reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa barat

28
SEJARAH DUNIA. TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TAJUK: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT DAN KESAN PENJAJAHAN BARAT. SUBTAJUK: REAKSI MASYARAKAT INDIA TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT. TAJUK SOALAN: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANGKITKAN KESEDARAN KEBANGSAAN DALAM KALANGAN RAKYAT DI INDIA. Disediakan: Noorhidayah Binti Mohd Nasri

Upload: suziana15

Post on 13-Apr-2017

1.001 views

Category:

Education


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

SEJARAH DUNIA.TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA

BANGSATAJUK: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT DAN KESAN PENJAJAHAN

BARAT.SUBTAJUK: REAKSI MASYARAKAT INDIA TERHADAP

PERLUASAN KUASA BARAT.TAJUK SOALAN: HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMBANGKITKAN KESEDARAN KEBANGSAAN DALAM KALANGAN RAKYAT DI INDIA.

Disediakan: Noorhidayah Binti Mohd Nasri

Page 2: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

LATAR BELAKANGKesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India dapat

dikesan sebelum 1857 lagi. Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama sebelum tahun 1857, menandakan semangat kebangsaan bermula di India. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kemunculan semangat kebangsaan

dalam kalangan rakyat India.

Page 3: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN NASIONALISME

Page 4: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Pendidikan Barat.

Bahasa Inggeris.

Akta libert 1883.

Dasar pentadbiran Lytton.

Perkembangan sistem

perhubungan &

pengangkutan.

Diskriminasi dalam Perkhidmatan Awam.

-Penindasan terhadap Buruh2 India

Seberang laut. &

-Gerakan Reformasi Sosioagama

Dasar Ekonomi British

Peranan Kesusasteraan.

Kajian terhadap Keagungan Silam.

Peranan Akhbar.

Page 5: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

PELUASAN KUASA BARAT DI INDIA

PENDIDIKAN BARAT

♫ Pendidikan Barat merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India.

♫ Matlamat utama kerajaan British memperkenalkan pendidikan Barat adalah untuk melahirkan tenaga kerja yang murah dalam kalangan penduduk tempatan.

♫ Di samping itu, kerajaan British juga berpendapat pendidikan Barat akan menanam semangat kesetiaan rakyat terhadap pemerintahan British.

♫Pendidikan Barat mula diperkenalkan oleh British di India pada tahun 1854.

Page 6: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Kerajaan British telah melantik Sir Charles Wood bagi menggubal satu sistem pendidikan di India pada tahun 1854

Menjelang tahun 1858, tiga buah universiti yang berasaskan model Universiti London ditubuhkan di Culcutta, Madras, dan Bombay

Sukatan pelajaran di pusat-pusat pengajian tinggi tersebut termasuk mata pelajaran Sejarah, Falsafah Politik, Undang-undang, dan Kesusateraan Barat

Sistem pendidikan Barat melahirkan ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan rakyat India yang terlibat dalam perkhidmatan seperti dokter, peguam, guru dan kerani.

Selain itu, pendidikan Barat juga menyebabkan rakyat terdedah kepada pandangan yang dikemukakan oleh pemikir2 Barat seperti John Locke, Rousseau, Mazzini, Voltaire, Edmund Burke, dan Thomas Paine.

Page 7: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Masyarakat India terdedah kepada konsep-konsep seperti kebebasan, demokrasi, persamaan dan hak asasi individu menerusi karya-karya yang dihasilkan tokoh-tokoh Barat.

Pengenalan sistem pendidikan Barat telah memberi kesedaran tentang penindasan yang dilakukan oleh pemerintah British di India.

Perkembangan ini telah melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang berpendidikan Barat seperti Raja Ram Mohan Roy, W.C. Banerjee, Surendranath Banerjee, dan G.K Gokhale.

Tokoh-tokoh ini memainkan peranan dalam mempelopori gerakan nasionalisme di India.

Page 8: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
Page 9: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

SURENDRANATH BANERJEE.

Page 10: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

BAHASA INGGERIS

Bahasa Inggeris juga memainkan peranan dalam melahirkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat.

Terdapat lebih kurang 600 bahasa daerah yang dituturkan oleh penduduk di seluruh India.

Kewujudan bahasa-bahasa daerah menjadi batu penghalang untuk memupuk persefahaman dan menyatukan rakyat India.

Penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan di sekolah-sekolah berjaya mengatasi masalah tersebut.

Bahasa Inggeris bertindak sebagai alat perpaduan yang menyatukan orang india yang terpisah dari segi agama, bangsa dan wilayah.

Page 11: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

DISKRIMINASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Kerajaan British turut mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan orang India untuk memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam.

Amalan diskriminasi dalam pengambilan kakitangan awam telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan tepelajar di India.

Akta Piagam 1833 dan Akta Perkhidamatan Awam 1861 menjanjiikan bahawa orang india tidak dihalang daripada memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.

Namun begitu, kerajaan British tidak mengambil sebarang langkah untuk menguatkuasakan janji-janji yang terkandung dalam akta tersebut.

