bmk 3012 warisan jawi - tugasan 2

28
BMK 3012 WARISAN JAWI 7. TULISAN JAWI DAN PENDIDIKAN : SATU ANALISA NITO ANAK TONY (TUGASAN 2 - INDIVIDU) D20112055167 PENSYARAH DR. AHMAD YUNUS BIN KASIM

Upload: nitotony73

Post on 24-Apr-2015

236 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2Nama Pelajar : Nito ak TonyNo. KP : 730422135197No. Matrik : D20112055167

TRANSCRIPT

Page 1: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

BMK 3012

WARISAN JAWI

7. TULISAN JAWI DAN PENDIDIKAN : SATU ANALISA

NITO ANAK TONY

(TUGASAN 2 - INDIVIDU)

D20112055167

PENSYARAH

DR. AHMAD YUNUS BIN KASIM

Page 2: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat

sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya

supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Ahmad

Yunus Bin Kasim kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang

sejelasnya untuk membuat tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 3: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

Kandungan

Bil. Perkara Muka surat

1 Pendahuluan 1

2 Huraian Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI, 1994, 3

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,

1995

3 Panduan menterjemah Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah dan 4

Penyebatian dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan

KBSM

4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6

5 Konsep Pendekatan 8

6 Kaedah 9

7 Teknik 9

8 Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu 11

9 Padanan Huruf Jawi dengan Rumi 12

10 Bentuk Kaligrafi Tulisan Jawi 14

11 Penutup 19

Page 4: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

PENDAHULUAN 1

Pengajaran dan Pembelajaran Jawi dalam Pendidikan Agama Islam ataupun Bahasa Melayu

perlu dihayati dan dianalisis mengikut pandangan tokoh-tokoh pendidik terhadap permasalahan

Pengajaran dan Pembelajaran Jawi di sekolah. Profesor Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh

pernah mengatakan bahawa:

“Pengajaran ejaan Jawi dan Rumi dalam masa yang serentak tidaklah seharusnya

menimbulkan masalah pembelajaran, sama dengan pengajaran dua bahasa serentak ...

mengajar ejaan Jawi sepenuhnya perlu awal-awal lagi di samping mengajar pula murid-

murid membaca al-Quran.”¹

Kebenaran yang terdapat di sekolah sehingga sekarang ialah pengajaran pelajaran Jawi

dilaksanakan dalam Pendidikan Agama Islam yang diamanahkan kepada guru-guru agama

(Pekeliling TKPP II/41 Disember 1984 dan surat KP [PPK] 015/10 Jilid V[58] Disember 1984

dan kini pelaksanaan j-QAF). Perkara ini menunjukkan bahawa guru-guru bahasa tidak tahu

mengajar Jawi, baik di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah dan di maktab perguruan.

Namun demikian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah menetapkan bidang

kemahiran penguasaan Jawi dimasukkan semula ke dalam kurikulum. Kenyataan tersebut

seperti:

“Kemahiran membaca hendaklah meliputi kebolehan membaca tulisan Rumi dan tulisan

Jawi. Pelajaran Jawi mula diperkenalkan kepada murid-murid Tahap 2 di Tahun 4.

Penekanan pada Tahun 4 adalah mengenal huruf, membaca dan menulis ayat mudah.

Pelajaran Jawi akan diperkukuhkan lagi dengan aktiviti seperti menjawab soalan

kefahaman berdasarkan petikan karangan yang dibaca dan menukarkan skrip Rumi

kepada skrip Jawi. Penekanan pada Tahun 6 pula adalah pengukuhan dan penggunaan

Jawi serta pengajaran yang disatukan dengan pelajaran bahasa Malaysia.”²

¹“Beberapa Persoalan Dasar Mengenai Kurikulum Bahasa & Program 3M” pada 30-31 Mac,

1981 di UKM.

²Sukatan Pelajaran: KBSR; Panduan Khas Pelajaran Jawi Tahun 3 dan 4, 1985:147.

Page 5: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

2

Penetapan bidang kemahiran penguasaan kemahiran Jawi ini tidak dilaksanakan dalam

sistem pendidikan terutama di peringkat latihan perguruan. Dekad 80-an dan 90-an merupakan

zaman kebangkitan semula keprihatinan ahli masyarakat terhadap tulisan Jawi. Penggunaan

tulisan Jawi telah diberi perhatian semula. Pembelajaran dan penggunaan tulisan Jawi bukanlah

terhad kepada hal-hal agama Islam semata-mata namun tulisan ini pernah menjadi medium

utama untuk bahasa Melayu itu sendiri (Syed Mohamad Naquib 1972, Omar Awang 1978,

Ismail Hamid 1984, Matlob dalam Utusan Melayu, 23 Ogos 1993).

