rbt3119 topik 15
DESCRIPTION
RBT3119 topik 15TRANSCRIPT
TAJUK 15
PENERAPAN PEDAGOGI
Rujukan
Modul Pembelajarn Kontekstual (Pusat Perkembangan Kurikulum)
Modul Pembelajarn Konstrukstivsme (Pusat Perkembangan Kurikulum)
Penerapan Unsur Pedagogi
Pembelajaran kontekstual dalam perniagaan dan keusahawanan
Pembelajaran kontrukstivisme dalam perniagaan dan keusahawanan
Pengajaran Masteri Learning
Penyelesaian masalah
Lawatan & kerja luar
Pengajaran reflektif
PENGENALAN – Pengertian Pembelajaran
Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan (1994), pembelajaran
adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui
pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali
sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya „The
Condition of Learning‟ mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau
kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan
proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam
pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran
adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi
pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang
mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan
terbentuk dari perubahan-perubahan ini.
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on.
TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks
yang pelbagai dan bermakna kepada murid. (Budaya, sosial, fizikal, psikologi)
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. (Kehidupan Harian,Makmal, Bilik Darjah,
Tempat Kerja)
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid
dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada
mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat
hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran
Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada
di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik
memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai
pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan
hasil pembelajaran yang dihasratkan.
MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
16
Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.
Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.
Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.
APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN?
Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan
peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri.
Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan
yang tidak asing kepada murid.
Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal,
belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas
yang positif.
Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran
yang perlu dipelajari.
Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada Murid;
Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan
Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian
Boleh memindahkan kemahiran
Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit
Dapat belajar secara kerjasama
Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada GURU
Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.
Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada INDUSTRI
Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara
berkesan mengikut keperluan
Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi
Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat
memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga
membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat
memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan
itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas
kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat
dunia.
APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada
bentuk pembelajaran yang berikut :
Relating(Menghubung kait): Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan
baru dengan pengalaman hidup
Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap
cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal
mereka setiap hari
Experiencing (Mengalami): Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka
cipta
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah
apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal
Applying (Mengaplikasi): Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau
informasi boleh digunakan dalam situasi lain.
Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan
ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek.
Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep
tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar
Cooperating (Bekerjasama): Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum
balas dan berkomunikasi
Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran
alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama
dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik
disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama
Transfering (Memindahkan): Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan
menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui
Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan
Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m
untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai
melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait,
mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan
harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui
kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan
mengaplikasikannya kepada situasi lain.
PEMBELJARAN KONTRUKSTIVISME
APAKAH KONSTRUKTIVISME ?
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru.
IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME
Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid
Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil darIpada aktiviti yang dilakukan
oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif
Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan
menyelesaikan masalah
Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
Pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut
Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan
peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai
panduan merancang pengajaran
Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru
Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
Pembelajaran
Menyokong pembelajaran secara koperatif
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar
PERANAN MURID DAN GURU SERTA CABARAN DALAM KELAS
KONSTRUKTIVIS
Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan murid dan guru
akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang peranan
murid dan guru serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam
pembelajaran secara onstruktivisme.
Peranan Murid
Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara
individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan
masalah.
Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan
membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu
berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid
tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.
Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk
membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis
mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.
Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk
menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.
Peranan Guru
Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan
mereka.
Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian
bertulis.
Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis,
meramal, meneroka dan membuat hipotesis.
Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan
menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan
dikemukakan.
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea
yang telah dijanakan.
Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.
PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit
pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada
masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri,
cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi
pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama
(Levine 1985:Bloom 1981).
1. Semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya:
ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya; dan
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
2. Dalam proses pembelajaran masteri, guru mesti memastikan semua murid dapat menguasai
perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran.
3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit
pembelajaran atau tajuk yang lain.
4. Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai.
5. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai.
6. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar.
7. Murid belajar mengikut kadarnya sendiri.
Elemen-Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri
1. Terdapat empat elemen penting dalam pembelajaran masteri iaitu:
Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan
bagaimana ianya akan dinilai. Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa
yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan
dilaksanakan. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran,
objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek
atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran.
2. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri.
Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat,
kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi
tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-
peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat
seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata
pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1.
Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar
mengikut kadar mereka sendiri , antaranya:
i. Modul dan pakej pembelajaran.
ii. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka
(frame) (“Programmed Instruction”).
iii. Audio-tutorial.
iv. “Keller Plan” iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap
tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan
pembelajarannya.
v. Pembelajaran berbantukan komputer.
3. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah
pemulihan yang sesuai.Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih
spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti
pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal
jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur
yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian
pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar
berkenaan.
4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.
Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai
terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir
sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada
secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan.
LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran masteri dilaksanakan berdasarkan empat langkah, iaitu:
1. Penentuan hasil pembelajaran.
2. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan.
3. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan
4. Pelaksanaan tindakan susulan.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI
1. Pembelajaran masteri mempunyai ciri seperti berikut:
Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid. Pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam
sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka
telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam
topik yang sedang dipelajari.
2. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil
yang dikenali sebagai unit pembelajaran.Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat
memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Ini akan memudahkan mereka
menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan.
3. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran.
Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar
memahami dan mencapainya.
4. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.
Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau
bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran
pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur
sehingga mencapai 80%.
5. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan
menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan
atau secara individu.
Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu
pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya
aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan
menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan.
6. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan
pembelajaran murid.
Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam
bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah
bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
7. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah
dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid.
Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum
balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran.
8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan
setiap murid.
Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum
menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai
aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti
pengayaan.
PENYELESAIAN MASALAH
Proses Menyelesaikan Masalah
Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah
penyelesaian iaitu:
i. Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat
yang berkaitan dengannya;
ii. Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang
diberi dengan penyelesaian;
iii. Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti,
langkah demi langkah; dan
iv. Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian
dengan apa yang hendak diselesaikan.
(Widad Othman, et al, 2003)
Terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah:
a) Mengenalpasti Masalah
Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah
untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai
persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan berdasarkan
objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan untuk
memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal
sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar
Abdul Hamid (2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur
masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat.
b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data
Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang
diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan
data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai,
carta aliran dan lain-lain.
Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan
mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca
masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu
masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa
persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu
berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah,
pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah, perbandingan
dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003).
Pada peringkat ini, pelajar boleh mengsahkan kesahihan maklumat yang diperolehi dan
mampu mengenalpasti penyarah yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Selain itu, pelajar mampu mencari punca utama masalah tersebut. Pelajar juga perlu
berbincang dan berkongsi maklumat dangan ahli kumpulan yang lain serta perlu mamastikan
sama ada maklumat yang dikumpulkan mencukupi ataupun tidak.
c) Membuat Keputusan
Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan
penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar perlu
mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Pemilihan
penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang
diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah
satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini
mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan
salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu
perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan
tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi
masalah kumpulan.
d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik
Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan
percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada
peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut
dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada
jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu,
pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih
mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu,
pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan
atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif
yang terbaik.
e) Melaksanakan Keputusan
Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas
hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan
penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga
membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji
sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.
LAWATAN DAN KERJA LUAR
PENGENALAN
Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk
kontekstual. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalkan “Four Pillars of
Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be”.
Untuk memastikan Pembelajaran Luar Bilik Darjah dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik
Darjah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan
Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Pengertian, objektif dan tiga model Pembelajaran Luar Bilik
Darjah yang melibatkan kerja lapangan dan lawatan dijelaskan dalam dokumen tersebut
PENGERTIAN
Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi
pengertian Pembelajaran Luar Bilik Darjah seperti berikut:
“Pembelajaran luar bilik darjah adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang
terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan
mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran
yang progresif.”
OBJEKTIF
Pembelajaran Luar Bilik Darjah boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar
sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau
pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep. Objektif-objektif Pembelajaran
Luar Bilik Darjah merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain
sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah:
Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas;
Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan
menyenorokkan
Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman
kontekstual;
Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar;
Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan;
Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan
maklumat.
Menerapkan nilai-nilai murni.
MODEL Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD:
Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah.
Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah.
Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD)
(Lawatan terancang & berintergrasi ilmu)
Sebelum Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan,
sikap dan kemahiran)
Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD
Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak
sekolah, PPD dan ibu bapa
Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD
Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi
Membuat tempahan tempat dan pengangkutan
Memastikan bas mempunysi insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang
pemandu.
Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid
Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid
Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua
bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang
lawatan
Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti
Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab
masing-masing
Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid
Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera,
perakam audio dll)
Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan
Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan
Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat
Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan
Memahami peraturan dan aturcara lawatan
Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan
Memahami keperluan-keperluan keselamatan
Semasa Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga
Memberi bantuan bila diperlukan
Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat
Membuat pemerhatian secara langsung
Mengumpul dan merekod maklumat
Mematuhi peraturan-peraturan lawatan
Berkerjasama dalam kumpulan
Selepas Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid
Membimbing murid membuat rumusan
Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan &
pengelolaan aktiviti).
Menyusun maklumat yang dikumpul
Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan
Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain
Menyediakan laporan
Menghantar / membentang hasil / laporan
Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)
PENGAJAARAN REFLEKTIF
Pemikiran dan amalan refleksi terhasil daripada cetusan idea yang dikemukakan oleh
Dewey (1933) dalam bukunya yang berjudul „How We Think”. Walaupun gagasan idea ini sudah
agak ketinggalan zaman namun penggunaannya dalam bidang perguruan tidak dapat
dipisahkan. Hal ini dibuktikan dengan kewujudan pelbagai kajian berkenaan pemikiran dan
amalan refleksi yang dilaksanakan oleh para penyelidik pendidikan di seluruh dunia dari semasa
ke semasa. Oleh yang demikian, wajarlah bagi seorang guru sentiasa merefleks terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan bagi memperbaiki prestasi
pengajarannya khususnya bagi guru pelatih yang baru bertatih untuk mengajar dan apatah
lagi proses pengajaran yang dilakukan di sekolah kawasan luar bandar. Proses refleksi yang
berlaku sebelum, semasa dan selepas berlakunya sesuatu pengalaman yang mencabar.
Manakala dari segi definisi pula Dewey (1933) menyatakan individu yang
mempraktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam memikirkan masalah yang
dihadapi, komited untuk mencari jalan penyelesaian, sanggup mengorbankan masa bagi
memastikan masalah yang dihadapi dapat di atasi dan sentiasa menerima pandangan dari
luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
Konsep Refleksi
Refleksi ialah satu proses seseorang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti
pendidikan yang telah dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk memikirkan
cara memperbaikki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan
lebih berkesan pada masa hadapan
Kemahiran refleksi boleh diperolehi melalui pelbagai latihan:
menyediakan dairi/catatan selepas setiap pengajaran
menggunakan analisis kritikal insiden semasa pengajaran
menyediakan soalan tentang aspek yang ingin diperhati/dikaji dan menjawab
persoalan tersebut selepas pengajaran
menggalakkan pemerhatian rakan sebaya dan berkongsi maklumat selepas
pengajaran
menggunakan pandangan, cadangan dan komen pelajar sama ada yang melibatkan
aspek kognitif, afektif atau hubungan interpersonal khususnya selepas satu-satu tajuk
membuat rakaman video dan menilai aspek yang ingin diperbaiki sama ada selepas
satu tajuk atau sesuatu program tamat
Menjadi pengamal reflektif (reflective practitioner) amatlah penting bagi seorang guru yang
ingin menjadi pakar dalam tugas pengajaran. Aktiviti reflektif ini boleh dilaksanakan secara
berterusan dalam tiga peringkat:
i. Sepanjang masa aktiviti pengajaran berjalan
ii. Selepas tamat satu modul/kursus/tajuk
iii. Selepas tamat satu program
Bagi membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran setiap apa yang dinilai
perlu direkodkan. Rekod ini boleh dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran. Log/diari
ini perlu mencatatkan perkara berikut:
Dapatan daripada refleksi kendiri
Perubahan yang diperlukan/dicadangkan
Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki pengajaran
Rancangan bagi memperbaiki pengajaran
Tindakan susulan yang patut dilaksanakan
ProsesRefleksi Pedagogi
Proses ini merangkumi enam peringkat
1. Kefahaman masalah
2. Transformasi kepada rancangan
3. Pelaksanaan rancangan
4. Penilaian pelaksanaan
5. Refleksi pelaksanaan
6. Dapatan kefahaman baru
Dapatan kefahaman baru ini seterusnya menjadi cetusan asas untuk transformasi baru dan
tindakan-tindakan yang berikutnya, hingga menjadi satu bentuk lingkaran bergelung secara
terus menerus demi meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran
pendidikan seseorang pendidik
Peringkat-peringkat Pemikiran Reflektif
Ciri pemikiran reflektif ialah melibatkan penyelesaian sesuatu masalah secara berperingkat
seperti di bawah
Masalah Proses Pemikiran reflektif bermula
Membaca dan mentafsir maklumat Memahami masalah melalui pemikiran kognitif
Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal mengenai tujuan-tujuannya,
memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka pendek dan jangka
panjang terhadap segala tindakannya.
