rancangan pengajaran harian pendidikan khas rentasan cemerlang

11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN Matapelajaran : Matematik Tarikh: 25 April 2011 (Isnin) Kelas: Kelas 4 Masa: 11.45 – 12.45 (60 minit) Bilangan murid: 13 orang Kemahiran: 2 Menamakan nombor 2.1 Menamakan nombor 1, 2 dan 3 Tajuk: Menyebut dan menamakan nombor bulat Sub tajuk: Menyebut dan menamakan nombor bulat dalam lingkungan 1 hingga 3 Fokus: Lisan (mendengar dan bertutur) Pengetahuan sedia ada: Murid pernah melihat nombor bulat yang akan digunakan dalam sesi P&P dan pernah mendengar nama nombor bulat tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Upload: khairool

Post on 03-Jul-2015

5.295 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kwn2 ni nak share rph yg sy guna masa praktikum hri tu, dan rph ni digunakan untuk rentasan cemerlang, Alhamdulillah =)

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Khas Rentasan Cemerlang

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Matapelajaran : Matematik

Tarikh: 25 April 2011 (Isnin)

Kelas: Kelas 4

Masa: 11.45 – 12.45 (60 minit)

Bilangan murid: 13 orang

Kemahiran: 2 Menamakan nombor

2.1 Menamakan nombor 1, 2 dan 3

Tajuk: Menyebut dan menamakan nombor bulat

Sub tajuk: Menyebut dan menamakan nombor bulat dalam lingkungan 1 hingga 3

Fokus: Lisan (mendengar dan bertutur)

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah melihat nombor bulat yang akan digunakan dalam sesi P&P dan pernah mendengar nama nombor bulat tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

Kumpulan 1: Menyebut nombor bulat yang ditunjukkan oleh guru dengan betul sekurang-kurangnya 2 dari 3 percubaan.

Contoh nombor : 1 , 2 , 3

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Khas Rentasan Cemerlang

Kumpulan 2: Menyebut nombor bulat yang ditunjukkan oleh guru dengan betul sekurang-kurangnya 2 dari 3 percubaan.

Menyambung garis putus-putus dengan sempurna untuk membentuk nombor bulat sekurang-kurangnya 2 dari 3 percubaan.

Contoh nombor : 1 , 2 , 3

Penyerapan matapelajaran: Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani.

Unsur terapi: Terapi pertuturan (menyebut nombor bulat secara berulang kali)

Terapi fizikal (aktiviti regangan badan sebelum bermain, permainan ‘see & throw’)

Terapi nyanyian (nyanyian)

Terapi seni (mewarna dan kolaj)

Penerapan nilai: Bermain mengikut peraturan permainan.

Bekerjasama dan bertolak ansur dengan kawan ketika bermain.

Membantu kawan yang lemah ketika melakukan lembaran kerja.

Mendengar dan mematuhi arahan guru.

KBKK: Mengenalpasti maklumat

Mengkelaskan

Membanding dan membeza

Membuat interpretasi dan menterjemah.

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Khas Rentasan Cemerlang

BBM: Kad nombor, jersey bernombor (1, 2, 3), pundi kacang, gelung, gula-gula, lembaran kerja, sagu, tali.

LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI P&P CATATAN

SET INDUKSI(10 MINIT)

Pengurusan rutinNyanyian lagu 1, 2, 3Memperkenalkan tajuk P&P hari ini.

AKTIVITI BERSAMAGuru masuk ke kelas dan menyuruh murid menyimpan segala peralatan yang digunakan pada sesi P&P sebelumnya.Murid mendengar dan mematuhi arahan guru.Murid bangun dan berdiri tegak lalu memberi salam kepada guru.Guru menjawab salam.Murid dan guru sama-sama membacakan doa penerang hati.Guru menyanyikan lagu 1 2 3 kepada murid sambil membuat gaya.Murid mendengar guru menyanyi dan melihat guru menari.Guru dan murid sama-sama menyanyi dan membuat gaya lagu 1 2 3.Guru membuat ulasan berkenaan nyanyian dan tarian.Guru memperkenalkan tajuk P&P hari ini kepada murid.

BBMLagu 1 2 3

TEKNIKArahanNyanyianTunjuk cara

TERAPIMuzikPertuturanFizikal

NILAIMenari dan menyanyi secara bekerjasama

Lirik Lagu 1 2 3

Satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan, siapa rajin ke sekolah cari ilmu sampai dapat, sungguh senang, amat senang, bangun pagi-pagi sungguh senang. Yeayyy!!!

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Khas Rentasan Cemerlang

LANGKAH 1(15 MINIT)

Memperkenalkan nombor 1 2 3Menyanyi lagu murid-muridku sayang.