Kegigihan mengembalikan kegemilangan tulisan Jawi ini nyata dilaksanakan melalui

usul-usul dari Konvensyen Tulisan Jawi, 1984 di Terengganu; Seminar Tulisan Jawi, 1991 di

Pusat Islam, Kuala Lumpur; Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan anjuran UUM dan

Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, November 1993; dan Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi dalam

Pendidikan anjuran IPSI, Utusan Melayu, Bank Rakyat, PENJAWIM dan Perpustakaan Negara

Malaysia, 1997 dan akhir sekali adalah seminar j-QAF pada bulan Mac 2004. Resolusi yang

diambil daripada seminar tulisan Jawi tersebut ialah meningkatkan latihan guru dalam bidang

pedagogi pengajaran Jawi. Hal ini termasuklah peningkatan sumber dan media bahan bacaan

Jawi, kedudukan tulisan Jawi dalam sukatan pelajaran di institut perguruan dan peningkatan

penggunaan tulisan Jawi dalam pendidikan dan penggunaan rasmi.

Hasil daripada resolusi ini, pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telahpun mengambil

keputusan segera. Antaranya, Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan KBSR/KBSM 6/90 telah

menetapkan bahawa tulisan Jawi boleh diajar di Tahun 1 mulai Disember 1990. Keputusan ini

dengan sendirinya memansuhkan amalan tulisan Jawi yang diajar dalam mata pelajaran

Pendidikan Agama Islam selama satu waktu seminggu atau 30 minit. Seterusnya, pihak PPK

telah mewujudkan kursus bagi guru yang mengajar Jawi di mana mereka didedahkan dengan

sistem ejaan Jawi baharu. Selain itu, pihak PPK juga telah menubuhkan panel penggubal Sukatan

Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI yang menerbitkan buku Sukatan Pelajaran Jawi

Sekolah Rendah Darjah I-VI dan Huraian Sukatan Pelajaran Jawi Tahun I-VI yang sekarang

digunakan oleh guru-guru PAI di sekolah rendah dan peserta kursus P&P 14 Minggu Jawi di

IPSI.¹ PPK juga telah memperkenalkan kepada guru-guru bahasa Melayu bagaimana

¹IPSI singkatan bagi Institut Perguruan Sultan Idris.

Page 6: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

3

menggunakan sukatan pelajaran ini dalam pelajaran BM. Aktiviti terakhir PPK ialah

mengadakan Bengkel Pemurnian Bahan P&P Jawi pada 6-11 Oktober 1997 di PPK, Jalan Duta,

Kuala Lumpur dan siri kursus pelaksanaan j-QAF di sekolah.

Huraian Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI, 1994, Pusat Perkembangan

Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995

Pada kata-kata aluan Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah ini menyatakan pelajaran

Jawi menjadi satu komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pelajaran ini diajar mulai

Tahun 1 dengan membuat penekanan dan tumpuan terhadap aspek bacaan dan tulisan. Ia diatur

mengikut prinsip yang bermula daripada mengenal, menyebut dan membaca kepada menulis dan

mengarang dalam tulisan Jawi.

Kemahiran yang dinyatakan dalam sukatan ini perlu dikuasai oleh murid bagi

membolehkan mereka mempelajari Pendidikan Islam dan al-Quran dengan berkesan dan boleh

membaca buku yang bertulisan Jawi serta boleh menggunakannya dalam kehidupan harian.

Tujuan sukatan pelajaran ini untuk memberikan panduan kepada guru dalam merancang

pengajaran dan pembelajaran. Harapan agar para guru boleh menghayati semangat dan kehendak

sukatan pelajaran ini untuk memastikan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan tercapai.

Dalam buku ini juga dimasukkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dengan tujuan kemahiran

Jawi yang dipelajari selari dengan kehendak falsafah itu.

Matlamat pelajaran Jawi yang disediakan dalam buku sukatan ini adalah seperti berikut:

“Matlamat Pelajaran Jawi: Adalah melengkapkan murid dengan kemahiran membaca dan

menulis Jawi bagi membolehkan mereka mempelajari pelbagai bidang ilmu khususnya

Pendidikan Islam”.¹

Pernyataan matlamat ini menunjukkan penguasaan tulisan Jawi adalah pelengkap keterampilan

berbahasa seseorang murid. Tanpa kebolehan membaca dan menulis Jawi, penguasaan bahasa

seseorang murid dianggap tidak sempurna.

¹Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah, 1994.

Page 7: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

4

Objektif pelajaran Jawi adalah bagi membolehkan murid:

i. Mengenal, menyebut, membaca dan menulis huruf Jawi;

ii. Membaca dan menulis perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan;

iii. Menulis teks yang direncanakan;

iv. Menulis semula teks Rumi kepada Jawi;

v. Mengarang dalam tulisan Jawi.

Lihat objektif 1, 2, 3 dan 5 adalah sama dengan objektif 1 hingga 11 mengenai pembelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah (1995). Hanya objektif nombor 4 iaitu transliterasi Rumi

kepada Jawi bertujuan bagi melihat keterampilam murid dalam mengapilkasikan kemahiran

menulis Jawi namun bunyi huruf atau sebutannya tetap sama kecuali kata serapan daripada

bahasa Arab. Maknanya strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti bahasa boleh

diaplikasikan bagi mengajar Jawi. Selain itu, pendidik Jawi perlu menguasai bentuk-bentuk

tulisan Jawi yang unik ini.¹

Begitu juga dengan kemahiran membaca, senarai kemahiran menulis membawa maksud

bahawa murid perlu menguasai kemahiran pratulisan, tulisan mekanis dan penulisan karangan.

