suhaimie bin moridan.tt - fp.utm.my bin morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan...

44
KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU DALAM PENDIDIKAN ISLAM BAGI PELAJAR PENDIDlKAN KHAS SUHAIMIE BIN MORIDAN Disertasi ini dikemukakan sebagai Memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan ( Kurikulum dan Pengajaran ) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia NOVEMBER 2013

Upload: buingoc

Post on 07-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

i

KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU DALAM PENDIDIKAN ISLAM

BAGI PELAJAR PENDIDlKAN KHAS

SUHAIMIE BIN MORIDAN

Disertasi ini dikemukakan sebagai

Memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan ( Kurikulum dan Pengajaran )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2013

Page 2: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

ii

Pengakuan

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “.

Tandatangan : ……………………………………..

Nama Penulis : SUHAIMIE BIN MORIDAN

Tarikh : 15 NOVEMBER 2013

Page 3: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

iii

DEDIKASI

Sekalung penghargaan buat bonda tersayang, Hajah Jumirah Binti Takim yang

sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan buat anaknya.

Buat isteri tercinta, Zuraidah Binti Ramdzan @ Ramban yang selalu memberi

sokongan dan semangat buat suaminya.

Buat anakanda tersayang Aisyah Shofwa, Anis Sofea, Ahmad Ameyr Wafeeq dan

Azzahratus Syifa

yang sentiasa memberi ilham dan inspirasi kepada ayahandanya.

Buat sahabat yang diingati

Mohd Khairul Anuar Bin Hussin yang selalu meluangkan masa

berbincang dan menyumbangkan buah fikirannya.

Buat Penyelia Dr. Ahmad Johari Bin Sihes

yang banyak menunjuk ajar serta memberi nasihat yang berguna.

Tidak lupa juga,

Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pendidikan

di Universiti Teknologi Malaysia,

keluarga dan rakan-rakan yang membantu

dalam usaha murni ini.

Semoga menjadi inspirasi kepada

anak-anak yang dikasihi.

Page 4: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

iv

PENGHARGAAN

Dengan lafaz Alhamdulillah, segala puji kepada hadrat Allah s.w.t kerana

dengan limpahan rahmat dan keizinanNya kajian ini dapat disempurnakan.Saya ingin

merakam setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

Dr. Ahmad Johari Bin Sihes selaku pensyarah pembimbing yang banyak

mengorbankan masa dan tenaga serta menyumbangkan idea dalam memberikan

tunjuk ajar dan dorongan kepada saya sehingga selesainya kajian ini.

Penghargaan dan terima kasih juga buat ibu bapa, isteri dan anak-anak yang

banyak memberi dorongan serta galakan sepanjang menyempurnakan kajian ini.

Tidak lupa juga rakan seperjuangan dan pihak-pihak berkenaan yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam kajian ini. Jasa dan bantuan yang telah kalian

berikan akan saya kenang sampai bila-bila.

Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang baik di atas segala usaha dan

kerjasama murni yang diberikan. Harapan saya agar kajian ini dapat memberi

manfaat kepada semua demi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pendidikan

Malaysia.

Terima kasih.

Page 5: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

v

ABSTRAK

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu pendekatan ke arah

pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran individu yang berkesan. Ianya

menitik beratkan aspek pencapaian individu pelajar yang berbeza tahap pencapaian

dan kebolehan. Kajian ini bertujuan meninjau kesediaan guru melaksanakan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas

di dua daerah iaitu Muar dan Batu Pahat. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan

yang melibatkan 99 orang guru yang mengajar Pendidikan Islam bagi pelajar

pendidikan khas. Instrument yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Data

dianalisis menggunakan program SPSS for Windows (version 19.0), yang melibatkan

statistik deskriptif seperti peratusan, frekuensi dan min. Hasil kajian mendapati sikap

guru-guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan RPI bagi pelajar pendidikan khas

adalah positif. Manakala tahap pengetahuan, tahap kemahiran guru-guru juga adalah

tinggi. Strategi pengajaran guru pula menunjukkan kekerapan yang sering digunakan

guru iaitu pertama, strategi pemusatan guru. Kedua, strategi pemusatan murid dan

ketiga, strategi pemusatan bahan. Kajian juga mendapati tiada perbezaan yang

signifikan bagi sikap, tahap kemahiran dan strategi pengajaran guru dalam

melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu mata pelajaran pendidikan Islam bagi

pelajar pendidikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru. Akan tetapi bagi

tahap pengetahuan guru pula terdapat perbezaan yang signifikan. Selain itu, kajian

mendapati hampir semua responden menyatakan bahawa mereka memerlukan kursus

dan latihan khas bagi memantapkan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu

dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Dapatan kajian ini diharap dapat menjadi

rujukan dan cadangan penambahbaikan terhadap perkara-perkara berkaitan

pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu Pendidikan Islam bagi pelajar

pendidikan khas.

Page 6: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

vi

ABSTRACT

The Individualized Educational Plan (RPI) is one of the approaches towards

the achievement of the individual teaching and learning objectives for special

education students. It also concentrates on the different level of individual

achievement and ability. The aim of this research is to survey the implementation

readiness of Individualized Educational Plan (RPI) among Islamic Studies teachers

in Muar and Batu Pahat districts. This research is conducted by using a combination

of methods which involves 93 of Islamic Studies teachers. Questionnaires and

interview are used as instruments in this research. The data were analyzed using

SPSS for Windows (version 19.0), using descriptive statistics such as percentages,

frequencies and mean. This research found that attitude of teachers are positive in

implementing Individualized Educational Plan. While, the level of knowledge and

level of skills are high. On the other hand, the most teaching strategies by teacher is

“teacher-centred”, followed by “student-centred and third is “ material-centred”.

There are no significant difference in attitudes, level of skills and teaching strategies

based on teachers’ accreditation categories in implementing Individualized

Educational Plan for special education students in Islamic education. However there

is significant difference the level of teachers' knowledge. In addition, the research

found that almost all respondents indicated that they require special training courses

to strengthen the Individualized Educational Plan implementation in the Islamic

education. The finding of this research can be used as references and

recommendations related to the implementation of Individualized Educational Plan

for special education students in Islamic Education.

