refleksi athletic kids valar

4
Refleksi Sukan Athletic Kids 2014 ( VALARMATHI A/P VALOO ) (920601086578) Refleksi Progran Sukan Athletic KidsTahunan 2014 Pada 19 Mac 2014, hari Rabu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman telah memperkenalkan dan berjaya melaksanakan satu program yang terbaru iaitu Sukan Athletic Kids yang dikenali sebagai IAAF KIDS ATHLETIC. Program ini telah dikendalikan oleh kami sebagai pelajar-pelajar PISMP Semester 5 dan merupakan projek bagi subjek GERKO Olahraga (WAJ 3112) kami. Untuk memudahkan kerja, setiap kelas diberikan satu jawatankuasa dan keseluruhannya terdapat enam belas kelas bagi kursus PISMP Ambilan Januari 2012. Bagi kelas saya, iaitu PISMP PSV/BM/PJ 2, kami diberikan Jawatankuasa Pertandingan. Walaubagaimanapun, AJK induk juga membahagikan beberapa jawatakuasa bagi setiap kelas dan membuat satu jadual senarai nama yang lengkap. Program ini merupakan satu anjakan baru bagi memperkasakan semangat kesukanan yang kreatif dan inovatif bagi kanak-kanak dan menarik perhatian untuk melibatkan diri dalam sukan ini.Sukan ini meliputi sepuluh jenis permainan kecil berkumpulan iaitu 8 Endurance “” Race,Formula one,Cross Hopping, Ladder Running, Pole Long Jumping Bends Formula : Sprint/Hurdles Running, Rotational Throwing, Overhead Backward Throwing, Sprint/Hurdles Shutter Relay, dan Kids Javelin Throwing. Kesemua pemainan ini menekankan sifat kerjasama kerana perlu mempunyai teamwork semasa bermain.Walaupun kami tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan program ini kerana sebelum ini kakak-kakak dan abang-abang kami pernah mengendalikan Kejohanan Olahraga Tahunan sahaja yang dikenali sebagai KOT. Walaupun tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang program ini,kami tetap menganjurkan dengan bantuan Pn.Choong dan pensyarah lain.Pn.Choong telah mengadakan kursus Athletic Kids selan dua hari bagi memberi keterangan lanjut terhdapa program ini dan menunjukkan beberapa video klip pelaksanaan yang diambil di luar negara.Kami berasa terharu dan ingin melaksanakan program ini dengan lancar.Kami juga membuat semua peralatan yang diperlukan secara kreatif dengan menggunakan bahan terbuang seperti plastik,kotak,

Upload: valar-mathi

Post on 27-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jm

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Athletic Kids Valar

Refleksi Progran Sukan Athletic KidsTahunan 2014

Pada 19 Mac 2014, hari Rabu, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus

Darulaman telah memperkenalkan dan berjaya melaksanakan satu program yang

terbaru iaitu Sukan Athletic Kids yang dikenali sebagai IAAF KIDS ATHLETIC.

Program ini telah dikendalikan oleh kami sebagai pelajar-pelajar PISMP Semester 5

dan merupakan projek bagi subjek GERKO Olahraga (WAJ 3112) kami. Untuk

memudahkan kerja, setiap kelas diberikan satu jawatankuasa dan keseluruhannya

terdapat enam belas kelas bagi kursus PISMP Ambilan Januari 2012. Bagi kelas

saya, iaitu PISMP PSV/BM/PJ 2, kami diberikan Jawatankuasa Pertandingan.

Walaubagaimanapun, AJK induk juga membahagikan beberapa jawatakuasa bagi

setiap kelas dan membuat satu jadual senarai nama yang lengkap.

Program ini merupakan satu anjakan baru bagi memperkasakan semangat

kesukanan yang kreatif dan inovatif bagi kanak-kanak dan menarik perhatian untuk

melibatkan diri dalam sukan ini.Sukan ini meliputi sepuluh jenis permainan kecil

berkumpulan iaitu “8” Endurance Race,Formula one,Cross Hopping, Ladder

Running, Pole Long Jumping “Bends Formula” : Sprint/Hurdles Running, Rotational

Throwing, Overhead Backward Throwing, Sprint/Hurdles Shutter Relay, dan Kids

Javelin Throwing. Kesemua pemainan ini menekankan sifat kerjasama kerana perlu

mempunyai “teamwork” semasa bermain.Walaupun kami tidak mempunyai

pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan program ini kerana sebelum

ini kakak-kakak dan abang-abang kami pernah mengendalikan Kejohanan Olahraga

Tahunan sahaja yang dikenali sebagai KOT.

Walaupun tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang program ini,kami

tetap menganjurkan dengan bantuan Pn.Choong dan pensyarah lain.Pn.Choong

telah mengadakan kursus Athletic Kids selan dua hari bagi memberi keterangan

lanjut terhdapa program ini dan menunjukkan beberapa video klip pelaksanaan yang

diambil di luar negara.Kami berasa terharu dan ingin melaksanakan program ini

dengan lancar.Kami juga membuat semua peralatan yang diperlukan secara kreatif

dengan menggunakan bahan terbuang seperti plastik,kotak, botol ,dan

sebagainya.Penyediaan peralatan ini dapat mencungkil minda kreativiti dan inovasi

dalam diri kami.