Murid hendaklah mengeluarkan idea melalui penulisan dengan menggunakan ayat, tanda baca,

ejaan, bahasa yang betul dan tulisan yang jelas dan cantik bentuknya. Maka perbezaan dalam

pengajaran dan pembelajaran Jawi ialah menguasai bentuk-bentuk huruf Jawi. Jadi apabila aspek

ini mampu dikuasai maka tidak ada masalah lagi bagi murid tersebut.

Panduan menterjemah Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah dan Penyebatian dengan

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM

Teliti, fahami dan hayati hasil-hasil daripada kajian mengenai pengajaran dan

pembelajaran sistem ejaan supaya pendidik Jawi memahami panduan yang perlu diikuti. Ini

¹Ibn Khaldun: Mukadimah, 1995, Kuala Lumpur: DBP.

Page 8: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

5

kerana masalah utama pelajaran Jawi ialah sistem ejaan maka idea-idea dan dapatan-dapatan

tersebut amat sesuai kepada pendidik Jawi dijadikan panduan. Masalah menguasai sistem ejaan

dalam mempelajari sesuatu bahasa merupakan masalah sejagat yang diikuti oleh pengkaji dan

ahli bahasa seperti Za’ba (1928), Beeston (1969), Badri (1978), Amat Johari Moain (1991, 1993)

dan Che Siah (1995). Maka abjad Jawi adalah adaptasi daripada abjad bahasa Arab dan

tulisannya berbentuk kursif seperti bentuk tulisan abjad bahasa Arab, jadi kesukaran menguasai

sistem ejaan ini banyak dipengaruhi oleh kesukaran penguasaan sistem ejaan abjad bahasa Arab

(Wilkinson 1915, Za’ba 1928, Mohamad Naim 1971, Badri 1978, Ismail Hamid 1984, Kang

Gang Seok 1984, 1990, Lufti Abas 19845, Amat Johari Moain 1991, 1993 dan Che Siah 1995).

Ahli bahasa dan pendidikan bahasa telah mencadangkan beberapa teknik pengajaran yang

sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran sistem ejaan khasnya sistem ejaan Jawi. Razak Hamid

dan Mokhtar Mohd. Dom (1971), Lufti Abas (1984), Muhani Abd. Ghani (1988), Matlob (1989),

Hamdan Abdul Rahman (1992), Utusan Melayu (1993) dan Che Siah (1995) berpendapat

bahawa teknik ulangan, latihan yang intensif dan hafalan, dan pendedahan sampelan boleh

membantu proses pengajaran dan pembelajaran Jawi.

Stubbs dan Hilary Hillern (1982) menyatakan bahawa mendidik orang membaca dan

menulis memerlukan perancangan yang teliti sama ada dalam bentuk eksplisit, konteks bebas

atau dalam suasana yang tidak dijangka. Dalam pengajaran ejaan, mereka menyarankan

pengajaran dengan contoh dan latihan yang banyak dan intensif. Bagi kesediaan menulis,

Newman (1972) dan Ibn Khaldun, Mukadimah-Terjemahan (1995) berpendapat bahawa ada

beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Misalnya, seseorang itu perlu menguasai

penulisan huruf tunggal dari segi bentuk dan jarak, memiliki azam dan kemahuan yang kuat

untuk menulis kursif. Ringkasnya, sekiranya guru dan pensyarah mengajar perkaedahan menulis

Jawi, hakikat ini perlu dikuasai oleh mereka kerana Jawi juga berbentuk kursif (Muhammad

Naim 1971).

Ahli-ahli psikolinguistik Lufti Abas (1984) dan Simanjuntak(1987) berpendapat bahawa

kesukaran mengajar sistem ejaan perlu diatasi dengan perancangan yang rapi seperti mengajar

bahasa kedua. Guru perlu mendedahkan sistem fonologi sesuatu bahasa. Kesukaran ini

Page 9: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

6

memerlukan huraian fonetik melalui transkripsi fonetik dan dirancang berperingkat-peringkat.

Pendedahan dibuat sehingga pelajar boleh melihat persamaan dan perbezaan antara aturan ejaan

Jawi dan aturan ejaan Rumi (Lufti Abas, 1984). Pendidik sendiri perlu peka dengan persamaan

dan perbezaan antara Jawi dan Rumi. Guru perlu menyedari bahawa kesalahan Jawi adalah

aturan Rumi; latihan yang banyak perlu dilakukan bagi aturan ejaan Jawi yang agak berbeza,

berbeza dan sangat berbeza dengan Rumi (Lufti Abas, 1984).