Page 7: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Hipotesis Kajian 13

1.7 Kepentingan Kajian ` 14

1.8 Kerangka Konsep Kajian 17

1.9 Batasan Kajian 20

1.10 Definisi Istilah 21

Page 8: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

viii

1.10.1 Kesediaan Guru 21

1.10.2 Pelaksanaan 21

1.10.3 Sikap 22

1.10.4 Tahap Pengetahuan 23

1.10.5 Tahap Kemahiran 23

1.10.6 Rancangan Pendidikan Individu 24

1.10.7 Pendidikan Islam 24

1.10.8 Pelajar Pendidikan Khas 25

1.10.9 Strategi Pengajaran 25

1.10.10Masalah Keperluan Guru 26

1.11 Penutup 27

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 28

2.2 Kepentingan Memahami Falsafah Pendidikan 28

2.3 Kepentingan Memahami Konsep Pendidikan

Islam 30

2.4 Konsep Pendidikan Individu Dalam Program

Pendidikan Khas dan Kepentingannya 32

2.5 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Tugas

Dan Tanggungjawab Sosial 37

2.6 Latar Belakang Guru Pendidikan Islam Di

Pendidikan Khas 41

2.6.1 Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan

Rancangan Pendidikan Individu 42

2.6.2 Tahap Pengetahuan Guru Tentang

Pelaksanaan Rancangan Pendidikan

Individu 43

2.6.3 Tahap Kemahiran Guru Sebagai

Pelaksana Rancangan Pendidikan

Individu 44

Page 9: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

ix

2.7 Memperkembangkan Potensi Pelajar 45

2.8 Strategi Pengajaran Guru Dalam

Melaksanakan RPI Mata Pelajaran

Pendidikan Islam bagi Pelajar

Pendidikan Khas 46

2.8.1 Strategi Pemusatan Guru 51

2.8.2 Strategi Pemusatan Pelajar 52

2.8.3 Strategi Pemusatan Bahan 53

2.9 Permasalahan Dalam Pelaksanaan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 54

2.10 Model-Model Pengajaran Di

Pendidikan Khas 57

2.10.1 Model Pengajaran Slavin 57

2.10.2 Model Pengajaran Montessori 59

2.10.2.1 Kaedah Pengajaran

Montessori 60

2.11 Kaedah Pembelajaran Masteri 61

2.12 Ulasan Kajian Lepas 63

2.13 Penutup 69

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 70

3.2 Rekabentuk Kajian 71

3.3 Tempat Kajian 72

3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 72

3.5 Instrumen Kajian 74

3.5.1 Bahagian A: Maklumat Diri

Responden 75

3.5.2 Bahagian B : Sikap,

Tahap Pengetahuan Dan

Tahap Kemahiran Guru 76

Page 10: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

x

3.5.3 Bahagian C : Strategi Pengajaran Guru 76

3.6 Instrumen II Temubual : Permasalahan Dalam

Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu 77

3.7 Kesahan 78

3.8 Kajian Rintis 80

3.9 Prosedur Kajian 85

3.10 Analisis Data 87

3.10.1 Proses Temubual 89

3.11 Penutup 91

BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 93

4.2 Maklumat Responden 94

4.3 Maklumat Responden Terhadap Persoalan

Kajian 97

4.4 Pengujian Hipotesis 105

4.4.1 Hipotesis Nol 1 105

4.4.2 Hipotesis Nol 2 106

4.4.3 Hipotesis Nol 3 108

4.4.4 Hipotesis Nol 4 109

4.5 Dapatan Daripada Instrumen II –

Bahagian D : Temubual 110

4.5.1 Dapatan Data Kualitatif 111

4.5.2 Maklumat Responden 113

4.5.2.1 SK Serom 3, Muar 114

4.5.2.2 SK Seri Bukit Pasir, Muar 114

4.5.2.3 SK Lubok, Batu Pahat 115

4.5.2.4 SK Bandar Batu Pahat 115

4.5.2.5 SK Peserai Batu Pahat 116

4.5.3 Dapatan Daripada Sesi Temubual 117

4.5.3.1 Pandangan Tentang

Page 11: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

xi

Pelaksanaan RPI Pendidikan

Islam di Pendidikan Khas 118

4.5.3.2 Kelebihan Rancangan

Pendidikan Individu 118

4.5.3.3 Pelaksanaan Rancangan

Pendidikan Individu dan

Halangannya 119

4.5.3.4 Pembekalan Huraian Sukatan

Pelajaran dan Buku Teks 120

4.5.3.5 Keperluan Huraian Sukatan

Pelajaran dan Buku Teks 121

4.5.3.6 Kepentingan Huraian Sukatan

Pelajaran 122

4.5.3.7 Kepentingan Buku Teks 122

4.5.3.8 Pengetahuan dan Kemahiran

Yang Diperlukan Dalam

Melaksanakan RPI 123

4.5.3.9 Kursus Khas Dalam

Melaksanakan Rancangan

Pendidikan Individu Yang Baik 124

4.5.3.10Peruntukan Masa Pengajaran

dan Pembelajaran 125

4.5.3.11Permasalahan Jumlah Pelajar 126

4.5.3.12Peruntukan Dan Inisiatif

Dalam Menyediakan Bahan

Bantu Mengajar 126

4.5.3.13Hubungan Guru-Guru

Pendidikan Khas 127

4.5.3.14Perkara-perkara Lain Berkenaan

Pelaksanaan Rancangan

Pendidikan Individu Pendidikan

Islam Di Pendidikan Khas 128

4.6 Penutup 129

Page 12: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

xii

BAB 5 KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 Pendahuluan 130

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 130

5.2.1 Latar belakang Responden 131

5.2.2 Sikap Guru 133

5.2.3 Tahap Pengetahuan Guru 135

5.2.4 Tahap Kemahiran Guru 135

5.2.5 Strategi Pengajaran Guru 137

5.2.6 Perbezaan Sikap Guru Bersandarkan

Kepada Kategori Pentauliahan Guru 138

5.2.7 Perbezaan Tahap Pengetahuan Guru

Bersandarkan Kepada Kategori

Pentauliahan Guru 139

5.2.8 Perbezaan Tahap Kemahiran Guru

Bersandarkan Kepada Kategori

Pentauliahan Guru 140

5.2.9 Permasalahan Guru Dalam Melaksanakan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

Mata Pelajaran Pendidikan Islam di

Pendidikan Khas 141

5.3 Rumusan Kajian 142

5.4 Cadangan Kajian 144

5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 148

5.6 Penutup 150

SENARAI RUJUKAN 151

LAMPIRAN 160

Page 13: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pungutan Soal Selidik Kajian 74

