refleksi bmm

5
Refleksi Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah saya. Saya Mohd Aidil Bin Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya dan tiga orang lagi rakan saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah rendah, kurikulum standard sekolah rendah dan kemahiran bahasa. Selepas itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai rancangan pengajaran satu semesta dan rancangan pengajaran mingguan untuk kerja kursus saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk membina sebuah rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan tajuk yang dipilih oleh kumpulan kami tetapi setelah di terangkan oleh Dr Hussin B Sarif, saya akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk menghasilkan rancangan pengajaran harian (RPH). Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh Hussain B Sarif telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk mencari contoh alat bantu mengajar untuk tajuk yang kumpulan saya pilih di dalam Rancangan Pengajaran harian RPH. Selepas itu saya telah cuba mengambil isi di dalam buku tersebut dan membuat kerja kursus yang telah diberikan. Perkara ini tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat dan alat bantu mengajar pula haruslah sesuai dengan murid sekolah rendah.

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 22-Nov-2014

4.514 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi bmm

Refleksi

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja

kursus Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah saya. Saya

Mohd Aidil Bin Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah

berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan,

pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya

untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak

menyangka bahawa saya dan tiga orang lagi rakan saya telah melakukannya

dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan

yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa

masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah

untuk mencari bahan rujukan tajuk mengenai sukatan pelajaran bahasa melayu

sekolah rendah, kurikulum standard sekolah rendah dan kemahiran bahasa. Selepas

itu, saya terpaksa pula mencari maklumat mengenai rancangan pengajaran satu

semesta dan rancangan pengajaran mingguan untuk kerja kursus saya. Saya tidak

tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham untuk

membina sebuah rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan tajuk yang dipilih

oleh kumpulan kami tetapi setelah di terangkan oleh Dr Hussin B Sarif, saya

akhirnya dapat mengetahui bagaimana cara-cara untuk menghasilkan rancangan

pengajaran harian (RPH).

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan

untuk diisi dalam kerja kursus saya. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan

secara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum

dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah diberikan oleh

Hussain B Sarif telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya

saya. Ini merupakan antara kekuatan yang saya perolehi semasa melaksanakan

kerja kursus ini. Di samping itu saya juga mengambil kesempatan untuk mencari

contoh alat bantu mengajar untuk tajuk yang kumpulan saya pilih di dalam

Rancangan Pengajaran harian RPH. Selepas itu saya telah cuba mengambil isi di

dalam buku tersebut dan membuat kerja kursus yang telah diberikan. Perkara ini

Page 2: Refleksi bmm

tidak mudah kerana fakta-fakta yang dimasukkan haruslah tepat dan alat bantu

mengajar pula haruslah sesuai dengan murid sekolah rendah.

Subjek Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan satu

subjek yang baru bagi diri saya, semasa pertama kali mengenali subjek ini, saya

dapat merasakan bahawa subjek ini lebih kepada kepentingan yang terkandung

dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Keinginan mengetahui lebih dalam tentang

Apakah yang dimaksudkan dengan KSSR? Apakah yang terkandung dalam KSSR

ini?

Pensyarah pembimbing telah banyak memberi komitmen sepenuhnya dalam

pengajaran dan pembelajaran dalam subjek ini. Walaupun pada mulanya sukar

untuk saya fahami kerana subjek ini teorinya agak mengelirukan dan ada sedikit

yang lebih kurang sama maksudnya, namun saya berjaya juga memahami semua

yang telah diajar oleh beliau. Semasa pertama kali mendapat tugasan yang

diberikan oleh beliau, sememangnya tidak dinafikan keluhan yang ada dalam diri

saya, hal ini kerana terdapat banyak lagi tugasan yang harus disiapkan berikutan

dengan tarikh serahan tugasan yang telah diberikan. Tetapi hal itu tidak pernah

melunturkan semangat saya untuk terus berusaha menyiapkan tugasan ini kerana

keluhan tugasan bukanlah alasan untuk tidak menyiapkan tugasan ini. Itulah

prinsip yang ada dalam diri saya untuk lebihmemberi motivasi dalam diri saya.

