visi menjadi sekolah pendidikan khas cemerlang pada tahun...

4
SKPKBP Tuan Rumah Kursus Pengurusan & Kepimpinan Kurikulum MKZ Penggaram Menarik Di Dalam: Tuan PPD Penceramah Kursus 2 Semua Guru Terlibat Kursus 2 Program PSS & Panitia 2 Kenali Guru SKPKBP 3 Belajar Kod Tangan 3 Diari Guru 3 SKPKBP Johan Futsal 4 Info Speed 3 Boling - Nur Fadzila dapat tempat ke-2 4 Mohammad Firdaus Penjaring Terbanyak 4 ALBUM 4 Newsletter Date TAHUN I, BIL 7 Sejarah SKPKBP: 2001 – Sebuah bangu- nan tambahan mengan- dungi 2 bilik darjah dibina. 2002 – Mulai 1/1/2002 SK Pendidikan Khas Batu Pahat mempunyai PTJ (Pusat Tanggung Jawab) sendiri.Mula mengambil murid-murid bermasalah pembe- lajaran ( konsep 2 dalam 1). SK Pendidikan Khas Batu Pahat dicalonkan sebagai sekolah harapan negara (kategori khas) mewakili negeri Johor. 2003 – Sebuah bangu- nan tambahan bilik Pra dibina. KPKBP telah diamanahkan men- jadi tuan rumah Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Siri ke-2 de- ngan tema Pengurusan dan Kepimpinan Kurikulum pada 19 Julai 2008 yang lalu. Kursus anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat melalui Majlis Kurikulum Zon Penggaram itu telah dihadiri oleh guru- guru dari SKPKBP, SK Convent dan SK Hwa Min. Penceramah kursus pada hari terse- but ialah Tuan Haji Shafie bin Md Shariff, Tn Hj Hassan bin Topit dan En Ateh b Salim. (abk) ulai 21 Julai lalu, semua pengawas SKPKBP telah dibekalkan ‘blazer’ bagi kegunaan rasmi di sekolah. Penyera- han dan pemakaian ‘blazer’ kepada penga- was telah dilakukan secara rasmi oleh Tn Guru Besar, En Ateh b Salim pada hari tersebut. (abk) Pengawas akan memakai ‘blazer’ setiap kali perhimpunan Sidang Redaksi Buletin SpeEd SKPK Batu Pahat mengucapkan SELAMAT KEMBALI BERTUGAS buat Pn Aniyati bt Misran dan Pn Khirulnisa bt Hussin . Semoga anugerah cahayamata & dugaan Allah akan memberi perangsang untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara khasnya kepada sekolah dan murid-murid istimewa. Tahun 1/ Bilangan 7 OGOS 2008 VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun 2010 MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik Tn Guru Besar, En Ateh b Salim ketika menyampaikan ceramah dalam Kursus LDP yang diadakan di SKPKBP baru-baru ini. LAGI BERITA & GAMBAR DI HALAMAN 2 & 4 ada hari Rabu 19 Julai yang lalu, SKPKBP telah mengadakan Hari Terbuka Sekolah. Kehadiran ibubapa adalah amat meng- galakan, di mana ada di kalangan mereka yang datang seawal 7.30 pagi lagi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak mereka selain mendapat maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak sekolah. (abk) Hari Terbuka - Sambutan Ibubapa Memuaskan! linik Kesihatan Pergian Batu Pahat telah mengadakan ceramah dan demonstrasi penja- gaan gigi kepada murid -murid. Selain itu per- tandingan gigi cantik turut diadakan. (abk) Ceramah dan Demonstrasi Pergigian

Upload: dangnhi

Post on 19-Mar-2019

395 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun ...skpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2008/Buletin07_Ogos_2008.pdf · SK Pendidikan Khas Batu Pahat mempunyai PTJ (Pusat

SKPKBP Tuan Rumah Kursus Pengurusan & Kepimpinan Kurikulum MKZ Penggaram

M e n a r i k D i D a l a m :

Tuan PPD Penceramah Kursus

2

Semua Guru Terlibat Kursus

2

Program PSS & Panitia 2

Kenali Guru SKPKBP 3

Belajar Kod Tangan 3

Diari Guru 3

SKPKBP Johan Futsal 4

Info Speed 3

Boling - Nur Fadzila dapat tempat ke-2

4

Mohammad Firdaus Penjaring Terbanyak

4

ALBUM 4

N e w s l e t t e r D a t e T A H U N I , B I L 7

S e j a r a h S K P K B P :

2001 – Sebuah bangu-nan tambahan mengan-dungi 2 bilik darjah dibina.

