refle ks i kumpulan

3
REFLEKSI Kami telah memilih tajukkoordinasi dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1 bagi tugasan menyiapkan tugasan persembahan multimedia. Kami menggunakan power point sebagai media untuk membuat persembahan multimedia ini. Dalam melaksanakan persembahan multimedia ini, kami menekankan model ASSU! kerana model ini memberikan "okus kepada peran#angan pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.$odel ini dapat membantu guru meran#ang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah. %leh itu media yang digunakan oleh kami iaitu media persembahan media. Dalam model ASSU! terdapat & peringkat pengajaran iaitu ' 1( Analyse learners ) analisis pelajar( *( State obje#ti+es )nyatakan objekti" hasil pembelajaran( -( Sele#t methods, media and materials )pilih kaedah, media dan bahan sumber( ( Utili/e media and materials )gunakan media dan bahan sumber( 0( e uire learner parti#ipation )libatkan pelajar dalam pembelajaran( &( !+aluate and re+ise )nilai dan semak semula( Sebelum kami membentuk persembahan multimedia kami, kami telah mengkaji kumpulan sasaran kami yang akan terlibat dalam pengajaran yang menggunakan persembahan multimedia ini. Sasaran kumpulan kami ialah murid2murid ta yang mempunyai masalah pendengaran. 3amun masalah pendengaran yang dihadapi adalah di tahap ringan. Kami memilih sasaran ini kerana kami merupaka bakal guru pendidikan hal masalah pendengaran. %leh itu baik untuk kami memili sasaran yang berkaitan dengan major kami. Kami telah menganalisis kumpulan ini seperti mana yang terdapat dalam modul ASSU! iaitu langkah pertamanya iaitu analisis pelajar. Seterusnya, bagi langkah kedua dalam model ini ialah menyatakan pembelajaran. Setelah menganalisis kumpulan sasaran kami, kami menyatak hasil pembelajaran yang akan di#apai mengikut kemampuan kumpulan sasar kami. 4asil pembelajaran ini telah diletakkan dalam paparan persembahan multimedia kami. 4al ini agar murid dapat tahu apa yang mereka dapa pengajarandan pembelajaran dijalankan. %leh itu,murid #uba men#apai hasil pembelajaran yang ingin di#apai dalam pengajaran tersebut.

