refleksi

2

Click here to load reader

Upload: shantini-menon

Post on 19-Jun-2015

78 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

  • 1. REFLEKSI Saya Shantini A/P Raman bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan saya tepat pada mas. Semasa diberikan tugasan ini, kami mengalami sedikit kekangan untukmendapatkan bahan maklumat. Sepanjang saya membuat kerja kursus ini, banyak yang saya telah pelajari.Banyak cabaran yang terpaksa saya hadapi namun itu semua mengajar saya menjadi pelajar yang lebih baik.Kekuatan dalam membuat kerja kursus ini adalah pertolongan pensyarah yang sangat membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kami dikehendaki membuat kertas kerja lawatan ke Pulau langkawi, dengan ini kami dapat mempelajari cara membuat kertas kerja dengan lebih baik. Kelemahan ataupun cabaran yang saya hadapi adalah berkaitan sumber rujukan yang terhad. Kami hanya mencari sumber daripada internet di mana tidak semua sumber tidak boleh dipercayai. Sumber buku di perpustakaan kampus ini adalah terhad, oleh itu sukar bagi kami untuk membuat rujukan. Kertas Kerja Lawatan juga adalah sangat asing bagi kami, kami terpaksa melakukan banyak kajian tentang kertas kerja. Kami juga banyak bertanya kepada guru-guru pelatih yang lain mengenai kertas kerja lawatan. Cadangan saya untuk menambahbaikkan kerja saya pada masa akan datang ialah perbaiki sikap diri dan mengurus masa dengan baik. Ketika membuat tugasan inilah mengajar kami erti kerjasama dan tolong-menolong.Dalam masa yang sama, kami juga belajar untuk mengagihkan tugas secara adil dan saksama agar tugasan yang dibuat tidak bersifat berat sebelah. Kami juga haruslah melakukan banyak kerjasama ataupun kolaborasi bersama pensyarah dan rakan-rakan untuk mengembangkan lagi idea. Kami berharap di masa hadapan, kami akan dapat melakukan yang lebih baik dari sekarang. Kesimpulannya, kerja kursus ini sememangnya membantu saya dalam berlatih membuat kertas kerja. kerja kursus ini memberi banyak faedah kepada kami sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Oleh itu, kami akan berusaha untuk meningkatkan mutu kerja kami di masa akan datang.