Ahli pendidik bahasa juga berpendapat bahawa dalam proses pembelajaran, seseorang

pelajar perlu menguasai struktur dan sistem bahasa yang dipelajarinya. Proses yang sama juga

perlu dalam penguasaan Jawi di mana pelajar-pelajar perlu menguasai sistem ejaan Jawi. Sistem

ejaan adalah aspek bahasa yang penting dan perlu dikuasai oleh sesorang pelajar untuk

membolehkannya menguasai bahasa dengan cekap. Perkara ini berkait rapat dengan pendapat

Juriah Long (1993) yang mengatakan bahawa guru sebagai model bahasa dan agen pengajaran

bahasa dalam bilik darjah sepatutnya menguasai sistem ejaan serta struktur bahasa yang diajar

kepada pelajar sebab pembelajaran bahasa di sekolah merupakan lanjutan pemerolehan bahasa di

rumah. Guru menjadi model bahasa dan pengajar bahasa mempunyai kaitan yang rapat dan

bermakna dengan perkembangan bahasa murid.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

“Ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk untuk mencapai

sesuatu maksud, rancangan yang teratur yang memperhitungkan pelbagai faktor untuk mencapai

sesuatu matlamat atau kejayaan atau rancangan yang dilaksanakan secara bersepadu”.¹

Berdasarkan pengertian ini, maka dalam pelaksanaan proses P & P ilmu dan kemahiran

akan berlaku gabungan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Oleh itu, pelaksanaan strategi P

& P Jawi sama dengan P & P BM, PAI dan Pendidikan Moral. Antara strategi yang dapat

digunakan ialah strategi 5P iaitu proses pengajaran dan pembelajaran yang terangkum di

dalamnya unsur-unsur penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan, penilaian dan

unsur yang terbaru ialah pemikiran kritis dan kreatif atau disebut dengan akronim KBKK

¹Kamus Dewan, 1993:1305.

Page 10: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

7

menjadikannya 6P. Dalam pelaksanaan P & P bahasa yang menggunakan unsur-unsur 6P di atas,

pendidik mestilah memilih mana-mana pendekatan, kaedah dan teknik untuk penyampaian isi

pelajaran pada satu-satu sesi proses P & P Jawi. Strategi 6P dapat dilaksanakan dengan jayanya

apabila penyampaiannya memenuhi prosedur pelaksanaan pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran.

Penerangan tentang 5P telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam buku Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM Sekolah Bestari 1998. Antaranya ialah:

(i) Kaedah-kaedah pengurusan pelajaran secara kumpulan sama kebolehan;

kumpulan berbeza kebolehan; kumpulan kecil; kumpulan berpasangan;

kumpulan rakan sebaya, dan individu.

(ii) BSPP dan 4P iaitu bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran; pemilihan,

pembinaan, penggunaan dan penyesuaian bahan sumber dan bahan bantu

mengajar yang sesuai dan berkesan.

(iii) Penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran lisan, membaca dan

menulis tulisan Jawi yang paling berkesan, menarik, seronok dan kemas

kini.

(iv) Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran serta aplikasi dalam bilik darjah.

Penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Jawi adalah

sama dengan P & P BM, PAI dan Pendidikan Moral. Namun pendekatan-pendekatan mengajar

bahasa yang berikut dapat diaplikasikan iaitu:

(i) Pendekatan Analisis

(ii) Pendekatan Sintesis

(iii) Pendekatan Bentuk Dasar

(iv) Pendekatan Bacaan Bergred

Page 11: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

(v) Pendekatan Berasaskan Model

8

(vi) Pendekatan Pengalaman Berbahasa

(vii) Pendekatan Drama

(viii) Pendekatan Proses

(ix) Pendekatan Akhbar Dalam Darjah (ADD)

(x) Pendekatan Majalah Dalam Darjah/Kelas (MDD)

(xi) Pendekatan Modul Pengajaran Kendiri

Sebelas pendekatan pengajaran dan pembelajaran Jawi yang dinyatakan di atas lebih

merupakan pendekatan yang mesti digunakan oleh pendidik tulisan Jawi apabila mengajar Jawi

di sekolah. Pelatih guru dapat mengaplikasikan pendekatan ini semasa latihan pengajaran mikro

dan makro kemudian mempraktikkannya semasa latihan mengajar bahasa di sekolah. Namun

sebelas pendekatan tersebut telah dipraktikkan oleh peserta kursus pengajaran dan pembelajaran

14 Minggu (Jawi) IPSI, di beberapa buah sekolah di Daerah Batang Padang, Perak dan Hulu

Selangor dan peserta program Pensiswazahan Sarjana Pengurusan Sumber ITM di sekolah-

sekolah sekitar Shah Alam dan Klang, Selangor Darul Ehsan. Kesannya adalah positif.

