rausyanfikir.com-mendidik sahsiah taʾdīb pelajar penjelasan ibn Ḥajar al-Ḥaytamī dalam...

6
 rausyanfikir.com http://www .rausyanfikir .com/2015/01/mendidik-sahsi ah-tadib-pelajar .html Mendidik sahsiah (taʾdīb) pelajar: Penjelasan Ibn ajar al- aytamī dalam risalah Tarīr al-Maqāl Karya Ibn ajar al-aytami sebagai satu manual pentadbiran pendidikan mengikut madhdhab Shāfi ʿīyah oleh Wan Ahmad Fayhsal Ponteng, tidak siapkan kerja rumah, buat bising dalam kelas – semua ini merupakan cerminan daripada lumrah masalah sahsiah atau disiplin buat sesetengah pelajar. Banyak sekali runguntan yang dilontarkan oleh orang-orang tua dan guru-guru yang telah bersara bahawa para pelajar – baik di peringkat sekolah rendah sampailah ke universiti – tidak lagi punya daya tahan yang sama seperti mana mereka menjadi pelajar dahulu. Kena denda, rotan adalah sesuatu yang lumrah malah digalakkan oleh ibu-bapa yang telah memberikan “lesen” untuk anak-anak mereka diajar “menjadi orang” oleh bapa atau ibu yang “kedua” iaitu para guru di sekolah atau pusat pengajian. Terbukti generasi terdahulu bukan sahaja tahan lasak malah berjaya dibentuk sahsiah mereka menjadi insan dan warganegara yang baik. Malah kalau kita tinjau jauh ke belakang dalam catatan sejarah silam kaum Muslimin, didapati sistem pendidikan yang dilaksanakan di era khilafah Umayyah, ʿ  Abbasiyah , Mamluk, U thmaniyah dan di Alam Melayu , bukan s ahaja telah berjaya dalam mendidik anak bangsa dalam bahagian kognitif dan intelektual, malah lebih penting terdidiknya bahagian keruhanian, sahsiah dan akhlaqiah para pelajar yang belajar di madrasah, kuttāb,  dan maktab sehingga benar-benar menjadi Mukmin yang cemerlang. Di situlah lahirnya para pemimpin dan ulama’ yang telah berjasa membangunkan peradaban Islam dan melakar sejarah dunia. Kita selalu berasa kagum dengan ketokohan mereka tapi jarang sekali kita merenungi proses pendidikan – yang bukan sahaja terbatas pada taʿlīm tetapi juga tarbiyah, dan lebih penting taʾdīb – yang t elah para ulama’ seperti Imām al-Shāfi ʿ  ī, Abū Han īfah, Al-Ghazālī, Ibn T aymiyah lalu i sehingg a mampu menjadi tok oh besar yang berja sa. Sudah pasti mereka juga terpaksa menempuhi zaman kanak-kanak dan zaman pelajar yang penuh kenakalan – sama seperti anak-anak kecil yang lain yang ada dalam setiap zaman. Walaubagaimanapun, kita tiada boleh menafikan apa yang telah mereka capai benar-benar luar biasa, malah sukar untuk ditandingi oleh generasi kita kini, walaupun pada zaman moden kita pun ya bantuan daripada birokrasi pendidikan keraja an yang cukup banyak; sedangkan pada zaman dahulu rata-rata madrasah, kuttāb dan maktab dibangunkan melalui sistem waqf, yang mana campur tangan daripada pemerintah amatlah sedikit sekali.  Apa yang membezakan mereka dengan anak-anak yang ada pada h ari ini? Ba gaimana guru-guru yang mengajar di madrasah, kuttāb dan maktab mengawal selia perlajanan pelajar yang ramai jumlahnya dengan segala keterbatasan yang ada? Bagaimana guru-guru tersebut mendisiplinkan pelajar-pelajar yang nakal, yang tidak siapkan kerja rumah, yang gagal menghafal matn (isi utama sesebuah karya yang ditulis dalam bentuk sha ʿir)? Ternyata persoalan-persoalan tersebut boleh temukan jawapannya jikalau dibelek-belek khazanah keilmuan Islam (turāth) berhubung pendidikan. Antara rahsia yang boleh kita pelajari dan teladani ialah dengan menekuni beberapa risalah panduan mengajar untuk guru (pedagogi) dan juga panduan belajar untuk belajar yang maʾthūr 

