refleksi amali muzik

17
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2014 HBMS3103 SMP PENGAJARAN MUZIK IV NAMA : SAMSUL FUAD B. MAHMUD NO. MATRIKULASI : 650114035573003 NO. KAD PENGENALAN : 650114035573 NO. TELEFON : 0196464371 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT TUTOR : EN. JOHAR B. JONID

Upload: samsul-fuad-mahmud

Post on 25-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bagaimana membina relfeksi amali muzik

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2014

HBMS3103 SMP

PENGAJARAN MUZIK IV

NAMA : SAMSUL FUAD B. MAHMUD NO. MATRIKULASI : 650114035573003 NO. KAD PENGENALAN : 650114035573 NO. TELEFON : 0196464371 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT

TUTOR : EN. JOHAR B. JONID

ISIKANDUNGANMUKA SURAT

10 PENDAHULUAN1

SKOR LAGU BURUNG KAKAK TUA2

2.0 ANALISIS LAGU32.1 HARMONI32.2 TEKSTUR32.3 MELODI32.4 BENTUK42.5 WARNA TON5

3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN5

4.0 PERMASALAHAN SEMASA PENAGAJARAN NYANYIAN BERSEPADU64.1 Masalah kesukaran mencapai pic tertentu64.2 Masalah kesukaran menghafal lirik64.3 Masalah kesukaran mengimbangi suara74.4 Masalah kesukaran mengikut tempo lagu74.5 Masalah kesukaran persefahaman7

5.0 NYANYIAN8

RUJUKAN13

SAMSUL FUAD BIN MAHMUD650114035573003HBMS3103 SMP

HBMS3103 SMP PENGAJARAN MUZIK IV 1

1.0 PENDAHULUANSekumpulan penyanyi yang mempersembahkan nyanyian mereka samada di pentas, auditorium, majlis-majlis atau di mana sahaja di panggil koir. Ia terdiri dari empat kumpulan utama. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah Soprano, Alto, Tenor dan Bass. Singkatan dari keempat-empat kumpulan tersebut adalah SATB.

Biasanya, dua kumpulan tersebut diwakili oleh perempuan dan dua lagi dari lelaki. Kumpulan perempuan mewakili Soprano dan Alto. Manakala lelaki pula Tenor dan Bass. Keempat-empat bahagian dari kumpulan koir tersebut menyanyikan lagu mengikut irama yang telah ditetapkan untuk mereka.

Bagi kumpulan koir kanak-kanak, lapisan suara yang sesuai ialah Soprano dan Alto. Jadi,saya telah memilih untuk menyediakan skor yang mempunyai satu bahagian Soprano dan satu bahagian akan menyanyikan Alto. Bagi suara Soprano kebiasaannya mempunyai renj dari "C tengah" (C4) hingga ke A atas (A5). Perkataan Soprano secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tinggi dalam lingkungan suara wanita. Manakala bagi lingkungan suara Alto pula ialah meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Di bawah merupakan lingkungan suara mengikut papan kibod.

Lingkungan suara Soprano

Lingkungan suara Alto

Rajah di bawah menunjukkan skor lagu koir yang telah disediakan dan mempunyai dua lapisan suara iaitu satu lapisan suara Soprano dan juga lapisan suara Alto. SKOR LAGU BURUNG KAKAK TUA

Tempo = 120

Lirik lagu : Burung Kakak Tua

Burung kakak tuaHinggap di jendelaNenek sudah tuaGiginya tinggal duaLetcum....letcum....letcum mulalaaaLetcum....letcum....letcum mulalaaaBurung kakak tua

Pemilihan lagu Burung Kakak Tua ini adalah kerana ia adalah lagu yang biasa didengar oleh murid-murid. Lagu Burung Kakak Tua merupakan lagu rakyat kanak-kanak kita. Lagu ini mudah untuk dihafal dan liriknya tidak terlalu panjang.

2.0 ANALISIS LAGU2.1 HarmoniLagu burung Kakak Tua ini dimainkan dengan nada C major. Tempo lagu ini adalah 120. Pemilihan 120 adalah kerana tempo 120 bersifat riang. Murid-murid gemar akan lagu-lagu bersifat riang. Pemilihan lagu nada C major ini adalah kerana ia tidak mempunyai not flat ataupun syap. Oleh itu, murid-murid tidak mempunyai masalah untuk meyanyikan lagu tersebut. Selain itu, lagu ini dinyanyikan dengan dua lapisan suara. Soprano dan Alto. Dalam lagu ini, harmoni dihasilkan oleh suara Alto yang menyanyi pada jeda Minor atau Major ke-3 ke bawah dari melodi asal yang dinyanyikan oleh suara Soprano. Dengan cara ini, lagu tersebut dapat dinyanyikan secara harmoni.

