visi menjadi sekolah pendidikan khas cemerlang pada...

4
LAWATAN SKPK MELAKA KE SKPKBP - Ramah Mesra Erat Silaturrahim Tahun 1, Bil 6 JULAI 2008 PROGRAM EW20 SETIAP RABU 2 Guru Pelatih UPSI jalani ROS KPKBP telah menerima kehadiran dua orang guru pelatih dari UPSI bagi tujuan menjalani program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) selama 2 minggu. Mereka berada berada di sini bermula 9 Jun hingga 20 Jun yang lalu. Kedua-dua mereka ialah Azarudinamri b Mat Zainon dan Dinie Ammar b Annuar. (abk) eorang guru ganti telah dilantik bagi menampung ketiadaan guru yang telah bersalin iaitu Pn Khirulnisa bt Hussin. Yusheila bt Mohd Yusof berkhidmat di sekolah ini bermula 12 Jun 2008 hingga 21 Julai 2008. (abk) ehadiran guru-guru & murid-murid SKPK Melaka pada Khamis, 19 Jun 2008 telah disambut mesra oleh warga SKPKBP yang diketuai oleh Tuan Guru Besar, En Ateh b Salim. Ketibaan mereka seramai 24 orang murid dan 6 orang guru pada pukul 10 pagi itu turut diisi dengan pelbagai acara seterusnya bagi memeriahkan lawatan pada hari tersebut. Antaranya termasuklah persembahan murid, permainan jigsaw puzzle, teka silangkata dan meneka gambar selain pertukaran cenderahati. (abk) agi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, SKPKBP telah menjalankan program ‘English within 20 minutes’ (EW20) pada setiap pagi Rabu. Program saranan Jabatan Pelajaran Negeri Johor ini telah mula dilaksanakan sejak awal tahun lagi. (abk) Yusheila Guru Ganti Pn Khirulnisa Tn Guru Besar, En Ateh b Salim mengetuai warga SKPKBP menyambut kehadiran guru dan murid dari SKPK Melaka. Sejarah SKPKBP: 1999 – Nama SR Pendidikan bertu- kar kepada SK Pendidikan Khas 2000 – SK Pend. Khas dinaikkan gred de- ngan menempatkan Guru Besar DGA 4 dan seorang Peno- long Kanan DGA 5. En. Ateh b.Salim di- lantik sebagai Guru Besar pada 1/10/2000 manakala Pn. Hamidah bt. Ahmad Sahal sebagai Penolong Kanan. (mmd) Menarik keluaran ini: Kelas Bahasa Isyarat Setiap Sabtu 2 SEMARAK ISLAM 2 Diari Guru 2 Dari Meja Guru Besar 2 Kenali Guru SKPKBP 3 Belajar Kod Tangan 3 ALBUM 4 Info SpeEd 3 Fazdila & Hawa wakili sekolah dalam masakan 4 Peritnya Ditinggal Kasih Ayah 4 VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun 2010 MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik

Upload: dodang

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada …skpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2008/Buletin06_Julai_20… · Pendidikan Khas 2000 – SK Pend. ... Perkembangan kanak-kanak

LAWATAN SKPK MELAKA KE SKPKBP - Ramah Mesra Erat Silaturrahim

Tahun 1, Bil 6 JULAI 2008

PROGRAM EW20 SETIAP RABU

2 Guru Pelatih UPSI jalani ROS

KPKBP telah menerima kehadiran dua

orang guru pelatih dari UPSI bagi tujuan menjalani program

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) selama 2 minggu. Mereka berada berada di sini bermula 9 Jun hingga 20 Jun yang lalu. Kedua-dua mereka ialah Azarudinamri b Mat Zainon dan Dinie Ammar b Annuar. (abk)

eorang guru ganti telah dilantik bagi menampung ketiadaan

guru yang telah bersalin iaitu Pn Khirulnisa bt Hussin. Yusheila bt Mohd Yusof

berkhidmat di sekolah ini bermula 12 Jun 2008 hingga 21 Julai 2008. (abk)

ehadiran guru-guru & murid-murid SKPK Melaka pada Khamis,

19 Jun 2008 telah disambut mesra oleh warga SKPKBP yang diketuai oleh Tuan Guru Besar, En Ateh b Salim. Ketibaan mereka seramai 24 orang murid dan 6 orang guru pada pukul 10 pagi itu turut diisi dengan pelbagai acara seterusnya bagi memeriahkan lawatan pada hari tersebut. Antaranya termasuklah persembahan murid, permainan jigsaw puzzle, teka silangkata dan meneka gambar selain pertukaran cenderahati. (abk)

agi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, SKPKBP telah menjalankan program ‘English within 20 minutes’ (EW20) pada setiap

pagi Rabu. Program saranan Jabatan Pelajaran Negeri Johor ini telah mula dilaksanakan sejak awal tahun lagi. (abk)