Upload: graqalb

Post on 07-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rausyanfikir.com-Mendidik sahsiah taʾdīb pelajar Penjelasan Ibn Ḥajar al-Ḥaytamī dalam risalah Taḥrīr al-Maqāl.pdf

TRANSCRIPT

  • rausyanfikir.com http://www.rausyanfikir.com/2015/01/mendidik-sahsiah-tadib-pelajar.html

    Mendidik sahsiah (tadb) pelajar: Penjelasan Ibn ajar al-aytam dalam risalah Tarr al-MaqlKarya Ibn ajar al-aytami sebagai satu manual pentadbiran pendidikanmengikut madhdhab Shfiyah

    oleh Wan Ahmad Fayhsal

    Ponteng, tidak siapkan kerja rumah, buat bising dalam kelas semua inimerupakan cerminan daripada lumrah masalah sahsiah atau disiplinbuat sesetengah pelajar.

    Banyak sekali runguntan yang dilontarkan oleh orang-orang tua danguru-guru yang telah bersara bahawa para pelajar baik di peringkatsekolah rendah sampailah ke universiti tidak lagi punya daya tahanyang sama seperti mana mereka menjadi pelajar dahulu.

    Kena denda, rotan adalah sesuatu yang lumrah malah digalakkan olehibu-bapa yang telah memberikan lesen untuk anak-anak mereka diajarmenjadi orang oleh bapa atau ibu yang kedua iaitu para guru disekolah atau pusat pengajian. Terbukti generasi terdahulu bukan sahajatahan lasak malah berjaya dibentuk sahsiah mereka menjadi insan dan warganegara yang baik.

    Malah kalau kita tinjau jauh ke belakang dalam catatan sejarah silam kaum Muslimin, didapati sistem pendidikanyang dilaksanakan di era khilafah Umayyah, Abbasiyah, Mamluk, Uthmaniyah dan di Alam Melayu, bukan sahajatelah berjaya dalam mendidik anak bangsa dalam bahagian kognitif dan intelektual, malah lebih pentingterdidiknya bahagian keruhanian, sahsiah dan akhlaqiah para pelajar yang belajar di madrasah, kuttb, danmaktab sehingga benar-benar menjadi Mukmin yang cemerlang. Di situlah lahirnya para pemimpin dan ulamayang telah berjasa membangunkan peradaban Islam dan melakar sejarah dunia.

    Kita selalu berasa kagum dengan ketokohan mereka tapi jarang sekali kita merenungi proses pendidikan yangbukan sahaja terbatas pada talm tetapi juga tarbiyah, dan lebih penting tadb yang telah para ulama sepertiImm al-Shfi, Ab Hanfah, Al-Ghazl, Ibn Taymiyah lalui sehingga mampu menjadi tokoh besar yang berjasa.

    Sudah pasti mereka juga terpaksa menempuhi zaman kanak-kanak dan zaman pelajar yang penuh kenakalan sama seperti anak-anak kecil yang lain yang ada dalam setiap zaman. Walaubagaimanapun, kita tiada bolehmenafikan apa yang telah mereka capai benar-benar luar biasa, malah sukar untuk ditandingi oleh generasi kitakini, walaupun pada zaman moden kita punya bantuan daripada birokrasi pendidikan kerajaan yang cukupbanyak; sedangkan pada zaman dahulu rata-rata madrasah, kuttb dan maktab dibangunkan melalui sistemwaqf, yang mana campur tangan daripada pemerintah amatlah sedikit sekali.

    Apa yang membezakan mereka dengan anak-anak yang ada pada hari ini? Bagaimana guru-guru yang mengajardi madrasah, kuttb dan maktab mengawal selia perlajanan pelajar yang ramai jumlahnya dengan segalaketerbatasan yang ada? Bagaimana guru-guru tersebut mendisiplinkan pelajar-pelajar yang nakal, yang tidaksiapkan kerja rumah, yang gagal menghafal matn (isi utama sesebuah karya yang ditulis dalam bentuk shair)?

