya kadang-kadang dia berbuat sesuatu tindakan yang tidak dijangka oleh ibu dan ayahnya. Namun begitu, dia seorang anak yang baik, contohnya dia tidak cerewet dan tidak pernah merungut dalam sebarang hal. Selain itu, Amira juga seorang yang penyayang, buktinya dia memicit bahu ibunya yang cedera perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. Amira taat akan agama iaitu dia dengan segera mengqada solat Subuh yang tidak dapat ditunaikan semasa di dalam kereta api. Amira seorang yang bertanggungjawab, contohnya dia rasa bersalah dan tidak berhenti menangis kerana dia yang menyebabkan Jacinta hilang. Dia cuma berhenti menangis apabila Jacinta berjaya ditemui oleh Tau.

Watak Sampingan

JacintaJacinta ialah seorang pelajar yang berbangsa Cina yang berkulit putih dan gebu serta menjadi kawan baik Amira. Ibunya sudah meninggal dunia, dan ayahnya sekarang berkahwin dengan seorang perempuan lain. Dia tidak suka akan ibu tiri yang baru dikahwini oleh ayahnya itu. Dia mengikut Amira pergi ke tapak kerja lapangan atau tapak cari gali artifak tinggalan manusia pada zaman silam yang sedang dijalankan oleh ibu Amira dengan pelajar-pelajarnya tahun akhirnya. Dia telah beberapa kali mengikut Amira dalam melakukan kerja-kerja dalam bidang arkeologi. Jacinta diselamatkan dan diusung oleh Tau ke Desa Karpus. Dia dalam keadaan pengsan ketika dijumpai oleh Tau di celah banir pokok balak yang besar. Jacinta menyukai Dr. Zawawi iaitu pensyarah muda dan pembantu Profesor Zaidah.

Jacinta seorang yang tabah tetapi sentiasa tidak sabar, dan dia cepat merajuk apabila keluarganya menjadi topik perbualan. Dia suka menolong orang, contohnya dia bersama-sama dengan Amira, Itai, Pak Lias, Roslan, dan beberapa orang lagi dalam gerakan mencari Malique yang hilang. Dia sanggup membahayakan dirinya sendiri dalam usaha untuk menolong Amira yang dihanyutkan oleh air sungai yang deras.

Jacinta seorang yang bijak berkata-kata dan pandai berhujah, contohnya dia berhujah dengan O’Hara semasa mereka mencari Malique. Dia mengambil berat akan kebajikan rakannya, contohnya

Page 14: Kembara Amira

dia membawakan Amira makanan ke khemahnya pada suatu malam. Jacinta juga tidak pernah menyinggung perasaan sahabatnya, Amira walaupun mereka berlainan agama.

ItaiItai ialah anak Tau tetapi menjadi anak angkat kepada Ludin yang berketurunan suku Orang Asli Semai yang tinggal di kampung di sebelah anak bukit. Sebenarnya Itai ialah adik Malique dan emak mereka ialah Ipah atau Jennifer. Dia seorang anak muda yang hebat, pintar, berani dan memiliki keistimewaan seperti boleh mengenali tapak kaki, meneka jantina berdasarkan tapak kaki dan boleh menghidu bau yang dibawa oleh angin. Itai berkemahiran untuk menangkap ikan dengan tangan iaitu tanpa menggunakan alat menangkap ikan. Itai akan dilantik sebagai ketua kampung yang memahami alam di hutan itu, iaitu menggantikan ayah angkatnya Ludin yang sedang memegang jawatan ketua kampung itu. Itai juga merupakan pelajar yang pintar dan menjadi harapan sekolahnya. Itai berkawan dengan Amira dan Jacinta selepas peristiwa dia menyelamatkan Amira daripada mati lemas.

Itai suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Itai membantu Amira untuk mencari Malique yang hilang. Itai menghormati orang yang lebih tua daripadanya, contohnya dia menghormati Ludin dan Tau dan tidak membantah cakap mereka. Itai seorang yang murah hati, iaitu dia dan Amira sanggup meredah hutan untuk mengambil ketulan emas di sungai untuk dihadiahkan kepada Jacinta. Dia seperti hilang semangat selepas terlihat makhluk yang berbulu ketika bersama-sama dengan Amira di dalam hutan dan seterusnya dia disergah oleh Tau pada masa itu.

Profesor ZaidahBeliau seorang profesor dan pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Beliau kuat bekerja, contohnya Amira mengatakan memang tabiat ibunya suka memulakan kerja sejak awal pagi iaitu ketika orang lain masih tidur. Amira juga hairan dengan ibunya yang memiliki tenaga yang kuat untuk bekerja. Beliau merupakan ibu yang penyayang, contohnya walaupun sibuk dia masih ada masa untuk Amira, lebih-lebih lagi dia sedar akan kesalahannya yang mementingkan kerjanya selepas Amira . Beliau seorang yang penyabar, contohnya dia masih bersabar dan tidak memarahi Amira kerana kesilapannya yang menyebabkan Jacinta cedera.

Profesor Zaidah seorang ketua yang prihatin, contohnya dia mengambil berat kebajikan keluarga Pak Lias dan bertanyakan

Page 15: Kembara Amira

perbelanjaan keluarganya sebelum dia meninggalkan mereka untuk bekerja di Bukit Mat Raya. Beliau pakar dalam bidang arkeologi, contohnya dia mengatakan bahawa setiap lapisan tanah yang berlainan warna mewakili satu tempoh masa yang kita sendiri tidak pasti, mungkin ratusan atau ribuan tahun. Beliau berpengalaman selama lebih kurang dua puluh lima tahun dalam bidang itu.