Yusheila Guru Ganti Pn Khirulnisa

Tn Guru Besar, En Ateh b Salim mengetuai warga SKPKBP menyambut kehadiran guru dan murid dari SKPK Melaka.

Sejarah SKPKBP:

1999 – Nama SR Pendidikan bertu-

kar kepada SK Pendidikan Khas

2000 – SK Pend. Khas dinaikkan gred de-

ngan menempatkan

Guru Besar DGA 4

dan seorang Peno-

long Kanan DGA 5.

En. Ateh b.Salim di-

lantik sebagai Guru

Besar pada

1/10/2000 manakala

Pn. Hamidah bt. Ahmad Sahal sebagai Penolong Kanan. (mmd)

Menarik keluaran ini:

Kelas Bahasa Isyarat Setiap Sabtu

2

SEMARAK ISLAM 2 Diari Guru 2 Dari Meja Guru Besar 2 Kenali Guru SKPKBP 3 Belajar Kod Tangan 3

ALBUM 4

Info SpeEd 3 Fazdila & Hawa wakili sekolah dalam masakan

4

Peritnya Ditinggal Kasih Ayah

4

VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun 2010

MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik

Page 2: VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada …skpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2008/Buletin06_Julai_20… · Pendidikan Khas 2000 – SK Pend. ... Perkembangan kanak-kanak

elas Bahasa Isyarat untuk ibubapa murid dan PPM telah diadakan pada

setiap hari Sabtu. Tenaga pengajar bagi kelas ini adalah melibatkan semua guru SKPKBP secara bergilir-gilir. (abk)

Page 2 Buletin SpeEd JULAI’08

Kelas Bahasa Isyarat Setiap Sabtu

ada 9 dan 10 Jun lalu, 3 orang murid SKPKBP telah mewakili Batu Pa-

hat ke Semarak Islam Pendidi-kan Negeri yang diadakan di Kukup Golf Resort. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan bagi murid SKPK iaitu ber-

SEMARAK ISLAM—Afnan raih tempat kedua

“Nasihat baik yang didengar dan

diamalkan umpama makanan berkhasiat yang dikunyah dan berfaedah kepada

tubuh badan”

Assalamua’laikum & Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita bertemu dalam keluaran kali ini. Sesungguhnya untuk menjadi yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah. Komitmen semua pihak dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah adalah penting bukan sahaja bertujuan membantu perkembangan atau perubahan tingkahlaku murid-murid malah memberi kita sesuatu nilai ibadah seandainya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Buletin SpeEd kali ini merakamkan kesungguhan seluruh warga SKPKBP dalam melaksanakan sesuatu program seperti Semarak Islam, EW20, pertandingan masakan, kelas Bahasa Isyarat dan lain-lain. Selain itu, paparan utama Buletin kali ini ialah Lawatan SKPK Melaka ke SKPKBP dimana ia bertujuan beramah mesra, mengeratkan silaturrahim disamping bertukar-tukar pandangan bagi dikongsi bersama. Semoga paparan ringkas yang dimuatkan dalam setiap keluaran akan dapat dimanfaatkan bersama.

Sekian. Selamat Membaca!