Konsep pendekatan

Pendekatan bererti cara atau langkah yang diambil untuk memulakan sesuatu tugas. Ia

adalah satu set prinsip sebagai panduan untuk guru menyelesaikan masalah pengajaran. Pendidik

mempunyai pegangan umum mengenai apa yang harus diajar dan cara mengajar bahasa iaitu

cara bagaimana bahasa diajar dan dipelajari (Corder, 1975). Prinsip-prinsip umum ini

berdasarkan teori-teori ilmu linguistik dan psikolinguistik yang menentukan orientasi pengajaran

ataupun pendekatan pengajaran. Pendekatan dalam pengajaran bahasa ialah satu kumpulan

andaian saling berhubung mengenai hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat

pembelajaran bahasa. Pendekatan tersebut mesti menunjukkan suatu pandangan mengenai

Page 12: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

hakikat bahasa iaitu teori pembelajaran dan pengajaran bahasa. Pendekatan pengajaran bahasa ini

menghasilkan pula beberapa kaedah pengajaran.

9

Kaedah

Kaedah bererti cara membuat sesuatu atau peraturan yang bersistem atau yang biasa

mengikut prinsip-prinsip cara mengajar. Ia merupakan prosedur mengajar yang terbentuk melalui

pengajaran tertentu. Perlu diingatkan bahawa sesuatu kaedah yang diaplikasikan itu tidak dapat

bercanggah dengan pendekatan namun haruslah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti.

Kaedah ini bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah dan peringkat yang teratur diikuti

dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu mengajar bahasa (Mangantar Simanjuntak,

1982:72).

Teknik

Penggunaan kaedah ini pula akan melahirkan pelbagai teknik pengajaran bahasa apabila

sesuatu isi pelajaran bahasa tersebut disampaikan. Teknik adalah cara yang paling berkesan bagi

mencapai sesuatu objektif segera. Teknik yang diaplikasikan oleh guru ketika mengajar bahasa

kepada kumpulan sasaran akan melahirkan aktiviti iaitu perlakuan murid mengikut arahan dan

kehendak guru. Ia adalah perbuatan yang berkaitan dengan cara sesuatu bahan tersebut terhasil

seperti bagaimana menulis sebuah karangan. Ringkasnya, pendekatan itu adalah eksiomatik,

kaedah adalah prosedur dan teknik adalah pelaksanaan kaedah dalam kelas.

Abjad huruf Jawi merupakan adaptasi daripada bahasa Arab maka adalah lebih baik jika

kita meninjau cadangan-cadangan daripada ilmuan-ilmuan Islam. Antaranya pandangan daripada

Ibnu Khaldun dan Al-Qibsi (dalam buku Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun

dan Al-Qibsi) terjemahan Ramzi Omar, 1994, Kuala Lumpur: DBP. Secara umum, Ibnu Khaldun

dan Al-Qibsi pada kurun ke-8 Hijrah menyenaraikan beberapa pendekatan, kaedah dan teknik

mengajar bahasa Arab iaitu:

Pendekatan mengajar bahasa peringkat asas seperti:

(i) talaaqin/talqin hafazan

Page 13: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

(ii) muhakah

(iii) percubaan/eksperimen

10

(iv) penggunaan deria

(v) pengulangan/ulangan/latih tubi

(vi) meniru/mengajuk

(vii) pengalaman

(viii) sanjungan dan hukuman

Pendekatan, kaedah dan teknik mengajar bahasa peringkat pertengahan seperti:

(i) balaghah/retorik

(ii) hafaz, ulang dan praktikkan percakapan kemudian salin semula atau imlak

(iii) teknik mengajar syair seperti hafaz syair, mengasingkan diri ke tempat-tempat

menarik, sebatikan diri dengan karya-karya agung, berada dalam lapang

dan cerdas, dan lupakan syair yang dihafaz dan cipta syair sendiri.

Pendekatan, kaedah dan teknik selepas peringkat permulaan dan pertengahan seperti:

(i) perbahasan atau dialog

(ii) pengembaraan ilmiah

(iii) penggunaan buku teks

(iv) teknik panjang dan teknik pendek atau ringkas

(v) teknik individu dan kumpulan

(vi) penyertaan pelajar dalam operasi pendidikan

(vii) pendidikan akhlak

Page 14: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

(viii) tunjuk cara atau demonstrasi

(ix) pendekatan penilaian, sanjungan dan hukuman

11

Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu

Butiran-butiran tentang huruf Jawi, kelompok huruf Jawi dan kedudukan huruf-huruf ini

apabila diaplikasikan dalam penulisan bagi rujukan pengajar, pembaca dan pengguna

berdasarkan buku Pedoman Mengeja dan Menulis Jawi (Hamdan, 1999), Daftar Ejaan Rumi

Jawi (DBP, 1994/1995/1999) dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi Sebutan Jawi (DBP, 2000).

