refleksi individu nor eini

Upload: nor-eini

Post on 01-Mar-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG FASA 6

TRANSCRIPT

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan izin dan rahmatNya, saya dan rakan-rakan dari kelas PPG Sains Kumpulan 1 dapat menyempurnakan aktiviti Bengkel Guru Inovatif dan Lawatan Penanda Aras bagi memenuhi program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 di bawah kelolaan Unit Kokurikulum Institut Perguruan Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. BIG Fasa 6 ini harus memenuhi bilangan jam iaitu 10 jam yang merangkumi taklimat di IPG selama 3 jam, bengkel atau ceramah selama 2 jam, lawatan penanda aras 3 jam manakala baki 2 jam lagi adalah diperuntukkan untuk persediaan membuat pelaporan dan refleksi. Kedua-dua aktiviti bengkel dan lawatan penanda aras ini telah dijalankan di sebuah sekolah yang agak terpencil dari pekan iaitu SK Permatang Janggus, Penaga, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang. Ianya telah dilaksanakan pada hari Selasa bersamaan 10 Februari 2015. Sekolah ini dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak IPG untuk dijadikan sebagai sebuah sekolah yang sesuai dilawat untuk penanda aras bagi inovasi yang dijalankan oleh guru cemerlang di sekolah itu dan sudah pastinya perlu mempunyai guru cemerlang dalam bidang pengkhususan yang sama dengan kumpulan peserta BIG iaitu pengkhususan sains,

Aktiviti di dalam program ini dimulakan dengan aktiviti bengkel guru inovatif. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai bagaimana untuk menjadi guru yang inovatif serta apakah ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang guru cemerlang yang berinovasi tinggi. Ceramah di dalam bengkel ini telah disampaikan oleh seorang guru cemerlang di sekolah tersebut iaitu Encik Nazri Bin Hasan. Di dalam ucapan yang disampaikan, beliau turut menceritakan susur perjalanan beliau dari peringkat beliau meneruskan pengajian selepas SPM sehinggalah beliau menjadi seperti mana diri beliau sekarang. Beliau turut menyatakan bahawa untuk menjadi seorang guru inovatif, ianya perlu lahir dan tercetus daripada minda diri kita sendiri. Sekiranya kita memang suka dan minat dengan profesion dan sentiasa mempunyai daya keinginan untuk menambah nilai dalam diri, maka selagi itulah harapan dan peluang untuk menjadi guru yang cemerlang dan berinovasi masih ada.

Mengikut kefahaman dan pengamatan saya semasa mengikuti bengkel ini, seseorang yang menjadi guru cemerlang perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru cemerang juga perlu sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas, bertanggungjawab dan cemerlang secara berterusan. Di antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru cemerlang ialah seperti kecemerlangan komunikasi, kecemerlangan prestasi, berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara, kecemerlangan hasil kerja, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran serta kecemerlangan peribadi.Saya lebih tertarik untuk mendalami ciri-ciri guru cemerlang dari segi kecemerlangan periadi kerana menurut beliau, seorang guru cemerlang seharusnya mempunyai dan mempamirkan sahsiah yang terpuji, berketrampilan, berpegang teguh pada etika, peka terhadap keperluan pelajar dan menjadi role model kepada pendidik. Pada saya, untuk menarik minat insan sekeliling terutamanya yang bergelar murid, kita perlulah memperbetulkan diri kita terlebih dahulu terutamanya dari segi peribadi yang begitu luas takrifannya. Tanpa peribadi yang unggul, seorang guru tidak mampu menjadi pendidik yang baik dan beretika dan sudah tentu tidak dapat menghasilkan produk yang baik iaitu murid yang mempunyai modal insan yang seimbang suatu hari nanti.Di samping itu juga, seorang guru cemerlang perlu berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang mantap dalam menguasai dan menghayati isi kandungan bidang opsyen serta menjadi pakar rujuk bagi pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang harus bijak mengurus masa, sumber dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Segala keperluan dan masalah pelajar harus dikenal pasti dengan segera supaya guru dapat menyediakan program tindakan susulan. Perkara yang tidak dapat dielakkan untuk menjadi seorang guru cemerlang ialah dia mesti seorang yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Isi kandungan yang disampaikan oleh beliau turut merangkumi keseluruhan perkara yang perlu diketahui oleh kami dalam slot lawatan penanda aras. Beliau juga menegaskan di sini bahawa mungkin ramai guru boleh menjadi seorang guru yang kreatif, namun tidak semua orang mampu menjadi guru yang inovatif terutamanya berkaitan dengan informasi di dalam pendidikan. Di dalam ceramah ini juga, beliau turut berkongsi idea dan pengalaman beliau menjadi salah seorang ahli kepada kelab astronomi bagi negeri Pulau Pinang di mana beliau banyak membuat kajian tentang pencerapan planet dan sistem suria kita umumnya. Sungguh teruja kami mendengar pengalaman beliau. Memang benar beliau patut dinobatkan sebagai guru cemerlang kerana keinginannya untuk mengajar dan mendidik bukan hanya berlandaskan buku-buku dan sumber maya semata-mata, tetapi beliau juga turut melakukan penyelidikan dengan mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga untuk mencari ilmu. Ini jelas dibuktikan dengan pembelian beberapa jenis teleskop untuk membuat cerapan planet, bulan dan sistem suria.Kami juga seterusnya menjalankan satu sesi khas seperti yang diminta oleh guru besar sekolah tersebut supaya mengadakan satu ujian pengesanan awal UPSR untuk murid tahun enam yang merupakan calon UPSR 2015. Guru besar juga turut meminta kami menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid tersebut. Dalam hal ini, kami tidak menghadapi sebarang masalah kerana sememangnya di kalangan rakan-rakan saya sendiri, ada yang menjadi guru pakar Sains. Oleh itu soalan ujian ini dapat disiapkan dengan baik dan diedarkan kepada murid-murid untuk dijawab. Walau pun saya dan rakan-rakan agak tertekan kerana permintaan ini dibuat pada saat akhir, namun bak kata pepatah orang tua, Orang berbudi, kita berbahasa. Dengan sebab itu, kami menerima arahan ini dengan berlapang dada. Alhamdulillah, berkat kesabaran kami, program berjalan dengan lancar walau pun tempat ujian dijalankan agak kurang selesa bagi murid-murid berkenaan. Semasa lawatan ke bilik sains, saya dan rakan-rakan berpeluang menyaksikan beberapa inovasi yang dilakukan oleh guru cemerlang tersebut iaitu pelancar roket air. Peralatan dan radas bilik sains juga disusun dengan rapi dan teratur.Dalam menjalani program bengkel dan lawatan penanda aras ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti di samping peluang yang diperolehi dan ancaman yang diterima. Saya akan membincangkan perkara-perkara di atas melalui analisis SWOT.Kekuatan ( Strength )Sepanjang program berlangsung, saya mendapati ianya terusun dan mengikut jadual yang telah dirancang. Kedatangan kami disambut dengan baik dan kami juga diberi taklimat berbentuk motivasi diri dari guru besar sekolah tersebut sebelum majlis bermula. Aktiviti ujian pengesanan awal UPSR yang kami jalankan juga menunjukkan terdapatnya interaksi berbentuk kerjasama di antara dua pihak telah berlaku. Di samping itu juga, segala maklumat berkaitan isi kandungan untuk bengkel dalam slot pertama serta soal jawab dalam slot kedua iaitu lawatan penanda aras telah dijawab dengan mantap sekali oleh guru cemerlang tersebut. Rakan-rakan saya juga mempunyai kepakaran dalam bidang TMK, maka segala rakaman foto dan video sepanjang program berlangsung juga berjalan dengan lancar.

