refleksi

Upload: edna-mag-ery

Post on 14-Jul-2015

681 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REFLEKSIPada 6 April 2011, kami telah diberikan kerja kursus Pandu Puteri Kadet. Kami dikehendakki untuk membuat 2 tugasan individu dan 1 tugasan secara berkumpulan. Bagi tugas individu yang pertama, kami dikehendakki untuk mengumpulkan maklumat mengenai sejarah dan perkembangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Kami juga dikehendakki untul mengumpulkan maklumat mengenai struktur dan organisasi Pandu Puteri. Bagi tugasan berkumpulan, kami dikehendakki untuk merancang rancangan tahunan Program Pandu Puteri Tunas Tahun 3 di sekolah. Tugasan terakhir pula memerlukan kami secara individu untuk menghasilkan sebuah refleksi tentang kesesuaian program dan aktiviti dengan tahap perkembangan murid. Kami telah merancang Rancangan tahunan Program Pandu Puteri Tunas untuk muridmurid perempuan Tahun 3. Terdapat dua tahap aktiviti yang telah kami rancang. Pertama, tahap Pra-Persetiaan dan kedua, Calit Emas. Kami telah meperuntukkan 12 minggu untuk peringkat Pra persediaan. Kami merancang aktiviti-aktiviti ini untuk menyemaikan 10 undang-undang pandu puteri dalam diri murid secara perlahan-lahan tetapi nyata. Dalam peringkat ini, kami merancang aktiviti-aktiviti asas bagi membolehkan murid menyesuaikan diri dan mengenali persatuan Pandu Puteri dengan lebih dekat. Kami mulakan perjumpaan dengan pembahagian ahli kepada kumpulan berenam iaitu Kumpulan Cempaka, Melur, Kesindang, Teratai, Kenanga dan Siantan. Aktiviti IceBreaking turut diadakan bagi membolehkan ahli persatuan berasa lebih selesa antara satu sama lain. Pengenalan lagu-lagu persatuan, undang-undang, persetiaan dan sejarah Persatuan Pandu Puteri didedahkan kepada ahli persatuan dengan cara yang menarik seperti bercerita, demontrasi dan perlbagai teknik pengajaran lain yang menarik. Kami turut merancang aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan murid untuk bercakap di khayalak ramai melalui aktiviti pembentangan. Selain itu, aktiviti menyeronokkan seperti menyanyi sambil menari dengan menggunakan lagu-lagu seperti Mari Kita Berkumpul, Tarian Gajah, Jan lan la turut diadakan untuk membolehkan murid berseronok sambil membina hubungan silaturahim sesame ahli persatuan. Aktiviti luar seperti lawatan dan program khidmat komuniti turut diadakan

bagi memberikan pengalaman kepada ahli pasukan. Melalui aktiviti khidmat komuniti, ahli pandu puteri sudah mula mengamalkan undang undang ketiga iaitu, seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Pada pendapat saya, aktiviti yang telah kami rancang untuk peringkat Pra Persetiaan ini adalah sangat bersesuaian dengan tahap murid-murid Tahun 3. Kami menggunakan pendekatan yang berasaskan murid. Kami juga menggunakan teknik menarik yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak seperti teknik bercerita. Kami sedia maklum bahawa kanak-kanak memang suka bermain. Oleh itu, kami mereka aktiviti yang menyeronokkan seperti menyanyi dan menari. Kami memastikan bahawa murid tidak berasa bosan dan menjadi lebih bersemangat untuk mengikuti program yang telah kami sediakan. Selain itu, kami juga mementingkan hubungan antara ahli dalam persatuan. Kami mahu mereka menganggap sesama mereka sebagai sebuah keluarga yang besar. Oleh itu, kami menyediakan banyak aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka. Oleh itu, undang-undang ke 4 iaitu seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain telah disemaikan. Undang-undang ke-6 seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar turut diajar kepada ahli Pandu Puteri. Namun demikian, rancangan yang telah kami rancang untuk peringkat pra persediaan ini tidak dapat dijalankan dengan baik sekiranya tiada tenaga pengajar yang mencukupi. Aktiviti luar seperti lawatan memerlukan tenaga pengajar yang banyak bagi memastikan keselamatan murid terjamin di sepanjang aktiviti dilaksanakan. Dalam peringakat Calit Emas pula, kami telah mula memberi pendedahan secara lebih mendalam mengenai aktiviti-aktiviti Pandu Puteri. Semangat patriotic disematkan dalam diri setiap ahli pandu puteri melalui pengenalan Bendara Jalur Gemilang dan bendera negeri masing-masing. Dengan itu, peraturan kedua iaitu seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia telah disemaikan. Kami juga merancang aktiviti yang memberikan kemahiran kepada ahli pasukan seperti aktiviti menyediakan meja makan, membasuh pinggan dan aktiviti dapur yang lain dengan mengunakan kaedah tunjuk cara. Aktiviti ini akan membuatkan kanak-kanak belajar untuk menjadi lebih berdikari. Kami juga menyediakan aktiviti untuk mengajar murid cara untuk mendandan rambut

bagi memastikan mereka sentiasa kemas. Selain itu, ahli persatuan juga diajar cara untuk menyimpul, membuat dan mengurai ikatan tali. Kemahiran lain seperti menjahit, megubah bunga dan melipat turut diberikan kepada ahli pasukan pandu puteri. Kemahiran-kemahiran ini hanya diajar pada peringkat asas sahaja, sesuai dengan perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak perempuan yang berusia 9 tahun. Setiap kali sesuatu kemahiran diberikan kepada murid, ujian akan diadakan bagi menguji kemahiran ahli mengenai kemahiran yang telah diajar kepada mereka. Selain memberikan kemahiran, kami juga merancang aktiviti yang mampu menanam perasaan kasih sayang ahli terhadap orang dan alam di sekeliling mereka. Aktiviti seperti bergaul dengan rakan, bercerita mengenai keluarga dan membuat buku skrap mengenai perkara-perkara yang mereka sayangi akan melahirkan seorang ahli pandu puteri yang bersifat prihatin dan penuh dengan kasih sayang. Secara keseluruhannya, aktiviti yang telah kami rancang ini sesuai dengan tahap perkembangan murid-murid Tahun 3. Kami merancang aktiviti-aktiviti ini untuk menyemaikan undang-undang pandu puteri dalam diri murid secara perlahan-lahan tetapi nyata. Kebanyakan kemahiran yang diajar kepada mereka hanya pada peringkat asas sahaja. Oleh itu, ianya tidak membebankan murid-murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang diberikan. Kami memastikan setiap perjumpaan Persatuan Pandu Puteri diisi dengan melakukan aktiviti yang berfaedah disamping dapat memberikan keseronokan dan ilmu kepada ahli persatuan. Aktiviti yang disediakan ini juga dapat melatih dan menyediakan murid-murid perempuan untuk menjadi wanita yang berhati mulia, bersifat kewanitaan dan anggun.