refleksi 1

Upload: sarveswary

Post on 13-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bola jaring

TRANSCRIPT

SARVESWARY A/P RAMAMURTHY (3MT 1)Tarikh: 10/1/2013Minggu 1 Aktiviti memanaskan badan : Sanggitha dan PunithaAktiviti : 1) Belajar cara menghantar bola dan cara melantun bola

Minggu pertama ini aktiviti memanaskan badan amat memuaskan. Saya belajar cara membaling dan melantun bola. Walaupun semester yang lepas, saya dari ahli permainan bola jarring, saya tidak begitu baik membaling bola semasa bermain bola jarring. Apabila pensyarah kami mengajar kami cara membaling dan melantun bola, saya dapat melakukan aktiviti tersebut dengan baik. Apabila pensyarah kami meminta melakukan aktiviti membaling bola secara individu, beliau dapat memberi komen. Dengan ini saya dapat peluang untuk membaikinya. Seterusnya , kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan mengadakan perlawanan bola jarring antara dua kumpulan. Saya mewakili sebagai centre bagi kumpulan bib berwarna kuning. Saya memang suka menjadi centre dalam permainan bola jarring. Hal ini kerana, orang yang centre bebas bergerak di mana sahaja kecuali ke dalam kawasan D. Semasa saya bermain sebagai center, saya terpaksa lari sini ke sana. Ia juga memang meletihkan saya. saya juga mengapikasikan cara yang betul semasa membaling bola. Dalam perlawanan ini kumpulan saya Cuma mendapat satu mata sahaja. Kumpulan lawan mendapt 4 mata. Ia memang bimbangkan saya. Tetapi saya cuba menyabarkan diri saya. Kumpulan lawan memang bermain hebat sehingga kumpulan kami tidak dapat peluang untuk menjaring gol. Hal ini kerana dalam kumpulan tersebut terdapat beberapa orang yang pernah mewakili daerah semasa bersekolah. Oleh itu, saya dapat mempelajari daripada mereka cara bermain bola jarring dengan baik.Sekian Terima kasih.

Tarikh: 17/1/2013Minggu 2 Aktiviti memanaskan badan : Sarveswary dan SagunthalaAktiviti : 1) Belajar cara bergerak kakiMinggu kedua ini , saya dan kawan saya bertugas untuk menjalankan aktiviti memanaskan badan. Kami membuat aktiviti memanaskan badan dengan iringan lagu OPPAMA GANGNAM SYLE. Kami harap semua orang dapat memanaskan badan dengan seronok. Selepas itu, kami menjalankan permainan kecil yang bernama Bola Racun. Semua orang dapat mengambil bahagian dalam permainan tersebut. Permainan ini amat menyeronokan semua ahi permainan bola jaring. Minggu ini, saya belajar cara bergerak kaki. Pensyarah kami mengajar cara bergerak kai dengan betul semasa bermain bola jaring. Beliau memberi peluang kepada kami untuk melakukan bergerak kaki dengan berpasangan. Apabila beliau meminta kami membuat bergerak kaki yang betul secara individu, pertama kali saya tidak membuat bergerak kaki dengan begitu baik. Ia tidak memberi berpuas hati kepada pensyarah kami. Oleh itu, beliau memberi peluang kepada saya untuk membuat sekali lagi. Dengan tunjuk ajar beliau, saya dapat melakukan bergerak kaki dengan betul.seterusnya , minggu ini pun kumpulan-kumpulan sama yang berlawan. Tetapi sesetengah ahli kumpulan menukarkan kedudukan mereka. Kali ini saya mewakili kedudukan GS. Saya sangat seronok menjadi GS. Hal ini kerana ia sangat mecabarkan diri saya untuk menjaring gol kerana GD begitu hebat menghalang saya sehingga tidak memberi peluang kepada saya untuk menjaring gol. Walaupun saya berusaha untuk menjaring gol. Kumpulan kami mendapat 4 mata. Kumpulan lawan mendapat 2 mata. Minggu ini sangat menyeronokan saya dan saya juga belajar cara bergerak kaki dengan betul semasa bermain bola jaring.

Sekian Terima Kasih.