2002 – Mulai 1/1/2002 SK Pendidikan Khas Batu Pahat mempunyai PTJ (Pusat Tanggung Jawab) sendiri.Mula mengambil murid-murid bermasalah pembe-lajaran ( konsep 2 dalam 1). SK Pendidikan Khas Batu Pahat dicalonkan sebagai sekolah harapan negara (kategori khas) mewakili negeri Johor.

2003 – Sebuah bangu-nan tambahan bilik Pra dibina.

KPKBP telah diamanahkan men-jadi tuan rumah Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Siri ke-2 de-

ngan tema Pengurusan dan Kepimpinan Kurikulum pada 19 Julai 2008 yang lalu. Kursus anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat melalui Majlis Kurikulum Zon Penggaram itu telah dihadiri oleh guru-guru dari SKPKBP, SK Convent dan SK Hwa Min. Penceramah kursus pada hari terse-but ialah Tuan Haji Shafie bin Md Shariff, Tn Hj Hassan bin Topit dan En Ateh b Salim. (abk)

ulai 21 Julai lalu, semua pengawas SKPKBP telah dibekalkan ‘blazer’ bagi kegunaan rasmi di sekolah. Penyera-

han dan pemakaian ‘blazer’ kepada penga-was telah dilakukan secara rasmi oleh Tn Guru Besar, En Ateh b Salim pada hari tersebut. (abk)

Pengawas akan memakai ‘blazer’ setiap kali perhimpunan

Sidang Redaksi Buletin SpeEd SKPK Batu Pahat mengucapkan SELAMAT KEMBALI BERTUGAS buat Pn Aniyati bt Misran dan Pn Khirulnisa bt Hussin. Semoga anugerah cahayamata & dugaan Allah akan memberi perangsang untuk terus berbakti kepada agama, bangsa

dan negara khasnya kepada sekolah dan murid-murid istimewa.

T a h u n 1 /B i l a n g a n 7 O G O S 2 0 0 8

VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun 2010

MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik

Tn Guru Besar, En Ateh b Salim ketika menyampaikan ceramah dalam Kursus LDP yang diadakan di SKPKBP baru-baru ini. LAGI BERITA & GAMBAR DI HALAMAN 2 & 4

ada hari Rabu 19 Julai yang lalu, SKPKBP telah mengadakan Hari Terbuka Sekolah.

Kehadiran ibubapa adalah amat meng-galakan, di mana ada di kalangan mereka yang datang seawal 7.30 pagi lagi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak mereka selain mendapat maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak sekolah. (abk)

Hari Terbuka - Sambutan Ibubapa Memuaskan!

linik Kesihatan Pergian Batu

Pahat telah mengadakan ceramah dan demonstrasi penja-gaan gigi kepada murid-murid. Selain itu per-

tandingan gigi cantik turut diadakan. (abk)

Ceramah dan Demonstrasi Pergigian

Page 2: VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun ...skpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2008/Buletin07_Ogos_2008.pdf · SK Pendidikan Khas Batu Pahat mempunyai PTJ (Pusat

P a g e 2

Tuan PPD Batu Pahat antara Penceramah Kursus

Semua Guru Terlibat Kursus Profesionalisme di SK Convent

kursus tersebut turut disertai dari guru-guru seko-lah lain dalam Zon Penggaram. (abk)

ebelum itu pada Sabtu, 5 Julai 2008, semua guru SKPKBP juga telah terlibat dalam Kursus Profesionalisme Keguruan

yang diadakan di SK Convent Batu Pahat. Prog-ram anjuran MKZ Penggaram itu diisi dengan program ceramah yang disampaikan oleh Tn Hj Anis bin Bussari, En Teng Wan Chuan dan En hairunizat bin Miswani. Selain guru-guru SKPKBP,

uan PPD Batu Pahat, Tuan Haji Shafiee b Md Shariff telah hadir untuk menyampaikan

ceramah bertajuk Pembangunan Modal Insan Melalui Pengurusan ’Headcount’ pada kursus yang diadakan di SKPKBP. Dalam ce-ramahnya, beliau antara lain mengingatkan perlunya guru-guru menganjak paradigma bagi menghadapi senario pendidikan masa kini yang memerlukan pe-rubahan konsep lulus kepada kon-sep kecemerlangan. (abk)

