refleksi kejohanan bola baling

Upload: nor-mazitah-mahussin

Post on 14-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Refleksi Kejohanan Bola Baling

    1/3

    REFLEKSI PJM 3111:PERMAINAN BOLA BALING DAN BOLA TAMPAR

    Nor Mazitah Binti Mahussin

    840110-05-5128

    PPG PJM (B)

    Permainan Bola Baling telah banyak memberikan manfaat kepada saya.

    Pelbagai pengalaman telah saya kutip sepanjang mengambil mata pelajaran bola baling

    ini. Pengalaman yang didapati di institut ini dapat digunakan pada masa-masa akan

    datang terutamanya semasa di sekolah. Selain daripada itu, ia sedikit sebanyak

    membantu meningkatkan lagi kemahiran saya dalam sukan dan permainan bola baling

    yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini.

    Sepanjang saya mengikuti mata pelajaran permainan bola baling ini, saya dapati

    banyak aspek positif dan negatif yang dapat dikategorikan. Di sini saya telah membuat

    refleksi daripada pengalaman sepanjang penglibatan dalam permainan bola baling

    terhadap beberapa aspek berikut :-

    KELEBIHAN

    Sebagai guru pelatih di institusi ini, adalah wajar untuk saya mempersiapkan diri

    dengan ilmu sebelum melangkah ke alam persekolahan. Sukan dan permainan

    merupakan aspek yang penting untuk diceburi sama ada secara serius mahu pun tidak

    oleh seseorang individu secara disedari atau pun tidak. Akademik dan permainan harus

    seiring bagi memastikan seseorang individu itu sihat secara fizikal dan rohani.

  • 7/30/2019 Refleksi Kejohanan Bola Baling

    2/3

    Lantaran itu, setiap guru pelatih perlu dibekalkan dengan ilmu sukan dan

    permainan ini agar dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Seterusnya

    dapat membantu melahirkan generasi yang sihat dan cerdas dari segi jasmani, emosi,

    rohani, intelektual dan sosial.

    Selain itu, En Syed Zulkarnain selaku pensyarah pembimbing bola baling telah

    banyak mengajar dan membimbing kumpulan kami untuk menganjurkan pertandingan

    bola baling peringkat institusi. Bermula daripada penyediaan kertas kerja, penyusunan

    buku program, surat-menyurat sehinggalah kepada kelancaran semasa pertandingan

    diadakan, En Syed Zulkarnain sentiasa memantau pasukan gerakerja kami.

    Situasi ini bertujuan agar kami tidak tergelincir daripada etika pertandingan dan

    menepati undang-undang pertandingan bola baling yang standard. Selain itu juga, kami

    dapat memupuk semangat kerjasama secara berpasukan.

    KELEMAHAN

    Berpegang kepada konsep, tiada sesuatu pun perkara yang sempurna di dunia

    ini, maka begitulah juga dengan permainan bola baling ini. Terdapat beberapa

    kelemahan semasa proses pelaksanaan pertandingan bola baling.

    Pada peringkat awal, kumpulan kami sukar mendapat kerjasama daripada

    kumpulan satu lagi. Keadaan ini merumitkan proses perbincangan awal. Ini mungkin

    kerana jadual pembelajaran yang tidak sama membuatkan kami kurang mendapat kata

    sepakat untuk mengadakan perjumpaan mahupun mesyuarat.

  • 7/30/2019 Refleksi Kejohanan Bola Baling

    3/3

    Namun, masalah ini dapat diatasi apabila hanya ahli-ahli yang tertentu sahaja

    dipanggil untuk menyertai perjumpaan bagi perbincangan persiapan pertandingan bola

    baling.

    Permasalahan ini memberikan pengajaran kepada saya agar berhati-hati

    memilih orang yang hendak disandarkan tanggungjawab. Pilihlah yang benar-benar

    komited dan bersedia menjalankan tugas dengan berlapang dada. Keselarasan

    komunikasi juga penting agar maklumat yang ingin disampaikan kepada ahli yang lain

    tidak berlainan daripada maklumat asal. Ketidaksefahaman dalam komunikasi boleh

    mengakibatkan kepincangan dalam sesbuah kumpulan terutamanya kumpulan yang

    melibatkan ahli yang besar dan ramai.

    Secara keseluruhan, sukan dan permainan bola baling ini telah banyak mendidik

    saya sebagai guru pelatih dalam penganjuran sesuatu pertandingan. Seterusnya saya

    dapat menggunakan ilmu yang ada ini secara praktikalnya di sekolah yang saya akan

    ditempatkan disamping membantu memartabatkan sukan dan permainan dikalangan

    pelajar sekolah.