3.2 Pembahagian Item Mengikut Strategi Pengajaran Guru 77

3.3 Persoalan isu : Permasalahan dalam melaksanakan RPI 78

3.4 Hasil komen dan cadangan verifikasi pakar 79

3.5 Nilai Alpha Cronbanch bagi setiap bahagian kajian 82

3.6 Pengubahsuaian kenyataan item-item dalam soal selidik

bahagian B1 (Sikap Guru) 83

3.7 Pengubahsuaian kenyataan item-item dalam soal selidik

bahagian B3 (Tahap Kemahiran Guru) 84

3.8 Pengubahsuaian kenyataan item-item dalam soal selidik

bahagian C (Strategi Pengajaran Guru) 84

3.9 Kaedah analisis data 87

3.10 Pengkelasan skor, min dan status sikap, tahap pengetahuan,

tahap kemahiran guru dan strategi pengajaran guru 89

4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut daerah 95

4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 95

4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

kategori pentauliahan guru 95

4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut

pengalaman 96

4.5 Maklumbalas responden mengenai sikap guru dalam

melaksanakan RPI Pendidikan Islam. 97

4.6 Maklumbalas responden mengenai tahap pengetahuan

guru dalam melaksanakan RPI Pendidikan Islam. 99

Page 14: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

xiv

4.7 Maklumbalas responden mengenai tahap kemahiran

guru dalam melaksanakan RPI Pendidikan Islam. 101

4.8 Maklumbalas responden mengenai strategi pengajaran

guru dalam melaksanakan RPI Pendidikan Islam. 103

4.9 Sikap guru pendidikan Islam berdasarkan kategori

pentauliahan guru 105

4.10 Ujian ANOVA Sikap guru berdasarkan kategori

pentauliahan guru 105

4.11 Tahap pengetahuan guru pendidikan Islam berdasarkan

kategori pentauliahan guru 106

4.12 Ujian ANOVA Tahap pengetahuan guru berdasarkan

kategori pentauliahan guru 106

4.13 Post Hoc Tahap pengetahuan guru berdasarkan kategori

pentauliahan guru 107

4.14 Perbezaan tahap pengetahuan guru berdasarkan kategori

pentauliahan guru 108

4.15 Tahap kemahiran guru pendidikan Islam berdasarkan

kategori pentauliahan guru 108

4.16 Ujian ANOVA Tahap kemahiran guru berdasarkan

kategori pentauliahan guru 109

4.17 Strategi pengajaran guru pendidikan Islam berdasarkan

kategori pentauliahan guru 109

4.18 Ujian ANOVA Strategi pengajaran guru berdasarkan

kategori guru 110

4.19 Maklumat responden temu bual 116

Page 15: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

xv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Model Slavin 17

1.2 Kerangka Konsep Kajian : Pelaksanaan Rancangan

Pendidikan Individu Mata Pelajaran Pendidikan Islam

Bagi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran 18

2.1 Carta Aliran Rancangan Individu : Bahagian Pendidikan

Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001 36

Page 16: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

xvi

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN PENERANGAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

BPK - Bahagian Pembangunan Kurikulum

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPI - Falsafah Pendidikan Islam

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

ICT - Information and Communication Technology

IPG - Institut Pengajian Guru

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

OUM - Open University Malaysia

P & P - Pengajaran dan pembelajaran

RPI - Rancangan Pendidikan Individu

SK - Sekolah Rendah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

Tmn - Taman

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UM - Universiti Malaya

UPSI - Universiti Perguruan Sultan Idris

USM - Universiti Sains Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

ICT - Information and Communication Technology

Page 17: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Senarai Sekolah dan Jumlah Guru Yang Terlibat

Dalam Kajian

B Instrumen I : Borang Soal Selidik

C Instrumen II : Borang Temu Bual

D Surat Kebenaran dan Verifikasi

Page 18: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di Malaysia, mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran

yang wajib dipelajari oleh semua pelajar Islam di sekolah-sekolah, tidak terkecuali

pelajar berkeperluan khas. Ini kerana Pendidikan Islam merupakan satu keperluan

bagi melahirkan generasi yang bermatlamat dan berkeperibadian tinggi. Menurut

Mohd Fadzilah Kamsah (2006) salah satu punca anak bermasalah ialah apabila

amalan keagamaan lemah, anak terdedah kepada masalah kerana tiada kekuatan

kerohanian. Kenyataan ini memperlihatkan rasional keperluan pendidikan Islam itu

diterapkan kepada setiap anak atau pelajar yang beragama Islam. Keberkesanan

pengajaran Pendidikan Islam kepada pelajar berkeperluan khas bergantung penuh

kepada kesediaan guru dari segi sikap, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran

dalam menggunakan strategi pengajaran serta pendekatan yang bersesuaian dengan

keperluan khas pelajar.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana

kesediaan guru melaksanakan RPI dalam pengajaran Pendidikan Islam bagi pelajar

Page 19: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

2

berkeperluan khas terutama di sekolah-sekolah rendah daerah Muar dan Batu Pahat.

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu pendekatan kepada modul

pengajaran individu bagi memastikan keberkesanan pembelajaran pelajar pendidikan

khas menguasai beberapa kemahiran yang difikir mampu dikuasai. Kajian ini

bertujuan mengenal pasti sikap, tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan strategi

pengajaran guru yang mengajar Pendidikan Islam di pendidikan khas dalam

melaksanakan RPI. Selain itu juga, ianya bagi mengenal pasti permasalahan lain

yang boleh mengekang guru daripada melaksanakan RPI dengan berkesan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu program pengajaran

dan pembelajaran berkaitan Pendidikan Khas yang diadakan bagi tujuan memenuhi

keperluan pembelajaran pelajar berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kauffman

(1997), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang

keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan itu dapat

dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-

perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang pelajar. Manakala menurut

Bender W.N (1995) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian

pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu pelajar

kurang upaya.

Di Malaysia, RPI telah dipraktikkan sejak penubuhan sekolah anak-anak

istimewa swasta. Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan sekolah

yang dikenali sebagai sekolah pendidikan khas, perubahan demi perubahan

dilakukan terhadap format RPI itu sendiri. Menerusi Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2004

“Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif) Rancangan

Page 20: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

3

Pendidikan Individu RPI setiap pelajar hendaklah disediakan”. Dari segi

pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu

disediakan untuk murid berkenaan. Ini kerana, satu set RPI disediakan kepada

seorang murid pada satu tempoh tertentu bergantung kepada tahap pencapaian

pelajar dalam jangka masa 3 hingga 6 bulan atau lebih.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesediaan

guru terutama berkaitan sikap guru pendidikan Islam dalam menjayakan

pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu sama ada memberikan respon yang

positif atau negatif terhadap pelaksanaannya. Ianya bergantung kepada kesediaan

guru menyahut cabaran dan bertanggungjawab dalam profesionalismenya.

Maklumat awal daripada JPNJ dan PPD mendapati bahawa jumlah guru

yang layak mengajar pendidikan Islam di pendidikan khas adalah sedikit serta

bergantung kepada pentadbiran sekolah masing-masing mengadakan guru bagi

keperluan tersebut. Ianya disebabkan kuota penjawatan guru pendidikan Islam belum

diwujudkan lagi di pendidikan khas. Maka bagi mengenal pasti tahap pengetahuan

guru yang terlibat dalam kajian ini memfokuskan pengetahuan terhadap format

penulisan RPI berdasarkan Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

(Kementerian Pelajaran Malaysia 2000) perlu mempunyai format yang mempunyai

komponen-komponen iaitu objektif yang khusus untuk pelajar, strategi pengajaran

yang terperinci, mengenal pasti individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas

berkenaan, sumber yang diperlukan untuk mencapai objektif dan prosedur penilaian

yang terperinci. RPI merupakan satu modul penulisan yang perlu dilaksanakan dan

diketahui cara pelaksanaannya oleh guru-guru pendidikan khas terutama guru-guru

pendidikan Islam bagi mengenal pasti tahap kebolehcapaian pelajar menguasai mata

pelajaran yang diajar melalui penyediaan strategi pengajaran yang sesuai. Ini kerana

ia bertepatan dengan ciri-cirinya iaitu bersifat komprehensif dengan mengikut urutan

keperluan pelajar dengan spesifik masalah dan kaedah menangani individu serta

diketahui serta mudah difahami cara pelaksanaannya. Pada masa yang sama

Page 21: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

4

perbincangan penyelesaian masalah RPI perlu dirujuk dan dibincang bersama ibu

bapa pelajar pendidikan khas.

Guru perlu juga kepada kemahiran merancang, mengurus dan membuat

keputusan. Dalam hal ini sekiranya guru mengetahui cara pelaksanaan RPI tetapi

tiada kemahiran dalam melaksanakannya akan menjadi kekangan dalam mencapai

objektif RPI. Dalam RPI seperti rancangan pengajaran biasanya perlu ada tajuk,

masa, objektif, set induksi, isi pelajaran serta aktiviti mengikut tahap atau aras

kemampuan pelajar yang perlu diperuntukkan dan di akhir pengajaran guru perlu

menulis refleksi atau catatan sama ada murid telah mencapai objektif pengajaran

secara maksimum ataupun minimum. Sebagaimana menurut Siti Aishah Mohd Elias

(2006), kejayaan atau kegagalan dalam pelajaran bergantung pada perancangan

pengajaran yang dibuat dan jarang sekali berlaku kesalahan apabila setiap minit yang

diperuntukkan dihuraikan dan dirancang dengan teliti.

