refleksi

3
Saya telah berjaya menyiapkan proses rakaman dalam pelaksanaan pengajaran inovasi. Saya berasa gembira kerana Bahan Bantu Mengajar yang saya gunakan dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Bahan Bantu Mengajar yang saya digunakan juga memudahkan murid untuk memahami dan mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Arahan yang diberikan juga mudah difahami oleh murid.

Upload: mohdfauzanreshid

Post on 11-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Saya telah berjaya menyiapkan proses rakaman dalam pelaksanaan pengajaran inovasi. Saya berasa gembira kerana Bahan Bantu Mengajar yang saya gunakan dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Bahan Bantu Mengajar yang saya digunakan juga memudahkan murid untuk memahami dan mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Arahan yang diberikan juga mudah difahami oleh murid.

Standard pembelajaran yang digunakan bersesuaian dengan tahap umur murid.

Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa kelamahan sepanjang saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran .

Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah,terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat memberikan focus sepenuhnya semasa P&P berjalan.

Untuk mengatasi masalah ini selepas ini saya akan memastikan murid-murid ini berada di bahagian hadapan semasa proses P&P atau dilantik menjadi ketua dalam aktiviti berkumpulan dengan harapan mereka lebih bertanggungjawab dan rasa dihargai.

Selain itu juga,saya akan memberikan token ganjaran kepada murid yang memberikan tumpuan sepanjang proses P&P berlangsung.