rancangan pengajaran harian pendidikan islam 2012

Upload: dylan-flynn

Post on 20-Jul-2015

290 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

HBIS1103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAJANUARI 2012

KOD KURSUS

: HBIS 1103 KAEDAH ISLAM PENGAJARAN PENDIDIKAN

TAJUK KURSUS

:

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : : :

MOHAMAD ASRI B A BAKAR 810110025001001 810110-02-5001 019- 4638452 [email protected]

TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: :

SHABIBAH BT SHAUFIT AFFANDI

OUM KAMPUS UTARA

1

HBIS1103

Kaedah Rancangan Pengajaran Dalam Pengajaran Harian Pendidikan Islam (Aqidah dan Ibadah)Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan sosial mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan a. kematangan fizikal b. kematangan intelek c. kematangan emosi Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar. KAEDAH SOAL JAWAB Telah diketahui bahawa kaedah soaljawab boleh digunakan untuk menggalakkan murid berfikir menggunakan pengetahuan sedia ada yang digabungkan dengan pandangan (penilaian, justifikasi, andaian, inferens, jangkaan dan sebagainya) untuk membolehkan murid melihat sesuatu fenomena secara lebih luas. Penggunaan penyoalan Sokratik pelbagai aras domain kognitif Taksonomi Bloom, akan dapat meningkatkan daya berfikir murid (pembelajaran berfikrah). Soalan-soalan yang baik (5W1H) akan membuat murid meneroka maklumat baru (melalui perbincangan, perkongsian, pencarian maklumat, berkolaborasi) untuk mendapatkan jawapan2

HBIS1103

terbaik. Penggunaan tujuh lingkaran soalan akan memantapkan lagi pemahaman murid tentang sesuatu tajuk atau konsep yang dipelajari .Pembelajaran kooperatif menyediakan peluang kepada murid untuk berbincang, menyemak dan menilai kefahaman rakan, berkolaborasi dengan orang lain serta melakukan refleksi pembelajaran. Saya memilih teknik Number-HeadTogether (pembelajaran kooperatif) sebagai contoh. Murid akan berada dalam kumpulan masing-masing seramai empat orang setiap kumpulan (sebaiknya untuk peringkat rendah, guru menentukan ahli-ahli kumpulan melibatkan pelbagai gaya belajar dan keupayaan). Setiap ahli dalam kumpulan akan ditandai dengan nombor 1 hingga 4. Guru akan mengemukakan soalan kepada kelas (pastikan soalan-soalan telah disediakan terlebih awal dengan turutan yang betul). Contoh soalan untuk tajuk aqidah Allah Maha Kuasa.Apakah maksud kuasa? Apakah maksud berkuasa? Apakah beza antara kuasa dan berkuasa? Siapakah yang mempunyai kuasa? Apakah perbezaan kuasa manusia dan kuasa Allah? Sejauh manakah manusia dapat menunjukkan kuasanya? Mengapakah kuasa manusia dikatakan bergantung kepada kuasa Allah? Bagaimanakah caranya Allah menunjukkan kuasaNya ke atas manusia dan alam semesta? Berikan contoh kuasa Allah ke atas manusia dan alam semesta. Bilakah manusia dapat menjadi saksi kepada kekuasaan Allah? Mengapakah percaya kepada Allah Maha Berkuasa menjadi penting dalam kehidupan manusia? Apakah kemungkinan akan berlaku sekiranya manusia tidak percaya dengan kekuasaan Allah? Nota: Lebih banyak soalan boleh dikemukakan dan ia bergantung kepada tahap murid.