Bagi pelajar pendidikan khas ini, guru perlu merangka satu rancangan

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan merujuk ciri-ciri dan tahap

kebolehan individu pelajar. Merujuk Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan

Pendidikan, Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (1979-1991)

menyatakan dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh

mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa dan susunan

aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi tujuan dan matlamat

pendidikan khas.

Menurut perbincangan Mok Soon Sang (1992) menyatakan pendapatnya

bahawa guru berkebolehan mengubahsuai model dan teori pengajaran dan

pembelajaran agar sesuai dengan kebolehan para pelajar yang mempunyai kebolehan

berbeza-beza. Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang penting dalam

membentuk generasi beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan berketrampilan pada

Page 22: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

5

masa hadapan. Selain itu juga menyediakan pelajar menghadapi cabaran dengan

kandungan pendidikan yang menjamin kesejahteraan dan keperluan pelajar.

Sepertimana menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003), perancangan

kurikulum abad ke 21 mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat

menentukan corak masyarakat dan profil sesuatu bangsa di masa akan datang. Oleh

kerana pendidikan Islam sebagai ilmu pengisian jiwa atau kerohanian bagi seseorang

individu pelajar, pendidikan ini perlu diterapkan pada peringkat awal lagi bagi

membimbing dan mendidik pelajar agar mempunyai elemen keseimbangan antara

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Penyepaduan antara ilmu dan amali yang dipelajari daripada

Pendidikan Islam merupakan tunjang kepada pembinaan akhlak dan sahsiah mulia

dalam diri pelajar. Sekiranya ia tidak lagi bersesuaian terhadap keperluan individu

tersebut maka RPI wajar digubal secara bersama. Ianya bersesuaian dan realistik

terhadap keperluan individu terutamanya pelajar berkeperluan khas. Menurut Bee H.

(1992), pelajar-pelajar berkeperluan khas secara keseluruhannya terbahagi kepada 3

kategori.

Pertama iaitu kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan termasuklah

kanak-kanak buta , rabun teruk sehingga memerlukan kanta pembesar untuk

membaca. Kedua iaitu kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran

termasuklah kanak-kanak pekak, sederhana atau teruk pekaknya sama ada

menggunakan alat bantuan pendengaran atau pun tidak. Ketiga iaitu kanak-kanak

bermasalah pembelajaran yang merangkumi beberapa kategori seperti kanak-kanak

autistic, hipeaktif, sindrom down, aphasia, disleksia dan verebal palsy. Kanak-kanak

ini mempunyai tahap pemahaman dan pencapaian yang rendah. Ini adalah kerana

kanak-kanak ini mempunyai umur mental yang lebih rendah dari umur hayat mereka.

Selain itu juga, mereka menghadapi masalah kurang tumpuan, emosi tidak terkawal,

tingkat laku, komunikasi dan sosial. Guru perlu kepada memiliki tahap kemahiran

yang tinggi dalam merancang, mengurus dan melaksanakan RPI dengan mengambil

kira perkara-perkara berkaitan.Justeru kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap

kemahiran guru melaksanakan RPI pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas.

Page 23: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

6

Seterusnya guru juga perlu merangka RPI mengikut tahap seseorang pelajar

dengan strategi yang sesuai bagi keberkesanan pengajarannya. Oleh itu, guru-guru

yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya seharusnya mempunyai

pengetahuan dalam cara penulisan RPI dan mempunyai kemahiran mengenal pasti

tahap keboleh capaian pelajar serta merangka strategi yang sesuai bagi mencapai

keberkesanan pengajarannya.

Dalam kajian ini, bagi mengenal pasti strategi pengajaran guru bagi pelajar

Pendidikan Khas, menyimpulkan penggunaan pendekatan individu melalui bukan

sahaja strategi pemusatan pelajar sahaja tetapi menggabungkan juga strategi

pemesatan guru dan bahan yang secara keseluruhan menekankan penglibatan pelajar

secara aktif dalam pembelajaran. Guru perlu merangka rancangan pengajaran yang

sesuai mengikut tahap atau kategori pelajar tersebut terutama pelajar pendidikan

khas. . Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru memperuntukkan masa

yang banyak kepada aktiviti pembelajaran pelajar melalui kaedah Masteri dengan

teknik-teknik seperti bermain, bercerita, bersoal jawab, bernyanyi dan sebagainya

dengan teknik penyampaian guru melalui penerangan, demonstrasi, syarahan dan

sebagainya mengikut kemampuan dan kreativiti seseorang guru tersebut.

Pendidikan merupakan suatu keperluan semua manusia dan ianya dipelajari

sejak seseorang itu dilahirkan (Slavin, 2003). Setiap individu semenjak lahirnya

hingga akhir hayatnya akan mengalami proses pendidikan sama ada ia disedari

secara langsung atau tidak langsung. Oleh itu menjadi satu tanggungjawab ibu bapa,

masyarakat dan guru-guru memberikan pendedahan pendidikan terhadap pelajar

berkeperluan khas ini bagi memastikan mereka tidak terpinggir dari arus kehidupan

dan masyarakat. Dengan ilmu dan kemahiran tersebut dapat memberikan makna

yang berharga kepada pelajar tersebut berdikari dan mengurus sendiri kehidupannya

pada masa hadapan.

Page 24: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

7

Pelajar berkeperluan khas tidak sepatutnya ketinggalan mengikuti mata

pelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Ini kerana mata pelajaran tersebut merupakan

keperluan kepada mereka. Mereka juga perlu dibimbing dan dididik kepada

pengetahuan dan kemahiran (pengamalan) Islam seperti pelajar normal walaupun

tahap keboleh upayaan memperoleh pengetahuan itu amatlah terhad. Ini disebabkan

pendidikan Islam itu sendiri merupakan asas pegangan hidup sebagai seorang yang

beragama Islam . Jadi sudah menjadi kewajipan keperluan guru diambil berat

terutamanya guru pendidikan Islam dalam melaksanakan RPI bagi pelajar pendidikan

khas.

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang guru yang itu tidak dibekalkan

dengan pengetahuan dan kemahiran seperti menghadiri kursus-kursus khas yang

perlu maka matlamat dan objektif pengajaran tidak akan tercapai dengan jayanya. Ini

kerana guru tidak dapat merancang strategi yang sesuai dapat dipraktikkan dalam

pengajarannya kerana tiada maklumat dan panduan untuk mereka melaksanakan RPI

sepertimana yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang

demikian, pengkaji telah mendapati empat kategori guru yang terlibat dalam kajian

ini iaitu kategori guru bertauliah pendidikan khas serta opsyen pendidikan Islam,

kategori guru bertauliah pendidikan khas bukan opsyen pendidikan Islam, kategori

guru opsyen pendidikan Islam tetapi tiada tauliah pendidikan khas dan kategori guru

biasa tiada tauliah pendidikan khas dan bukan opsyen pendidikan Islam. Ianya bagi

mengenal pasti adakah wujud perbezaan antara mereka dalam isu kajian dijalankan.

