refleksi

4
Nama: MOHD KAMARUZAMAN BIN MOKHTAR Refleksi individu Pengenalan tugasan Tugasan SCE 3111 pada kali ini merupakan salah satu tugasan yang agak mencabar. Melalui tugasan ini saya perlu menerangkan maksud pentaksiran, pengujian, pengukuran dan penilaian, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga perlu mentadbir satu ujian Sains di sekolah ke atas murid sasaran. Kemudiannya, saya perlu menganalisis kesesuaian soalan yang telah dibuat berdasarkan keputusan ujian yang telah dijalankan. Data – data yang diperolehi akan dianalisis dan direkod untuk memastikan ujian yang ditadbir betul – betul telus dan mampu mengukur sejauh mana prestasi murid yang disasarkan. Sesungguhnya inilah kali pertama selama 14 tahun saya mengajar, saya perlu menganalisis ujian dengan begitu mendalam. Ternyata tugasan ini secara tidak langsung dapat menambah ilmu pendidikan kepada saya dalam mentadbir sesuatu ujian. Masalah yang telah dikenal pasti Semasa menjalankan tugasan ini saya telah mengenalpasti beberapa masalah yang saya tempuhi dan cuba atasinya. Masalah ini perlu di atasi supaya ia dapat meningkatkan kemahiran saya dalam mentadbir ujian serta membuat analisis sesuatu ujian. Masalah pertama yang dapat saya kenalpasti ialah pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Saya keliru dengan cara

Upload: nora

Post on 20-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

Nama: MOHD KAMARUZAMAN BIN MOKHTAR

Refleksi individu

Pengenalan tugasan

Tugasan SCE 3111 pada kali ini merupakan salah satu tugasan yang agak mencabar. Melalui

tugasan ini saya perlu menerangkan maksud pentaksiran, pengujian, pengukuran dan

penilaian, indeks kesukaran dan indeks diskriminasi dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, saya juga perlu mentadbir satu ujian Sains di sekolah ke atas murid

sasaran. Kemudiannya, saya perlu menganalisis kesesuaian soalan yang telah dibuat

berdasarkan keputusan ujian yang telah dijalankan. Data – data yang diperolehi akan dianalisis

dan direkod untuk memastikan ujian yang ditadbir betul – betul telus dan mampu mengukur

sejauh mana prestasi murid yang disasarkan. Sesungguhnya inilah kali pertama selama 14

tahun saya mengajar, saya perlu menganalisis ujian dengan begitu mendalam. Ternyata

tugasan ini secara tidak langsung dapat menambah ilmu pendidikan kepada saya dalam

mentadbir sesuatu ujian.

Masalah yang telah dikenal pasti

Semasa menjalankan tugasan ini saya telah mengenalpasti beberapa masalah

yang saya tempuhi dan cuba atasinya. Masalah ini perlu di atasi supaya ia dapat

meningkatkan kemahiran saya dalam mentadbir ujian serta membuat analisis sesuatu

ujian.

Masalah pertama yang dapat saya kenalpasti ialah pengiraan indeks kesukaran

dan indeks diskriminasi. Saya keliru dengan cara pengiraannya. Saya cuba merujuk

pada modul yang diberi, tapi hampa. Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat

rujukan dari internet. Akhir saya terjumpa satu klip video yang dikeluarkan oleh Open

Universiti Malaysia melalui I- Lecture yang membantu saya memahami tentang maksud

serta pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.

Masalah kedua yang saya hadapi ialah huraian tentang skor dapatan daripada

pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi. Saya tercari cari cara huraian

sesuai yang patut saya buat di dalam tugasan ini. Akhirnya, setelah mengadakan

Page 2: refleksi

perbincangan dengan rakan sekuliah serta memohon tunjuk ajar dari Pensyarah saya

Dr Azman Jusoh. Hasil dari perbincangan tersebut saya dapat idea serta cara yang

betul membuat huraian bagi hasil dapatan indeks kesukaran dan diskriminasi.

Masalah ketiga yang saya hadapi ialah mencari maklumat serta membuat

huraian tentang cara untuk meningkatkan kualiti ujian Sains yang telah saya jalankan.

Entah tiba- tiba saya tidak dapat memikirkan isi dan membuat huraian yang sesuai.

Puas saya mencari maklumat di dalam modul yang diberi serta di laman sesawang.

Bagi mengatasi masalah ini, saya berjumpa dengan rakan sejawat saya yang bertugas

sebagai setiausaha peperiksaan di sekolah. Kami berbincang serta bertukar fikiran

tentang cara meningkatkan kualiti sesuatu ujian yang dijalankan di sekolah. Hasil

perbincangan kami itu , saya telah masukkan di dalam tugasan ini. Diharapakn ia dapat

menepati kehendak tugasan yang diberikan.

Kekuatan yang telah dikenalpasti

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai

pengalaman yang berharga.Saya telah belajar cara- cara untuk melaksanakan ujian di

sekolah. Saya juga telah menimba pengalaman baru dalam membina soalan – soalan

yang bermutu tinggi untuk pelajar saya. Saya dapati juga soalan yang dirangka perlulah

menepati sukatan pelajaran yang telah diajar kepada pelajar – pelajar. Saya telah

memilih soalan yang sesuai mengikut jadual spesifikasi ujian yang telah dibuat. Oleh

itu, ini merupakan pengalaman yang berharga bagi saya .

Selain itu, saya juga amat bersyukur kerana telah diberi kerjasama yang sangat

baik oleh Dr Azman Jusoh sebagai pensyarah yang mengajar Kertas SCE3111, rakan

sekuliah serta rakan sejawat saya di sekolah. Banyak maklumat dan ilmu yang

diperolehi hasil dari perbincangan dan tunjuk ajar dari mereka.. Jadi, kerjasama dari

pelbagai pihak telah membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Page 3: refleksi

Harapan

Oleh itu, saya berharap ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang

menjalankan tugasan ini akan memberikan manfaat kepada saya serta

memperbetulkan miskonsepsi saya dalam mentadbir ujian. Saya telah belajar cara –

cara untuk mentadbir ujian yang betul di sekolah dan juga cara – cara untuk membuat

soalan. Saya akan cuba mempraktikannya semasa saya bertugas di sekolah saya.