rancangan pendidikan individu

58
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU TAJUK TUGASAN Komponen penting RPI Jelaskan bagaimana anda akan membina serta melaksanakan RPI untuk seorang murid.

Upload: huda-radzi

Post on 29-Jun-2015

4.318 views

Category:

Documents


97 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN

• Komponen penting RPI•Jelaskan bagaimana anda akan membina serta

melaksanakan RPI untuk seorang murid.

Page 2: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RANCANGAN PENDIDIKAN

INDIVIDU (RPI)

KANDUNGAN Bahagian 1: Konsep RPI dan kepentingannya dalam Pendidikan KhasBahagian 2: Penyediaan dan pelaksanan RPIBahagian 3:Penulisan RPIBahagian 4: Bengkel penyediaan RPI dan perbentangan

JANGKA MASA1 jam

OBJEKTIFDi akhir sesi guru dapat:•Menyediakan RPI untuk murid-murid.•Merancang P&P mengikut keperluan dan keupayaan murid.

PENGENALAN•Guru-guru kan mengetahui kepentingan RPI dalam P&P.•Menyedari nahawa ssetiap murid adalah istimewa dan mempunyai keupayaan dan pencapaian yang berbeza.

MATLAMATGuru-guru akan

mendapat maklumat serta pengetahuan

tentang RPI dan cara untuk

melaksanakannya.

Page 3: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

BAHAGIAN 1

KONSEP RPI DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENDIDIKAN KHAS

1.1 Definisi dan konsep1.2 Ciri-ciri RPI1.3 Elemen RPI1.4 Kepentingan RPI1.5 Kebaikan Proses RPI

Page 4: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

DEFINISI DAN KONSEP RPI• RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa

dan phak sekolah tentang keperluan –keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi pelaksaannya ,RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan –perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang muris tersebut.(Hallahan dan kauffman 1977)

• RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya(.Bender W.N 1995)

Page 5: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Rancangan Pendidikan Individu(RPI) ialah: • Satu dokumen bertulis • Dirancang khusus untuk seseorang murid.• Dibentuk bertujuan untuk mendokumentasikan segala

pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.

Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrumen untuk

menentu kerjasama dan kolaborasi antara sekolah ,ibu bapa dan murid itu sendiri jika

perlu, dengan pegawai pendidikan daerah dan individu dari agensi atau khidmat sokongan

lain.

Page 6: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RPI pada dasarnya adalah satu pernyataan ringkas tentang :Tahap prestasi seseorang murid.Perancangan yang merangkumi aspek akademik dan bukan akademik Matlamat jangka panjang yang boleh dicapai oleh murid.Matlamat yang mempunyai satu siri obkjektif yang boleh diukur bagi setiap matlamat yang dikenal pasti.Objektif,prosedur dan urutan penilaian bagu menentukan pencapaian murid-murid dalam satu aspek berhubung dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid.Perancangan jangka mas adan tarikh perkhidmatan yang dapat disediakan oleh murid. Satu perancangan dan persediaan untuk membantu murid berkeperluan khas menghadapi cabaran hidup.

Page 7: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KESIMPULANNYA

RPI adalah rancangan program penilaian berteraskan individu dan sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas.

Page 8: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

CIRI-CIRI RPI

Komprehensif

Mengikut urutan

Spesifik

Mudah dfahami

Digubal bersama

Bersesuaian dan realistik

Page 9: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KOMPREHESIF

• Merangkumi pelbagai bidangKomunikasiTingkah lakuSosial alam sekelilingProvokasional/ vokasionalKemahiran amali untuk berdikari Reakreasi dan daya kreatifNilai dan kerohanian

Page 10: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

MENGIKUT URUTAN

• RPI dibentuk berasaskan urutan perkembangan kemahiran dan urutan fungsi kemahiran.

Page 11: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

SPESIFIK

• Matlamat dan objektif RPI ditulis dalam bentuk kemahiran tingkah laku yang boleh dibuat pemerhatian dan ianya boleh diukur.