Di samping itu kajian ini bagi mengenalpasti permasalahan dalam keperluan

guru seperti cadangan dalam kajian Kamaruzaman Kamarudin (2007) terhadap

tekanan kerja guru telah mencadangkan pihak kementerian, JPN, PPD dan pihak

sekolah agar dapat melengkapkan kemudahan asas dalam P&P, pengagihan tugas

guru serta penganjuran kursus atau latihan kemahiran di kalangan guru. Ini kerana

terdapat lima faktor utama menyebabkan berlaku tekanan kerja guru iaitu salah laku

pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber dan

Page 25: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

8

hubungan interpersonal (Dunham 1992). Oleh yang demikian, sebelum sesuatu

perkara itu hendak dilaksanakan seharusnya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

perlu menitik berat tentang penyediaan keperluan yang perlu ada di segenap ruang

dan pihak yang terlibat perlu benar-benar faham akan matlamat dan objektif serta

langkah-langkah pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu.

Kesimpulannya, pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas secara umumnya

mampu memahami pelajaran secara teori dan praktikal serta berkewajipan

melaksanakan kewajipan kepada Allah dan perlu mengetahui dan mempelajari

praktikal amalan yang yang telah disarankan daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Semua itu perlu dipelajari melalui Pendidikan Islam oleh guru-guru yang

berkemahiran mengetahui keperluan pelajar-pelajar tersebut. Menurut Hasan

Langgulung (1986) perbincangan tentang isi kandungan Pendidikan Islam ini juga

tidak boleh tidak akan melibatkan pembicaraan tentang pengetahuan, kemahiran dan

sikap pelajar yang menerima kandungan pendidikan. Dalam konteks ini juga dapat

disimpulkan penekanan terhadap sikap, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru

juga perlu dalam proses menyampaian kandungan pendidikan yang berkesan kepada

hasil pencapaian pelajar melalui strategi pengajaran guru melalui pelaksanaan RPI.

1.3 Penyataan Masalah

Isu-isu yang sering timbul dalam pengajaran Pendidikan Islam di dalam

program pendidikan khas di sekolah merangkumi aspek kelayakan akademik dan

ikhtisas guru, pengetahuan tentang ciri-ciri keperluan khas pelajar dan kebolehan

serta keyakinan guru menyampaikan isi kandungan pendidikan Islam kepada pelajar

pendidikan khas. (Noraini, 2000)

Page 26: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

9

Menjadi satu tanggungjawab kepada guru yang mengajar dengan mengenal

pasti cara terbaik bagi pelajar berkeperluan khas ini dengan memilih strategi yang

sesuai dengan tahap kemampuan pelajar berdasarkan kemahiran membina

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) kepada pelajar pendidikan khas tersebut. Ini

kerana, Rancangan Pendidikan Individu merupakan satu modul terbaik kepada

keberkesanan pembelajaran bagi pelajar pendidikan khas kerana dengannya dapat

memastikan tahap kebolehan murid memperolehi objektif pembelajaran.

Kajian Mohd Hanafi, Hasnah Toran, Mohd Safani Bari dan Mashithah Khalid

(2012) mendapati bahawa perkembangan akademik dan sosial pelajar pendidikan

khas masalah pendengaran mempunyai perkembangan yang baik setelah mengikuti

program integrasi. Ini menunjukkan bahawa di dalam program ini juga menekankan

penggunaan pendekatan RPI yang diamalkan dapat meningkatkan akademik serta

sahsiah pelajar berbanding sebaliknya.

Sejauh mana kesediaan guru mata pelajaran Pendidikan Islam melaksanakan

Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas di sekolah, maka kajian

ini meninjau sejauh mana kesediaan guru dari segi sikap, tahap pengetahuan, tahap

kemahiran dan strategi pengajaran yang digunakan terutamanya di sekolah-sekolah

kebangsaan di daerah Muar dan Batu Pahat. Selain itu ianya juga meninjau

permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru yang mungkin berlainan latar belakang

dalam kategori pentauliahan guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu

mata pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri.

Disamping itu juga, kajian ini meninjau permasalahan yang boleh mengekang

guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mata pelajaran Pendidikan

Islam seperti Huraian Sukatan Pelajaran, buku teks, kursus-kursus tertentu, masa

pengajaran, jumlah pelajar, BBM (Bahan Bantu Mengajar), peruntukan kewangan

dan hubungan antara guru dalam keperluan pengajaran guru pendidikan Islam di

Page 27: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

10

pendidikan khas. Kekangan tenaga pengajar yang cukup dan terlatih selain jumlah

murid yang ramai serta pembahagian masa yang lebih bagi mengajar mata pelajaran

Pendidikan Islam di kelas pendidikan khas dan juga kelas normal juga dilihat sebagai

penghalang kepada tercapainya perlaksanaan RPI .

Umum mengetahui bahawa pendidikan khas menyediakan kurikulum umum

bagi guru-guru dan mengikut kreativiti guru dalam merancang dan melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi jika guru biasa yang mengajar pendidikan

Islam atau guru pendidikan Islam tetapi tiada kemahiran dalam keperluan khas

pelajar akan menimbulkan masalah. Ini kerana guru biasa pendidikan khas yang

tidak arif tentang pendidikan Islam juga ditakuti memberi kefahaman yang salah

pada konsep pengamalan Islam. Manakala, guru pendidikan Islam tiada kemahiran

keperluan khas pelajar akan menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak

berkesan kepada pelajar kerana tidak memahami keperluan pelajar khas bagi

menyediakan kaedah serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada

pelajar. Isunya pentauliahan guru dalam pendidikan khas ini perlu bagi memastikan

guru yang benar-benar layak mengajar bagi memudahkan pelaksanaan RPI berjalan

dengan lancar dan tiada masalah untuk menghasilkan objektif pengajaran dan

pembelajaran tercapai.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kesediaan

guru melaksanakann Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mata pengajaran

Pendidikan Islam bagi pelajar Pendidikan Khas. Secara khususnya pula, kajian ini

meninjau beberapa perkara berkaitan seperti mana dibawah :

Page 28: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

11

i. Mengenal pasti sikap guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam

melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan

khas.

ii. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru mata pelajaran Pendidikan Islam

dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar

pendidikan khas

iii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru mata pelajaran Pendidikan Islam

dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar

pendidikan khas.

iv. Mengenal pasti strategi pengajaran yang kerap digunakan oleh guru mata

pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan

Individu bagi pelajar pendidikan khas.

v. Mengetahui perbezaan sikap guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam

melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan

khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.

vi. Mengetahui perbezaan tahap pengetahuan guru mata pelajaran Pendidikan

Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar

pendidikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.

vii. Mengetahui perbezaan tahap kemahiran guru mata pelajaran Pendidikan

Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar

pendidikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.

viii. Mengetahui perbezaan strategi pengajaran guru mata pelajaran Pendidikan

Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar

pendidikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.

