refleksi

2
PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI Saya amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan kerja kursus berasaskan Sejarah dan Apresiasi catan cat air ini dengan penuh jayanya. Tugasan ini dibimbing oleh Puan Chin Soo Fong dan beliau merupakan orang yang paling banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menyiapkan folio ini dan hasil imitasi catan. Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan diberikan iaitu mengumpulkan maklumat dan mencari aliran seni yang digemari dan dipilih oleh Puan Chin Soo Fong. Sesungguhnya dengan tunjuk cara dan ajar daripada Puan Chin, saya telah berjaya menghasilkan karya seni yang boleh saya banggakan di samping menghargai keindahan seni. Pengalaman sendiri rasai seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya memandangkan apabila pergi ke sekolah kelak, inilah nilai yang mahu saya pratikkan dalam diri anak-anak murid saya. Sekiranya saya sendiri tidak menghargai seni, bagaimana saya hendak mengajar murid-murid akan betapa penting dan indahnya seni dalam kehidupan? Dari awal penghasilan tugas lagi, sebenarnya saya mengalami masalah besar dalam menghasilkan karya catan air gaya yang bukan teknik glazing. Oleh itu, Saya telah berkunjung ke kedai buku dan beli buku mengajar teknik mewarna. Antara kelemahan terbesar saya adalah tidak sabar menyiapkan hasil karya. Oleh yang demikian hasil saya kurang kemas dan kertas lukisan tidak dipegangkan sebelum membuat lukisan. Benarlah menurut Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner,1983) yang menerangkan bahawa manusia mempunyai kecerdasan dominan, kombinasi kecerdasan yang pelbagai dan juga kecerdasan yang paling lemah. Dalam hal ini, saya sedar bahawa kecerdasan visual-spatial saya lemah. Bagi saya tidak hairanlah setiap kali penghantaran folio, saya orang yang terakhir. Saya memerlukan masa yang panjang untuk membuat kajian dan cubaan barulah saya akan lebih berkeyakinan dalam penghasilan. Dalam kelas ini memang saya selalu cuba untuk memperbaiki diri sendri, demi menghasilkannya daya perlu berusaha lebih tekun dan teliti ketika mewarna, masih juga ada yang mengata hasil kerja saya kelihatan biasa-biasa saja. Namun, saya tidak terjejas dengan kata-kata yang mematah hati. Walaubagaimanapun, seni itu abstrak dan subjektif. Setiap orang mempunyai pandangan dan persepsi sendiri. Jadi, meskipun karya saya kurang elok, namun itulah hasil karya saya sendiri yang saya hasilkan dengan penuh susah-payah, East Gate, Winchelsea, Sussex . Saya sendiri amat menyukai karya yang saya hasilkan, dan saya berbanga dengan usaha yang telah saya curahkan. Seterusnya, saya ingin mengulas hasil kerja saya dengan SWOT, iaitu Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats :

Upload: li-ting

Post on 25-Sep-2015

7 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

seni refleksi

TRANSCRIPT

PSV 3103 SEJARAH DAN APRESIASI

Saya amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan kerja kursus berasaskan Sejarah dan Apresiasi catan cat air ini dengan penuh jayanya. Tugasan ini dibimbing oleh Puan Chin Soo Fong dan beliau merupakan orang yang paling banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menyiapkan folio ini dan hasil imitasi catan.Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan diberikan iaitu mengumpulkan maklumat dan mencari aliran seni yang digemari dan dipilih oleh Puan Chin Soo Fong. Sesungguhnya dengan tunjuk cara dan ajar daripada Puan Chin, saya telah berjaya menghasilkan karya seni yang boleh saya banggakan di samping menghargai keindahan seni. Pengalaman sendiri rasai seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya memandangkan apabila pergi ke sekolah kelak, inilah nilai yang mahu saya pratikkan dalam diri anak-anak murid saya. Sekiranya saya sendiri tidak menghargai seni, bagaimana saya hendak mengajar murid-murid akan betapa penting dan indahnya seni dalam kehidupan?Dari awal penghasilan tugas lagi, sebenarnya saya mengalami masalah besar dalam menghasilkan karya catan air gaya yang bukan teknik glazing. Oleh itu, Saya telah berkunjung ke kedai buku dan beli buku mengajar teknik mewarna. Antara kelemahan terbesar saya adalah tidak sabar menyiapkan hasil karya. Oleh yang demikian hasil saya kurang kemas dan kertas lukisan tidak dipegangkan sebelum membuat lukisan. Benarlah menurut Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner,1983) yang menerangkan bahawa manusia mempunyai kecerdasan dominan, kombinasi kecerdasan yang pelbagai dan juga kecerdasan yang paling lemah. Dalam hal ini, saya sedar bahawa kecerdasan visual-spatial saya lemah. Bagi saya tidak hairanlah setiap kali penghantaran folio, saya orang yang terakhir. Saya memerlukan masa yang panjang untuk membuat kajian dan cubaan barulah saya akan lebih berkeyakinan dalam penghasilan.Dalam kelas ini memang saya selalu cuba untuk memperbaiki diri sendri, demi menghasilkannya daya perlu berusaha lebih tekun dan teliti ketika mewarna, masih juga ada yang mengata hasil kerja saya kelihatan biasa-biasa saja. Namun, saya tidak terjejas dengan kata-kata yang mematah hati. Walaubagaimanapun, seni itu abstrak dan subjektif. Setiap orang mempunyai pandangan dan persepsi sendiri. Jadi, meskipun karya saya kurang elok, namun itulah hasil karya saya sendiri yang saya hasilkan dengan penuh susah-payah, East Gate, Winchelsea, Sussex. Saya sendiri amat menyukai karya yang saya hasilkan, dan saya berbanga dengan usaha yang telah saya curahkan.Seterusnya, saya ingin mengulas hasil kerja saya dengan SWOT, iaitu Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats :

Akhir kata, dalam penghasilan karya ini merupakan karya yang paling saya berpuas hati kerana karya ini mempunyai daya tarikan yang kuat kepada saya. Dalam proses penghasilan, malam-malam saya akan bermimpi tentang lukisan ini juga. Lukisan ini telah membawa saya ke sesuatu dunia yang tidak mungkin akan berlaku. Saya sendiri suka akan gaya Romantism kerana ia menampilkan suatu lukisan dengan fantastik dan indah. Aliran ini menampilkan tentang suatu hal yang bersifat romance, seperti suatu pemandangan alam, tragedi, ataupun sejarah. Karya saya ialah memaparkan suatu pemandangan alam di East Gate, Winchelsea, Sussex. Saya berpuas hati dengan karya saya dan komitmen kawan-kawan saya dalam mengadakan pameran seni serta saya bersyukur kerana mempunyai pensyarah yang begitu baik dan berdedikasi.