    Ternyata persoalan-persoalan tersebut boleh temukan jawapannya jikalau dibelek-belek khazanah keilmuan Islam(turth) berhubung pendidikan. Antara rahsia yang boleh kita pelajari dan teladani ialah dengan menekunibeberapa risalah panduan mengajar untuk guru (pedagogi) dan juga panduan belajar untuk belajar yang mathr

    http://www.rausyanfikir.comhttp://www.rausyanfikir.com/2015/01/mendidik-sahsiah-tadib-pelajar.htmlhttp://4.bp.blogspot.com/-U-g_-i_JNXA/VMUDB4JPIrI/AAAAAAAAC2g/9-kAgAvsVJc/s1600/Tahrir.jpg

  • yang telah dikarang oleh ulama yang telah banyak menulis dalam mawduk ini seperti Ibn Sann, al-Zarnj, IbnJamah dan dalam makalah ini penulis ingin menumpukan kepada karya yang ditulis Ibn Hajar al-Haytm.

    Tarr al-Maql sebagai satu manual pentadbiran sekolah

    Faqh madhhab Shfi yang terkenal Imm Ibn ajar al-Haytam yang hidup sekitar kurun ke-16 Masihi telahmengarang satu karya ringkas lagi padat seputar perbahasan fiqh perguruan dan pengajaran di madrasah yangbertajuk Tarr al-maql f db wa-akm wa-fawid yahtju ilayh muadibb al-atfl (Tulisan Pemutusberkenaan Adab, Ahkam dan Faedah yang diperlukan oleh Guru-Guru kepada Anak-Anak Kecil).

    Risalah tersebut membincangkan pelbagai persoalan yang sering dihadapi guru-guru di kuttb (sekolah rendah)yang terletak di Kaherah, Mesir, di mana rata-rata sekolah-sekolah rendah ini merupakan berfungsi dalam sistemwaqf. Masalah dan karenah pelajar seperti ponteng kelas, tidak siapkan kerja rumah, mengganggu rakan-rakanlain sewaktu kelas sedang berjalan juga termasuklah tugas-tugas yang guru perlu laksanakan merupakan antaracabang-cabang perbahasan yang termuat dalam risalah tersebut. Seperti penjelasan Profesor Abdal HakimJackson yang telah mengkaji risalah tersebut, pendek kata karya Taqrr al-Maql ini boleh dilihat sebagai satubentuk manual berhubung dengan cara pengurusan lembaga pentadbiran sekolah.

    Menurut Profesor Hakim Jackson, risalah ini merupakan satu fatw yang dikeluarkan oleh Ibn ajar untukmenjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh seorang mantan Q yang telah bersara daripada berkhidmatdengan kerajaan kerana khuatir terjerumus dengan salah guna kuasa yang semakin berleluasa ketika itu. Qtersebut telah menerima tawaran untuk menjadi guru di sekolah anak yatim yang mendapat bantuan waqf.Tugasan utama yang telah diamanahkan kepada beliau ialah menjadi guru (muaddib, muallim, faqh)manakalah urusan sebagai pemegang amanah (nir) dikelola oleh individu lain. Sekolah tersebut mempunyairamai pelajar dan mantan Q tersebut telah diberi gaji untuk menjalankan tugas barunya yang tiada pernahbeliau laksanakan sebelum ini: mengajar. Oleh yang demikian, mantan Q tersebut meminta penjelasan tuntasdaripada Ibn ajar berhubung cakupan bidang kerja yang beliau harus tunaikan sesuai dengan gaji yang beliauterima khususnya berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Al-Qurn.

    Antara soalan yang ditanyakan kepada Ibn ajar berhubung cara mentadb pelajar ialah:

    (i) Adakah guru perlu menghatar wakil untuk mengenal pasti para pelajar yang ponteng daripadahadir ke kelas (an yursila khilf an ghib minhum)? Kalau perlu, adakah perlu diberi upah kepadapetugas ini dengan menolak gaji guru yang mengarah atau diminta daripada waqf secara terus?

    (ii) Bolehkah guru menugaskan seorang pelajar untuk memeriksa rakannya yang ponteng andmenyuruh mereka hadir ke kelas?

    (iii) Jikalau guru tidak wajib menghantar wakil untuk memeriksa pelajar ponteng, adakah gurutersebut perlu memaklumkan kepada nir berkenaan masalah ponteng tersebut? Adakah gurutersebut perlu juga memaklumkan kepada nir walaupun guru tersebut tahu yang nir tersebutakan memecat pelajar tersebut dan menggantikannya dengan pelajar lain dari luar?