Page 2: Refleksi Athletic Kids Valar

Saya selaku Ahli Jawatankuasa peralatan bangga membuat kesemua

peralatan ini dengan kerjasama ahli jawatankuasa peralatan lain dengan minda

inovatif menggunakan bahan terbuang terutama bahan kotak untuk membuat karpet

permainan “Cross Hopping”.

Ahli jawatankuasa peralatan juga dibahagikan dengan mengikut kesemua

permainan bagi membuat semua peralatan yang diperlukan.Seterusnya kami juga

dikehendaki membuat penambahbaikan dalam pembuatan peralatan kerana

terdapat segelintir peralatan tidak kukuh dan mudah rosak jika ditimpa sebarang

bencana seperti hujan.Selain itu, saya juga merupakan salah seorang peserta dalam

pertandingan “Atheletic Kids” ini. Walaupun saya tidak mempunyai sebarang

pengalaman bermain permainan ini namun, saya tetap berusaha untuk mempelajari

kesemua taktik yang digunakan dalam permainan ini.Ahli kumpulan saya juga

memebri kerjasama dan sokongan penuh semasa bermain.Pada hari pertandingan

kami dikehendaki berkumpul di Astaka IPG Kampus Darulaman, pada pukul 2.00

1

43

2

Page 3: Refleksi Athletic Kids Valar

tengahari.Seterusnya, kami membuat senam seni yang dikendalikan oleh kelas

Pendidikan khas 2.Seterusnya, bermulalah pertandingan “Athletic Kids” dengan satu

hebahan yang meriah . Kami semua bermain mengikut kelas masing-masing dengan

pergi ke stesen yang disediakan.Walaupun saya berasa letih,saya tidak berputus

asa dan menyambung semua permainan.Antara permainan ini saya serta ahli

kumpulan saya berasa letih dalam permainan “Endurance” kerana kami tidak

mampu berlari selama 8 minit. Namun begitu,saya serta ahli kumpulan saya tetap

tidah berhenti dan menghabiskan beberapa pusingan yang kami mampu berlarinya.

Setelah beberapa miniit sesi pertama pun tamat diteruskan dengan sesi kedua.Skor

pun dicatat di papan skor yang disediakan oleh AJK Urusetia. Akhirnya,pertandingan

pun tamat. Pemenang pun diumumkan.Dalam permainan ini, saya suka permainan

“Pole Long Jumping” kerana perlu meletakkan sasaran yang tinggi bukan sahaja

dalam permainan dan juga

dalam kehidupan untuk

menuju kejayaan.

Kelebihan dan Kelemahan juga turut dimuncul dalam pelaksanaan

pertandingan ini. Kelebihannya adalah kami semua bertuah mengendalikan

pertandingan ini kerana program ini mampu menarik perhatian kanak-kanak dan

dapat meningkatkan sifat kesukana tinggi.Seterusnya,sebagai bakal guru kami juga

Page 4: Refleksi Athletic Kids Valar

perlu mempunyai sifat inovatif dan kreatif dalam diri supaya melahirkan pelajar yang

berbakat tinggi untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya,

dengan kekurangan yang terdapat adalah aspek kerjasama yang kurang meletihkan

lagi peserta lain.Misalnya terdapat orang yang tidak hadir ke program ini walaupun

mereka mempunyai tugasan pada hari tersebut.Oleh sebab orang lain terpaksa

menggantikan mereka walaupun mereka berasa letih dengan bermaian permainan

tadi. Cuaca panas terik juga merupakan kekurangan bagi program ini menjadikan

segelintir peserta berasa pengsan dan tidak dapat bermain seterusnya malah

menjadi punca bagi kumpulan tersebut kalah.

Penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah pertandingan boleh

dilaksanakan pada waktu yang sesuai supaya tidak menjadikan pelajar berasa letih

dan mengalami sebarang kecelakaan.Selain itu,saya juga meminta semua orang

agar memberi kerjasama penuh jika program seperti ini dilaksanakan secara

berkumpulan kerana “Teamwork can buliding a World”.Mereka perlu mempunyai

kesedaran terhadap hal ini,walaupun berasa letih biarlah letih bersama-sama.

Kesimpulannya, Program Athletic Kids ini memberikan pengalaman yang

tidak terhingga untuk diri saya. Saya dapat merasai bagaimana mengendalikan satu

projek berunsurkan kesukanan dan pengalaman ini dapat saya bawa semasa saya

bertugas sebagai seorang guru pada masa akan datang nanti. Saya berasa

bersyukur dapat menjayakan program ini dengan kerjasama yang penuuh daripada

rakn-rakan saya walaupun semester ini merupakan semester yang paling kami sibuk

dengan program-program dan kerja kursus serta kesuntukan masa.

Sekian, terima kasih.