refleksi gsa

2
Antara pegalaman yang saya perolehi dalam menyiapkan kerja kursus ini adalah saya dapat mengetahui tentang formula yang digunakan untuk mencari min, mod, median, sisihan piawai dan varians. Saya dapat mengingat semula perkara yang saya dapat ketika saya di alam persekolahan pada peringkat menengah. Secara tidak langsung, saya telah belajar sesuatu yang amat penting iaitu ilmu yang kita pelajari mestilah sentiasa diingati dan dipraktikkan melalui latihan. Ini boleh menyiapkan diri saya supaya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Saya juga berbincang dengan rakan yang lain berkenaan dengan masalah yang dipilih sebagai bahan kerja kursus kerana ia mesti dipilih mengikut kesesuaian dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Saya telah memilih tajuk ‘Statistik Kes Penceraian di Melaka’. Saya memilih tajuk ini kerana kita sering mendengar di corong radio dan kaca televisyen bahawa kes penceraian di Malaysia semakin naik dengan mendadak. Ini mengundang kerisauan di hati rakyat Malaysia terutama pasangan yang yang sudah berkahwin. Banyak sebab yang boleh menyebabkan kes penceraian ini berlaku. Antaranya ialah kurangnya persefahaman di kalangan pasangan suami isteri terutama sekali pasangan yang masih muda. Kebanyakan mereka kekurangan ilmu rumah tangga kerana berkahwin atas faktor cinta semata-mata. Ada juga antara mereka berkahwin kerana sudah terlanjur. Hal ini sangat tidak sepatutnya berlaku kerana setiap agama melarang penganutnya berbuat jahat. Mereka mudah terdorong oleh hawa nafsu. Setiap manusia melakukan kesilapan. Oleh itu, berilah kesempatan kepada mereka supaya tidak mengulangi lagi perbuatan itu. Tetapi seandainya mereka masih mengulanginya pada masa akan datang, maka berilah pengajaran.

Upload: muhamadshamir

Post on 02-Feb-2016

3.847 views

Category:

Documents


82 download

DESCRIPTION

ini menceritakan tentang bagaimana sesuatu kerja kursus itu dijalankan dengan jayanya dan amat berguna dengan mempunyai nilai yang baik di dalamnya.

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi GSA

Antara pegalaman yang saya perolehi dalam menyiapkan kerja kursus ini adalah saya

dapat mengetahui tentang formula yang digunakan untuk mencari min, mod, median, sisihan

piawai dan varians. Saya dapat mengingat semula perkara yang saya dapat ketika saya di alam

persekolahan pada peringkat menengah. Secara tidak langsung, saya telah belajar sesuatu

yang amat penting iaitu ilmu yang kita pelajari mestilah sentiasa diingati dan dipraktikkan

melalui latihan. Ini boleh menyiapkan diri saya supaya lebih bersedia untuk menghadapi

peperiksaan. Saya juga berbincang dengan rakan yang lain berkenaan dengan masalah yang

dipilih sebagai bahan kerja kursus kerana ia mesti dipilih mengikut kesesuaian dan kriteria-

kriteria yang telah ditetapkan. Saya telah memilih tajuk ‘Statistik Kes Penceraian di Melaka’.

Saya memilih tajuk ini kerana kita sering mendengar di corong radio dan kaca televisyen

bahawa kes penceraian di Malaysia semakin naik dengan mendadak. Ini mengundang

kerisauan di hati rakyat Malaysia terutama pasangan yang yang sudah berkahwin.

Banyak sebab yang boleh menyebabkan kes penceraian ini berlaku. Antaranya ialah

kurangnya persefahaman di kalangan pasangan suami isteri terutama sekali pasangan yang

masih muda. Kebanyakan mereka kekurangan ilmu rumah tangga kerana berkahwin atas faktor

cinta semata-mata. Ada juga antara mereka berkahwin kerana sudah terlanjur. Hal ini sangat

tidak sepatutnya berlaku kerana setiap agama melarang penganutnya berbuat jahat. Mereka

mudah terdorong oleh hawa nafsu. Setiap manusia melakukan kesilapan. Oleh itu, berilah

kesempatan kepada mereka supaya tidak mengulangi lagi perbuatan itu. Tetapi seandainya

mereka masih mengulanginya pada masa akan datang, maka berilah pengajaran.

Terdapat beberapa penyelesaian yang boleh dilakukan untuk meminimakan masalah ini.

Antaranya pasangan yang hendak dikahwinkan perlulah diterapkan dan mewajibkan mereka

belajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan isteri dan rumah tangga. Hal ini sangat penting kerana,

suami sebagai ketua keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam institusi

kekeluargaan. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, perlu diadakan kursus tentang

kepentingan tanggungjawab suami dan isteri serta anak-anak. Sekiranya berlaku pasangan

yang bercerai, ini akan memberi kesan yang sangat dahsyat kepada anak-anak. Kes lari rumah

dan masalah sosial akan meningkat dengan drastic kerana kekurangan perhatian daripada ibu

bapa. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang enteng oleh segenap lapisan masyarakat

kerana natijahnya sangat serius kepada individu, masyarakat dan negara.

Page 2: Refleksi GSA

Selain itu, saya juga mendapat ilmu berkaitan dengan cara-cara untuk membina graf.

Ilmu ini adalah hasil daripada sumber internet yang saya cari dan pertolongan daripada kawan-

kawan. Bagaimana kita hendak membuat paksi dan dilabelkan paksi tersebut. Begitu juga

dengan memasukan data ke dalam graf. Daripada graf tersebut kita dapat mengetahui mod dan

sebagainya selain daripada diperolehi melalui kiraan. Ini menunjukkan bahawa untuk

menyelesaikan masalah dalam matematik, tidak hanya bergantung kepada satu penyelesaian

sahaja. Begitu juga dengan kehidupan kita. Kita tidak boleh berputus asa walaupun gagal

berkali-kali kerana kejayaan sentiasa menanti bagi sesiapa yang mengejarnya. Saya juga dapat

mengetahui tentang perbezaan antara populasi dan sampel, data deskriptif dan inferensi,

nominal dan ordinal serta skala nisbah dan skala sela. Sekian, terima kasih.