    (iv) Adakah guru diberi kebenaran dan hak untuk menghukum pelajar secara jasadi bagi masalahponteng kelas, merosakkan harta benda sekolah, atau mengejek dan bergaduh dengan rakan-rakannya? Atau adakah hukuman jasadi itu terbatas kepada mereka yang gagal mencapaikeputusan akademik yang baik? Adakah hukuman tersebut punya batas dari segi kekerapan dancara menghukum, atau ianya tertakluk kepada budi bicara guru? Adakah umur pelajar harusdiambil kira?

  • Jawapan Ibn ajar untuk masalah pelajar yang ponteng

    Berkenaan tugasan guru untuk memastikan kehadiran pelajarnya adalah penuh, Ibn ajar melebarkanperbincangan dengan membingkaikannya pada persoalan adakah gaji yang dibayar kepada guru itu merujukkepada khidmat mengajar atau masa yang beliau terlibat dalam mengajar? Jikalau guru itu dibayar atas dasardan sebab khidmat mengajar maka memang ada hukum fiqh yang menyatakan kewajipan guru tersebut untukmemastikan pelajarnya datang. Jikalau sebaliknya dimana gaji (ujrah) guru tersebut hanya dibayar berasaskanmasa yang diperuntukkan mengajar maka tugas memastikan pelajarnya hadir ke setiap kelas bukan tugasannya.Ibn ajar berpendapat hal keadaan guru tersebut kandang-kala bersifat bertindan: mungkin saja guru tersebutdigajikan atas dasar khidmat mengajar sekaligus masa yang diperuntukkan mengajar.

    Penggajian untuk tugas mengajar seperti dijelaskan Ibn ajar kadang-kala bertindan antara jul yakni bayaranyang dikenakan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang khusus dan ijrah yakni seperti satu upahmakan gaji yang dibayar berdasarkan jumlah masa yang telah diperuntukkan untuk mengajar. Setelahmempertimbangkan pandangan yang kuat dalam mazhab Shafi berhubung perjanjian kerja jul yang telahdiputuskan oleh al-Baghaw dan al-Izz Abd al-Salm yang mengatakan bahawa sebarang pengurangandaripada jumlah yang telah tertera dalam perjanjian jul adalah bersamaan dengan tiada tertunai/dipenuhi syaratyang telah dipersetujui dalam perjanjian tersebut. Dikiaskan dengan konteks mengajar di madrasah yang didanaiwaqf, jikalau seorang guru itu gagal memastikan kesemua pelajar itu hadir hatta walau seorang pelajar sahajayang ponteng, guru tersebut tidak akan menerima sebarang gaji daripada perjanjian kerja jul.

    Ibn ajar berpendapat bahawa pandangan kedua-dua fuqah besar itu tidak mutamad dalam mazhab Shafikhusus dalam konteks tugas mengajar di sebuah madrasah yang didanai waqf. Ini kerana guru yang mengajar itutiada berdaya menentukan berapa ramai pelajar yang perlu dan akan hadir ke kelas sebaliknya dalam perjanjianjenis jul yang diputuskan oleh al-Baghaw dan al-Izz Abd Salm mengizinkan si pejanji untuk membuat pilihan.Ibn ajar menerima kenyataan bahawa guru hanya layak menerima gaji yang penuh jikalau jumlah pelajar yangtelah diputuskan oleh waqf hadir seperti yang disyaratkan. Walaubagaimanapun, Ibn ajar menegaskankeculasan pelajar yang ponteng tidak seharusnya dijadikan sebab untuk menidakkan hak gaji guru tersebutsecara mutlak.