Guru akan memberikan waktu untuk murid berbincang dalam kumpulan. Kemudian guru akan memanggil nombor secara rawak (antara nombor 1 hingga 4) dan murid dengan nombor yang dipanggil akan menjawab bagi pihak kumpulannya. Untuk menjimatkan masa atau untuk melatih murid meningkatkan kemahiran mendengar, guru boleh mengemukakan dua atau tiga soalan sekaligus (bergantung kepada tahap murid) dan murid yang dipanggil nombornya akan menjawab soalan-soalan yang berlainan walaupun semua murid telah membincangkan soalan yang sama.3

HBIS1103

Guru boleh mengakhiri kelas dengan mengedarkan borang pengurusan grafik banding beza antara kuasa makhluk dan kuasa Allah. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, murid akan membuat rumusan sendiri tentang Allah Maha Berkuasa.

PERBINCANGAN Perbincangan memberi maksud memberi ulasan, pandangan, pendapat tentang sesuatu perkara/tajuk; bertukar fikiran/idea; berkongsi maklumat .Perbincangan dapat mengembangkan daya kognitif/mental dengan berfikir secara analitis, kritis dan logik; mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sosial, memupuk semangat kerjasama dan toleransi. Walau bagaimanapun perbincangan jika tidak di kawal oleh pemudahcara/pengeruis, akan didominasi oleh segelintir mereka yang suka dan berani bercakap dan mengakibatkan pertelingkan. Perbincangan boleh dilakukan dalam mesyuarat, forum, seminar Tujuan, perkara dan skop perbincangan diadakan perlu dijelaskan oleh pengerusi kepada ahliahli terlibat. Perbincangan perlu diadakan dalam suasana yang selesa (ruang, posisi tempat duduk, kemesraan Dan sebagainya) Perbincangan memerlukan bilangan ahli yang optima, mereka yang berpengetahuan dan boleh menyumbang dalam perkara yang dibincangkan. Tajuk perbincangan harus bersesuaian dengan pemikiran, pengalaman dan minat ahli; berfaedah kepada ahli-ahli; tidak menimbulkan kontroversi dan sensitiviti; skop yang jelas dan khusus.

KAEDAH TUNJUK CARA Definisi Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatuaktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti

Ciri-ciri penting1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan 2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah4

HBIS1103

3. 4. 5.

Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah

6. Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran 7. Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi

Bidang AkidahBidang ini member tumpuan kepada pembentukan akidah , sikap dan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T , pemahaman akidah yang sahih ,pengaplikasikan tuntutan akidah dalam kehidupan harian

Bidang IbadahBidang ini memberi tumpuan kepada pemahaman dan penghayatan peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.

5

HBIS1103

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan IslamBidang akidah Kelas Masa :1 Ceria : 7.45 8.45 pagi

Tajuk : Rukun Iman Standard kandungan : 2.1 Standard pengajaran : 2.1.3, 2.1.4 Objektif :

1. Murid dapat menyebut kesan beriman kepada rukun iman 2. Murid dapat menyatakan akibat tidak mempercayai rukun iman Aktiviti :

1. Murid murid menjawab soalan secara lisan yang dikemukan oleh guru 2. Murid murid dipecahkan kepada 4 kumpulan . 3. Murid murid berbincang secara berkumpulan dengan bimbingan guru akibat tidak mempercayai rukun iman dari kad imbasan Bahan bantu mengajar : 1. Kad imbasan 2. LCD Elimen merentas kurikulum Elemen keusahawanan(sikap keusahawanan ) hormat menghormati Elemen TMK Impak : 20/30 orang murid dapat menyebut kesan beriman kepada rukun iman dengan betul6

HBIS1103

Langkah/ masa Isi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/ Alat

Pendahuluan (3 minit) -Bacaan doa pelajaran. -Guru memilih wakil seorang murid untuk membacakan doa pelajaran. -Guru dan murid yang lain sama-sama membaca doa.