AKTIVITI BERSAMAGuru menunjukkan kad nombor dan menyebut nombor tersebut kepada murid. Sebagai contoh, guru menunjukkan nombor 1 kepada murid dan menyebut satu kepada murid.Murid melihat nombor 1 dan mengikut guru menyebut nombor 1 dengan betul.Langkah diatas seterusnya diulangi dengan menggantikan nombor 1 kepada nombor 2 dan 3.Guru menunjukkan jersey yang mempunyai nombor kepada murid dan menyebut nombor tersebut.Murid melihat jersey bernombor tersebut dan mengikut guru menyebut nombor tersebut.Guru berpesan kepada murid bahawa baju yang kotor hendaklah dibasuh dengan bersih. (Penerapan nilai)Guru menyanyikan lagu murid-muridku sayang kepada murid sambil bermain alat muzik tamborin.Murid mengikut guru menyanyi.Guru dan murid sama-sama menyanyikan lagu murid-muridku sayang.

BBMLagu murid-muridku sayangKad nombor 1 2 3JerseyTamborin

TEKNIKArahanNyanyianTunjuk cara

TERAPIMuzikPertuturan

NILAIMenjaga kebersihan diri dan pakaian.Mendengar arahan guru.

LANGKAH 2 Permainan ‘see & AKTIVITI BERSAMA BBM

Lirik Lagu murid-muridku sayang

Murid-muridku sayang sebut satu! Satu! (X2) Murid-muridku sayang yang cantik juga hensem, murid-muridku sayang sebuat satu! Satu!

*lirik diatas ditukar dengan perkataan dua dan tiga pada lirik berwarna merah.

1 2 3

gelung gurumuridTali skipping

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Khas Rentasan Cemerlang

(15 MINIT) throw’ Guru menyediakan segala peralatan yang akan digunakan dalam permainan ‘see & throw’.Guru menerangkan kepada murid cara-cara bermain permainan ‘see & throw’.Guru menunjukkan demonstrasi bermain permainan ‘see & throw’.Murid mendengar penerangan guru dan melihat demonstrasi yang dilakukan oleh guru.Guru dan PPM membimbing murid bermain permainan ‘see & throw’.

Cara bermain bermain permainan ‘see & throw’ Guru menyediakan dan menyusun peralatan

seperti yang ditunjukkan pada rajah di sebelah. Setiap murid akan diberikan satu pundi

kacang. Murid dikehendaki melemparkan pundi kacang

tersebut ke dalam gelung yang bertanda nombor.

Sebagai contoh, guru menunjukkan kad nombor 1 kepada murid, murid dikehendaki melemparkan pundi kacang ke dalam gelung yang bertanda nombor 1.

Murid yang berjaya melemparkan pundi kacang ke dalam gelung yang betul akan diberikan hadiah (gula-gula).

Bagi murid yang tidak berjaya, guru akan membimbing murid tersebut sehingga berjaya melemparkan pundi kacang ke dalam gelung yang betul.

Setelah selesai nombor satu, guru akan

GelungPundi kacangKad nomborGula-gulaSkitelTali skipping

TEKNIKArahanDemontrasiTunjuk cara

TERAPIFizikalPertuturan

NILAIBermain mengikut peraturan permainan.Sabar dalam menunggu giliran untuk bermain.

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Khas Rentasan Cemerlang

menyuruh murid melempar pundi kacang ke dalam gelung yang bertanda nombor 2 dan 3.

Sebelum mula bermain, guru dan murid akan melakukan sedikit regangan badan .

LANGKAH 3(15 MINIT)

Aktiviti Pengukuhan

Kumpulan 1Membuat kolaj nombor.

Kumpulan 2Menyambung garis putus-putus untuk membentuk nombor.Mewarnakan nombor.

AKTIVITI MENGIKUT KUMPULANGuru memberikan lembaran kerja kepada murid.Guru menerangkan kepada murid bagaimana membuat lembaran kerja.Guru menunjukkan demonstrasi membuat lembaran kerja tersebut.Murid mendengar penerangan guru dan melihat demonstrasi yang dilakukan oleh guru.Guru dan PPM membimbing murid membuat lembaran kerja.Guru membuat penilaian terhadap lembaran kerja murid.

BBMLembaran kerjaSaguGam

TEKNIKArahanDemontrasiTunjuk cara

TERAPIFizikal (motor halus)PertuturanSeni

NILAIKesungguhan dan kerajian dalam menyiapkan lembaran kerja.

PENUTUP(5 MINIT)

Penerapan nilai.Nyanyian semula lagu 1 2 3 dan lagu murid-muridku sayang.Rumusan P&P pada hari ini.

AKTIVITI BERSAMAGuru bercerita dan berpesan kepada murid supaya:

o Rajin belajar dan rajin datang ke sekolah

o Bermain mengikut peraturano Membasuh pakaian yang kotor

BBMlagu 1 2 3 dan lagu murid-muridku sayang.

TEKNIKArahan

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Khas Rentasan Cemerlang

Guru dan murid sama-sama menyanyikan semula lagu 1 2 3 dan lagu murid-muridku sayang.Guru merumuskan sesi P&P pada hari ini kepada murid.Murid bangun dan mengucapkan ‘terima kasih’ kepada guru.Guru menjawab ‘sama-sama’.

DemontrasiTunjuk caraNyanyian

TERAPIMuzikPertuturan

NILAIRajinKebersihanMengikut peraturan

REFLEKSI GURU PELATIH

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

ULASAN GURU PEMBIMBING

Page 8: Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Khas Rentasan Cemerlang

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

ULASAN PENSYARAH PEMBIMBING

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________