Page 12: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

MUDAH DIFAHAMI

• RPI ditulis dalam bahasa yang mudah supaya senang difahami oleh semua pihak yang terlibat.

Page 13: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

DIGUBAL BERSAMA

• RPI merupakan satu rancangan kerja yang telah dipersetujui bersama sepenuhnya oleh murid, ibu bapa dan guru golongan profesional dan kumpulan pelbagai disiplin yang brkenaan.

Page 14: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

BERSESUAIAN DAN REALISTIK

• Matlamat dan objektif RPI mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan , keupayaan dan juga kadar perkembangan murid.

Page 15: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

ELEMEN RPI

• Kerjasama• Berkongsi maklumat• Keputusan bersama• Kebolehpercayaan• Dokumentasi• Proses dan hasil

Page 16: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KERJASAMA

• Bekerjasama dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dan kebajikan murid berkenaan.

• Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses ini.

Page 17: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

BERKONGI MAKLUMAT

• Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid.

• Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.

Page 18: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KEPUTUSAN BERSAMA

• Ibu bapa dan golongan prosesional bekerjasama untuk menyediakan RPI.

• Mereka prlu membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan dan bagaimana RPI dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Page 19: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KEBOLEHPERCAYAAN

• Objektif pengajaran dn prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI.

• RPI juga perlu dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.

Page 20: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

DOKUMENTASI

• RPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.

Page 21: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

PROSES DAN HASIL

• RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi mempastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.

Page 22: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

PROSES RPI• Merujuk pihak yang terlibat seperti:o Guru khas o Guru mata pelajaran o Ibu bapa atau keluargao Pentadbiran sekolah o Pengamal perubatano Jurulatih pertuturano Jurupulih carakerjao Kaunselor • Mengumpul maklumat.• Mengadakan mesyuarat.• Membina rancangan bertulis• Menjalankan apa yang dirancangmenilai pembelajaran yang

telah dijalankan.

Page 23: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

CARTA ALIRAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RUJUK PIHAK YANG TERLIBAT

PENGUMPULAN MAKLUMAT

MESYUARAT

PENULISAN

PELAKSANAAN

PENILAIAN

OBJEKTIF / KEMAHIRAN BERIKUTNYA

OBJEKTIF TERCAPAI

OBJEKTIF / SRTATEGI BARU

GAGAL

Page 24: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KEPENTINGAN RPI

• RPI membolehkan murid mengikut program pendidikan yang dirancang sama ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan.

• Dalam konteks ini,ia bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspek-aspek berikut:

• Jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal.

• Perkara yang perlu dipelajari oleh murid.• Jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan.• Penilaian pencapaian kemahiran.

Page 25: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KEBAIKAN PROSES RPI• MURID Setiap perancangan pendidikan yang

digubal bertujuan membantu murid dalam proses pembelajaran.

Memberi peluang untuk terlibat dalam program pembelajaran yang dirangka.

Menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas.

GURU Menerangkan peranan dan tugas

dengan lebih jelas. Mendapat maklumat murid. Mendapat bantuan untuk

menyelesaikan masalah. Memastikan bidang tugas yang

memerlukan nasihat golongan pofesional.

Menyediakan forum untuk mendapatkan pandangan, bantuan resos dan sokongan pihak berkenaan.

Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam segala aspek perkhidmatan yang disediakan.

Page 26: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

BAHAGIAN 2

• Penyediaan dan Pelaksanaan RPI2.1 Rujukan pihak yang terlibat.2.2 Pengumpulan data 2.3 Mesyuarat2.4 Penyediaan RPI2.5 Pelaksanaan2.6 Penilaian 2.7 Penulisan RPI2.8 Matlamat2.9 Objektif

Page 27: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI

• Penyediaan RPI memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan murid berkeperluan khas untuk sama-sama merancang program yang paling sesuai untuk murid berkenaan.