2.2 Tekstur

Suara PertamaDi dalam lagu Burung Kakak Tua ini, teksturnya dimainkan secara polifoni. Dalam tekstur poliforni, terdapat lebih dari satu suara yang dapat didengar kerana lagu ini dimainkan denga dua lapisan suara iaitu Soprano dan Alto (M. Pravina, 2011). Tekstur polifoni mempunyai cirri-ciri suara tersendiri. Ia memainkan peranan yang tersendiri. Namun begitu, ia tetap memberikan sokongan kepada lapisan yang lain dan inilah keunikkan tekstur polifoni. Konsep polifoni ini dapat diterjemahkan melalui skor lagu Burung Kakak Tua di bawah:

Suara Kedua

2.3 MelodiMelodi adalah turutan pic yang disusun sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not diubah.

Di dalam lagu Burung Kakak Tua ini, ia dimainkan dengan C major. Turutan not-not yang dimainkan tidak terlalu sukar. Ini bersesuaian murid-murid sekolah rendah Tahap Dua. Lagu Burung Kakak Tua ini mudah dinyanyikan secara ensmbel. Walaupun terdapat dua lapisan suara, ia tidaklah begitu sukar. Renj suara yang dinyanyikan masih lagi di dalam kelompok dari "C tengah" (C4) hingga ke A atas (A5) dan suara alto pula ialah meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5).

2.4 BentukDi dalam penciptaan lagu, ada beberapa bentuk yang boleh kita perkatakan. Ada lagu berbentuk AB iaitu jenis Binari. Ada juga yang berbentuk ABA. Jenis ini pula disebut sebagai Tinari.

Untuk menganalisa bentuk lagu tersebut, kita harus mengetahui corak melodi lagu itu. Lagu bentuk AB biasanya mempunyai dua corak melodi. Corak lagu yang dikemukakan adalah berbentuk soal dan jawab. Biasanya bentuk A akan menyoal dan bentuk B akan menjawab. Skor lagu Burung Kakak Tua di bawah akan menjelaskan bentuk lagu AB.

BAHAGIAN A

BAHAGIAN B

Melihat kepada petunjuk di atas, kita dapat membahagikan lagu tersebut kepada dua corak. Corak A dan Corak B. Pada kebiasaannya corak A akan menyoal dan corak B akan menjawab.

2.5 Warna TonWarna ton di dalam muzik berbeza di antara satu sama lain. Sebagai contoh C mjor yang dimainkan melalui violin berbeza dengan bunyi C tengah yang dimainkan oleh piano. Warna ton di dalam muzik bukan saja dimaksudkan dengan bunyi-bunyi alat-alat muzik. Malah suara manusia juga berbeza di antar satu sama lain. Warna ton yang berbeza menambahkan lagi keistimewaan sesebuah lagu. Sebuah kumpulan koir yang menyanyi dalam satu ton sahaja akan menyebabkan penonton bosan.

Di dalam lagu Burung Kakak Tua di atas, terdapat dua jenis suara iaitu Soprano dan Alto. Dua jenis suara yang berbeza renjnya. Walaupun kedua-duanya dimaksudkan untuk penyanyi wanita, namun begitu penyanyi wanita Soprano lebih tinggi picnya dari penyanyi wanita Alto. Gabungan kedua-dua sura ini akan menjadikan sesebuah lagu itu harmoni dan sedap didengar jika susunan skor lagu tersebut disusun dengan betul.

Jika kita lihat skor Burung Kakak Tua di atas, kita akan dapati perbezaan not tinggi rendah di dalam setiap bar. Perbezaan not yang mewakili Soprano dan Alto ini menjadi ton melodinya seimbang dan harmoni. Perletakkan not-not Alto di dalam skor lagu Burung Kakak Tua ini menyokong not-not Soprano. Dengan penggabungjalinan ini, menjadikan lagu tersebut boleh diekspresi dengan baik.

