rancangan pengajaran slot

16
ﻢﻢﻢﻢﷲﻢﻢﻢﻢﻢﻢﻢﻢﻢﻢﻢﻢ ﻢﻢﻢﻢﻢﻢﻢﻢﻢBersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang telah ditetapkan dengan jayanya. Terlebih dahulu, selautan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing yang banyak membantu kami sepanjang melaksanakan tugasan ini tanpa mengenal erti jemu. Tidak lupa juga buat sahabat handai yang banyak membantu dan bertukar-tukar pengalaman dan buah fikiran sepanjang mencari bahan-bahan atau idea-idea sokongan untuk mengukuhkan idea saya sepanjang penulisan tugasan ini. Kami turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ayahanda tercinta dan juga bonda tersayang serta tidak lupa juga buat ahli keluarga yang lain yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada saya tanpa mengira masa ketika saya menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami menyiapkan tugasan ini tidak kiralah sama ada secara langsung mahupun tidak. Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada diri kami sendiri. Sekian, terima kasih. 1

Upload: amirahnajwaismail

Post on 03-Jan-2016

202 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rps muzik

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Slot

بسمأهللالرحمنالرحيم

اسالمعليكم

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya dapatlah saya

menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang telah ditetapkan dengan jayanya.

Terlebih dahulu, selautan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah

pembimbing yang banyak membantu kami sepanjang melaksanakan tugasan ini tanpa

mengenal erti jemu. Tidak lupa juga buat sahabat handai yang banyak membantu dan

bertukar-tukar pengalaman dan buah fikiran sepanjang mencari bahan-bahan atau

idea-idea sokongan untuk mengukuhkan idea saya sepanjang penulisan tugasan ini.

Kami turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

ayahanda tercinta dan juga bonda tersayang serta tidak lupa juga buat ahli keluarga

yang lain yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada saya tanpa mengira masa

ketika saya menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami menyiapkan

tugasan ini tidak kiralah sama ada secara langsung mahupun tidak. Segala yang baik

itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya daripada diri kami sendiri.

Sekian, terima kasih.

1

Page 2: Rancangan Pengajaran Slot

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT (RPS)

Kelas : Ceria Kreatif

Tarikh : 30 Mac 2012

Tajuk/tema : Haiwan Ternakan

Masa : 9.00 pagi

Bil. Murid : 25 orang

Tunjang utama : Tunjang Fizikal dan Estetika Kreativiti

Standard kandungan : (KTI 2.4) Menunjukkan apresiasi Muzik

Standard pembelajaran : (KTI 2.4.5) Membuat pergerakan bebas mengikut muzik

Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran, diharap murid dapat :-

a) Menyanyikan lagu ‘Saya Ada Kuda’ mengikut sebutan

yang jelas dengan iringan muzik

b) Membuat pergerakan bebas non-lokomotor (menepuk

bahu, tepuk paha, tepuk tangan dan petik jari) mengikut

detik dengan iringan muzik.

Pengetahuan sedia ada : murid telah mengenal haiwan ternakan iaitu kuda

Kemahiran berfikir : Berimaginasi, kecerdasan muzik, kinestetik.

Penerapan nilai : bertanggungjawab, bekerjasama, menggunakan bahasa

yang sopan dalam kehidupan harian

Bahan bantu mengajar (BBM) : carta lagu, video lagu Saya Ada Kuda.

2

Page 3: Rancangan Pengajaran Slot

MASA/

LANGKAH

ISI PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN

CATATAN/ BAHAN

Set

induksi

(5 minit)

‘saya suka hati’

Tepuk tangan la la la 3x

Saya suka hati

Petik jari la la la 3x

Saya suka hati

Tepuk la la la 3x

Saya suka hati

Tepuk paha la la la 3x

Saya suka hati

Tepuk tangan, petik jari,

tepuk bahu, tepuk paha

- Guru

memperdengarkan

audio lagu ‘saya

suka hati’

- Murid diajar

pergerakan non-

lokomor mengikut

lagu

-video Saya Ada

Kuda

Langkah 1

(10 minit)

Saya Ada Kuda

Saya ada kuda,

Dibuat oleh ayah,

Leher pakai tali,

Kudaku mahu lari.

Oh kudaku garang,

- Guru

memperdengarkan

lagu ‘Saya Ada

Kuda’

- Guru menunjukkan

carta lirik lagu di

hadapan kelas.

