rancangan pengajaran bio

8
Rancangan Pengajaran Lingkungan pelajaran : 2.0 Pergerakan dan sokongan Topik : Pergerakan dan Sokongan pada Manusia dan Haiwan Tarikh : 30 Mei 2012 Kelas : 5 Ibnu Sina Masa : 80 minit Bilangan pelajar : 13 orang Objektif pembelajaran : Memahami Pergerakan dan Sokongan pada Manusia dan Haiwan Hasil pembelajaran : Pada akhir pembea!aran" pea!ar akan dapat : 1. Menamakan dan meabe tuang#tuang $ang membentuk rangka apenda! pada s$stem rangka manusia 2. Meabe tuang" otot rangka dan tendon pada ra!ah engan manusia. 3. Menerangkan tindakan otot" igament" dan tendon untuk pergerakan. %. Mengenapasti bahagian#bahagian sendi. 5. Men$atakan &ungsi rawan dan bendair sino'ia pada sendi. Alat bantu mengajar : Mi(roso&t Power Point" mode tuang rangka manusia" kepak a$am" 'ideo dan kertas mah!ung. Kemahiran proses sains : 1. Memerhati mode struktur tuang manusia. 2. Memerhati struktur kepak a$am $ang mewakii struktur engan manusia.

Upload: nazatul-firdaus-zainon

Post on 05-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

biolohy rph

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran

Lingkungan pelajaran : 2.0 Pergerakan dan sokonganTopik : Pergerakan dan Sokongan pada Manusia dan HaiwanTarikh : 30 Mei 2012Kelas : 5 Ibnu SinaMasa : 80 minitBilangan pelajar : 13 orangObjektif pembelajaran: Memahami Pergerakan dan Sokongan pada Manusia dan HaiwanHasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat :1. Menamakan dan melabel tulang-tulang yang membentuk rangka apendaj pada system rangka manusia.2. Melabel tulang, otot rangka dan tendon pada rajah lengan manusia.3. Menerangkan tindakan otot, ligament, dan tendon untuk pergerakan. 4. Mengenalpasti bahagian-bahagian sendi.5. Menyatakan fungsi rawan dan bendalir sinovial pada sendi.Alat bantu mengajar : Microsoft Power Point, model tulang rangka manusia, kepak ayam, video dan kertas mahjung.Kemahiran proses sains : 1. Memerhati model struktur tulang manusia.2. Memerhati struktur kepak ayam yang mewakili struktur lengan manusia.3. Memerhati pergerakan melalui model tangan yang dihasilkan.

Sikap saintifik dan nilai-nilai murni :1. Mempunyai sikap ingin tahu terhadap struktur tubuh badan manusia.2. Bekerjasama dalam kumpulan serta menghormati antara satu sama lain.3. Yakin dan berani dalam menyelesaikan soalan yang diberikan.

Kemahiran berfikir :1. Mengenalpasti struktur rangka yang menyokong pergerakan manusia. 2. Menghubungkait antara stuktur kepak ayam dan lengan manusia. 3. Menghubungkait pergerakan manusia dengan fungsi-fungsi tindakan otot, ligament dan sendi.4. Menghubungkait antara fungsi struktur sendi dalam membantu melicinkan pergerakan manusia.

Pengetahuan sedia ada :1. Mengetahui keperluan pergerakan dan sokongan pada haiwan dan manusia.2. Mengetahui jenis-jenis pergerakan dan sokongan pada haiwan dan manusia.3. Mengenalpasti komponen-komponen yang membentuk rangka paksi pada sistem rangka manusia.

Rujukan guru : 1. Buku Teks Biologi Tingkatan 5 KBSMHamdan bin Mohd. Noor, Manoharan A/L Palaniappan, Wahida binti Abdullah@ Peh So GimPenerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2. Siri Revisi Lengkap Fajar Bakti, Sukses Biologi SPMGan Wan Yeat, Choong Choe HinPenerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Rujukan pelajar :1. Buku Teks Biologi Tingkatan 5 KBSMHamdan bin Mohd. Noor, Manoharan A/L Palaniappan, Wahida binti Abdullah@ Peh So GimPenerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Langkah 6:( 20 minit )

Mengenal pasti jenis-jenis sendi. Menyatakan fungsi rawan dan bendalir sinovial pada sendi1. Guru meminta seorang pelajar untuk melakukan satu pergerakan di hadapan kelas iaitu berjoging.2. Guru menyoal pelajar beberapa soalan yang berkaitan dengan pergerakan yang telah dilakukan. Soalan: Apakah yang berlaku kepada anggota badan (bahagian kaki dan lengan) apabila rakan anda berjoging? Dimanakah tempat berlaku pembengkokkan tersebut? Apakah yang akan berlaku jika anggota badan kita tidak mempunyai sendi?