3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARANDalam mengajar lagu Burung Kakak Tua kepada ahli-ahli kumpulan koir saya, saya mengambil langkah-langkah berikut bagi mempastikan setiap ahli kumpulan tahu akan peranan mereka dan tahu menyanyikan lagu tersebut mengikut corak kumpulan Soprano dan Alto.

Dalam konteks ini saya telah memilih lagu yang dimulakan dengan semua kumpulan menyanyi secara unison pada keseluruhan rangkap pertama. Oleh itu pengajaran dimulakan dengan turutan berikut;1. Menyanyikan baris demi baris beserta latih tubi sehingga lengkap satu rangkap.(tanpa iringan) Melodi dimainkan piano sebagai panduan.2. Menyanyi keseluruhan rangkap pertama.(dengan iringan).3. Melatihtubi bahagian-bahagian yang bermasalah dan membina keyakinan diri.4. Peneguhan dilakukan dengan meminta pelajar menyanyikan keseluruhan rangkap lagu dengan iringan piano.5. Pembetulan dilakukan secara serta-merta bukan menunggu sehingga keseluruhan rangkap tamat. Proses ini dilakukan sahingga pelajar dapat menyanyikannya dengan baik.Oleh yang demikian nyanyian dimulakan bersama-sama sahingga tamat rangkap pertama.

4.0 PERMASALAHAN SEMASA PENGAJARAN NYANYIAN BERSEPADU4.1 Masalah kesukaran mencapai pic tertentuMasalah yang timbul ialah terdapat beberapa pelajar dibahagian alto dan soprano mengalami kesukaran mencapai pic tertentu. Cara mengatasinya ialah: 4.1.1 Menyanyikan bahagian tersebut secara suara tiruan(falseto) 4.1.2 Menyanyikan satu oktaf bawah bagi suara alto jika not tersebut terlalu tinggi dan satu oktaf naik bagi suara soprano jika not tersebut terlalu rendah atau 4.1.3 Mendiamkan diri pada not-not tertentu.

4.2 Masalah kesukaran menghafal lirikPada kebiasaannya, pelajar tidak menghadapi kesukaran dalam menghafl lagu. Namun begitu terdapat juga segilintir pelajar yang agak sukar menghafal. Kaedah yang sesuai yang saya ambil untuk mempastikan pelajar mampu menghafal adalah:4.2.1 Membaca lirik lagu secara latihtubi.4.2.2 Menyanyikan lagu Burung Kakak Tua secara round song.4.2.3 Membina keyakinan hafalan dengan tidak melihat teks.

4.3 Masalah kesukaran mengimbangi suaraSetelah menghafal dan dapat mencapai pic-pic yang dikehendaki, masalah yang kerap dihadapi adalah menyeimbangkan suara. Rata-rata pelajar yang bersuara gemersik dan garau agak sukar untuk menyeimbangkan suara mereka dengan yang lain. Suara mereka kn menonjol dan agak jelas kedengaran. Ini sudah pastinya akan mencacatkan persembahan koir tersebut. Bagi mengatasi permasalahan ini, ahli kumpulan ataupun ketua kumpulan samada Alto mahupun Soprano haruslah:4.3.1 memantau dan memperbetulkan dinamika suara ahli-ahlinya.4.3.2 jika terdapat suara ahli yang menonjol, ahli tersebut haruslah diminta senyap dan mendengar kadar tinggi atau rendah serta mengikutnya di dalam hati.4.3.3 ahli yang tidak dapat mengimbangi suara mereka hendaklah menyanyi dengan perlahan dahulu. Kemudian diminta meninggikan suara mereka peringkat demi perngkat.4.3.4 rakam suara mereka. Dengarkan semula rakaman tersebut dan minta ahli yang terlibat menyelaraskan suara mereka mengikut ensembel lagu.

4.4 Masalah kesukaran mengikut tempo laguKadangkala pelajar menyanyi dengan terlalu cepat atau lambat. Tempo bagi lagu Burung Kakak Tua ini adalah 120. Tempo ini bereuaian kerana 120 biasanya akan mendendangkan lagu secara riang. Bagi mengatasi masalah tempo ini, guru haruslah:4.4.1 memainkan lagu tersebut berulang-ulang kali sehingga pelajar boleh mengingati tempo lagu tersebut.