- Guru menyanyikan

lagu dengan iringan

BBM: carta lagu

3

Page 4: Rancangan Pengajaran Slot

Ekornya sangat panjang,

Kuda ayah buat dari

pelepah pisang.

muzik.

- Murid mengajuk lirik

lagu yang dibaca

oleh guru mengikut

irama.

- Murid-murid

menyanyikan

keseluruhan lagu

dengan bimbingan

guru

Langkah 2

(15 minit)

SAYA ADA KUDA

Saya ada – tepuk bahu

Dibuat oleh , - tepuk

paha.

Leher pakai , - tepuk

tangan.

ku mahu lari. – petik

jari.

Oh ku garang,- tepuk

bahu.

Ekornya sangat panjang, -

tepuk paha.

- Guru menunjukkan

cara tepukan

mengikut detik bagi

keseluruhan lagu.

- Murid-murid

membuat tepukan

detik dengan

bimbingan guru.

- Murid-murid

membuat tepukan

detik tanpa

bimbingan guru bagi

keseluruhan lagu.

- Guru menunjukkan

empat jenis

pergerakan bebas

-BBM: video, carta

lagu

4

Page 5: Rancangan Pengajaran Slot

buat. –tepuk

tangan.

Dari pelepah . –

petik jari.

mengikut detik baris

demi baris.

- Murid-murid

mengajuk

pergerakan guru.

- Murid membuat

empat pergerakan

bebas mengikut

detik dengan iringan

muzik bagi

keseluruhan lagu.

5

Page 6: Rancangan Pengajaran Slot

Penutup

( minit)

- Murid-murid

dikehendaki

membuat

pergerakan bebas

iaitu menepuk

bahu,tepuk tangan,

petik jari dan tepuk

paha secara kelas

mengikut detik

dengan iringan

muzik.

BBM: video lagu,

carta lagu.

Refleksi pelatih :_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

Ulasan guru : _________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

6

Page 7: Rancangan Pengajaran Slot

7

Page 8: Rancangan Pengajaran Slot

8

Page 9: Rancangan Pengajaran Slot

4.0 REFLEKSI

NORHASANAH BINTI MOHAMAD YUSSOP

900120-03-6002

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya dan rakan dapat menyiapkan tugasan PRM

3101 dengan jayanya. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini terutamanya Madam

Catherine Cheah yang banyak memberi ilmu sepanjang semester 3 ini sekaligus

memudahkan saya untuk melaksanakan tugasan PRM 3101.

Tugasan ini telah memberi kekuatan dari segi menambahkan ilmu saya

mengenai pendidikan muzik. Proses untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan saya

untuk membawa banyak bahan bacaan mengenai pendekatan-pendekatan untuk

mengajar matapelajaran Muzik. Oleh hal yang demikian melalui tugasan ini, saya telah

tahu banyak perkara tentang pendekatan-pendekatan untuk mengajar matapelajaran

Muzik serta cara untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Slot (RPS) berdasarkan

pendekatan Kodaly, Off, Suzuki dan Dalcroze. Misalnya beberapa pergerakan seperti

tepuk tangan, petik jari, tepuk paha dan tepuk bahu yang telah dijalankan adalah

berdasarkan pendekatan Dalcroze iaitu berasaskan pergerakan.

Selain itu, tugasan ini juga boleh mengembangkan kemahiran kognitif saya untuk

memikirkan idea-idea kreatif dan kritis bagi menghasilkan bahan bantu mengajar yang

menarik dan mudah difahami murid. Bahan bantu mengajar yang telah saya dan rakan

saya gunakan dalam RPS ini ialah carta lagu. Pada carta lagu ini, kami telah

menyediakan lirik lagu ‘Saya Ada Kuda’. Pada carta lagu ini juga telah diletakkan

beberapa gambar yang berkaitan dengan lagu seperti kuda, ayah, tali, ekor, dan

pisang. Tujuan gambar ini diletakkan dalam carta lagu supaya boleh menarik minat

kanak-kanak serta memudahkan mereka untuk memahami dan mengingati lagu yang

diajar.