Page 29: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

12

ix. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh guru mata pelajaran

Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu

bagi pelajar pendidikan khas.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini akan memfokuskan kepada soalan permasalahan berikut:

i. Bagaimana sikap guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam

melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar

pendidikan khas ?

ii. Apakah tahap pengetahuan guru mata pelajaran Pendidikan Islam

dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar

pendidikan khas ?

iii. Apakah tahap kemahiran guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam

melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar

pendidikan khas ?

iv. Apakah strategi pengajaran guru mata pelajaran Pendidikan Islam

yang kerap digunakan dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan

Individu bagi pelajar pendidikan khas ?

v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru mata pelajaran

Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan

Individu bagi pelajar pendidikan khas berdasarkan kategori

pentauliahan guru ?

Page 30: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

13

vi. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan guru

mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan

Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas berdasarkan

kategori pentauliahan guru ?

vii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran guru

mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan

Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas berdasarkan

kategori pentauliahan guru?

viii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan strategi pengajaran guru

mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan

Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas berdasarkan

kategori pentauliahan guru?

ix. Apakah permasalahan yang dihadapi oleh guru mata pelajaran

Pendidikan Islam terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan

Individu bagi pelajar pendidikan khas ?

1.6 Hipotesis Kajian

Bagi menjawab persoalan kajian v hingga viii, maka 4 hipotesis ini telah dibentuk :

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara sikap guru mata

pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan Rancangan

Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas berdasarkan

kategori pentauliahan guru..

Page 31: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

14

Ho 2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan

guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan

Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas

berdasarkan kategori pentauliahan guru..

Ho 3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kemahiran

guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam melaksanakan

Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar pendidikan khas

berdasarkan kategori pentauliahan guru.

Ho 4 Tidak Terdapat perbezaan yang signifikan di antara strategi

pengajaran guru mata pelajaran Pendidikan Islam dalam

melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar

pendidikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada pihak-pihak yang terlibat seperti guru-guru

Pendidikan Islam, ibu bapa, pelajar pendidikan khas dan Kementerian Pelajaran

Malaysia dalam memberikan maklumat yang berguna kepada pihak-pihak tersebut

bekerjasama menambahbaik sistem RPI ini bagi mencapai objektif pencapaian

pelajar sepertimana yang diharapkan.

Kajian dengan mengenal pasti kesediaan guru melaksanakan Rancangan

Pendidikan Individu dari segi sikap, tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan strategi

pengajaran guru. Ianya memberikan satu input yang berguna kepada guru menilai

kembali pelaksanaan RPI dengan penambah baikan kepada kesedaran guru daripada

Page 32: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

15

sikap dan peranannya terhadap kepentingan pelaksanaan RPI dalam pengajaran di

pendidikan khas.

Hasil dapatan kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat dan

kebaikan guru agar dapat meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran bagi

menghasilkan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang berkualiti kepada pelajar

pendidikan khas melalui kursus-kursus dan perbincangan. Sekali gus meningkatkan

tahap kekerapan penulisan Rancangan Pendidikan Individu dengan format penulisan

yang betul khususnya oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar

pendidikan khas.

Kajian ini mampu menjadi rujukan kepada peningkatan strategi pengajaran

guru mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya, dengan mengambil kira ciri-ciri

pelajar pendidikan khas serta membina satu hubungan yang rapat dengan keluarga

dan pelajar itu sendiri.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi maklumat yang jelas tentang tugas

guru bagi menentukan strategi pengajaran yang sesuai kepada anak-anak mereka

dengan memberikan kerjasama kepada guru dalam melaksanakan RPI agar objektif

keberhasilan pembelajaran anak mereka tercapai.

Bagi pelajar pula, dengan penambahbaikan pelaksanaan RPI oleh guru akan

dapat memastikan mereka mencapai objektif pembelajaran secara maksimum.

Pembelajaran mereka berkesan dengan adanya guru yang berkelayakan mempunyai

tahap kesediaan yang tinggi dari segi sikap, tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan

juga berkebolehan menyediakan strategi pengajaran yang sesuai dalam mengatur dan

melaksanakan RPI terutama mata pelajaran pendidikan Islam.

Page 33: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

16

Di samping itu, kajian berkenaan permasalahan guru dalam melaksanakan

Rancangan Pendidikan Individu ini dirasakan penting bagi rujukan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia mengkaji semula pelaksanaan RPI di sekolah-sekolah. Penekanan

yang khusus perlu diberi perhatian bagi meningkatkan sistem pelaksanaan RPI oleh

guru tidak membebankan dengan memastikan tenaga pengajar mata pelajaran Islam

mencukupi di sekolah-sekolah. Justeru menyediakan peruntukan bagi menyediakan

latihan dan kemahiran khas bagi guru-guru agar mereka layak mengajar mata

pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar berkeperluan khas.

Justeru itu, diharapkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia dapat

memberikan peruntukan yang cukup dan meluas bagi keperluan pengajaran dan

pembelajaran serta bahan bantu belajar bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

pendidikan khas dalam usaha guru menyediakan strategi pengajaran yang sesuai.

Hasil dapatan kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia bagi memastikan pelaksanaan RPI secara menyeluruh oleh guru-guru yang

mengajar pendidikan khas terutama guru mata pelajaran Pendidikan Islam dengan

mengambil kira bebanan masa pengajaran yang padat dan juga kekurangan tenaga

pengajar yang layak di sesebuah sekolah yang terdapat pelajar Pendidikan Khas.

Daripada kajian yang dijalankan juga, diharapkan Kementerian Pelajaran

Malaysia mengadakan satu jalinan kerjasama Bahagian, Sektor dan Unit Pendidikan

Khas dengan Sektor Pendidikan Islam semua peringkat di kementerian, jabatan dan

pejabat pelajaran dalam merangka dan melaksanakan program di peringkat

kebangsaan atau daerah berkaitan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran pelajar

berkeperluan khas dengan penglibatan bersama.

Page 34: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

17

1.8 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian ini adalah berdasarkan kerangka teori model Input-

Output pengajaran berkesan Slavin (1994) yang menyatakan bahawa pengajaran guru

yang berkesan di pengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian

aras pengajaran, insentif dan masa yang menjadi variabal tidak bersandar. Manakala

output pula adalah peningkatan dalam pencapaian akademik pelajar yang berupa

variabal bersandar. Menurutnya lagi, insentif bermaksud keupayaan guru untuk

memberi motivasi kepada pelajar untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja

yang diberi oleh guru. Manakala masa pengajaran pula bermaksud masa yang cukup

untuk pelajar mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran.

Rajah 1.1 : Kerangka Teori Model Slavin

Sumber : Slavin (1994) A Theory of School and Classroom Organization

Berdasarkan ini, maka kerangka konsep kajian Rajah 1.2 diubah suai dan

diadaptasi daripada model pengajaran Slavin (1994) bagi memperlihatkan satu proses

kesediaan guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu mata pelajaran

Input Proses Output

Kualiti Pengajaran

Kesesuaian Aras Pengajaran

Insentif

Masa

� Pelbagai kaedah pengajaran

� Pelbagai alat bantu � Isi kandungan

kemaskini � Pelbagai sistem

penilaian � Mengikut aras

kebolehan pelajar � Memberi motivasi � Sistem ganjaran atau

dendaan

Peningkatan Pencapaian Akademik

Page 35: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

18

pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas mencapai objektif pengajarannya.

Akhirnya memberi impak kepada kejayaan pelaksanaan RPI pendidikan Islam di

sekolah-sekolah.

Rajah 1.2 : Kerangka konsep kajian : Kesediaan guru melaksanakan Rancangan

Pendidikan Individu mata pelajaran pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas.