Tugasan yang diberikan tidaklah susah berbanding dengan tugasan yang lain

kerana semuanya ada dalam nota yang diberikan oleh beliau. Apatah lagi

Rancangan Pengajaran Harian yang diperlukan dalam tugasan ini bergantung

dengan kreativiti individu untuk melaksanakan satu RPH yang menyeronokkan dan

mencapai objektif. Ia sungguh menyeronokkan dengan bertukar pendapat dengan

rakan-rakan dan menjana idea yang lebih baik. Dalam tugasan ini secara tidak

langsung pemahaman saya tentang subjek ini bertambah dan mudah dipraktikan di

masa akan datang terutama semasa menjalankan praktikum mahupun semasa

berkhidmat di sekolah. Rakan-rakan dan senior juga tidak pernah jemu memberi

pendapat dan berkongsi maklumat tentang subjek ini.

Page 3: Refleksi bmm

Saya juga amat berterima kasih dengan ibu bapa saya yang tidak pernah

berhenti menyokong saya dan memberi wang saku sedikit untuk membeli alat -

alat tulis keperluan tugasan ini tanpa diminta. Saya amat bersukur kepada Tuhan

kerana memberi saya pensyarah, rakan-rakan dan ibu bapa yang amat murah hati.

Dengan berkat dari Tuhan serta dorongan rakan-rakan, akhirnya saya berjaya

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya berharap di masa akan datang,

saya dan guru pelatih yang lain di Institut Perguruan ini akan membuat tugasan

seperti ini degan lebih teratur dan menepati kehendak perancangan awal yang telah

dibuat dalam situasi yang lebih selesa. Semoga kenangan manis dan pahit yang

ditinggalkan dapat memotivasikan diri saya dalam melaksanakan tugasan lain di

masa akan datang.

Rancangan pengajaran semester yang saya telah perolehi merupakan salah

satu pelan seorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya

semasa berada di sekolah. Segala aspek sukatan pelajaran akan disusun secara

teratur agar pelaksanaannya berkesan kepada murid. Kegunaan Rancangan

Pengajaran Semester ini juga boleh memudahkan seorang guru untuk menilai

prestasi muridnya di sekolah. Rancangan pengajaran harian pula penting untuk sesi

pembelajaran dan pengajaran pada hari itu. Tanpa Rancangan Pengajaran Harian,

seseorang guru itu masih boleh mengajar tetapi pembelajaran di dalam kelas itu

akan kelam kabut dan tidak berkesan sangat. Murid juga akan menunjukkan minat

yang lebih kepada guru jika Rancangan Pengajaran Harian guru tersebut menarik

dan sistematik.

Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan

keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar disamping

mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa

perkara seperti meneiiti dan mentafsir sukatan pelajaran membuat skema

Rancangan Kerja untuk sesuatu tahun dan menyediakan Persediaan Mengajar

Harian. Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran

Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang

disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru.

Melalui Persediaan mengajar yang lengkap dan sistematis membolehkan guru

menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang dirancang,

Page 4: Refleksi bmm

memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa

yang diperuntukkan dan menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan

peringkat, kebolehan dan minat pelajar. Selain itu, Rancangan Pengajaran Harian

juga dapat menentukan dan menyediakan BBM yang perlu, merancang aktiviti

murid-murid, mengawal bilik darjah dengan baik, menilai keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran murid dan guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid

Seterusnya RPH akan menyebabkan guru mengingati bahan pengajaran

yang akan disampaikan, menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti

dapat dijalankan dengan teratur serta memilih jenis soalan yang sesuai serta

mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran. Akhir sekali RPH membolehkan

guru memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Setelah menganalisis Rancangan Pengajaran Semester dan Rancangan

Pengajaran Harian Tahun 5, saya merumuskan bahawa guru disarankan untuk

mempelbagikan penggunaan strategi pengajaran. Walau bagaimanapun,

penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah lebih baik digunakan. Ini adalah

untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang maksimum.

Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi kandungan

sukatan pelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk menyampaikan isi

tersebut. Isi pelajaran boleh dipindahkan secara terus daripada guru kepada pelajar

dengan pelbagai cara seperti berkuliah, menunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi.

Ataupun isi pelajaran dapat dipindahkan secara tidak langsung dengan

menggunakan cara pembelajaran melalui aktiviti kumpulan, simulasi, main peranan,

sumbang saran, inkuiri dan penemuan serta lakonan.

Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah dan

teknik yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau peningkatan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan kepada strategi yang

melibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir kepada pelajar perlu ditekankan.

Di samping itu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca, menulis

dan mengira) perlu juga di ambil kira.

Page 5: Refleksi bmm

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa

dan pertolongan pensyarah saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah

diberikan telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan kerja

kursus Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang

diberikan telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini

terutamanya pensyarah saya iaitu Dr Hussin B Sarif.