Pengerusi Buletin

Dari Meja GURU BESAR

Tarikh Nama Nama Kursus, Bengkel, Taklimat dan Lain-Lain

9 Jun Cik Mariani Binti Mohd Din

Semarak Islam di Kukup Golf Resort, Pontian

10 Jun En.Ateh Bin Salim & En Saffri Bin Hamali

Mesyuarat ICT di Putrajaya

11-13 Jun

En.Abdul Rahman bin Mohd Said

Mesyuarat Peanalisasian Item Calon Khas di LPM, KL

17 Jun En. Ateh bin Salim Taklimat Pengurusan di Jabatan Agama Islam, Johor

24-26 Jun

En.Hamidi Bin Selamat Mesyuarat Penyemakan Huraian Sukatan Pelajaran Vokasional Malaysia, di Kuantan

24-27 Jun

En Ateh Bin Salim Kem Kokurikulum Murid Pemulihan Khas di Melaka

26 Jun En Aizam Azlan B Kadiron

Taklimat Kerja Mengemaskini & Penyediaan Kad-Kad Tanah

28 Jun En Aizam Azlan B Kadiron

Kursus Penataran Tatabahasa Bahasa Melayu di IPTHO

SIDANG REDAKSI : Buletin SpeEd Julai 2008

PENAUNG & PENGERUSI En Ateh Bin Salim

Guru Besar SKPK Batu Pahat

NAIB PENGERUSI Pn Hjh Arni bt Md Noor

EDITOR Aizam @ Azlan bin Kadiron

( [email protected] )

WARTAWAN & PENGARANG Pn Norhafizah binti Nordin

Cik Mariani binti Md Din Cik Rosnita binti Saffee

JURUGAMBAR En Mohd Salleh bin Aman @ Ab Rahman

En Mohamad Saffri bin Hamali

PENERBIT Unit Penerbitan, Pusat Sumber SKPKBP,

Jln Lim Yew Leong, PS 30, 83007 Batu Pahat, Johor D Ta’zim.

Tel: 07– 4341139 Fax: 07– 4342139 E-mel : [email protected]

Sebarang pertanyaan atau sumbangan artikel boleh dialamatkan ke alamat di

CETAKAN / EDARAN En Munif bin Hj Basir

JADUAL GILIRAN GURU BERTUGAS KELAS BAHASA ISYARAT SABTU, 9.00—11.00

14 Jun En Kevin Mak Wai Kim & Cik Balqish Bt Selamat

21 Jun En Hamidi B Selamat & En Suhaimi B Sagi

28 Jun Pn Hjh Zuraidah Bt Safri & Cik Mariani Bt Mohd Din

05 Julai Pn Norsahilla Bt Eshak & Pn Norhafizah Bt Nordin

12 Julai En Mohd Saffri B Hamali & Cik Rosnita Bt Saffee

30 Ogos En Abd Rahman B Mohd Said

09 Ogos Pn Khirulnisa Bt Hussin & Pn Norazianah Abdullah

19 Julai Pn Maznah Bt Abu Bakar & En Aizam Azlan B Kadiron

02 Ogos Pn Rosyatimah Bt Mohidin & Pn Aniyati Bt Misran

26 Julai Pn Radziah Bt Sulaiman & Cik Yeo Pek Kian

bercerita dan penulisan khat.

Bagi pertandingan bercerita SKPKBP telah men-dapat tempat kedua bagi kate-gori lelaki dan tempat ketiga bagi kategori perempuan. (mmd)

Page 3: VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada …skpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2008/Buletin06_Julai_20… · Pendidikan Khas 2000 – SK Pend. ... Perkembangan kanak-kanak

Tahun 1, Bil 6 Page 3

englibatannya yang aktif khususnya dalam sukan pendidikan khas sama ada di peringkat daerah atau negeri telah menjadikan GPK KK SKPKBP mempunyai waktu yang terbatas di sekolah. Namun ia bukanlah penghalang bagi beliau untuk meluangkan masa dalam P&P

mahupun urusan di sekolah.

Berasal dari daerah Batu Pahat, En Mohd Salleh b Aman mula menjawat kerjaya pendidik pada 1987 di SJK (C) Triang 1, Pahang Darul Makmur. Setelah itu, pada tahun 1991, beliau telah

berpindah ke SK Sepakat Jaya, Yong Peng sebelum berpindah ke SK Seri Comel, Pt Sulong 2 tahun kemudian. Setelah berkhidmat selama 8 tahun, Cikgu Salleh telah dilantik sebagai GPK KoKurikulum semasa beliau mula berkhidmat di SK Pendidikan Khas Batu Pahat pada tahun 1995.