9

Page 10: Rancangan Pengajaran Slot

Selain kelebihan, tugasan ini juga telah menyedarkan saya mengenai kelemahan

saya. Antara kelemahan saya ialah sukar untuk memahami setiap pendekatan yang

disarankan dalam pengajaran matapelajaran Muzik. Walau bagaimanapun, pembacaan

yang banyak mengenai pendekatan-pendekatan tersebut serta hasil perbincangan

dengan rakan-rakan yang lain, akhirnya masalah ini dapat diatasi. Keadaan ini juga

telah menjelaskan kepentingan bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Akhir sekali, saya merasakan tugasan ini sangat berguna dan banyak mengajar

saya mengenai cara untuk mengajar matapelajaran Muzik di sekolah rendah dan

prasekolah. Tugasan ini juga telah memberi pengalaman awal kepada saya untuk

menghadapi praktikum pada tahun hadapan. Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan

terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan

ini. Sekian, terima kasih.

10

Page 11: Rancangan Pengajaran Slot

REFLEKSI

NAMA : AMIRAH NAJWA BINTI ISMAIL

NO IC : 910301-07-5034

           Terlebih dahulu saya ingin merapatkan tangan ke Ilahi sebagai tanda syukur saya

kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Akhirnya dapat juga saya

bersama rakan sekumpulan saya iaitu Nur Hasanah bt Mohd Yussof menyiapkan

tugasan pembelajaran muzik Prasekolah.

   Semester ini merupakan semester pertama saya mempelajari mata pelajaran

Muzik. Hal ini telah memberikan kepada saya satu cabaran yang amat besar dalam

mempelajari subjek Muzik ini. Tugasan yang diberikan kepada saya dan rakan saya

ialah kami dikehendaki membuat satu rancangan pengajaran slot selama 30 minit. Di

dalam RPS tersebut kami dikehendaki merancang aktiviti untuk mengajar kanak-kanak

satu nyanyian. Dalam masa yang sama, pergerakan perlulah disertakan ketika

menyanyikan lagu kanak-kanak tersebut. Di samping itu juga kami dikehendaki

mengaplikasikan kaedah Kodaly dan kaedah Orff.

Kelemahan yang saya dapati semasa proses menyiapkan tugasan ini ialah saya

agak kurang faham akan kaedah-kaedah yang perlu diaplikasikan dalam slot

pengajaran tersebut. Oleh yang demikian, dengan penerangan yang lebih lanjut

daripada pensyarah pembimbing membuatkan saya faham mengenai kaedah-kaedah

tersebut. Dalam masa yang sama saya bersama rakan sekumpulan turut membuat

sedikit ulang kaji mengenai kaedah-kaedah ini supaya kami tidak terpeseong apa yang

dikehendaki dalam tugasan ini.     

Melalui tugasan ini telah memberikan satu pengalaman dan satu pengetahuan

yang sangat berguna untuk saya dan juga rakan saya. Hal ini kerana dengan

mengaplikasikan kaedah-kaedah yang telah dipelajari membolehkan satu pengajaran

muzik menjadi lebih menarik. Apa yang dimaksud di sini ialah semasa menyanyi kita

boleh menepuk tangan secara detik mahupun tekanan. Hal ini akan lebih merangsang

kanak-kanak dan akan menarik perhatian kanak-kanak daripada menyuruh kanak-

11

Page 12: Rancangan Pengajaran Slot

kanak tersebut menyanyi tanpa sebarang pergerakan. Di samping itu juga, kita juga

boleh menvariasikan pergerakan detik atau tekanan tersebut.

Peluang saya perolehi melalui tugasan ini ialah saya bersama rakan sekumpulan

dapat menghasilkan satu slot pengajaran yang menarik dengan bimbingan pensyarah

pembimbing. Dalam masa yang sama ianya membolehkan kami lebih meneroka

mengenai lagu kanak-kanak yang kami tidak tahu. Selain itu juga, kami dapat membuat

satu carta lagu iaitu sebagai satu bahan mengajar. Pengalaman membuat carta lagu

yang menarik juga kami perolehi.

Secara tuntasnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang

disenaraikan untuk pemarkahan sahaja. Namun tugasan ini memberi banyak kekuatan

dan pengetahuan yang lebih luas mengenai ilmu kepada saya. Selain itu, pengetahuan

dan kefahaman mengenai cara menguruskan pengajaran dan pembelajaran (P&P)

didalam kelas juga turut saya pelajari semasa membuat tugasan ini. Akhir kata, dalam

menyiapkan tugasan ini, saya berharap agar hasil penulisan kerja kursus saya ini

menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak pensyarah. Sekian, terima

kasih.

12