Page 28: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

1. Rujukan pihak yang terlibat

• Pada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan:

Antara guru. Antara ibu bapa dan sekolah Antara sekolah dan ageni luar yang berkaitan

Page 29: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

2.Pengumpulan data

• Mengumpul sgala maklumat berkaitan dengan kekuatan,kelemahan dan keperluan murid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

• Maklumat dikumpul melalui Borang biodata murid Sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan

perkembangan Ujian diognostik Pemerharian ke atas murid.

Page 30: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

• Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ialah:

Cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan murid. Individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan.jenis

bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat.

Sejauh mana penglibatan murid. Sejauh mana penglibatan ibu bapa. Sejauh mana penglibatan khidmat sokongan. Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisis,

dirumus dan dicatat dalam borang rumusan data awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat AJK Rpi.

Page 31: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

3. Mesyuarat

• Mesyuarat Rpi mempunyai dua fungsi utama iaitu:

• 3.1 Aspek tugasan Berkongsi maklumat Menyediakan matlamat dan objektif. Menyenaraikan strategi pengajaran. Membahagikan tugas kepada individu yang terlibat

dalam pengajaran. Menyediakan kriteria penilaian . Menetapkan tarikh penilaian / semakan semula.

Page 32: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

• 3.2 Tanggungjawab Pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat. Menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain. Menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan.

Dalam peringkat ini perkara-perkara berikut perlu dilakukan

Wujudkan jawatankuasa Mengedarkan maklumat yang diperolehi semua ahli yang terlibat. Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar atau

mana-mana pentadbir di sekolah.

Page 33: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

4. Penyediaan RPI• Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah

pendokumentasian.• Perlu di ingat bahawa dalam pendokumentasian RPI tiada

format khusus yang harus diikat.• Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen

berikut. Objektif khusus untuk murid. Strategi pengajaran yang terperinci. Profesional pengajaran yang terperinci. Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap

tugas berkenaan. Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif. Prosedur penilaian yang terperinci.

Page 34: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

5. Pelaksanaan• Dalam peringkat ini,segala resos dan kemudahan

bantuan perlu diselaras, dan dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.

• Perkara –perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Penyelarasan resos dan kegunaannya. Mengenal pasti individu yang bertanggungjawab tentang

pelaksanaan . Penyelarasan program Bantuan dan sokongan guru. Pemantauan dan penilaian program.

Page 35: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

6. Penilaian • Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat .• Maklumat tentang pencapaian dan perkembangan murid

dikumpul dan diedarkan kepada ahli.• Maklumat yang tepat tentang pencapaian dan

perkembangan murid perlu di bentang oleh guru.• Segala maklumat ini perlu dibincang bersama ahli jawatan

kuasa bagi tujuan pemantauan .• Jika perlu ,strategi yang lain, perlu dirangka untuk

mencapai objektif dan matlamat telah dicapai,program yang seterusnya dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.

Page 36: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

CARTA ALIRAN PENILAIAN

Mesyuarat

Kumpul dan edar maklumat

Bentang dan bincang maklumat

Tukar strategi jika perlu

Melaksanakan dan nilai semula

Page 37: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

REFLEKSI

• ADAKAH ANDA MENYEDIAKAN RPI DALAM KELAS?

• APAKAH KEPENTINGAN RPI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN?

Page 38: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

BAHAGIAN 3

1.PENULISAN RPI Setiap RPI harus mengandungi perkara-

perkara yang berikut:i. Nama ajk: guru besar

• Guru khas • Ibu bapa• Para profesional• Dan lain-lain.

Page 39: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

ii. Matlamat: Jangka panjang Jangka pendek

ii. Pencapaian murid Jangka masa untuk mencapai objektif Pilih bidang –bidang yang penting sahaja. Tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu masa.

ii. Objektif Objektif merupakan sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan. Objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat. Objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.

