refleksi

Upload: miroswat

Post on 10-Mar-2016

215 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSIPada semester ini saya telah mengikuti kursus GGGE6383 Bahan-bahan dalam Pengajaran Bahasa. Kuliah ini dijalankan pada setiap hari selasa jam 3.00 petang. Kuliah ini telah dibimbing oleh dua orang pensyarah iaitu Prof. Madya Dr Jamaludin b Haji Badusah dan Prof.Madya Dr Melor binri Md Yunus. Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk mengajar, melatih dan memperkenalkan kepada pelajar tentang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa baik bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa Arab. Pada minggu pertama perjumpaan, kami telah dimaklumkan oleh Prof. Madya Dr Jamaludin tentang perjalanan kursus dan apa yang perlu dilakukan pada setiap minggu. Beliau juga turut menerangkan tentang penggunaan Google+ dan setiap pelajar perlu mempunyai akaun Google+ bagi memudahkan perjalanan kuliah. Selain itu, beliau turut memaklumkan kepada setiappelajar supaya memilih satu tajuk atau bahan pengajaran yang berkonsepkan TMK untuk dibentangkan dan dikongsikan pada setiap kali kuliah dijalankan. Pada setiap minggu kuliah diadakan, setiap pelajar mesti menyampaikan pembentangan dan tunjuk cara tentang bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada minggu pertama saya telah dipilih untuk membentangkan tajuk yang telah dipilih. Saya telah membentangkan tajuk Voki Classroom. Begitulah pada minggu yang seterusnya.Berdasarkan pemerhatian saya pada setiap kali kuliah dijalankan, saya dapat melihat setiap pelajar begitu seronok dan teruja untuk mencuba bahan baharu. Mereka akan mencuba sehingga dapat menguasai setiap bahan yang dibentangkan oleh rakan yang lain. Bahan TMK yang diajarkan dan dikongsikan sebenarnya sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pengaruh dan kemajuan era TMK sememangnya telah mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju adalah bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Penguasaan TMK dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai ejen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola dalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang TMK dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama. Aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam kuliah ini pula berkonsepkan pembelajaran akses kendiri. Pembelajaran akses kendiri adalah satu kaedah pendekatan pembelajaran yang membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. Pembelajaran akses kendiri adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.Dalam setiap kuliah, pensyarah hanya bertindak sebgai fasilitator sahaja manalaka selebihnya pelajar akan membuat aktiviti secara inidividu atau berkumpulan. Sebenarnya program pembelajaran akses kendiri dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri supaya pelajar mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan dan gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pengawasan dan bimbingan daripada pensyarah atau fasilitator merupakan akses bagi pelajar belajar secara berdikari. Pembelajaran akses kendiri juga melatih pelajar belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif. Pendekatan ini berasaskan persepsi bahawa hanya pelajar itu sendiri boleh melakukannya secara optimum.Berdasarkan temu bual dengan beberapa pelajar ketika kelas dijalankan, mereka memeberikan respon positif dengan sesi kuliah yang dijalankan. Mereka juga seronok dan ternanti-nanti giliran siapakah yang akan dipanggil untuk menjadi pembentang. Semasa sesi mengaplikasikan bahan yang diajar mereka juga begitu seronok dan bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Proses menghantar tugasan juga lebih mudah dan santai iaitu hanya di atas talian. Ia dapat menjimatkan masa da wang ringgit. Pensyarah juga lebih senang untuk menyemak dan menilai hasil setip kerja yang dihasilkan oleh setiap pelajar.

Dalam kuliah bahan-bahan juga penggunaan pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris juga dapat meningkatkan penguasaan ilmu pelajar. Oleh kerana pelajar yang mengambil kuliah ini terdiri daripada pelajar yang berlaianan bidang maka penggunaan dwibahasa dapat melancarkan lagi sesi kuliah. Sebenarnya penggunaan dwibahasa lebih mudah untuk pelajar memahami isi kandungan ilmu pelajaran yang diajarkan. Kebanyakkan bahan dan aplikasi yang diajarkan dalam berasal daripada luar Malaysia. Oleh hal yang demikian, penggunaaan istilah dan bahasa yang digunakan adalah daripada bahasa Inggeris. Pengajaran dan penerangan menggunakan dwibahasa memudahkan pelajar untuk lebih faham dan senang mengaplikasikan perkara yang diajarkan.Secara keseluruhannya sepanjang kuliah ini dijalankan, saya mendapat banyak maklumat dan input yang terbaru dalam bidang pendidikan khususnya bahan-bahan yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penerangan secara jelas dan sesi tunjuk cara juga memudahkan saya untuk lebih faham dan kuasai apa yang dipelajari.