Buku tersebut hanya memberi tumpuan terhadap perlaksanaan strategi pengajaran seperti

berikut:

(i) Huruf-huruf Jawi

(a) 37 huruf¹

(b) 29 huruf Hija’iyah²

(ii) Kelompok huruf Jawi

(a) ا ة د ذ ر ز و ۏ

(b) ب ت ث ج چ ح خ س ش ص

ض ط ظ ع غ ڠ ف ڤ ق ى

ݢ ل م ن ه ڽ ي

(c) ء

(iii) Perlambangan vokal

[ a ] ا , [ e ] ي , [ o ] و , [ i ] ي , dan [ u ] و

(iv) Perlambangan diftong

[ ai ] ا ء ا [ au ] , ي ء ا dan [ oi ] و و ء ي

Page 15: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

(v) Perlambangan konsonan

¹ dan ² Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi Sebutan Jawi, 2000: 70-74/32.

12

ب ت ث ة ج چ ح خ د ذ ر ز س

ش ص ض ط ظ ع غ ڠ ف ڤ ق ى

ݢ ل م ن و ه ڽ ي

Padanan Huruf Jawi dengan Rumi

Skrip Jawi mengandungi kesemua 29 huruf dalam abjad Arab dan enam huruf tambahan

iaitu lima huruf tambahan pada awalnya seperti , , , ݢ ڤ ڠ mengikut yang terdapat pada ڽ dan چ

Batu Bersurat Terengganu dengan satu huruf lagi yang ditambah hasil persetujuan Konvensyen

Tulisan Jawi di Terengganu pada 1984 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustakan dalam

Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan, 1986 iaitu huruf ۏ sebagai padanan untuk huruf v

dengan nama /va/. Abjad tersebut adalah seperti berikut:

Padanan Rumi Huruf Jawi (bentuk tunggal)

a ع / ا

b ب

t ت

s (th) ث

j ج

h ح

kh خ

d د

z (dh) ذ

Page 16: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

r ر

z ز

13

Padanan Rumi Huruf Jawi (bentuk tunggal)

s س

sy (sh) ش

s (s) ص

d (d) ض

t (t) ط

z (z) ظ

awal: a, i, u/ akhir: k, (‘) ع

gh غ

f ف

k, q, (q) ق

k ى

l ل

m م

n ن

w, u, o و

h ه

v ۏ

Page 17: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

k (k) ء

y ي

14

Padanan Rumi Huruf Jawi (bentuk tunggal)

ye ى

c چ

ng ڠ

p ڤ

g ݢ

ny ڽ

Bentuk Kaligrafi Tulisan Jawi

Maklumat yang terdapat pada bahagian ini dapat dimanfaatkan ketika melaksanakan

program pengayaan untuk memenuhi sukatan pelajaran Jawi tahun 6 di peringkat KBSR seperti

berikut:

a. Khat Manual (Tulisan Tangan)

Tulisan Jawi atau Khat merupakan sejenis tulisan yang elastik, fleksibel dan berirama,

senang dan boleh dikembangkan dalam pelbagai variasi. Huruf demi huruf mengandungi nilai

keindahan, gaya estetik yang boleh digubah dengan senang dan menarik. Bentuk tulisan ini

berkembang mengikut zaman, negeri dan daerah seperti khat al-Andalusia di Sepanyol, khat

Baghdad di Iraq, khat Farisi di Parsi (Iran), khat Kufi di Kufah dan khat ini banyak variasi

seperti khat Tionghua dari China (Kamil Al-Baba, 1983; C. Israr, 1985; Sirajuddin, 1985).

Contoh Bentuk dan Jenis Khat Tulisan Jawi:

(i) Khat Kufi/Kou

Page 18: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

Khat kufi berasal dari Kufah ialah bentuk khat yang paling tua dalam sejarah dan

berkembang pada zaman khalifah Ali bin Abi Talib. Khat Kufi kelihatan berbentuk segi atau

muraba’ah yang banyak digunakan sebagai hiasan dinding masjid, gapura, menara azan, kubah

15

dalam bentuk ukiran timbul, hiasan buku, majalah, poster, sepanduk dan ayat suci atau wahyu al-

Qur’an yang pertama ditulis dalam bentuk khat kufi (Che Siah Che Man, 2007: 22).

(ii) Khat Nasakh

Khat ini telah disempurnakan dalam bentuk yang indah oleh kaligrafer Arab iaitu Al-

Wazir Abu Aly Muhammad Ibn Muglah dan saudaranya Abu Abdullah al-Hassan. Mereka telah

mencipta kaedah dan aturan penulisan khat Nasakah dengan menentukan ukuran panjang dan

jarak huruf, gaya dan iramanya dengan rapi. Khat yang senang dibaca dan jelas ini digunakan

bagi penulisan ilmiah. Khat Nasakh dengan Khat Thulus mengandungi sedikit perbezaannya

telah digunakan bagi menulis ayat suci al-Qur’an, al-Hadith dan kitab-kitab agama (Che Siah

Che Man, 2007: 23)

(iii) Khat Thulus

Khat ini selalu digunakan bagi penulisan mushaf al-Qur’an, judul kitab dan hiasan (Che

Siah Che Man, 2007: 23).