Page 40: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

PENULISAN RPI

v) Prosedur dan Kriteria Penilaian• Kriteria penilaian boleh juga dijadikan sebagai

sebahagian daripada objektif

vi) Strategi Pengajaran• Bahagian ini menentukan murid dapat

mencapai objektif pengajaran

Page 41: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

PENULISAN RPI

vii) Resos• Guru perlu memastikan resos tersedia pada waktunya.

RPI juga perlu menyatakan dengan jelas objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan, seterusnya bagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan.

viii) Orang yang bertanggungjawab• Menyatakan individu yang bertanggungjawab untuk

memastikan murid mencapai objektif pembelajaran.

Page 42: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

PENULISAN RPI

ix) Inklusif • Harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab mengapa

murid-murid berkenaan diinklusif ke kelas biasa.

x) Catatan • Digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang

berkaitan.• Digunakan sebagai rekod.• Digunakan untuk mencatat penggunaan resos.• Ditulis selepas penilaian dijalankan.

Page 43: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

2. MATLAMAT

- Matlamat ialah objektif jangka panjang yang menyatakan tentang kemampuan secara umum apa yang akan berlaku kepada murid.

Apabila memilih matlamat, perkara-perkara berikut perlu ada:- Bersifat positif- Mengambil kira kekuatan murid- Tidak terhad kepada keperluan murid itu sahaja- Matlamat dirancang bersama ibu bapa dan guru

Perbincangan penulisan matlamat hendaklah dilakukan sebelum mesyuarat RPI dijalankan secara rasmi.

PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI

Page 44: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

3. OBJEKTIF

Objektif ialah pencapaian yang akan dicapai oleh murid dalam jangka masa pendek yang mana kemahiran itu akan membantu untuk mencapai matlamat.

Objektif boleh dikategorikan sebagai:- Objektif tingkahlaku- Objektif pengajaran dan pembelajaran

PENYEDIAAN DAN PELAKSANAAN RPI

Page 45: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

OBJEKTIF

Keperluan dan Kebaikan Menulis

objektif

Komponen Objektif Pengajaran

Peringkat-peringkat Penulisan Objektif

Pemilihan Objektif

Page 46: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

4. OBJEKTIF

Keperluan Dan Kebaikan Menulis Objektif:

• Menggalakkan perancangan pengajaran dan penilaian yang sistematik.

• Meningkatkan kebolehpercayaan. Boleh digunakan oleh semua pihak sebagai pengukur sama ada apa yang boleh diajar sudah tercapai atau belum.

• Meningkatkan motivasi murid.

Page 47: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

OBJEKTIFKeperluan Dan Kebaikan Menulis Objektif:

• Menyediakan guru untuk merancang pembelajaran dengan lebih tepat dan lengkap. Guru merancang jenis-jenis kemahiran yang akan diajar kepada murid. Ini akan membantunya merancang mengikut keperluan murid.

• Objektif yang ditulis dengan jelas akan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada semua pihak tentang apa yang diharapkan dan bila ianya akan dicapai oleh murid. Ia juga memberi peluang kepada guru untuk berbincang dengan semua pihak yang terlibat.

• Menjadi asas menentukan matlamat pengajaran dan membantu menjelaskan lagi perkara yang hendak diajar.

Page 48: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

5. KOMPONEN OBJEKTIF PENGAJARAN

• Tingkah laku yang akan dilakukan oleh murid.• Keadaan yang mana murid akan melakukan

tingkah laku.• Kriteria untuk menjayakan perlakuan tingkah

laku.• Murid yang terlibat.

Page 49: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

6. PERINGKAT-PERINGKAT PENULISAN OBJEKTIF

• Bila dan di mana tingkah laku itu berlaku.• Tanda-tanda yang memberi gambaran bahawa murid itu telah

mencapai objektif.

Contoh kepada teras objektif:“ Murid boleh menyebut perkataan dengan betul yang terdiri

daripada dua suku kata terbuka dan tertutup.”

“ Murid boleh melontar bola dengan menggunakan dua belah tangan.”