B u l e t i n S p e E d O G O S 2 0 0 8

SIDANG REDAKSI : Buletin SpeEd Ogos 2008

SK Pendidikan Khas Batu Pahat

PENAUNG & PENGERUSI En Ateh Bin Salim

Guru Besar SKPK Batu Pahat

NAIB PENGERUSI Pn Hjh Arni bt Md Noor

GPK HEM

EDITOR Aizam @ Azlan bin Kadiron

( [email protected] )

WARTAWAN & PENGARANG Pn Norhafizah binti Nordin

Cik Mariani binti Md Din Cik Rosnita binti Saffee

JURUGAMBAR En Mohd Salleh bin Aman @ Ab Rahman

En Mohamad Saffri bin Hamali

PENERBIT Unit Penerbitan, Pusat Sumber SKPKBP,

Jln Lim Yew Leong, PS 30, 83007 Batu Pahat, Johor D Ta’zim.

Tel: 07– 4341139 Fax: 07– 4342139 E-mel : [email protected]

Sebarang pertanyaan atau sumbangan artikel boleh dialamatkan ke alamat di atas.

CETAKAN / EDARAN En Munif bin Hj Basir

Dari Meja GURU BESAR

Assalamua’laikum & Salam Sejahtera..

lhamdulillah, kerana dapat bertemu lagi dalam ruangan ini. Diam tak diam, kini persekolahan sudah menghampiri cuti pertengahan penggal bagi penggal

yang ke-2 di mana cuti persekolahan akan bermula pada 16 Ogos ini selama 2 minggu. Ini bermakna persiapan untuk menghadapi peperiksaan UPSR sudah semakin hampir. Dalam tempoh ini juga berbagai aktiviti sekolah khususnya aktiviti panitia akan dijalankan. Tidak kurang juga kesibukan yang dialami oleh guru-guru untuk menghadiri kursus yang diadakan oleh pihak atasan.

Buletin SpeEd kali ini menyiarkan berita dan gambar berkaitan aktiviti kursus guru yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Daerah Batu Pahat dan juga berita berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh panitia untuk murid-murid SKPKBP. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang memenangi pertandingan futsal dan boling dalam Karnival Sukan Pendidikan Khas Negeri Johor. Akhir sekali, sidang redaksi mengucapkan Selamat Bercuti buat murid-murid SKPKBP yang dikasihi sekalian.Semoga cuti ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Sekian. Pengerusi Buletin

Antara tanda-tanda Hari Kiamat ialah berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan,

banyak perzinaan, dan banyak perempuan dari lelaki hingga 50 perempuan hanya

seorang pengawalnya

(Sahih Bukhari)

DARI HALAMAN UTAMA

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN , MKZ PENGGARAM BATU PAHAT

5 Julai 2008 Kursus Peningkatan Profesional Keguruan

19 Julai 2008 Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Kurikulum

16 Ogos 2008 Kursus Nilai dan Amalan Profesionalime

SEKITAR PROGRAM BERSAMA PSS & PANITIA ( BULAN MEMBACA & PAMERAN BERTEMA TELINGA )

Buat Topeng Telinga

anitia Muzik dengan ker-jasama PSS telah meng-

anjurkan aktiviti melukis dan membuat topeng telinga haiwan untuk dipersembahkan pada akhir program. Kreativiti dan penglibatan murid adalah baik dan menghibur-kan. (abk)

Baca Rukunegara

anitia Kajian Tempatan telah menganjurkan per-

tandingan membaca Ru-kunegara dan Mewarna Jata

Negara Malaysia. Selain meningkat-kan semangat patriotik, aktiviti ini juga bertujuan meningkatkan krea-tiviti murid. (abk)

Mewarna dan Bercerita

anitia Pendidikan Seni turut mengadakan Program

Bulan Membaca dengan mengadakan aktiviti mewarna

gambar dan seterusnya mencerita-kan perihal yang berlaku dalam gambar tersebut. (abk)

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE– 51

Warga SKPK Batu Pahat mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-51. Semoga keamanan, kemakmuran dan keharmonian dapat terus dikekalkan bersama.

Page 3: VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun ...skpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2008/Buletin07_Ogos_2008.pdf · SK Pendidikan Khas Batu Pahat mempunyai PTJ (Pusat

P a g e 3 T A H U N I , B I L 7

disebabkan oleh kerosakan kekal pada sistem sensori-neural biasanya memberi kesan yang lebih serius. Masalah menjadi lebih besar apabila perkem-bangan sosial dan emosinya terhad.