(iv) Khat Farisi

Khat jenis ini yang dikembangkan oleh ahli-ahli khat Arab di Persia telah melahirkan

gaya tersendiri dengan bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Khat ini banyak digunakan

bagi penulisan buku-buku sastera, nama dan judul karangan pada majalah, surat khabar dan lain-

lain. Khat ini juga banyak digunakan di Persia, Pakistan dan Turki. Tulisan Urdu biasanya ditulis

bersama dengan khat ini (Che Siah Che Man, 2007: 23).

(v) Khat Riq’ah

Khat ini dikenali sebagai khat Riq’re atau tulisan rahsia. Khat jenis ini ditulis dengan

cepat, mendekati seperti kepantasan jurutrengkas. Maka khat ini banyak digunakan di Institusi

Page 19: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

Pengajian Tinggi seperti Universiti al-Azhar, Darul Ulum Kaherah dan dalam hubungan rahsia

ketenteraan serta logistik pada zaman kegemilangan Islam di Eropah iaitu Abassiyah dan

Uthmaniah (Che Siah Che Man, 2007: 24)

16

(vi) Khat Diwani

Khat ini berkembang daripada bentuk Riq’ah yang menjadikan hurufnya jalin-berjalin

atau musalsal. Tulisan ini telah digunakan di pejabat kerajaan. Semasa kerajaan Islam di Mesir

berada di bawah kekuasaan Sultan-sultan Khedewy sekitar tahun 1220 H dan selepasnya, khat ini

digunakan bagi penulisan surat-surat rasmi, surat keputusan, surat perjanjian, surat penghargaan,

piagam dan sebagainya. Semasa itu, pejabat kerjaan dinamakan ‘Dewan Malaky’. Maka surat-

surat yang dikeluarkan dari Diwan Malaky dikenali sebagai surat-surat Diwani dan tulisannya

dikenali sebagai khat Diwani. Ahli-ahli khat Diwani yang terkenal ialah Syeikh Hamdullah al-

Ansary, Jalaludin dan Al-Hafizh Usman (Che Siah Che Man, 2007: 24)

(vii) Khat Diwani Jali

Khat ini lebih bervariasi dan lebih rumit bentuk penulisannya namun lebih artistik dan

indah. Ia penuh dengan tanda syakal yang selalu digubah dalam bentuk-bentuk yang menarik dan

indah seperti bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya serta menjadikannya hasil seni

kaligrafi yang mengkagumkan. Karya khat Diwani Jali yang indah telah dihasilkan oleh ahli

kaligrafi terkenal iaitu Muhammad Izat dari Istanbul, Hasyim Muhammad al-Baghdadi, Sayid

Ibrahim dan Al-Mata Aly (Che Siah Che Man, 2007: 25).

(viii) Khat Raihani

Bentuk khat ini mirip dengan khat Thulus namun huruf-hurufnya agak melebar panjang

dan dipenuhi dengan tanda-tanda syakal atau bunga-bunga hiasan (Che Siah Che Man, 2007:

25).

b. Pendigitalan Tulisan Jawi

Penggunaan perisian Winword versi Arab telah memperkenalkan 70 jenis bentuk khat

yang telah dicipta. Perisian ini telah banyak membantu pengguna komputer menyediakan teks-

Page 20: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

teks Arab atau Jawi. Pada mulanya, pengguna menghadapi masalah dalam penyediaan teks Jawi

kerana beberapa huruf Jawi tidak terdapat dalam abjad atau teks versi Arab. Oleh itu, bagi

mengatasi masalah ini, dalam komputer sudah disediakan enam jenis bentuk atau fonts iaitu:

17

(i) Jawi – Biasa

(ii) Jawi – Nasakh 1

(iii) Jawi – Nasakh 2

(iv) Jawi – Parsi

(v) Jawi – Kufi 1

(vi) Jawi Ringkas

Projek Jawi Digital terdiri daripada kandungan dan bahan utama Jawi digital iaitu:

J = Jawi

A = Arab (bahasa Melayu)

W = Warisan Melayu

I = Ilmu dan Islam

Contoh teknologi pelayar internet pelbagai bahasa seperti:

Tango oleh Alis Technologi

(http://www.alis.com)

Contoh Bahan Jawi Multimedia di pasaran seperti:

CD SmartJawi oleh Soft IT Enterprise

Laman web Jawi yang berkaitan:

(i) www.hijau.com.my/jawinet

(ii) www.fsktm.um.edu.my/~jawinet

(iii) www.islam.gov.my

(iv) www.qatrunnada.net

Page 21: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

(v) www.iked.com.my

(vi) http//www.infoilmu.net/ejawi/

Pakar rujuk seperti:

18

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

Jawi digital sedang dibangunkan oleh semua Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

IPTA, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan

PENJAWIM. Salah satu daripada Sistem Jawi Digital yang dibangunkan sepenhunya ialah

aplikasi Jawi di internet telah dimulakan oleh PENJAWIM dalam tahun 1997. Antaranya adalah:

(i) Aplikasi Jawinet:

* Pelayar Internet Jawi

* Mel Elektronik Jawi

* Pemproses Kata Jawi

* Transliterasi Jawi-Rumi

(ii) Projek Jawi Digital sepenuhnya:

