refleksi hp etika, nilai profesionalisme

2
Refleksi Melalui Malam Kebudayaan Antarabangsa 2014 (ICN), Saya berpeluang menerapkan Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme. Saya telah memahami betapa pentingnya mengamalkan sikap bertanggungjawab dan beretika serta menjadi seorang ketua pengarah yang profesionalisme semasa menjalankan sesuatu program. Yang pertamanya ialah saya telah banyak menyumbang idea dalam strategi pemasaran dan mencari dana unutk menampung kos perbelanjaan semasa aktiviti ini dijalankan. Sebagai seorang ketua pengarah, walaupun saya telah melantik salah seseorang ahli saya sebagai Exco Marketing, tetapi saya tidak pernah membiarkan dia saja untuk memikirkan idea mecari dana. Saya memahami sebagai seorang ketua pengarah, saya mempunyai tanggungjawab memberi apa jua bantuan saja kepada ahli saya dan menyelesaikan masalah mereka bersama. Oleh itu, akhirnya kami dapat idea untuk mendapatkan dana secara derma perseorangan serta berkumpulan. Saya bersama ahli kumpulan saya telah mengunjungi pasar borong selayang untuk tujuan mendapat derma bagi menampung kos perbelanjaan aktiviti ini.Akhirnya, kami berjaya mendapat sumber kewangan yang mencukupi. Walaupun perjalanan untuk mendapat dana adalah amat susah, tapi saya tetap rasa berbangga kerana dapat menyelesaikan masalah kewangan bersama ahli saya akhirnya. Seterusnya ialah saya mempelajari beretika dan profesionalisme semasa menjalankan tugas. Dalam program ini, saya bersama bendahari berperanan menjaga akaun ICN. Walaubagaimanapun, saya tidak pernah menggunakan duit tersebut

Upload: xic-min

Post on 28-Jul-2015

46 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi hp etika, nilai profesionalisme

Refleksi

Melalui Malam Kebudayaan Antarabangsa 2014 (ICN), Saya berpeluang menerapkan

Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme. Saya telah memahami betapa pentingnya

mengamalkan sikap bertanggungjawab dan beretika serta menjadi seorang ketua pengarah

yang profesionalisme semasa menjalankan sesuatu program. Yang pertamanya ialah saya

telah banyak menyumbang idea dalam strategi pemasaran dan mencari dana unutk

menampung kos perbelanjaan semasa aktiviti ini dijalankan. Sebagai seorang ketua pengarah,

walaupun saya telah melantik salah seseorang ahli saya sebagai Exco Marketing, tetapi saya

tidak pernah membiarkan dia saja untuk memikirkan idea mecari dana. Saya memahami

sebagai seorang ketua pengarah, saya mempunyai tanggungjawab memberi apa jua bantuan

saja kepada ahli saya dan menyelesaikan masalah mereka bersama. Oleh itu, akhirnya kami

dapat idea untuk mendapatkan dana secara derma perseorangan serta berkumpulan. Saya

bersama ahli kumpulan saya telah mengunjungi pasar borong selayang untuk tujuan

mendapat derma bagi menampung kos perbelanjaan aktiviti ini.Akhirnya, kami berjaya

mendapat sumber kewangan yang mencukupi. Walaupun perjalanan untuk mendapat dana

adalah amat susah, tapi saya tetap rasa berbangga kerana dapat menyelesaikan masalah

kewangan bersama ahli saya akhirnya.

Seterusnya ialah saya mempelajari beretika dan profesionalisme semasa menjalankan

tugas. Dalam program ini, saya bersama bendahari berperanan menjaga akaun ICN.

Walaubagaimanapun, saya tidak pernah menggunakan duit tersebut dengan sesuka hati dan

saya telah menjagakan kewangan tersebut dengan baik. Hal ini disebabkan saya mengetahui

betapa pentingya saya berperanan sebagai seorang ketua pengarah yang beramanah serta

melaksanakan tugasan secara berintegriti. Dalam program ini, saya telah menetapkan satu

syarat iaitu sesapa ahli yang perlu menuntut bayaranya perlu disertai dengan resit yang sah.

Tujuan saya berbuat demikian adalah memastikan setiap ahli ICN perlu menjaga tatatertib

tersebut supaya masalah penyelewengan dan penipuan tidak berlaku.

Akhir kata, saya berasa amat gembira kerana melalui projek Malam Kebudayaan

Antarabangsa 2014, saya diberi peluang menerapkan Kemahiran Nilai, Sikap, Etika dan

Profesionalisme, ini telahpun memberi banyak faedah dan manfaat kepada diri saya. Saya

akan menyertai lebih banyak program lain supaya saya boleh menambahkan lebih banyak

ilmu pengetahuan dan pengalaman agar menjadi seorang insan yang berguna dan tonggak

negara pada masa hadapan.

Page 2: Refleksi hp etika, nilai profesionalisme