Merujuk kepada kerangka konsep kajian pada rajah 1.2 di atas, memfokuskan

Rancangan Pengajaran Invividu (RPI) diberi penekanan utama kajian terhadap

pelaksanaannya pada mata pelajaran Pendidikan Islam kepada pelajar Pendidikan

MELAKSANAKAN RANCANGAN PENDIDIKAN

INDIVIDU (RPI) PENDIDIKAN

ISLAM

KATEGORI PENTAULIAHAN

GURU

� Guru bertauliah Pendidikan Khas Serta Opsyen Pendidikan Islam

� Guru bertauliah Pendidikan Khas Bukan Opsyen Pendidikan Islam

� Guru Opsyen Pendidikan Islam Tetapi Tiada Tauliah Pendidikan Khas

� Guru Biasa Tiada Tauliah Pendidikan Khas dan Bukan Opsyen

SIKAP

� Positif � Bertanggungjawab

TAHAP PENGETAHUAN � Objektif pendidikan

Islam dalam pendidikan khas

� Ciri pendidikan Khas

� Format Rancangan Pendidikan Individu.

TAHAP KEMAHIRAN � Strategi / Pendekatan � Kaedah / Teknik � Tingkah laku

STRATEGI PENGAJARAN

� Berpusatkan Murid, Guru dan Bahan

PERMASALAHAN Keperluan Guru

(Temu Bual)

Page 36: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

19

Khas di sekolah-sekolah rendah di daerah Muar dan Batu Pahat. Kerangka konsep

kajian ini mengemukakan kategori pentauliahan guru menjadi penentu kepada model

pelaksanaan pengajaran pendidikan Islam yang berkesan dalam merealisasikan

pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Empat kategori pentauliahan

guru iaitu pertama, Guru bertauliah Pendidikan Khas serta opsyen Pendidikan Islam.

Kedua, Guru bertauliah Pendidikan Khas bukan opsyen Pendidikan Islam. Ketiga,

Guru opsyen Pendidikan Islam tetapi tiada tauliah Pendidikan Khas dan keempat,

Guru Biasa tiada tauliah Pendidikan Khas dan bukan opsyen Pendidikan Islam.

Dalam kerangka ini memperlihatkan empat faktor diambil kira untuk

mengenal pasti kesediaan guru dari segi sikap, tahap pengetahuan, tahap kemahiran

dan strategi pengajaran. Bagi mengenal pasti kesediaan guru dari segi sikap

ditentukan pada jawapan responden kajian sama ada positif atau negatif mengikut

nilai kesedaran dan keprihatinan guru terhadap RPI pendidikan khas. Selain

mengenal pasti tahap pengetahuan guru sama ada tinggi atau rendah dalam

mengetahui perkara berkaitan objektif RPI pendidikan Islam pendidikan khas, ciri-

ciri pelajar pendidikan khas serta format kandungan RPI. Pada masa yang sama

mengenal pasti tahap kemahiran guru melalui pendekatan, strategi, kaedah dan

teknik mengurus tingkah laku pelajar pendidikan khas.Seterusnya di dalam kerangka

ini juga menunjukkan bagi mengenal pasti strategi pengajaran yang digunakan oleh

guru berdasarkan tiga strategi pengajaran berpusatkan murid, guru dan bahan.

Dalam proses seterusnya, faktor tambahan iaitu permasalahan dalam kajian

ini pula merujuk kepada perkara insentif, masa atau keperluan pengajaran guru yang

perlu ada seperti BBM dan Sukatan Pelajaran, buku teks dan peruntukan kewangan

bagi memastikan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Slavin

(1994) terdapat dua cara guru memberi motivasi kepada pelajar agar terus belajar.

Pertama, menyediakan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan dengan

pelbagai kaedah dan pelbagai BBM. Kedua, guru memberi insentif ganjaran atau

pujian kepada pelajar yang menguasai dan dendaan kepada pelajar yang tidak

Page 37: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

20

menguasai pembelajaran. Kajian ini dijalankan melalui instrumen temu bual atau

kualitatif

Sehubungan ini, dengan adanya kerangka konsep kajian ini sebagai rujukan

kajian bagi manambah baik sistem dan memantapkan pelaksanaan RPI pendidikan

Islam khususnya dan umumnya bagi mata pelajaran lain untuk meningkatkan lagi

keberkesanan pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas dengan memberi

penekanan kepada perkara-perkara yang berkaitan.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas, hanya kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran

Pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas dalam kategori masalah

pembelajaran. Lokasi kajian dihadkan hanya di daerah Muar dan Batu Pahat yang

mempunyai sebanyak 54 buah sekolah rendah yang ada program pendidikan khas

dan memiliki pelajar berkeperluan khas yang beragama Islam di sekolah berkenaan.

Mengambil kira populasi guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan

Islam kepada pelajar pendidikan khas ini dibahagikan kepada empat kategori

pentauliahan guru iaitu :

1) Guru bertauliah Pendidikan Khas serta opsyen Pendidikan Islam

2) Guru bertauliah Pendidikan Khas bukan opsyen Pendidikan Islam

3) Guru opsyen Pendidikan Islam tetapi tiada tauliah Pendidikan Khas

4) Guru Biasa tiada tauliah Pendidikan Khas dan bukan opsyen Pendidikan

Islam

Page 38: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

21

Oleh yang demikian, dapatan dari kajian ini bukanlah diperuntukkan kepada

semua populasi guru mata pelajaran lain. Akan tetapi diperuntukkan kepada guru

yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam kepada murid pendidikan khas.

1.10 Definisi Istilah

Berikut merupakan definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini.

1.10.1 Kesediaan Guru

Menurut Razhiyah (2008) Kesediaan guru dalam melaksanakan program

pendidikan terutamanya pendidikan khas perlu kepada 4 aspek iaitu emosi, rohani,

jasmani, ilmu dan kemahiran. Kesanggupan menerima tanggungjawab guru

pendidikan khas dengan memberi sumbangan bagi membentuk pelajar sebagai insan

yang berguna.

1.10.2 Pelaksanaan

Menurut Razianna Abdul Rahman dalam James Ang Jit Eng dan Balasandran

(2009) pelaksanaan pendidikan melalui penyeliaan daripada pihak pemimpin

Page 39: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

22

instruksional selaku pemimpin yang memastikan perspektif dan amalan guru dan

murid pada proses pengajaran dan pembelajaran mengikut seperti mana dirancang.

Dalam konteks kajian ini, pelaksanaan merujuk kepada rancangan atau tugas yang

perlu dilaksanakan oleh guru sebelum, semasa atau selepas menyampaikan

pengajaran pendidikan Islam kepada pelajar yang diselia dan dipantau keperluannya

oleh pihak pentadbiran.

1.10.3 Sikap

Menurut Kamarudin Husin (2010) sikap merupakan pembawa seseorang

yang dipengaruhi oleh emosi untuk bertindak balas melalui cara tertentu terhadap

seseorang, suatu kumpulan, benda atau isu tertentu. Sikap mempunyai asasnya yang

tersendiri iaitu yang berpunca daripada desakan dalaman, tabiat yang dipelajari dan

pengaruh alam sekitar. Ahli-ahli penyelidikan memberi pelbagai takrifan tentang

istilah sikap. Mengikut Anderson (1994) terdapat lima ciri sikap yang jelas iaitu

emosi, sasaran, arah tuju, kekuatan dan ketekalan. Ciri emosi boleh dibahagi kepada

ukuran positif, neutral dan negatif.