Jawinet

Jawi Multimedia

CD Jawi

Pendidikan dan latihan secara digital

Jawi Ria (Media TV)

(iii) Pusat Penyelidikan dan Pembangunan:

Page 22: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

Jawi Raya (Pusat Kecemerlangan)

Sistem Operasi Jawi

Papan Kekunci Jawi

19

Kelab Jawi

Penutup

Selepas meneliti Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI 1994 maka para

pengajar Jawi perlu dapat menterjemahkannya ketika mengajar Pendidikan Agama Islam atau

Bahasa Melayu. Jadi untuk tujuan ini, pengajar, pelatih guru dan pengguna tulisan Jawi yang lain

perlu menghayati dan memahami tentang sukatan tersebut. Daripada hasil kajian, pandangan dan

saranan ahli-ahli bahasa dan pendidik-pendidik bahasa boleh dirumuskan bahawa pengajar Jawi

seperti pensyarah, guru dan pelatih perlu menjadikan pandangan-pandangan tersebut sebagai

panduan mengajar Jawi.

Dalam buku Sukatan Pelajaran Diploma Perguruan Malaysia Pengkhususan Pengajian

Melayu dicadangkan strategi berikut sebagai panduan menyampaikan isi pelajaran iaitu

perbincangan, tunjuk cara, seminar, kajian kes, bengkel, forum penyelesaian masalah, pengajaran

melalui modul, penggunaan pusat sumber, penggunaan makmal bahasa, penggunaan video atau

slaid, penggunaan multimedia, penggunaan kamus, penbelajaran melalui pengalaman, dan sistem

pembelajaran bersepadu. Disarankan juga agar strategi pengajaran dan pembelajaran dijalankan

secara bersepadu dan berfokus kepada pelajar.

Daripada pendekatan, kaedah dan teknik (PKT) yang disarankan oleh Ibnu Khaldun dan

Al-Qibsi pada kurun ke-8 Hijrah ini, bolehlah dirumuskan bahawa pengetahuan tentang strategi,

pendekatan, kaedah dan teknik dalam pendidikan Jawi secara amnya adalah amat penting. Itulah

sebabanya para pendidik atau guru perlu menjalani latihan mengajar yang bertujuan agar para

guru boleh mempraktikkan dan membiasakan diri dengan pendekatan, kaedah dan teknik sama

ada bagi pengjaran lisan, membaca atau menulis. Pemilihan dan penggunaan strategi PKT yang

sesuai, tepat dan menarik akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok,

ceria dan berkesan.

Page 23: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

Di negara kita, penulisan seni khat Jawi semakin mendapat perhatian. Terdapat ramai

penulis khat di Malaysia antaranya Ustaz Mohd. Yusuf Abu Bakar, Presiden Persatuan Seni Khat

Kebangsaan, dan Ustaz Mohd. Asrak Hj. Osman serta ramai lagi penulis khat di setiap negeri di

negara kita. Bidang ini juga semakin mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia

20

yang disalurkan melalui Jabatan Moral dan Agama Islam. Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Jawi, seni khat ini boleh disebarkan melalui program pengayaan kemahiran menulis Jawi seperti

mereka cipta surat-surat, sijil atau mata wang, menganjurkan kursus-kursus dan pertandingan.

Bentuk kaligrafi Jawi atau khat, Jawi melalui komputer dan projek Jawi Digital yang dinyatakan

di sini semata-mata untuk maklumat dan pengetahuan pembaca terutama para pengajar tulisan

Jawi supaya mendapat sumber rujukan Jawi terkini dan bahan yang dapat digunakan untuk

aktiviti pengayaan.

Page 24: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

Bibliografi

A. Razak Hamid dan Mokhtar Mohd. Dom (1977). Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Penerbitan

Fajar Bakti.

Abdullah Hj. Ishak (1991). “Tulisan Jawi dan Hubungannya dengan Pelajaran dan Pendidikan

Islam di Malaysia” dalam Islamika IV: 184, 1991.

Amat Johari Moain (1996). Sejarah Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aminah Harun (1989). “Tulisan Jawi” dalam Pelita Bahasa, Jilid 1-2, 1989-1990.

Che Siah Hj. Che Man (2007). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa, Prof. Dr. (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ismail Dahaman dan Manshoor Hj. Ahmad (1996). Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1972). Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia untuk Sekolah

Rendah dengan Panduan Guru dan Lampiran Kaedah Mengajar Bacaan Rumi; Kaedah

Mengajar Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). Bahasa Panduan Khas Kurikulum Baru Sekolah

Rendah Pelajaran Jawi Tahun 3, 4. Kuala Lumpur.

Page 25: BMK 3012 Warisan Jawi - Tugasan 2

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Sukatan Pelajaran Jawi Sekolah Rendah Darjah I-VI,

1994. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan

Malaysia (1994-1996), Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lufti Abas (1984). “Faedah-faedah dan Kaedah Pengajaran Jawi”. Dewan Bahasa. 28(7):422-

445.

Matlob (1989). Rahsia Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.