    Beliau berikan contoh bahawa jikalau waqf telah mensyaratkan gaji penuh seorang guru itu hanya dibayar jikalaukehadiran 40 orang pelajar pada satu-satu masa itu lengkap akan tetapi 10 orang ponteng; maka gaji gurutersebut tidak boleh dipotong sepenuhnya sebaliknya guru tersebut hanya dibayar daripada gaji asalnya (1/4gaji telah dipotong kerana 10 daripada 40 orang pelajar = daripada jumlah syarat penuh kehadiran pelajar tidaktercapai). Ibn ajar menegaskan pertindanan antara jul dan ijrah adalah lebih sesuai untuk guru yang mengajardi madrasah yang didanai waqf dan guru tersebut tiada diberikan taklif shar untuk memastikan kehadiran parapelajarnya akan tetapi demi kelangsungan hak ekonomi guru tersebut, beliau haruslah berusaha memastikankehadiran para pelajarnya pada tahap yang memuaskan demi menjaga periuk nasi dirinya. Oleh yang demikian,hak guru ke atas pelajar dan waqf; dan hak waqf dan madrasah ke atas guru dapat dipelihara agar kedua-duabelah pihak dapat memaikan peranan yang sewajarnya dalam melincinkan tugasan masing-masing.

    Ibn ajar turut menjawab persoalan yang berkisar dengan menyuruh pelajar untuk mencari rakannya yangponteng dengan merujuk fatw yang telah dikeluarkan oleh Imm al-Nawaw dan Ibn al-al dimana prinsipasas hak ke atas kerahan tenaga kanak-kanak hanya dimiliki oleh bapa untuk menyuruh anaknya lakukan kerja-kerja diluar rumah. Ini kerana jelas kedua-dua fuqah tersebut, bapa mempunyai pertimbangan yang wajardalam menjadikan suruhan/kerahan tersebut sebagai satu bentuk didikan dan pada masa yang sama pertalianantara bapa dan anaknya itu didasari dengan perasaan shafaqah yakni satu perasaan yang ditunjukkan olehbapa untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik dalam meniti liku-liku kehidupan menjadi seorangdewasa. Walaupun begitu, Ibn ajar tetap menyatakan bahawa hak yang dimiliki oleh bapa ini tetap punya batastertentu. Kalau disuruh sang anak untuk melakukan kerja-kerja di luar rumah secara berterusan, bapa tersebutharus memberikan pampasan yang setimpal sepertimana kerja-kerja biasa yang menuntut seseorang itu untukmeminta upah/bayaran (m lahu ujrah).

  • Atas dasar ini Ibn ajar membuat kesimpulan bahawa adalah tidak dibenarkan untuk guru menugaskan anakmuridnya untuk mencari rakannya yang ponteng tanpa mendapat izin daripada bapa murid tersebut. Dankalaupun bapa murid tersebut mengizinkan guru tersebut untuk berbuat demikian, guru tersebut masih perlumemberikan pampasan yang setimpal kepada murid yang telah ditugaskan tersebut. Malah bagi para pelajaryang berstatus anak yatim, Ibn ajar lebih ketat dengan tidak mengizinkan langsung untuk mereka ditugaskanmelakukan kerj-kerja yang disuruh guru.

    Dalam sistem persekolahan yang didanai waqf sepenuhnya, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru ituuntuk melaporkan masalah pelajar yang serius contohnya kes ponteng ini kepada nir yang menjaga waqf danmadrasah tidak kira samada guru itu khuatir yang pihak nir akan ambil tindakan tegas kepada pelajar yangbermasalah itu seperti contoh buang sekolah atau pemotongan biasiswa. Jikalau dalam syarat-syaratpemberian waqf tidak termaktub secara jelas akan hukuman penarikan biasiswa untuk kesalahan ponteng, Ibnajar memilih pendekatan yang berisfat exculpatory yakni haruslah sedaya-upaya untuk tidak menghukumpara pelajar bermasalah tersebut dengan hukuman yang paling tegas sebaliknya pihak nir haruslah bertindaksecara bijaksana menggunakan budi bicara yang sewajarnya dalam menangguhkan hukumah yang lebih keras.

    Jawapan Ibn ajar berkenaan tindakan disiplin (arb) secara jasadi

    Langsungan daripada pandangan berkenaan kerja yang ditugaskan oleh guru kepada anak muridnya, Ibn ajarmasih tetap menyandarkan pandangan beliau berkenaan tindakan disiplin jasadi seperti memukul, denda jasadidengan kewajipan para guru untuk mendapatkan izin terlebih dahulu daripada bapa si pelajar (l yajz lil-muallim araba al-aghr ill in adhina lahu abhu).

