refleksi

4
REFLEKSI Syukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dapat melaksanakan tugasan Projek bagi subjek Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester 4 dengan sempurna. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing bagi matapelajaran ini iaitu Puan Rodzita Binti Yahaya kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Benarlah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal, saya semakin teruja untuk mendalami lagi ilmu berkaitan Fonetik dan Fonologi ini. Banyak input baharu yang saya perolehi daripada tugasan ini. Pada kali ini kami diminta untuk menyiapkan 3 tugasan dan setiap tugasan telah memberi saya input baharu yang akan saya aplikasi apabila saya menjadi guru pada suatu hari nanti. Saya telah diberi peluang unutk mengenali fonetik dan fonologi dengan lebih dekat dan memahami kepentingannya dalam pengajaran. Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada tugasan ini. Antaranya ialah memberi saya peluang untuk belajar tentang kepentingan bunyi-bunyi segmental dan suprasegmental kepada pengajaran guru. Saya juga berpeluang untuk mengaplikasikan bunyi-bunyi suprasegmental di dalam syarahan saya. Hal ini dapat mengukuhkan lagi pemahaman saya tentang segmental dan suprasegemental. Saya sedar bahawa seorang bakal guru harus mempunyai pengetahuan tentang segmental dan suprasegmenatal untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan dan membina pengetahuan murid. Tugasan ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa pentingnya penulisan fonetik. Hal ini kerana seorang bakal guru harus mengetahui simbol-simbol fonetik untuk memudahkan seseorang 18

Upload: amalyna-xuly

Post on 30-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PBS

TRANSCRIPT

REFLEKSISyukur kehadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya dapat melaksanakan tugasan Projek bagi subjek Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester 4 dengan sempurna. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing bagi matapelajaran ini iaitu Puan Rodzita Binti Yahaya kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang pelaksanaan tugasan ini.Benarlah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal, saya semakin teruja untuk mendalami lagi ilmu berkaitan Fonetik dan Fonologi ini. Banyak input baharu yang saya perolehi daripada tugasan ini. Pada kali ini kami diminta untuk menyiapkan 3 tugasan dan setiap tugasan telah memberi saya input baharu yang akan saya aplikasi apabila saya menjadi guru pada suatu hari nanti. Saya telah diberi peluang unutk mengenali fonetik dan fonologi dengan lebih dekat dan memahami kepentingannya dalam pengajaran. Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada tugasan ini. Antaranya ialah memberi saya peluang untuk belajar tentang kepentingan bunyi-bunyi segmental dan suprasegmental kepada pengajaran guru. Saya juga berpeluang untuk mengaplikasikan bunyi-bunyi suprasegmental di dalam syarahan saya. Hal ini dapat mengukuhkan lagi pemahaman saya tentang segmental dan suprasegemental. Saya sedar bahawa seorang bakal guru harus mempunyai pengetahuan tentang segmental dan suprasegmenatal untuk menyampaikan pengajaran dengan berkesan dan membina pengetahuan murid.Tugasan ini telah memberi kesedaran kepada saya bahawa pentingnya penulisan fonetik. Hal ini kerana seorang bakal guru harus mengetahui simbol-simbol fonetik untuk memudahkan seseorang guru tersebut untuk membunyikan huruf dengan baik dan tepat. Saya sedar bahawa seorang guru yang mempunyai pengetahuan tentang simbol fonetik ini akan dapat membantu murid meningkatkan pemahaman dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Berdasarkan tugasan yang diberikan saya berpeluang untuk mentranskripsi lagu dalam bentuk penulisan fonetik. Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya dibantu oleh pensyarah pembimbing saya dan keadaan ini membuatkan saya lebih memahami fungsinya. Justeru itu, seorang Guru perlu mempunyai pengetahuan tentang simbol fonetik agar murid dapat diajar membunyikan huruf dengan betul dan tepat sekaligus dapat mencapai objektif yang di rancang. bak kata pepatah melentur buluh, biarkan dari rebungnya.

Di samping itu, tugasan ini memberi kesedaran kepada saya tentang pentingnya sebutan baku dan intonasi yang betul. Sebutan baku mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Berdasarkan tugasan yang diberikan saya berpeluang untuk merakamkan teks dengan menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul. Tugasan ini memberi saya input bahawa seorang bakal guru perlu mengetahui dan menghayati sebutan baku untuk meningkatkan kecekapan berbahasa melayu. Sebutan baku dengan menggunakan intonasi yang betul juga penting untuk meyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di sekolah nanti. Oleh itu, murid wajar diajar cara-cara menyebut sebutan baku menggunakan intonasi yang betul agar murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Bak kata orang Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, tak lengkap malam tanpa purnama, tak lengkap pantai tanpa ombak badainya, dan tak lengkap hidup tanpa cabaran. Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi sedikit masalah untuk melaksanakannya kerana saya kurang memahami tentang segmental dan suprasegmental. Saya juga tidak mengetahui cara mentranskripsi lagu dalam bentuk penulisan fonetik. Oleh hal demikian, saya telah menelaah beberapa buku dan berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing iaitu Puan Rodzita untuk mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut lagi.Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa dalam melaksanakan penulisan tugasan ini, Saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan penulisan tugasan dengan lebih teratur dan sistematik. Oleh hal demikian, saya telah membuat jadual sebagai petunjuk dan memudahkan saya lagi untuk melaksanakan tugasan mengikut masa yang ditetapkan. Akhir kata, dari apa yang telah saya lalui sepanjang menyiapkan tugasan projek ini ianya telah memberi saya satu pengalaman yang baharu disamping mengajar saya erti berdikari, bersosial, membahagikan masa, bertanggungjawab, menghayati erti hidup yang sebenar amat berguna bagi saya untuk dijadikan panduan dimasa hadapan kelak. Sekian, terima kasih.

18