Kerajaan Britsih menghalang penyertaan orang India dalam perkhidmatan awam dengan mengadakan peperiksaan untuk perkhidmatan awam di Britain berdasarkan sukatan pelajaran Britain.

Pada tahun 1878, kerajaan British bertindak mengurangkan had umur untuk menyertai perkhidmatan awam daripada 22 tahun kepada 19 tahun .

Page 12: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Langkah tersebut bertujuan menghalang pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti daripada menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.

Orang India yang berpendidikan Inggeris menganggap langkah-langkah ini sebagai percubaan untuk menghalang mereka daripada memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Page 13: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN & PENGANGKUTAN.

Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden turut memainkan peranan dalam melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat India.

Pembinaan jalan raya, landasan kereta api, dan sistem pos menyatukan orang India yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan

Pengenalan sistem perhubungan dan pengangkutan yang cekap meningkatkan mobaliti dan merapatkan hubungan antara mereka.

Perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan membolehkan idea nasionalisme dapat disebarkan dengan pantas ke seluruh dunia.

Page 14: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

DASAR PENTADBIRAN LYTTON.

Dasar pentadbiran Lord Lytton telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat India.

Beliau memperkenalkan pelbagai akta seperti Akta Senjata dan Akta Akhbar Vernakular yang telah melahirkan perasaan benci dalam kalangan rakyat terhadap pemerintahan British.

Akta Akhbar Vernakular melarang penerbitan rencana dan artikel yang membangkitakan sentimen anti Inggeris.

Namun demikian, akhbar-akhbar Inggeris tidak dikenakan sebarang sekatan. Tindakan kerajaan British untuk mengenakan sekatan terhadap akhbar-

akhbar vernakular menyekat kebebasan rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka,

Pengenalan akta-akta tersebut menyebabkan lahir penentangan daripada penduduk tempatan hingga membawa kepada pembatalan akta tersebut.

Page 15: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

LORD LYTTON.

Page 16: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Selain memperkenalkan akta-akta tersebut, Lord Lytton juga mengambil langkah-langkah yang membangkitkan kemarahan rakyat. Antara langkah-langkah tersebut ialah:

Langkah-langkah yang diambil oleh Lord Lytton bercanggah dengan kepentingan rakyat India.

Menggunakan wang daripada perbendaharaan kerajaan India utk menanggung perbelanjaan bagi Perang Afghanistan II

Mengehadkan umur untuk menyertai Perkhidmatan Awam kepada 18 tahun

Menggalakkan import kain kapas dari Britian.

Page 17: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

AKTA LIBERT 1883

Akta Ilbert yg diluluskan pd tahun 1883 merancakkan sentimen antiInggeris dalam kalangan rakyat India.

Akta ini memberikan kuasa kpd hakim2 dripda keturunan India utk mengadili dan menjatuhkan hukuman terhadap org Inggeris

Pengenalan akta ini menimbulkan rasa tidak puas hati golgn Anglo-India yang menjalankan kempen untuk menentang akta tersebut.

Golongan Anglo-India menubuhkan persatuan2 bagi mempertahankan hak mereka.

Penentangan daripada golongan Anglo-India menyebabkan kerajaan British menarik balik akta tersebut.

Tindakan kerajaan British menarik balik akta tersebut menyedarkan org India tentang perasaan antiIndia yang terpendam dalam hati orang Inggeris

Perkembangan ini menyebabkan Surendra Nath Bannerjee mengambil langkah untuk menganjurkan Persidangan Kebangsaan India bagi menentang kerajaan British.

Page 18: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

PERANAN AKHBAR.

Akhbar2 tempatan memainkan peranan dlm membangkitkan kesedaran nasionalisme dalam klgn rakyat India

Usaha utk menerbitkan akhbar di India tlh dmulakan sejak tahun1767

Pd tahun 1780, akhbar Bengal Gazette diterbitkan dan diikuti olh Madras Courier 1785 dan Bombay Gazette 1789

Walaupun akhbar2 ini berada di bawah kawalan kerajaan, namun ia memainkan peranan sebagai medium untuk menyuarakan pandangan rakyat.

Akhbar2 seperti Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika, dan Patriot berani mgkritik dasar yg diamalkan olh kerajaan di India.

Akhbar-akhbar tempatan berperanan dalam melahirkan kesedaran politik dalam kalangan golongan kelas menengah.

Akhbar-akhbar ini juga menyebarkan idea mengenai pemerintahan sendiri, dan amalan demokrasi dalam kalangan rakyat tempatan.

Page 19: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

KAJIAN TERHADAP KEAGUNGAN SILAM.

Golongan cendekiawan yang berpendidikan Inggeris menjalankan kajian terhadap keagungan silam masyarakat India klasik

Kajian-kajian dijalankan mengenai zaman kegemilangan dalam tamadun India semsa pemerintahan tokoh-tokoh seperti Asoka dan Chandragupta.

Kajian juga dijalankan tentang kemajuan yang dicapai oleh masyarakat India dalam bidang astronomi, sains, falsafah, matematik, perubatan, dan kesenian.

Kajian seperti ini melahirkan keyakinan dan kebanggaan orang india terhadap kebudayaan dan peradaban mereka.