Dalam bidang kemasyarakatan, beliau juga memberi sumbangan kepada golongan kurang upaya di Batu Pahat khususnya Paralimpik Batu Pahat, selain menjadi rujukan orang pekak bagi mengadu hal atau meminta khidmat nasihat. Dengan kegemaran utamanya iaitu melukis, maka banyak hasil lukisan beliau seperti lukisan dan mural telah dapat dilihat di sekolah tempatnya berkhidmat khususnya di SKPKBP ini. (abk)

EN MOHD SALLEH B AMAN

- GPK Ko Kurikulum

Info SpeEd (Bahagian 6)

Perkembangan kanak-kanak bermasalah

pendengaran adalah bergantung kepada tahap kehilangan pendengaran dan umur semasa mengalami masalah pekak. Kebiasaannya kanak-kanak yang mencapai umur antara 12 hingga 24 bulan mula bercakap dan memben-tuk bahasanya sendiri.

Namun bagi kanak-kanak bermasa-lah pendengaran, perkembangan pertuturan dan bahasanya terganggu ataupun lambat. Kelambatan ini akan mempengaruhi perkem-bangan mentalnya. Oleh itu kanak-kanak bermasalah pendengaran mempunyai tiga rangkap kecacatan iaitu disebabkan tidak dapat mendengar, mereka tidak dapat bertu-tur dan tidak dapat berfikir seperti kanak-

dan seder- h a n a , mereka tu- rut mem-perlihatkan masa lah dalam ba- h a s a r e s e p t i k iaitu bagi m e m a h a m i apa yang d iperkata- kan oleh orang lain, dan ba-hasa ekspre- sif iaitu bagi mema- hami apa yang di- fikirkan k e p a d a o r a n g lain. Akibatnya kanak-kanak ini akan diping-girkan oleh keluarga dan rakan-rakan. Sumber: Jamila K.A. Mohamed, (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak

Istimewa. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd :Batu Caves .

kanak normal . Keadaan ini menyebabkan perkembangan akal mereka terencat.

Dari segi fizikal, tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak bermasalah pendengaran dengan kanak-kanak normal. Malah mereka sering dianggap seperti kanak-kanak normal. Aspek yang membezakan adalah komunikasi. Kanak-kanak yang mengalami kurang pendengaran berbeza apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran yang menguasai bahasa dan pertuturan, juga berbeza dengan kanak-kanak bermasalah pendengaran yang belum menguasai bahasa dan pertuturan. Malah bagi kanak-kanak yang kehilangan pendengaran pada tahap ringan

Dari segi fizikal, tidak terdapat

perbezaan antara kanak-kanak bermasalah

pendengaran dengan kanak-kanak normal. Malah mereka sering

dianggap seperti kanak-kanak

normal.

Page 4: VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada …skpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2008/Buletin06_Julai_20… · Pendidikan Khas 2000 – SK Pend. ... Perkembangan kanak-kanak

JULAI 2008

ua orang murid seko-lah ini telah terlibat

dalam Pertandingan Me-masak Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat pada 18 Jun 2008. Program ta-jaan ADABI itu telah berlangsung di SMK Ko-lam Air. Mereka telah menduduki tempat kedua bagi kategori murid ber-masalah pendengaran. (abk)

NURFAZDILA & HAWA WAKILI SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN MEMASAK

Fazdila dan Hawa dalam pertandingan memasak yang mereka sertai baru-baru ini.

i saat penulis sedang merakam aktiviti EW20 yang telah acapkali tertangguh pada 7.25 pagi hari

Rabu 11 Jun 2008 bersamaan 7 Jamadilakhir 1429H, tiba-tiba satu emergency call dari keluarga di kampung yang meminta segera pulang. Kematian ayahanda yang amat dikasihi yang selama ini banyak berjasa dalam hidup begitu menyentuh perasaan. Sokongan rakan-rakan sekerja termasuk Tuan Guru Besar yang sudi menjejak kaki menziarahi ‘perjalanan terakhir’ arwah di rumah amat bererti di saat kedugaan ini. Sayunya hati bila diri ini tiada lagi insan bergelar ayah tambahan pula HARI BAPA empat hari selepasnya. Semoga roh ayahanda (KADIRON B SUKIMON) digolongkan bersama-sama orang yang beriman dan mendapat balasan Syurga Allah SWT. Amin. ALFATIHAH

CATATAN KHAS EDITOR