Upload: ain-batni

Post on 02-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tulis ape ape

TRANSCRIPT

REFLEKSIKami telah memilih tajuk koordinasi dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 1 bagi tugasan menyiapkan tugasan persembahan multimedia. Kami menggunakan power point sebagai media untuk membuat persembahan multimedia ini. Dalam melaksanakan persembahan multimedia ini, kami menekankan model ASSURE kerana model ini memberikan fokus kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Oleh itu media yang digunakan oleh kami iaitu media persembahan media. Dalam model ASSURE terdapat 6 peringkat pengajaran iaitu :1) Analyse learners ( analisis pelajar)2) State objectives (nyatakan objektif/hasil pembelajaran)3) Select methods, media and materials (pilih kaedah, media dan bahan sumber)4) Utilize media and materials (gunakan media dan bahan sumber)5) Require learner participation (libatkan pelajar dalam pembelajaran)6) Evaluate and revise (nilai dan semak semula)Sebelum kami membentuk persembahan multimedia kami, kami telah mengkaji kumpulan sasaran kami yang akan terlibat dalam pengajaran yang menggunakan persembahan multimedia ini. Sasaran kumpulan kami ialah murid-murid tahun 1 yang mempunyai masalah pendengaran. Namun masalah pendengaran yang dihadapi adalah di tahap ringan. Kami memilih sasaran ini kerana kami merupakan bakal guru pendidikan hal masalah pendengaran. Oleh itu baik untuk kami memilih sasaran yang berkaitan dengan major kami. Kami telah menganalisis kumpulan ini seperti mana yang terdapat dalam modul ASSURE iaitu langkah pertamanya iaitu analisis pelajar. Seterusnya, bagi langkah kedua dalam model ini ialah menyatakan hasil pembelajaran. Setelah menganalisis kumpulan sasaran kami, kami menyatakan hasil pembelajaran yang akan dicapai mengikut kemampuan kumpulan sasaran kami. Hasil pembelajaran ini telah diletakkan dalam paparan persembahan multimedia kami. Hal ini agar murid dapat tahu apa yang mereka dapat ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu,murid cuba mencapai hasil pembelajaran yang ingin dicapai dalam pengajaran tersebut.Bagi langkah ketiga dalam modul ASSURE iaitu memilih kaedah, media dan bahan sumber. Pemilihan ini perlu berdasarkan analisis murid dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Kami memilih untuk menggunakan lebih penggunaan gambar dan video bagi menerangkan contoh aktiviti koordinasi. Hal ini berikutan kerana pelajar bermasalah pendengaran lebih cenderung belajar menggunakan visual berbanding audio. Namun begitu, kami juga meletakkan audio dalam paparan kami agar murid yang mempunyai sisa pendengaran seronok untuk belajar. Walaupun pengajaran PJ perlu dilaksanakan secara terus kepada pelajar dan memberi pelajar untuk merasai sendiri pengalaman melaksanakan aktiviti tersebut. Namun persembahan multimedia ini bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada pelajar sebelum mengalami semdiri pengalaman melaksanakan aktiviti tersebut. Hal ini lebih memudahkan guru untuk mengendalikan murid ini. Setelah memilih dan menyediakan media dan kaedah pengajaran, langkah seterusnya ialah memnggunakan media tersebut bagi melihat keberkesanan media tersebut. Namun begitu, tugasan ini tidak menekankan langkah ini. Oleh yang demikian saya mencadangkan pada masa akan datang tugasan sepeti ini ditambah baik, dimana pelajar menggunakan persembahan media yang telah dibuat kepada pelajar sekolah. Pelajar akan lebih mengetahui keberkesanan persembahan media yang dibuat dan dapat diperbaiki lagi pada masa akan datang jika ianya tidak sesuai dilaksanakan dalam kalangan pelajar. Langkah kelima ialah melibatkan pelajar dalam pembelajaran. Dalam persembahan multimedia ini, kami juga melibatkan pelajar dimana setelah mereka menonton video aktiviti dan diberi penerangan tentang aspek keselamatan ketika melaksanakan aktiviti ini, pelajar akan melaksanakan sendiri dan merasai pengalaman melaksanakan aktiviti tersebut. Selain itu, dengan video yang dipaparkan dalam persembahan multimedia kami ini, murid secara tidak langsung melakukan pergerakan yang sama dibuat dalam video tersebut. Hal ini kerana seperti yang kita tahu, kanak-kanak belajar melalui peniruan. Dalam persembahan multimedia kami ini terdapat soalan pengukuhan dimana soalan tersebut berkaitan dengan apa yang telah dibincangkan dalam paparan sebelumnya. Oleh itu, ianya memenuhi langkah keenam modul ASSURE iaitu nilai dan semak semula. Soalan pengukuhan ini dibuat bukan sahaja untuk menilai tahap kefahaman murid tentang apa yang diajar. Malah untuk melihat bagaimana kaedah menggunakan persembahan multimedia dapat menarik minat murid atau tidak. Kami merasakan murid akan berminat untuk belajar dengan persembahan multimedia yang dibuat ini memandangkan ianya mempunyai animasi, gambar, video, penerangan dan audio yang menarik.Akhir kata, kami merasakan persembahan multimedia yang telah dihasilkan ini telah memenuhi langkah modul ASSURE kecuali langkah keempat iaitu menggunakan sumber pengajaran ini kepada murid. Hal ini berikutan kekangan yang dihadapi iaitu kami tidak diminta untuk melaksanakan pengajaran mengunakan persembahan ini dengan murid-murid. Namun begitu, kami merasakan persembahan ini dapat disimpan dan digunakan pada masa akan datang ketika berpraktikum atau ketika sudah menjadi guru kelak.Sekian, terima kasih.