Selain cendekiawan tempatan, sarjana-sarjana Barat seperti Sir William Jones, Max Muller dan Monier Williams turut menjalankan kajian mengenai perabadan India.

Dalam hal ini, Sir William Jones telah memberikan sumbangan yg amat berharga dalam menjalankan kajian terhadap peradaban silam masyarakat India,

Page 20: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Beliau menubuhkan Asiatic Society of Bengal untk menjalankan kajian tentang sejarah silam dan antikuiti bangsa India

Beliau juga menterjemahkan karya Sakuntala yang dihasilkan oleh Kalidasa ke dalam bahasa Inggeris

Di samping itu, beliau juga memperkenalkan kesusasteraan dan kebudayaan masyarakat India kepada masyarakat Eropah.

Kajian tentang keagungan silam telah membangkitkkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat India.

Page 21: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

PERANAN KESUSASTERAAN.

Karya-karya kesusatreaan seperti novel, esei, lagu-lagu patriotik, dan sajak turut memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat.

Penulisan tokoh-tokoh kesusateraan dalam pelbagai dialek tempatan dimuatkan dalam akhbar-akhbar tempatan menyebabkan idea nasionalisme tersebar keseluruh Benua kecil India.

Antara tokoh-tokoh kesusateraan yang memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan termasuklah:

TOKOH BAHASA/DIALEK

• Bankin Chandra chatterjee• Rabindranath Tagore

Bengali

Vishnu Shastri Marathi

Subramaniam Tamil

Harish Chandar Hindi

Page 22: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Malah kerajaan British bertindak mgawal perusahaan2 tempatan demi mnjaga kepentingan perusahaan2 yg dikendalikan olh org Inggeris.

Dasar ini myebabkan kerajaan British tidak menggalakkan perkembangan industri tekstil dan perkilangan tempatan.

Dalam konteks ini, kerajaan British mgamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi kepentingan sektor perindustrian di England

Dasar ekonomi yg diamalkan oleh kerajaan British turut melahirkansentimen antiBritish dalam kalangan rakyat India.

DASAR EKONOMI BRITISH.

Di samping itu, tindakan kerajaan British memonopoli perdagangan garam menjejaskan pendapatan penduduk tmptn yg terlibat dlm indusrti tersebut.

Langkah2 yg diambil olh krajaan British menjejaskan sumber pendapatan pnddk tmptn yg terlibat dlm industri2 tempatan.

Diskriminasi yg diamalkn dlm bdg ekonomi membangkitkan perasaan benci org India terhadap pemerintahan British di India.

Page 23: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

PENINDASAN TERHADAP BURUH2 INDIA DI SEBERANG LAUT

Semasa pemerintahan British, rakyat India digalakkan berhijrah ke kwsn lain dlm empayar British untuk bekerja sebagai buruh.

Buruh2 dari India menerima layanan buruk daripada pemerintahan British.

Pemerintahan British tidak mgambil berat ttg kebajikan dan hak2 asasi buruh2 India yg bekerja di seberang.

Sebagai contoh, buruh2 India yg bekerja di Afrika Selatan mnerima penindasan drpd org Eropah.

Selain itu, buruh2 India juga dikenakan pelbagai undang2 dan cukai yg membebankan mereka oleh pemerintahan British.

Layanan buruk yg diberikan ole kerajaan British terhadap org India di seberang laut melahirkan rasa tidak puas hati dlm klgn golongan nasionalis trhadap pemerintahan British.

Perkembangan ini menyebabkan pemimpin2 liberal di India dan di empayar British mengkritik dasar pentadbiran British.

Page 24: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

GERAKAN REFORMASI

SOSIOAGAMA.

Page 25: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Menjelang pertengahan abad ke-19, lahir kesedaran untuk menjalankan reformasi dalam bidang sosial dan agama dalam kalangan pemimpin2 agama Hindu.

Perkembangan ini menyebabkan muncul pertubuhan2 agama seperti Brahmo Samaj, Brahma Samaj, Arya Samaj, Pertubuhan Ramakrishna, dan Persatuan Teosofika.

Menurut Anne Besant, pertubuhan2 agama meletakkan asas bagi kebangkitan nasionalisme dan kemunculan parti2 politik di India.

Antara persatuan tersebut termasuklah Persatuan Reformasi Keagamaan yg ditubuhkan oleh penganut agama Zoroastrian pada tahun 1851.

Page 26: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Persatuan tersebut menjalakan reformasi bagi menghapuskan penyelewengan dalam kalangan penganut agama tersebut.

Persatuan ini juga mendesak kerajaan melluluskan akta untuk mengiktiraf perkahwinan semula dalam kalangan janda beragama Hindu.

Kemunculan persatuan-persatuan sosioagama telah membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat India.

Semangat kebangsaan ini meletakkan asas bagi kemunculan organisasi politik yang terbesar di India, iaitu Parti Kongres India pada tahun 1885.

Page 27: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

KESIMPULAN

Dengan adanya penentangan penjajahan Birish terhadap India ini akan mendorong

lagi kebangkitan semangatt rakyat India bagi berjuang terhadap penentangan tersebut..

Page 28: REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT

Sekian, Terima Kasih