Kelemahan (Weakness)Kelemahan yang dikenal pasti dari pihak sekolah tersebut ialah tempat meletakkan kenderaan. Beberapa hari sebelum program dijalankan, guru besar telah memberitahu kepada kami bahawa sekolah tersebut agak terpencil dari pekan dan juga mempunyai masalah tempat parkir kereta di dalam kawasan sekolah. Maka saya dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah sahaja. Namun, alhamdulillah masih ada beberapa ruang lagi kepada saya dan rakan-rakan untuk meletakkan kenderaan memandangkan kami datang awal. Ada juga rakan-rakan saya yang tersesat untuk sampai ke sekolah ini. Berdasarkan panduan secara terperinci diberikan, baharulah mereka tiba walaupun hanya beberapa saat sahaja lagi majlis akan bermula.

Halangan (Threat)Halangan yang dikenal pasti dalam menjayakan program ini ialah pemilihan sekolah dan masa. Semasa taklimat BIG pertama lagi, kami diingatkan untuk tidak menjalankkan aktiviti di sekolah yang guru cemerlangya terdiri dari kalangan kami sendiri sebagai pelajar PPG. Keadaan ini agak sukar kerana jarang sekali ada guru cemerlang lain yang mahu ditemu bual dan berkongsi ilmu mereka jika mereka sendiri tahu ada dalam kalangan rakan mereka yang turut menjadi guru cemerlang terlibat di dalam program ini. Jumlah guru cemerlang yang ada di luar sana juga adalah terhad menjadikan kami buntu untuk menentukan sekolah mana yang akan dilawati. Beberapa orang guru cemerlang yang dicadangkan terlebih dahulu telah bertindih dengan program yang sama dengan kelas PPG lain. Namun, alhamdulillah kami tidak salah memilih guru cemerlang ini kerana beliau sangat prihatin dan memahami apa kehendak program BIG ini. Masa juga merupakan salah satu aspek halangan yang lain. Program ini dijalankan pada awal persekolahan. Tidak banyak sekolah yang rela hati mengizinkan program ini dijalankan memandangkan pelbagai program dan aktiviti yang perlu dilancar pada awal tahun. Maka saya selaku pengerusi program telah menjalankan rundingan berkaitan tarikh dan masa dengan guru besar. Alhamdulillah akhirnya tarikh yang dicadang diterima oleh beliau.Peluang (Opportunity)Banyak peluang yang diperolehi melalui sesi bengkel ceramah dan soal jawab ini. Kami memperolehi input tentang bagaimana laluan untuk menjadi seorang guru cemerlang dan apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang guru cemerlang. Saya sendiri yang dilantik menjadi pengerusi pada program BIG Fasa VI kali ini turut bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan tugas-tugas seorang pengerusi. Memang mencabar kerana kesuntukan masa dengan penetapan tarikh akhir pelaksanaan BIG. Segala hal-hal dan masalah berkaitan program perlu diberi keutamaan terutamanya fasa sebelum pelaksanaan program.

Secara keseluruhannya, program ini memberi banyak informasi dan pengalaman berharga kepada saya terutamanya berkaitan dengan tema program iaitu guru inovatif. Sekalung ucapan tahniah juga diucapkan kepada jawatan kuasa yang bertungkus lumus untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Guru yang berinovatif mampu menjadikan bidang pendidikan lebih berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi di mata masyarakat.

6