rancangan pengajaran haria1

9
HALIMATON SAADIAH BT. MOHD SAAD& NOOR HAFIZAH BT. MD ALI 4PISMP MU(B) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK MATAPELAJARAN : Pendidikan Muzik TAHUN : 3 Dedikasi BILANGAN MURID : 20 Orang UMUR : 9 Tahun TARIKH : 12 Jun 2009 MASA : 9.00-10.00 pagi TOPIK : Persepsi Estetik SUBTOPIK : 1.3 Ekspresi 1.3.2 Mud (bersemangat) KONSEP MUZIK : 1) Rentak 2) Tempo HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran, murid akan dapat:- a) Memberi respon dari segi lisan dan tingkahlaku yang sesuai terhadap mud lagu yang diperdengarkan. b) Mengecam dan mengenalpasti mud lagu yang diperdengarkan. PENGETAHUAN SEDIA ADA: a) Murid pernah mendengar dan menyanyikan pelbagai lagu patriotik. 1 | Page

Upload: mohd-harqib-haris

Post on 15-Jan-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN PENGAJARAN HARIA1

HALIMATON SAADIAH BT. MOHD SAAD& NOOR HAFIZAH BT. MD ALI 4PISMP MU(B)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN MUZIK

MATAPELAJARAN : Pendidikan Muzik

TAHUN : 3 Dedikasi

BILANGAN MURID : 20 Orang

UMUR : 9 Tahun

TARIKH : 12 Jun 2009

MASA : 9.00-10.00 pagi

TOPIK : Persepsi Estetik

SUBTOPIK : 1.3 Ekspresi

1.3.2 Mud (bersemangat)

KONSEP MUZIK : 1) Rentak

2) Tempo

HASIL PEMBELAJARAN : Diakhir pembelajaran, murid akan dapat:-

a) Memberi respon dari segi lisan dan tingkahlaku

yang sesuai terhadap mud lagu yang

diperdengarkan.

b) Mengecam dan mengenalpasti mud lagu yang

diperdengarkan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

a) Murid pernah mendengar dan menyanyikan

pelbagai lagu patriotik.

b) Murid pernah belajar mud sedih pada sesi

pembelajaran yang lalu.

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH : a) Murid dapat membuat pergerakan kreatif

berdasarkan mud lagu yang diperdengarkan.

b) Murid dapat meningkatkan kemahiran

berkomunikasi antara rakan sekelas.

1 | P a g e

Page 2: RANCANGAN PENGAJARAN HARIA1

HALIMATON SAADIAH BT. MOHD SAAD& NOOR HAFIZAH BT. MD ALI 4PISMP MU(B)

PENERAPAN NILAI MURNI : 1) berdisiplin

2) bersemangat

3) kreatif

4) Berjiwa patriotik

5) Bekerjasama

6) Berani mencuba

7) Berkeyakinan

2 | P a g e

Page 3: RANCANGAN PENGAJARAN HARIA1

HALIMATON SAADIAH BT. MOHD SAAD& NOOR HAFIZAH BT. MD ALI 4PISMP MU(B)

LANGKAH-LANGKAH:

LANGKAHISI

PENGAJARANPROSEDUR PERLAKSANAAN

PEMBELAJARAN

MASTERI / KEMAHIRAN

GENERIK

CATATAN

SET

INDUKSI

(±5 minit)

PERSEPSI

ESTETIK

- Guru masuk ke kelas sambil membawa

sebuah kotak beracun yang mengandungi

beberapa keeping kertas yang mengandungi

soalan berkaitan Hari Kemerdekaan

Malaysia.

- Kemudian, guru akan memainkan lagu

Tanggal 31 dan kotak mula diedarkan

kepada para pelajar.

- Apabila muzik diberhentikan, murid terakhir

yang memegang kotak tersebut akan

mengambil sekeping kertas di dalam kotak

tersebut.

- Murid tersebut perlu menjawab soalan yang

terdapat di kertas tersebut.

- Aktiviti ini diteruskan lagi sehingga kertas di

dalam kotak itu habis.

- Kemahiran Berfikir

- Kemahiran Kecerdasan

Pelbagai

BSPP :

a) Kotak Misteri

NILAI MURNI :

a) Berkeyakinan

b) Berani

mencuba

3 | P a g e

Page 4: RANCANGAN PENGAJARAN HARIA1

HALIMATON SAADIAH BT. MOHD SAAD& NOOR HAFIZAH BT. MD ALI 4PISMP MU(B)

LANGKAH 1

(10 minit)

Mud:

Bersemangat

- Guru akan melekatkan beberapa keping

gambar tokoh kemerdekaan negara Malaysia

di atas papan hitam.