    Jikalau si pelajar tiada bapa, izin hendaklah diminta daripada datuk, ibu atau penjaga (seperti hakim atau penjagawasiat [wa]). Tanpa izin, tiada siapa di madrasah dapat perlakukan tindakan disiplin ke atas pelajar. Ibn ajarturut mengemukakan pandangan yang bertentangan (munzaah) dengan pendirian beliau dalam soal tindakandisiplin ini dengan melampirkan pandangan yang beliau a utoritatif (mawthq bihi) - berhubung ketidak perluanmeminta izin bagi guru dalam menghukum pelajar - daripada dua fuqah Shfi iaitu al-Adhra dan al-Qaml.

    Bagi Al-Adhra, ditegaskan oleh beliau bahawa tiada pandangan yang jelas (berkenaan kewajipan meminta izin)oleh fuqah dalam mazhab Shfi berkenaan hal ini, malah tambah beliau, terdapat persetujuan amali ( ijmfil) yang menggariskan bahawa guru berhak untuk mengambil tindak disiplin tanpa persetujuan dan izindaripada ibu-bapa atau penjaga (wal). Al-Qaml pula berpendapat bahawa penyerahan pelajar oleh ibu bapakepada madrasah atau guru telah secara tersirat mengizinkan untuk guru menghukum dan mendisiplinkanmereka secara jasadi.

    Ibn ajar tidak bersetuju dengan pandangan kedua-dua fuqah dan bertegas bahawa keizinan yang jelas wajibdiperolohi daripada ibu-bapa ataupun penjaga sebelum melakukan tindak disiplin jasadi ke atas pelajar. Beliaumengemukakan tiga hujjah:

    (i) Tindakan disiplin jasadi ke atas pelajar jatuh dalam ruang linkup tazr yakni sesuatu tindakanyang tidak digariskan dalam agama dan ianya hanya boleh dilakukan oleh pihak yang mempunyaiautoriti (wilyah) secara langsung atau pewakilan. Guru secara hakikinya tiada mempunyaisebarang autoriti ke atas pelajar sebaliknnya hanya memperolehinya daripada ibu bapa ataupenjaga pelajar yang mempunyai autoriti ke atas pelajar tersebut.

    (ii) Menyerahkan pelajar kepada madrasah atau guru ( taslmuhu lil-talm) tidak boleh diberiandaian bahawa ianya menandakan izin menghukum disiplin yang tersirat ke atas pelajar keranaianya bukan sesuatu yang berkait rapat secara jelas dengan tugasan mengajar seorang guru(laysa mujarrad al-idhn f al-talm idhnan f al-arb ). Untuk memperkukuhkan lagi pandangan

  • beliau, Ibn ajar menaqalkan pandangan seorang lagi fqih besar mazhab Shfi iaitu Imm Taqal-Dn al-Subk yang secara jelas menegah sama sekali buat guru yang diupah beliau untukmengajar anaknya (yanh muaddib awld) untuk menghukum secara jasadi jikalau mereka gagalmenghafal perkara yang telah diwajibkan guru mereka.

    (iii) Ibn ajar tidak bersetuju dengan ijm fil yang diketengahkan oleh al-Adhri kerana ianyadiputuskan oleh mereka yang tidak faham akan had dan batas seseorang guru. Hanya keranamereka tidak tahu bahawa wajib untuk mendapatkan keizinan daripada penjaga mereka, ianyatidak bermakna ianya boleh dijadikan asas untuk mengeluarkan hukum atau melakukan tindakantersebut (fal yutad bi-filihim).

    Di penghujung pembahasan hukum meminta izin daripada ibu bapa atau penjaga, Ibn ajar menyimpulkansecara tegas:

    Apa yang telah diperturunkan ini adalah satu pandangan yang autoritatif (al-manql wa huwa al-madhhab al-mutamad) di mana tiada sesiapa dikalangan mazhab Shfi dibenarkan untukmenentangnya (la yajz li-Shfi mukhlafatahu) yakni guru tidak diizinkan untuk memukulpelajar kecuali beliau mendapat izin daripada ayahnya, atau datuknya, atau penjaganya (wa waqayyim) atau ibunya atau sepertinya

