refleksi

1
REFLEKSI Melalui program ini, saya berjaya memupuk nilai-nilai etika dan profesionalisme. Saya sedar bahawa untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang besar bukannya satu kerja yang memudahkan, tetapi memerlukan kerjasama daripada semua ahli kumpulan. Sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti adalah amat penting untuk menjayakan suatu aktiviti dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Pada mula-mulanya, saya berasa amat tertekan kerana kami telah menghadapi pelbagai kesukaran dalam mencari persembahan yang menarik dan masalah untuk mendapatakan orang yang mempersembahkan. Melalui program ini, pemikiran kritis kami telah dirangsang dan kami sentiasa mencuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kami juga dilatih untuk membuat keputusan secara bijaksana. Sebagai contoh, kami mengetahui bahawa tidak mempunyai persatuan yang mengadakan persembahan kendo di Malaysia, maka kami pun mencadang untuk menggantikankan persembaan kendo dengan persembahan taekwondo. Tetapi persembahan taekwondo adalah amat biasa dalam kalangan penonton, maka kami pun memperlawa 10 ahli taekwondo yang berpangka tali pinggang hitam untuk membuat persembahan. Rentetan daripada keputusan ini, persembahan ini telah mendapat reaksi yang baik daripada pare penonton. Selain itu, kami turut dipupuk dengan nilai kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab dan amanah. Kami perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan sewaktu aktiviti dijalankan. Misalnya, persembahan tarian perancis yang terpaksa diawalkan dan tidak boleh mengikut tentatif yang disediakan apabila ahli persembahan menukar topeng yang sebelumnya mengalami kemalangan yang tidak diinginkan. Kami perlu membuat keputusan dengan cekap dan mendapatkan jalan penyelesaian kerana tugusan yang diamanahkan kepada kami. Kesimpulannya, saya telah memperolehi banyak kemahiran dan pengalaman yang tidak dapat dipelajari dalam kuliah melalui program International Cultural Night. Sebagai penyelaras program, saya sedar bahawa nilai-nilai etika dan profesionalisme adalah amat penting dalam melaksanakan sesuatu program. Kami perlu menjadi individu yang berkeperibadian murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat supaya masyarakat dan kehidupan yang lebih beretika dan berprofesional dapat dilahirkan.

Upload: siewtingyeo

Post on 16-Aug-2015

102 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

REFLEKSI

Melalui program ini, saya berjaya memupuk nilai-nilai etika dan profesionalisme. Saya sedar bahawa untuk menjayakan sesuatu aktiviti yang besar bukannya satu kerja yang memudahkan, tetapi memerlukan kerjasama daripada semua ahli kumpulan. Sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti adalah amat penting untuk menjayakan suatu aktiviti dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.

Pada mula-mulanya, saya berasa amat tertekan kerana kami telah menghadapi pelbagai kesukaran dalam mencari persembahan yang menarik dan masalah untuk mendapatakan orang yang mempersembahkan. Melalui program ini, pemikiran kritis kami telah dirangsang dan kami sentiasa mencuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kami juga dilatih untuk membuat keputusan secara bijaksana.

Sebagai contoh, kami mengetahui bahawa tidak mempunyai persatuan yang mengadakan persembahan kendo di Malaysia, maka kami pun mencadang untuk menggantikankan persembaan kendo dengan persembahan taekwondo. Tetapi persembahan taekwondo adalah amat biasa dalam kalangan penonton, maka kami pun memperlawa 10 ahli taekwondo yang berpangka tali pinggang hitam untuk membuat persembahan. Rentetan daripada keputusan ini, persembahan ini telah mendapat reaksi yang baik daripada pare penonton.

Selain itu, kami turut dipupuk dengan nilai kecekapan, akauntabiliti, tanggungjawab dan amanah. Kami perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan sewaktu aktiviti dijalankan. Misalnya, persembahan tarian perancis yang terpaksa diawalkan dan tidak boleh mengikut tentatif yang disediakan apabila ahli persembahan menukar topeng yang sebelumnya mengalami kemalangan yang tidak diinginkan. Kami perlu membuat keputusan dengan cekap dan mendapatkan jalan penyelesaian kerana tugusan yang diamanahkan kepada kami.

Kesimpulannya, saya telah memperolehi banyak kemahiran dan pengalaman yang tidak dapat dipelajari dalam kuliah melalui program International Cultural Night. Sebagai penyelaras program, saya sedar bahawa nilai-nilai etika dan profesionalisme adalah amat penting dalam melaksanakan sesuatu program. Kami perlu menjadi individu yang berkeperibadian murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat supaya masyarakat dan kehidupan yang lebih beretika dan berprofesional dapat dilahirkan.