- Guru akan meminta seorang murid untuk

memadankan nama tokoh dengan

gambarnya.

- aktiviti ini diulang dengan memanggil

beberapa orang pelajar yang lain.

- Kemahiran Berfikir

- Kemahiran Kecerdasan

Pelbagai.

BSPP :

- Keratan Video

- Gambar

NILAI MURNI :

a) Berkeyakinan

b) Kreatif

LANGKAH 2

(10 minit)

Mud:

-Bersemangat

- Seterusnya, guru akan memaparkan

jawapan yang betul bagi setiap padanan

gambar yang telah disuai padankan sebentar

tadi.

- Pada masa yang sama, guru akan

menjelaskan tentang latar belakang dan

sumbangan setiap tokoh kemerdekaan.

- Kemahiran Berfikir

- Kemahiran Kecerdasan

Pelbagai

BSPP :

-Gambar tokoh

- Cakera Padat

NILAI MURNI :

a) Berjiwa

patriotik

b) Kreatif

4 | P a g e

Page 5: RANCANGAN PENGAJARAN HARIA1

HALIMATON SAADIAH BT. MOHD SAAD& NOOR HAFIZAH BT. MD ALI 4PISMP MU(B)

Langkah 3

(10 minit)

Mud:

Bersemangat

- Kemudian, guru akan memberikan bendera

Malaysia kepada semua murid.

- Seterusnya, guru akan memperdengarkan

lagu ‘Jalur Gemilang’ kepada semua murid

dan murid-murid akan diminta untuk

menghayati serta mengecam mud lagu

tersebut.

- Seterusnya, murid-murid akan menyanyi dan

melakukan pergerakan kreatif yang

bersesuaian dengan lagu tersebut sambil

mengibarkan bendera.

- Kemahiran Berfikir

- Kemahiran Kecerdasan

Pelbagai

BSPP :

- Bendera

Malaysia

- Cakera Padat

NILAI MURNI :

a) Berjiwa

patriotik

b) Kreatif

LANGKAH 4

(15 minit)

Permainan

Kecil

- Seterusnya, murid-murid akan dibahagikan

kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan murid

lelaki dan kumpulan murid perempuan.

- Kumpulan pertama yang terdiri daripada

murid-murid lelaki akan mewakili mud riang

dimana ahli kumpulan tersebut akan

memegang kad gambar ‘smiley’.

- Kumpulan kedua pula yang terdiri daripada

- Kemahiran Kecerdasan

Pelbagai

BSPP :

- Kad Gambar

Smiley

- Bendera

- Cakera Padat

NILAI MURNI :

a) Kerjasama

5 | P a g e

Page 6: RANCANGAN PENGAJARAN HARIA1

HALIMATON SAADIAH BT. MOHD SAAD& NOOR HAFIZAH BT. MD ALI 4PISMP MU(B)

murid-murid perempuan pula akan mewakili

mud bersemangat yang akan memegang

bendera Malaysia.

- Seterusnya, guru akan memainkan 2 buah

lagu dimulai dengan lagu mud riang dan

diikuti dengan lagu mud semangat.

- Kumpulan yang mewakili mud riang akan

melakukan pergerakan kreatif semasa lagu

pertama dimainkan.

- Seterusnya, kumpulan yang mewakili mud

semangat pula akan melakukan pergerakan

kreatif semasa lagu kedua dimainkan.

- Kemudian, guru akan membuat pertukaran

diantara dua kumpulan tersebut dimana

kumpulan pelajar lelaki akan mewakili mud

semangat dan kumpulan perempuan pula

akan mewakili mud riang.

- Aktiviti tadi diulang sekali lagi dan kedua-dua

persembahan itu akan dinilai oleh guru dan

diberikan ganjaran.

b) Berdisiplin

c) Kreatif

d)berkeyakinan

6 | P a g e

Page 7: RANCANGAN PENGAJARAN HARIA1

HALIMATON SAADIAH BT. MOHD SAAD& NOOR HAFIZAH BT. MD ALI 4PISMP MU(B)

PENUTUP

(10 minit)Aktiviti akhir

- Seterusnya, guru akan memperdengarkan

lagu ‘Hoore Hoore’ kepada murid-murid.

- Kemudian semua murid akan diminta untuk

melakukan pergerakan kreatif berdasarkan

lagu tersebut sebagai aktiviti akhir

pembelajaran.

- Kemahiran Kecerdasan

Pelbagai

BSPP :

- Cakera Padat

- Kad Gambar

Smiley

- Bendera

NILAI MURNI :

a) Kreatif

7 | P a g e