refleksi bmk sem 2

3
REFLEKSI Setinggi-tingi kesyukuran terhadap Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya menyiapkan kerja kursus bagi subjek Bahasa Melayu Komunikatif. Ternyata kerja kursus ini merupakan salah satu cabaran dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar Institut Pendidikan Guru. Dengan kesibukan kerja kursus yang lain sedang beratur untuk disiapkan, saya mengalami kesulitan untuk menumpu sepenuh perhatian terhadap kerja kursus subjek ini. Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya sudah dapat mengagak bahawa soalan yang dikemukan memang agak mencabar namun saya kebalkan hati dengan terus cuba mencari bahan yang berguna di pusat sumber IPGKSM untuk dijadikan rujukan dalam penulisan pada kali ini. Mujur dengan adanya bantuan rakan sekelas serta rakan sebilik yang banyak berkongsi bahan untuk sama-sama dirujuk. Selain itu, saya juga mengalami masalah untuk memahami berkenaan soalan pertama kerana tidak pernah menulis cerpen. Penjelasan lanjut yang diberi pensyarah mengajar iaitu Encik Muhammad bin Che Majid telah memudahkan kerja saya dengan baik dan saya berupaya memahami sistem pendidikan di Malaysia yang disertai objektif untuk memantapkan perpaduan di negara ini. Kecintaan terhadap negara juga semakin bertambah di dalam diri ini apabila saya berjaya memahami kisah zaman dahulu yang berperanan dalam memantapkan perpaduan dalam negara. Walupun ketika sekolah menengah saya telah pelajari serba sedikit mengenai zaman peperangan, namun tidak dinafikan saya

Upload: najihah-najmuddin

Post on 18-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

REFLEKSI BMK SEM 2

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI BMK SEM 2

REFLEKSI

Setinggi-tingi kesyukuran terhadap Allah SWT kerana dengan limpah

kurniaNya saya berjaya menyiapkan kerja kursus bagi subjek Bahasa Melayu

Komunikatif. Ternyata kerja kursus ini merupakan salah satu cabaran dalam

kehidupan saya sebagai seorang pelajar Institut Pendidikan Guru.

Dengan kesibukan kerja kursus yang lain sedang beratur untuk disiapkan,

saya mengalami kesulitan untuk menumpu sepenuh perhatian terhadap kerja kursus

subjek ini. Sebelum memulakan kerja kursus ini, saya sudah dapat mengagak

bahawa soalan yang dikemukan memang agak mencabar namun saya kebalkan hati

dengan terus cuba mencari bahan yang berguna di pusat sumber IPGKSM untuk

dijadikan rujukan dalam penulisan pada kali ini. Mujur dengan adanya bantuan rakan

sekelas serta rakan sebilik yang banyak berkongsi bahan untuk sama-sama dirujuk.

Selain itu, saya juga mengalami masalah untuk memahami berkenaan soalan

pertama kerana tidak pernah menulis cerpen. Penjelasan lanjut yang diberi

pensyarah mengajar iaitu Encik Muhammad bin Che Majid telah memudahkan kerja

saya dengan baik dan saya berupaya memahami sistem pendidikan di Malaysia

yang disertai objektif untuk memantapkan perpaduan di negara ini. Kecintaan

terhadap negara juga semakin bertambah di dalam diri ini apabila saya berjaya

memahami kisah zaman dahulu yang berperanan dalam memantapkan perpaduan

dalam negara.

Walupun ketika sekolah menengah saya telah pelajari serba sedikit mengenai

zaman peperangan, namun tidak dinafikan saya telah terlupa akan beberapa

perkara yang sepatutnya jelas untuk saya memudahkan kerja kursus ini. Pun begitu,

saya berjaya mengisi semula pengetahuan asas berkenaan penyata ini.

Kerjasama di antara saya dan rakan setugas Nureen Tasnim binti Azizan

untuk menjalankan Bahagian B juga turut memudahkankerja. Biarpun kekangan

masa yang melampau, namun saya tetap berjaya berjumpa dan berbincang

bersama dengan dia untuk menyiapkan tugasan ini.

Setelah berjaya menyiapkan kerja kursus ini, apa yang saya dapati ialah

ternyata tajuk ini benar-benar menarik dan saya telah belajar dari bawah untuk

mengenal pasti kaedah yang digunakan di dalam arena pendidikan sejak dahulu

lagi. Ini telah memberikan semangat yang baru kepada saya untuk menjadi seorang

guru yang menghargai perjuangan pendidik dahulu kala untuk membentuk sistem

Page 2: REFLEKSI BMK SEM 2

pendidikan yang terbaik di dalam negara ini. Cita-cita untuk menjadi guru yang

kreatif dan inovatif juga terpahat dalam diri saya apabila mengetahui dengan lebih

lanjut berkenaan Penyata Rahman Talib ini. Menjadi guru yang biasa sahaja ilmunya

memang mudah tetapi untuk menjadi guru yang terbilang akedemik dan sahsiah

serta kesungguhannya bukan lah kerja yang memakan masa selama sehari.

Saya bersyukur dan akan sentiasa berharap semangat positif sebegini akan

terpahat dalam hati untuk memulakan dan menyiapkan mana-mana kerja kursus

sekali pun. Sesungguhnya saya percaya setiap kesusahan dan kemudahan yang

saya perolehi semasa perjalanan kerja kursus ini membawa kebaikan kepada saya

dan bakal pelajar saya.