Pekak bukan sahaja memberi kesan kekurangan dalam input sensori juga gangguan dalam interaksi. Potensi perkembangan kanak-kanak pekak dalam aspek sosial, bahasa dan pencapaian

akedamik bergantung kapada perkembangan awalnya. Ini bermakna kanak-kanak pekak yang sudah mula terdedah kepada komunikasi sejak lahir lagi adalah lebih berpotensi. (nbn)

Sumber: Jamila K.A. Mohamed, (2005) Pendidikan Khas untuk

Kanak-Kanak Istimewa. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd :Batu Caves .

anak-kanak yang mengalami kehilangan

pendengaran biasanya mengalami masalah

dalam pembelajaran di sekolah. Terdapat banyak kesan keadaan telinga tengah dengan perkembangan bahasa dan pertuturan, kemahiran mendengar, tingkahlaku, kebolehan membaca dan pencapaian amnya di sekolah.

Kecacatan pendengaran yang

En Hamidi b Selamat

“Potensi perkembangan kanak-kanak

pekak dalam aspek sosial, bahasa dan

pencapaian akedamik

bergantung kapada perkembangan

awalnya.”

Info SpeEd (Bahagian 7)

(Sambungan keluaran lalu)

Tarikh Nama Nama Kursus, Bengkel, Taklimat dan Lain-Lain

7 Julai 2008

En Ateh b Salim Mesyuarat Pengurusan Pend Khas di SKPK Muar.

24 - 26 Julai 2008

En Suhaimi b Sagi Penyelarasan Guru Data di Sepang

28 - 31 Julai 2008

Pn Norhafizah bt Nordin

Kursus Asas Pendidikan Khas di Gunung Ledang Resort Muar

28 - 31 Julai 2008

En Abd Rahman b Mohd Said

Latihan Pusat Speec Camp di SKPKJB

21 Jul - 24 Okt 2008

Cik Balqish bt Selamat KDP di IPTHO

ilahirkan di Batu Pahat pada 3 Januari 1966, beliau meru-pakan anak bongsu daripada 6 adik beradik. En Hamidi men-dapat pendidikan awal di SK Limpoon 2 dan SMK Dato’ Ben-

tara Luar. Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Tengku Afzan, Kuantan, Pahang selama 3 tahun bermula 1985. Cikgu Hamidi telah memulakan kerjaya pendidik pada 1988 di SK LKTP Tenggaroh 4, Mersing selama 4 tahun. Kemudian, beliau berpin-dah ke SK Bukit Waha, Kota Tinggi dan berkhidmat di sana selama 2 tahun.

Di SKPK Batu Pahat, beliau mula berkhidmat sejak tahun 1996 sehingga sekarang. Beliau merupakan guru yang berdedikasi, penyayang serta komited terhadap kerjaya. Kesungguhannya untuk meningkatkan perkhidmatan telah dibuktikan apabila mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan selama 3 bulan di USM Kubang Kerian dalam bidang pertuturan pada tahun 2003.

Di SKPKBP, beliau diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Peperik-saan Awam selain menjadi guru matematik. Kreativiti beliau dalam bidang seni visual juga dapat dilihat hasilnya di lukisan-lukisan yang terpampang di sekitar sekolah selain lukisan mural. Hobi lain beliau ialah memancing dan berkebun. ( ita k’10)

epal

durian

limau

kelapa

pisang

anggur

rambutan

tembikai

Page 4: VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun ...skpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2008/Buletin07_Ogos_2008.pdf · SK Pendidikan Khas Batu Pahat mempunyai PTJ (Pusat

arnival Sukan Pendidikan Khas Negeri Johor telah berlang-sung pada 18-20 di Johor Bahru. SKPKBP telah mendapat Johan dalam pertandin-

gan futsal kategori berma-salah pen-dengaran. Mohammad Firdaus telah dipilih sebagai Penjaring Terbanyak futsal kategori bermasalah pende-ngaran. Sementara itu, da-lam per-tandingan boling bagi kate-gori bermasalah pendenga-ran, Nur Fadzila bt Sham-sudin telah menduduki tem-

Tahun 1/Bil 7 OGOS 2008

SKPKBP Johan Futsal Dalam Karnival Sukan

BOLING - Nur Fazdila dapat tempat kedua !

© abk design 2008