“ Murid boleh duduk diam di tempat sendiri selama 5 minit.”

Page 50: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

7. Pemilihan objektif

• Adakah dengan pencapaian objektif ini akan membantu pencapaian matlamat?

• Adakah ibu bapa telah diberitahu tentang objektif ini?

• Adakah objektif itu sesuai dengan murid berkenaan?• Bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan

kemahiran lain yang perlu dicapai oleh murid?• Bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan

program yang dijalankan dalam bilik darjah?

Page 51: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

MODEL KONSEPTUAL KURIKULUM

- - MENYELURUH DAN BERSEPADU- - PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN DAN BERMAKNA

- - PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

KEPELBAGAIAN KEUPAYAAN INDIVIDU

KEPERLUAN INDIVIDU

BIDANG PEMBELAJARAN

PENDEKATAN P&P

PENILAIAN

- BERDIKARI- BERDISIPLIN DAN BERSIKAP POSITIF

- BERMORAL DAN BERETIKA- BERKEMAHIRAN DAN BERKETRAMPILAN

- PRODUKTIF DAN BOLEH MENYUMBANG KEPADA KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA

KEHIDUPAN BERMAKNA

Page 52: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

BORANG

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Page 53: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Mata Pelajaran :

Nama murid : Tarikh lahir :Tarikh Mula : Tarikh Semak :Pengetahuan Sedia Ada :

Matlamat : Objektif Strategi

Pengajaran dan pembelajaran

Penilaian Catatan

Page 54: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

CONTOH RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran : Bahasa MelayuNama Murid : Awang Bin Ali Tarikh Lahir : 2 Mei 1994Tarikh mula : 1 Mac 2003 Tarikh Semak : 1 Mei 2003Pengetahuan Sedia Ada : Awang boleh membezakan bunyi-bunyi yang terdapat di sekelilingnya.Matlamat : Awang boleh membezakan bunyi vokal a, e, i, o dan u.

Objektif Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian Catatan

Awang boleh :- Mengajuk bunyi vokal awal a, i, dan u yang didengar sebanyak lima kali.

1. Memperdengarkan rakaman bunyi-bunyi yang berkaitan dengan bunyi-bunyi vokal awal.

2. Memperdengarkan nyanyian lagu-lagu vokal awal.

- a a a a adik- i i i i ikan- u u u u udang3. Menyanyikan lagu vokal awal 4. Menyebut vokal awal sambil

mengangkat lambang vokal.

Jangka masa:

2 bulan

1. Pemerhatian2. Ujian lisan; betul dengan 10

kali ulangan.

Awang dapat mengajuk bunyi vokal awal a, I dan u dengan betul dan tepat 10/10

Page 55: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

CONTOH SURAT

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Page 56: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

………..………..Tarikh :Kepada :Pengetua / Guru Besar………..……….

Tuan,

PERSETUJUAN PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Merujuk kepada perkara di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa saya ……………….. Ibu bapa kepada ……………….. Bersetuju dengan pelaksanaan Pendidikan Individu yang dijalankan terhadap anak saya bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pembelajarannya.

2. Kerjasama dari pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,…………………

Page 57: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Kelas Pendidikan Khas Bermaslah Pembelajaran,S. K. Datuk Akhir Zaman,71200 Rembau,Negeri Sembilan. 1 OGOS 2003

Melalui,

Guru Besar,S. K. Datuk Akhir Zaman,71200 Rembau,Negeri Sembilan.

Kepada,…………………………..

Tuan, MESYUARAT PELAKSANAAN PERANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Dengan segala hormatnya, dan sukacitanya menjemput tuan / puan untuk hadir ke mesyuarat sebagaimana yang tersebut di atas. Maklumat tentang mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : Hari :Masa :Tempat :

2. Kerjasama tuan / puan amat dihargai oleh pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA.

Saya yang menurut perintah,……………………………………..(Penyelaras PKBP)

Page 58: RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

SEKIAN, TERIMA KASIH