LATIHAN TAJUK 16
1. Manakah bukan contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan pembelajaran
secara kontekstual ?
A. Murid mengaplikasi prinsip tuas untuk mengangkat beban yang berat
B. Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan
amali
C. Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam
sikap cintakan kebersihan
D. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif
untuk menjana idea dan pengetahuan baru.
Menentu dan menyusun maklumat
Mencari Hubungan
Mencadang Hipotesis
Membukti hipotesis
Menilai Penyelesaian
Memproses dan menganalisis data dengan
pemikiran secara kritis
Mengingat kembali perhubungan pengalaman
dengan penyelesaian masalah
Penggunaan pemikiran kritis dan kritif
Mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian
Penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat
keputusan atau tindakan
2. Cikgu Amin mengajar tajuk “Mengusahakan barang” bagi murid tahun enam. Murid
dikehendaki menjual barang-barang keperluan harian di sekolahnya secara
berkumpulan.
Apakah strategi utama yang sesuai digunakan oleh Cikgu Amin untuk meningkatkan
lagi pemikiran reflektif pelajarnya?
A. Membimbing pelajar menggunakan teknik penyelesaian masalah
B. Membimbing pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan
masalah
C. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognisi untuk menulis jurnal r
eflektif.
D. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kritis, teknik menganalisis dan
mentafsir maklumat daripada data
3. Kaedah lawatan adalah satu cara yang berkesan untuk mewujudkan interaksi pelajar
dengan persekitaran dan ia amat sesuai dengan subjek perniagaan dan
keusahawanan.
Pilih pembelajaran yang paling sesuai digabungkan semasa sesi lawatan berlangsung.
A. Kendiri dan reflektif
B. Kontekstual dan reflektif.
C. Kendiri dan pembelajaran masteri
D. Penyelesaian masalah dan kendiri
4. Bagi pengajaran topik „Pengurusan Jualan‟, Cikgu Habibah melaksanakan simulasi
jualan dan belian.
Apakah elemen kontekstual yang terlibat dalam pengajaran tersebut di atas?
A. Mengalami.
B. Memindahkan
C. Mengaplikasikan
D. Menghubung kait
5. Pengajaran reflektif penting kepada guru pelatih, guru permulaan dan guru
berpengalaman kerana ia
A. mempengaruhi faktor-faktor kemajuan murid seperti kemahiran mengajar guru
dan iklim bilik darjah
B. menggalakkan pembangunan profesional guru untuk meningkatkan mutu
pendidikan berdasarkan bukti.
C. melihat pedagogi sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan
penyelidikan untuk memajukan amalan dalam bilik darjah
D. membangunkan standad pengetahuan dan kefahaman guru; perancangan,
pengajaran dan pengurusan kelas dan pemantauan, pentaksiran dan merekod
6. Bagaimanakah guru dapat mengaplikasaikan pembelajaran
masteri di bilik darjah?
(A) Melakukan simulasi jual beli di dalam kumpulan
(B) Mengarahkan murid membuat kerja secara individu
(C) Menggalakan murid-murid menerokai pembelajaran menggunakan komputer
(D) Beralih kepada kemahiran baru setelah murid menguasai kemahiran yang diajar.
7. Apakah kesan utama daripada pembelajaran Konstruktivisme?
(A) Guru berperanan sebagai fasilitator
(B) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
(C) Pembelajaran menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian murid
(D) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil
daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut.
8. Lawatan merupakan satu teknik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran .
Antara yang berikut manakah kebaikan lawatan?
A. Lawatan dapat menjimatkan kos
B. Lawatan dapat menyediakan suasana sebenar .
C. Lawatan dapat menjimatkan masa dan tenaga
D. Lawatan dapat mengurangkan risiko dan bahaya
Aktiviti Kumpulan:
Bincang kelebihan dan kekurangan setiap bentuk pengajaran dan pembelajaran yang diberi
dalam konteks P&P perniagaan dan keusahawanan.
TAMA