4.5 Masalah kesukaran persefahamanSebuah lagu yang dinyanyikan secara ensembel, walaupun enak didengar tetapi jika kumpulan tersebut tidak menghiraukan tatacara atau etika nyanyian ensembel, maka persembahan itu dianggap gagal. Ini akan berlaku jia terdapat masalah perfahaman semasa menyanyikan lagu yang akan dinyanyikan. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah attack and released akan digunakan. Di dalam kaedah ini:4.5.1 pelajar diminta untuk bersedia menyebut huruf b bagi perkataan Burung......4.5.2 seterusnya, pelajar diminta menepuk tangan atau menghentak kaki bagi mengira beat not yang dimainkan. Sebagai contoh: lagu Burung Kakak Tua dimainkan pada bara ke 4. Meteran yang yang diberikan adalah 3. Oleh itu, guru harus memberitahu pelajar, bit pertama yang akan dinyanyikan adalah pada not ke tiga bar 4.4.5.3 Arahkan murid menepuk tangan atau menghentak kaki secara synchronize. Kira bit sambil membuat perkusi badan.4.5.4 Kira detik di dalam hati dan attack bermula apabila sampai kepada bit yang dimaksudkan.

5.0 NyanyianNyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikansatu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalahseperti permaian jari, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsur nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau.

Pelbagai muzik vokal boleh dilakukan iaitu nyanyian secara solo ataupun secara berkumpulan ataupun nyanyi dua lapisan suara. Nyanyian dapat memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vocal seperti konsep muzik iaitu berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga berfungsi sebagai muzik iaitu perayaan, tarian serta upacara dan digunakan sebagai teknik persembahan.

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensembel vokal diadakan bagi seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble.penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidng ialah melodi dan irama.

Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti Mari Menyanyi tiga bentuk nyanyian iaitu dengan menyanyikan lagu yang digemari iaitu lagu beraksi dan lagu berentak tradisional, lagu pusingan dan lagu suara lapisan, menyanyi secara spontan dan hafalan, serta menyanyi secara dengan menggunakan skor muzik.Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah menyanyi secara muzikal. Menyanyi secara muzikal adalah seperti menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan memberi penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama dan menyanyi pebagai jenis lagu dengan member tumpuan kepada pic, tempo, corak irama, melodi dan ekspresi mengikut mud dan dinamik.

Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah penekanan teknik dan cara menyanyi iaitu dengan membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada skel dan warna ton.Di sini juga kanak-kanak dapat membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur, urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran suara, artikulasi, sebutan dan postur.

Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah meneroka dan mengenal muzik nyanyian. Dengan adanya kegiatan ini kanak-kanak dapat melatih mendegar dan menyanyi dalam beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. Kanak-kanak juga dapat membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara nyanyiannya. Kanak-kanak dapat mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari aspek seperti lirik, melodi, cara menyanyi dan cara persembahan. Kanak-kanak juga dapat mendengar secara bebas dan berpandukan dengan member perhatian kepada konsep muzik dan jenis muzik vokal berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar, lagenda dan tokoh. Selain itu juga, kanak-kanak dapat member respon mengikut lagu dari segi perasaan dan pengalaman diri. mereka juga dapat mendengar dan mengenali pelbagai jenis lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari Negara lain.

Melalui nyanyian juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Nyanyianmelibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi secaraMari menyanyi, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi.

Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian ini juga kanak-kanak akan ekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih dan sebagainya. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.

Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan ahli perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga, binatang atau haiwan sebagainya seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.

Selain itu, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.

Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan, mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai ialah seperti:

Malam yang sepi pi piPak Mat jual topi pipiTopinya koyak yakyakPak Mat jual tempoyak yakyakTempoyaknya basi sisiPak Mat jual nasi si si

Aktiviti nyanyi juga dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan.

Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker (1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat prasekolah. Dengan aktiviti menyanyi yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia.

Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan.

Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan, kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.

Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti aktiviti menyanyi dijalankan. Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktivitimenyanyi. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan.

Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan.

( 2929 patah perkataan )RUJUKAN

Anderson, M.W., & Lawrece, J.E. (1995). Integrating music ino the elementary classroom. (3rd. Ed.). Belmont:Warsworth Publishing Company.

Brinson, B.A. (1996). Choral music: Methods and materials. New York: Schirmer.

Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

Choksy, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey:Prentice Hall.

Fletcher, Pter (1987). Education and music. Oxford: OUP.

Graham Hewitt, (1978). How To Sing.London: EMI Music Publishing Ltd.

Linda Swears. (1985). Teaching The Elementary School Chorus. New Jersey: Parker Publishing Company, Inc.