Dalam kajian ini merujuk kepada pandangan guru sebagai pelaksana kepada

sebarang dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan dan kementerian.

Menzahirkan pandangan dengan perbuatan sama ada menyokong atau tidak terhadap

sesuatu pembaharuan terhadap dasar. Atau ianya merujuk kepada daya kesanggupan

guru mencapai tahap keberhasilan sesuatu dasar yang diperkenalkan.

.

Page 40: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

23

1.10.4 Tahap Pengetahuan

Menurut Ainon Mohd (2003) maklumat yang betul dan ilmu pengetahuan

adalah sejenis kuasa. Kuasa yang dimaksudkan iaitu kelayakan yang menjadi

penentu kepada kemampuan guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan

Individu. Istilah tahap pengetahuan dalam kajian ini iaitu meninjau tingkat

pengetahuan yang ada pada seseorang guru terutamanya guru yang mengajar

pendidikan Islam kepada pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran samaada

tinggi atau rendah.Pengetahuan dalam kajian ini merujuk kepada pengetahuan guru

terhadap format Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang ditekankan dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar berkeperluan khas

1.10.5 Tahap Kemahiran

Menurut Jamila (2006) guru yang efektif adalah individu yang sendiasa

mendalami kemahiran dalam pengajaran bagi membolehkan pengajaran member

faedah kepada pelajar. Tahap kemahiran di dalam kajian ini merujuk kepada tinjauan

mengenai ukuran tingkat kemahiran yang perlu pada diri guru-guru Pendidikan Islam

yang mengajar pelajar Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran bagi

melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) dari aspek-aspek tertentu

seperti kemahiran berfikir, kemahiran merancang, kemahiran mengajar, kemahiran

pemudah cara, kemahiran mengurus, kemahiran komunikasi dan kemahiran menilai

kebolehan pelajar.

Page 41: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

24

1.10.6 Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

. Menurut Razhiyah (2008), Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah

rancangan yang digubal oleh ahli jawatankuasa yang menetapkan matlamat jangka

panjang dan matlamat jangka pendek bagi pelajar pendidikan khas. Matlamat yang

dicatatkan adalah perkara yang menyatakan kemahiran atau tingkah laku yang

diharapkan agar murid dapat menguasainya.

RPI merupakan modul yang terbaik dilaksanakan oleh guru sebagai salah satu

strategi pengajaran bagi mengenal pasti dan menilai sejauh mana keupayaan

pencapaian murid terhadap sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.

1.10.7 Pendidikan Islam

Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008) dalam menyimpulkan definisi

Pendidikan Islam daripada sarjana-sarjana Islam berdasarkan Quran dan Hadis

menyatakan bahawa Pendidikan Islam merupakan satu proses mendidik dan melatih

aqliah (akal), jasmaniah (fizikal) dan rohaniah (spiritual) manusia berasaskan nilai-

nilai Islamiah yang bersumberkan wahyu Al-Quran dan As-Sunnah bagi melahirkan

yang bertaqwa dan mengabdikan diri semata-mata kerana Allah SWT. Pernyataan

tersebut menerangkan kepada keperluan Pendidikan Islam itu diajarkan kepada

umum.

Di Malaysia, Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib kepada

pelajar yang beragama Islam di sekolah-sekolah. Tidak ketinggalan juga bagi pelajar

Page 42: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

25

pendidikan khas yang tidak berupaya atau tidak memiliki kemampuan minda atau

fizikalnya memperolehi hasil pembelajaran secara baik dan berkesan seperti pelajar

normal yang lain.

1.10.8 Pelajar Pendidikan Khas

Razhiyah (2008) menterjemahkan definisi tentang pelajar pendidikan khas

daripada Kirk (1993) iaitu “kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak

sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot

atau fizikal, tingkah laku sosial atau emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai

kekurangan sehingga memerlukan amalan sekolah yang diubahsuai, ataupun

perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang kepada

kemampuan yang maksimum”.

1.10.9 Strategi Pengajaran

Definisi strategi dalam bidang pendidikan menurut pandangan Mok Soon

Sang (2008) ialah kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang

kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif

pelajaran yang telah ditentukan. . Menurut Barber dan Holdbart (1998) mengajar

pelajar pendidikan khas ini memerlukan strategi berbeza daripada yang dijalankan di

arus perdana. Manakala pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah instruction iaitu

daripada kata dasar instruct yang bermaksud ajar. Maka itu pengajaran bermaksud

proses mengajar sesuatu. Ia adalah proses, bentuk atau cara penyampaian

Page 43: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

26

maklumatoleh seseorang kepada orang lain. Pengajaran boleh berbentuk arahan,

tunjuk cara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk-bentuk lain yang bertujuan

membolehkan orang lain memahami, memulakan atau menjalankan sesuatu aktiviti,

tindakan atau tugas (James Ang, 2009).

Dalam kajian ini meninjau kekerapan strategi yang digunakan oleh guru

dalam pengajaran mereka meliputi strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan

murid dan strategi berpusatkan bahan .

1.10.10 Masalah Keperluan Guru

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2011) mengatakan istilah keperluan

adalah motif. Pakar-pakar psikologi menyatakan keperluan-keperluan yang tidak

memuaskan mendorong manusia bertindak. Manakala guru merupakan

profesionalisme yang didefinisikan oleh Sufian Hussin (2008) sebagai kepakaran

tinggi dalam pekerjaan seseorang.meliputi nilai kerja seperti keberkesanan,

produktiviti, kecekapan dan bertanggungjawab. Menurut Judy A. Johnson

(2009)pula, program-program latihan dan aktiviti-aktiviti pembangunan profesional

guru perlu menyediakan persembahan dan perkembangan ilmu khususnya dalam

bidang program-program khas dan populasi khas.

Seperti mana menurut Siti Rohani (1991) dalam kajiannya menyimpulkan

bahawa beban tugas guru merupakan faktor utama tekanan kerja guru. Maka kajian

ini dilakukan bagi meninjau permasalahan keperluan guru dalam melaksanakan

Rancangan Pendidikan Individu dengan mendapatkan maklumat tambahan melalui

temu bual.

Page 44: Suhaimie Bin Moridan.TT - fp.utm.my Bin Morid… · i kesediaan guru melaksanakan rancangan pendidikan individu dalam pendidikan islam bagi pelajar pendidlkan khas suhaimie bin moridan

27

1.11 Penutup

Pelaksanaan Rancangan Pengajaran Individu terhadap pelajar pendidikan

khas menumpukan kepada perancangan dan penyediaan yang tersusun berdasarkan

sikap guru terhadapnya serta tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru untuk

mengubah suai kaedah atau strategi pendekatan pengajaran yang sesuai mengikut

tahap kemampuan pelajar terutamanya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Pada

masa yang sama, dengan pelaksanaannya membolehkan guru mengetahui

kepentingan pelaksanaan RPI dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)

pelajar-pelajar berkeperluan khas serta menyedari bahawa setiap pelajar adalah

istimewa dengan bakat dan potensi diri individu tertentu dan mempunyai keupayaan

dan pencapaian yang berbeza.