    Setelah menjelaskan secara tuntas berhubung kewajipan meminta izin daripada ibu bapa atau penjaga pelajar,barulah Ibn ajar menggariskan syarat-syarat dan batas-batas hukuman jasadi. Seorang pelajar boleh dihukumsebagai balasan ke atas apa-apa perbuatan yang salah (al kulli khulqin sayyiin adara minhu) atau untukmenjadikan mereka lebih matang dan baik (al kulli m fhi ilun lil-walad). Kalau pelajar itu malas, tak siapkerja sekolah, atau buat kacau dalam kelas maka pelajar tersebut layak dikenakan hukuman jasadi seperti contohdirotan. Bagi kesalahan yang lebih tegas di luar bidang akademik, guru yang mendapat izin punya hak sepertibapanya (nib li-aqq al-abi). Akan tetapi, hukuman sebegini tidak boleh dikenakan tanpa bukti yang kukuhdaripada sumber yang boleh diyakini dan dipercayai.

    Ada beberapa lagi syarat tambahan yang Ibn ajar letakkan berkenaan hukuman jasadi ke atas pelajar demimelindungi hak mereka khusus buat anak yatim. Contohnya, seorang guru yang ingin menghukum harus percayabahawa hukuman yang akan dikenakan itu mampu mendorong atau menyekat seseorang pelajar daripada baikidiri dan meninggalkan kesalahan yang mana ianya tidak terlampau menyakitkan (ghayr arb mubarri). Jikalauguru tersebut merasakan hukuman sebegitu tidak akan mengubah perilaku pelajar, maka beliau hendaklah tidakmengenakan sebarang hukuman.

    Syarat ini mendapat persetujuan yang umum dalam mazhab Shfi akan tetapi faqh seperti al-Adhri cubamengupas lanjut makna mubarri ini dengan menjelaskan iany sebagai satu kerisauan yang mamumengisyaratkan kepada kehilangan nyawa atau anggota badan (yakhsha minhu talaf nafsi au uwu) atau yangmenyebabkan darah terkeluar.

    Ibn ajar menolak gambaran ini dan menegaskan bahawa mubarri adalah sesuatu perbuatan yangmenyakitkan secara jasadi yang tidak mampu ditanggung oleh pelajar (al-shaddu al-dh bi-haythu l yutamaludatan). Guru juga tidak dibenarkan untuk memukul bahagian muka atau bahagian badan yang sensitif pelajarseperti kemaluan, dan urat leher. Guru tersebut juga dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu untukmemukul pelajar sebaliknya hanya mengangkat setinggi siku tangan saja. Tidak dibenarkan juga menghukumpelajar dengan alatan yang dapat memecahkan kulit dan yang memberikan kecederaan yang tampak pada diri

  • pelajar.

    Kesimpulan

    Ternyata terdapat banyak pengajaran yang kita boleh pelajari daripada fatw Ibn ajar ini. Malah ketegasan Ibnajar dalam hendak melindungi hak pelajar yang masih kecil dan tidak baligh, apatah lagi pelajar yang yatim -jauh lebih perikemanusian daripada apa yang masyarakat moden di Barat sedang perjuangkan kini.

    Kisah ini juga menampakkan betapa bersungguhnya para ulam kita dalam memastikan para guru yang diberiamanah oleh madrasah dan waqf punya sifat kebertanggungjawaban yang amat tinggi cerminan daripada sifatwara dalam memikul amanah mendidik dan mendisiplinkan pelajar secara adil dan wasatiyah: tidak lebih, tidakkurang (bi-l tafr wa l ifr ).

    Sudah pasti dalam keadaan masyarakat kita tidak senang duduk dengan salah laku pelajar yang semakinmeningkat pada masa yang sama risau akan tindakan guru yang terlampau tegas, fatw Ibn ajar yang ditulispada tahun 1550 Masihi ini masih tidak luput dan segar untuk memandu kita. Ini amat penting dan boleh dijadikanteras kepada dasar pendidikan dalam mengurus tadbir sekolah atau madrasah yang ada di negara kita kini jugadalam mendidik para guru dan masyarakat akan hak dan batas mendisiplinkan pelajar-pelajar yang masih muda.

    Penulis adalah Calon Sarjana di Pusat Kajian Tinggi Islm, Sains dan Peradaban (CASIS) UTM KL. Makalah initelah diterbitkan dalam Majalah I, edisi April 2014

    Mendidik sahsiah (tadb) pelajar: Penjelasan Ibn ajar al-aytam dalam risalah Tarr al-Maql