refleksi kajian 2015.doc

2
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Pengkaji merupakan seorang guru prasekolah. Boleh didapati pada setiap tahun pengkaji mengajar murid yang baharu di prasekolah yang mempunyai pemasalahan yang sama. Dalam tunjang perkembangan fizikal dan estetika dipecahkan kepada dua bahagian dan permasalahan mewarna gambar dalam ruang tertentu ini terdapat dalam perkembangan kreativiti. Kreativiti perlu dibangunkan pada peringkat awal persekolahan lagi untuk membolehkan mereka tahu potensi kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka. Tempoh masa selama dua minggu, pengkaji telah dapat mengesan seorang murid yang belum menguasai kemahiran mewarna yang baik seperti mewarna terkeluar dari garisan gambar dan mewarna dengan kurang kemas. Murid tersebut masih lagi melakukan kesalahan yang sama walaupun guru telah memberikan tunjuk ajar dalam memperbaiki kesalahannya dalam mewarna gambar. Berdasarkan permasalahan tersebut pengkaji telah mengenalpasti murid tersebut iaitu responden A sangat lemah dari segi kemahiran mewarna. Hasil kerja murid ini setiap kali diserahkan kepada guru amatlah mengecewakan. Hasil kerja murid ini comot dan kadangkala rupa bentuk gambar yang diwarna tidak dapat dikenalpasti lagi. Kemahiran mewarna amatlah penting untuk dikuasai kerana melibatkan kemahiran motor halus murid yang berkaitan dengan semua perkara yang dilakukan murid. Penguasaan 1

Upload: linda

Post on 22-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI KAJIAN 2015.doc

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Pengkaji merupakan seorang guru prasekolah. Boleh didapati pada setiap tahun pengkaji

mengajar murid yang baharu di prasekolah yang mempunyai pemasalahan yang sama. Dalam

tunjang perkembangan fizikal dan estetika dipecahkan kepada dua bahagian dan permasalahan

mewarna gambar dalam ruang tertentu ini terdapat dalam perkembangan kreativiti. Kreativiti

perlu dibangunkan pada peringkat awal persekolahan lagi untuk membolehkan mereka tahu

potensi kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.

Tempoh masa selama dua minggu, pengkaji telah dapat mengesan seorang murid yang belum

menguasai kemahiran mewarna yang baik seperti mewarna terkeluar dari garisan gambar dan

mewarna dengan kurang kemas. Murid tersebut masih lagi melakukan kesalahan yang sama

walaupun guru telah memberikan tunjuk ajar dalam memperbaiki kesalahannya dalam mewarna

gambar. Berdasarkan permasalahan tersebut pengkaji telah mengenalpasti murid tersebut iaitu

responden A sangat lemah dari segi kemahiran mewarna. Hasil kerja murid ini setiap kali

diserahkan kepada guru amatlah mengecewakan. Hasil kerja murid ini comot dan kadangkala

rupa bentuk gambar yang diwarna tidak dapat dikenalpasti lagi. Kemahiran mewarna amatlah

penting untuk dikuasai kerana melibatkan kemahiran motor halus murid yang berkaitan dengan

semua perkara yang dilakukan murid. Penguasaan kemahiran mewarna sangat penting jika tidak

diatasi murid tersebut akan seringkali lambat dalam menyiapkan semua tugasan yang telah

diberikan guru. Selain itu emosi murid juga mungkin terganggu jika seringkali dirinya di

tertawakan oeh murid lain kerana hasil kerja yang kurang memuaskan.

Menurut Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh

digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Ini kerana aktiviti seni

menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara

berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka

pengetahuan akademik.

(Roslindawati bt Ariffin)

1

Page 2: REFLEKSI KAJIAN 2015.doc

Muncul satu persoalan di benak pemikiran pengkaji mengapakah permasalahan ini begitu sukar

untuk ditangani.

2