refleksi- kbm

Upload: vinoothini-manogaran

Post on 08-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Saya ingin menghadratkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan kurnia-Nya, saya dapat menyelesaikan kerja kursus (BMM 1034) Kemahiran Bahasa Dalam Bahasa Melayu. Syukurnya, saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan baik walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.

Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini, pelbagai suka dan duka terpaksa ditempuhi. Saya terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan tugasan ini dan isu-isu lain yang terpaksa ditempuh untuk mencari maklumat kerana kekurangan bahan rujukan serta kelajuan internet yang sangat lambat saban hari. Namun dengan pertolongan dari pelbagai pihak, saya telah menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan.

Pertama, saya ingin menggunakan peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu , Puan Raja Rajeswari. Beliau telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau juga memberi banyak idea ketika proses menyiapkan tugasan. Tanpa bantuan dan dorongan beliau , kemungkinan besar kerja kursus ini tidak dapat disiapkan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Seterusnya pula, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan adik-beradik saya yang selalu memberi kata-kata semangat dan dorongan yang padu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuang saya kerana memberi semangat dan pertolongan yang setimpal gunung kepada saya. Dengan kerjasama dan komitmen yang telah diberikan, kerja kursus ini dapat juga disiapkan dengan jayanya.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai input baharu mengenai kemahiran menulis. Saya juga berkesempatan untuk mengkaji pandangan pelbagai tokoh mengenai kemahiran menulis ini. Antaranya termasuklah definisi terperinci kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid sejak dari bangku sekolah lagi. 21Kemahiran menulis ini merupakan sebuah kemahiran menggunakan lambng tulisan bagi mencatatkan sesuatu idea. Kegiatan tulis-menulis telah dilakukan oleh manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Namun, pada masa itu sistem tulisan yang digunakan tidak sama seperti yang ada pada hari ini. Secara keseluruhannya, kemahiran menulis ini bukan seperti kemahiran berenang atau berbasikal kerana kemahiran menulis ini berkaitan dengan kemahiran meluahkan idea agar dapat dibaca. Setiap murid wajib menguasai kemahiran menulis ini dalam kehidupan seharian mereka.

Sebenarnya, setelah menkaji kemahiran menulis ini, saya juga telah mendapati bahawa terdapat beberapa komponen yang penting. Antaranya termasuklah, wacana, tatabahasa, ejaan, kosa kata, imbuhan, kelancaran dan banyak komponen lagi. Komponen-komponen ini amat penting dalam menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Saya juga telah mendapati bahawa sekiranya seseorang murid itu gagal menguasai salah satu komponen kemahiran menulis, mereka akan menghadapi masalah menulis kelak. Maka, setiap pelajar patut menguasai komponen sejak kecil lagi.

Saya juga telah membuat kajian terhadap peringkat kemahiran menulis. Kemahiran menulis boleh dibahagikan kepada 3 peringkat. Peringkat pertama dikenali sebagai peringkat premenulis. Pada peringkat ini, murid-murid diberi latihan kepada otot-otot dan tangan mereka. Secara ringkasnya, murid-murid belajar untuk membuat rangka dasar. Peringkat kedua pula, peringkat asas menulis. Pada peringkat ini, murid telah pun menguasai kemahiran menulis setiap huruf dan abjad dan seterusnya menulis ayat-ayat. Peringkat seteusnya ialah, peringkat menulis untuk pelahiran. Pada peringkat ini, murid-murid belajar untuk melahirkan fikiran sendiri untuk menulis.

Pada bahagian B, dalam tugasan ini, saya telah mencari kesalahan dalalm rencana. Setelah melaksanakan tugasan pada bahagian ini, saya telah belajar cara untuk mencari kesalahan dalam sesebuah rencana atau artikel. Saya telah cuba sedaya upaya untuk menguasai segala aspek tatabahasa, wacana, ejaan dan imbuhan agar dapat mencari kesalahan rencana tersebut. Hal ini telah membantu saya untuk mengukuhkan lagi pengetahuan saya terhadap kemahiran menulis.

22Malah, ketika proses menyiapkan tugasan ini, saya telah belajar cara membuat bibiliografi. Bibiliografi merupakan senarai rujukan yang perlu disiapkan pada akhir kerja kursus ini. Saya telah mendapat satu gambaran yang mendalam tentang bibliografi dan cara menulisnya. Malah, saya juga belajar cara menulis rujukan mengikut stail APA.

Tambahan pula, saya juga telah belajar cara menguruskan masa dengan terancang. Saya telah menyediakan sebuah jadual belajar agar dapat menyelesaikan tugasan yang diberi tepat pada waktunya. Jadual waktu belajar ini amat membantu saya untuk meluangkan masa secara sistematik melakukan sebarang aktiviti.

Selain itu, semangat kekitaan antara saya dan rakan saya juga telah bertambah baik. Hal ini demikian, kami telah meluangkan banyak masa untuk berbincang mengenai tajuk ini. Seterusnya, kami akan berkongsi pendapat dengan idea masing-masing. Melalui cara ini, kami telah mendapat lebih banyak input tentang sesuatu topik.

Dari sudut yang berbeza pula, sebenarnya kerja kursus ini akan amat membantu saya apabila saya menjadi guru bahasa Melayu nanti. Hal ini demikian, ketika mengkaji kemahiran menulis ini, saya telah pelajari antara aktiviti atau latihan yang boleh dilaksanakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Contohnya adalah seperti latihan mengisi tempat kosong dalam sesebuah karangan pendek bagi murid-murid tahun 2. Melalui latihan sebegini, mereka mampu menguasai kemahiran menulis sejak kecil lagi. Sepertimana yang kita tahu, ramai murid-murid yang gagal menguasai kemahiran menulis ini kerana mereka tidak diajar teknik yang berkesan ketika berada di tahap satu.

Saya juga telah mendapat idea yang lebih terperinci mengenai cara menulis sebuah penulisan yang mantap. Sebagai permulaan, setiap karangan yang cekap perlu mempunyai pengenalan yang dapat difahami dengan mudah. Perkara kedua, karangan tersebut perlu mempunyai isi-isi yang ditulis dengan terancang dan tersusun. Akhir sekali, sebuah karangan yang mantap perlu mempunyai sebuah penutup yang jelas. Kriteria -kriteria ini amat penting dalam sesebuah penulisan. Setelah mengkaji semua kriteria ini dengan mendalam, saya telah lebih faham dan yakin dapat membimbing anak murid saya untuk menulis karangan yang mantap.

23Saya juga sedar bahawa selaku seorang guru bahasa Melayu, saya perlu menguasai kemahiran menulis ini agar dapat menjadi sumber tenaga pengajar yang berdedikasi. Hal ini demikian, kemahiran menulis memainkan peranan yang tidak berbelah bahagi dalam kehidupan setiap manusia pada zaman yang mencabar ini. Semua guru wajib menguasai kemahiran menulis secara keseluruhan dahulu, sebelum mengajar murid-murid di sekolah agar mereka dapat memahami konsep menulis ini dengan baik.

Bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu juga merupakan lambang identiti negara. Dalam usaha negara kita merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia terus bertekad untuk meningkatkan pencapaian murid dengan menyediakan sistem pendidikan yang efisien. Negara kita akan melahirkan murid-murid yang berpotensi tlnggi pada masa akan datang. Namun, persoalanya, mampukah murid-murid yang tidak menguasai kemahiran menulis dapat merealisaskan impian ini? Sudah tentu tidak boleh. Maka,saya telah banyak sedar bahawa setiap murid wajib menguasai kemahiran menulis ini agar dapat membawa Malaysia ke arah mercu kejayaan.

24