3. Guru memperkenalkan konsep seterusnya iaitu sendi. 4. Guru menerangkan fungsi sendi dalam membantu pergerakan manusia.

5. Guru meminta pelajar untuk menyatakan bahagian anggota badan manusia yang mempunyai sendi serta jenis pergerakan yang dibenarkan oleh sendi tersebut.

6. Guru menerangkan jenis-jenis sendi serta jenis-jenis pergerakan yang dibenarkan oleh sendi tersebut. Sendi engsel pergerakan satu arah Sendi lesung pergerakan semua arah7. Guru memperkenalkan struktur-struktur sendi.8. Guru menerangkan fungsi struktur sendi dengan terperinci serta menekankan dua struktur utama: Bendalir sinovia Rawan9. Guru meminta pelajar mengenalpasti kedudukan bendalir sinovia dan rawan pada struktur kepak ayam.

10. Guru menunjukkan video serta meminta pelajar memberi perhatian terhadap isi kandungan video tersebut. 11. Guru meminta pelajar memberi maklum balas terhadap video yang ditunjukkan.

12. Guru menjalankan satu aktiviti ringkas sebagai menguji pemahaman pelajar terhadap konsep sendi iaitu aktiviti Siapa yang terkena?

Wakil pelajar tampil di hadapan kelas untuk melakukan pergerakan. Pelajar yang lain memerhati pergerakan yang ditunjukkan.

Jawapan pelajar: Bergerak Bengkok

Terdapatnya sendi

Susah untuk bergerak

Pelajar cuba mengaitkan konsep pergerakan manusia dengan sendi. Pelajar menyatakan bahagian anggota badan manusia yang mempunyai sendi: Siku pergerakan satu hala Bahu pergerakan semua hala

Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru.

Pelajar cuba memahami struktur-struktur sendi. Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru mengenai fungsi struktur sendi.

Pelajar memerhati kedudukan bendalir sinovia serta rawan pada struktur kepak ayam.

Pelajar memberi perhatian kepada video yang ditujukkan. Pelajar memberi respon kepada isi kandungan video tersebut.

Pelajar mengukuhkan lagi pemahaman terhadap topik yang dibincangkan melalui aktiviti yang dijalankan.

Alat bantu mengajar: Slaid powerpoint

Sikap saintifik dan nilai-nilai murni : Berani untuk tampil di hadapan kelas

Kemahiran proses sains: Memerhati pergerakan yang dilakukan oleh pelajar dan menghubungkaitkan pergerakan manusia dengan sendi.

Kemahiran berfikir: Mengelaskan dan membuat gambaran awal mengenai bahagian anggota badan yang mempunyai sendi.

Kemahiran berfikir:Pelajar membanding dan membezakan struktur engsel pintu serta lesung dengan struktur sendi engsel serta sendi lesung.

Kemahiran proses sains: Pelajar memerhati bendalir sinovia dan rawan dengan lebih jelas.

Kemahiran proses sains: Pelajar memerhati dan mendengar video yang ditunjukkan dengan menggunakan deria penglihatan dan pendengaran. Pelajar menghubungkait antara fungsi bendalir sinovia dan rawan dengan isi kandungan video yang ditunjukkan.Sikap saintifik dan nilai-nilai murni: Yakin dan berani dalam memberikan jawapan.

Langkah 7:( 10 minit)

Penilaian keseluruhan 1. Guru meminta pelajar untuk membentuk empat kumpulan. 2. Guru memberikan penerangan mengenai langkah-langkah untuk bermain. Pelajar perlu memilih soalan yang disediakan. Soalan-soalan tersebut mempunyai nilai yang tersendiri mengikut tahap kesukaran soalan. Kumpulan yang berjaya mengumpul mata yang paling tinggi akan dikira sebagai pemenang.

Pelajar membentuk empat kumpulan. Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru mengenai langkah-langkah permainan.

Alat bantu mengajar: Slaid powerpoint

Sikap saintifik dan nilai-nilai murni: Bekerjasama dalam kumpulan. Berani mengambil risiko untuk menjawab soalan yang bernilai tinggi. Yakin untuk menjawab soalan. Menghormati antara satu sama lain dan menjaga tingkah laku.

Penutup ( 5 minit)Ringkasan dan peta konsep1. Guru membincangkan peta konsep bersama pelajar.

2. Guru memilih pelajar secara rawak untuk melengkapkan peta minda sebagai rumusan untuk topik yang dibincangkan. Pelajar mengingat kembali isi isi penting yang telah dibincangkan. Pelajar melengkapkan peta konsep yang disediakan guru. Alat bantu mengajar: Slaid powerpoint

Kemahiran berfikir: Membuat rumusan terhadap topik yang dipelajari.