Set induksi (7 minit) -Menayangkan video berkaitan rukun iman -Guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut? -Guru menayangkan video berkaitan Rukun Iman . -Murid melihat tayangan tersebut dengan penuh perhatian. -Guru bersoal jawab dengan murid secara lisan. -Murid menjawab soalan guru secara mengangkat tangan . -Guru mengaitkan jawapan murid dengan bahan pembelajaran ini. Tayangan video

Langkah 1 (12 minit) -Definisi Rukun Iman: Guru memberi penerangan dan bilangan Rukun Iman yang wajib diketahui oleh setiap manusia -Hukum mempercayai Rukun Iman : Wajib -Dalil kewajipan mempercayai Rukun Iman :

7

HBIS1103

Erti Iman ( )secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman ( )diambil dari kata kerja 'aamana' () -- yukminu' ( )yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud: "Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman." Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota." Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota." Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggotaanggota)." Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

-Guru menerangkan definisi Rukun Iman kepada murid. -Murid mendengar penjelasan guru dengan teliti. -Guru menyoal murid hukum Rukun Iman. -Murid menjawab soalan guru. -Guru membacakan satu persatu Rukun Iman dengan jelas. -Guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru. -Murid-murid yang lain diminta mengikut bacaan Rukun Iman dengan suara yang kuat sambil melihat slide.

Tayangan slide Buku Teks

8

HBIS1103

Langkah 2 (15 minit) -Aturan Rukun Iman:

1. Percaya kepada Allah 3. Percaya kepada rasul 2. Percaya kepada malaikat 3. Percaya kepada kitab 4. Percaya kepada hari khiamat 5. Percaya kepada qado dan kadar.

-Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk menyenaraikan kesan beriman kepada Rukun Iman di papan hitam -Murid yang dipilih mengikut arahan guru. -Murid diminta memilih kad manila yang telah disediakan oleh guru berkaitan dengan kesan beriman dengan Rukun Iman -Guru menyoal murid-murid yang lain sama ada betul atau salah jawapan yang diberikan oleh pelajar. -Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai. -Guru menerangkan kepada murid kesan beriman kepada Rukun Iman secara terperinci. -Kad manila

Langkah 3(18 minit) -kesan beriman dan tidak beriman kepada Rukun Iman:

Beriman1. Mendekatkan diri dengan penciptanya 2. Memantapkan lagi kepercayaan kepada Allah 3. Memahami rukun Iman secara mendalam 4. Menetapkan iman seseorang.

9

HBIS1103

Tidak beriman1. Ibadat yang dilakukan tidak diterima Allah 2. Merosakkan akhlak dan pedoman seseorang 3. Menerima azab yang pedih apabila meninggal kelak 4. Akan ditempatkan didalam neraka Allah

-Guru menerangkan tentang pentingnya memahami rukun iman. -Murid-murid mendengar dengan teliti penerangan guru. -Guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk menjawab teka silang kata. -Beberapa murid tampil ke hadapan secara sukarela untuk menyelesaikan teka silang kata. -Guru meminta murid-murid menyenaraikan kesan beriman dan akibat tidak beriman kepada Rukun Iman. -Setiap murid menyenaraikan menyenaraikan kesan beriman dan akibat tidak beriman kepada Rukun Iman. -Guru memilih murid secara rawak untuk menerangkan kesan beriman dan tidak beriman kepada Rukun Iman yang mereka senaraikan. -Buku Teks -Kertas Mahjong -Kertas A -Buku Rujukan

Penutup (5 minit) -Kesimpulan dan rumusan: -Guru meminta seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan membuat rumusan tentang topik yang dipelajari. -Murid merumus isi pelajaran yang dipelajari. -Guru mengulas secara keseluruhan tentang tajuk yang dipelajari. -Guru memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah.

10

HBIS1103

Ulasan guru: ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________

Ulasan Penyelia: ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________

SOALAN AKTIVITI: Rukun Iman

Pelajar-pelajar dikehendaki memilih Rukun Iman mengikut aturan 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya kepada Rasul 2. Percaya kepada malaikat 3. Percaya kepada kitab 4. Percaya kepada hari khiamat 5. Percaya kepada qado dan qadar.

11

HBIS1103

SOALAN AKTIVITI: Kesan beriman dan tidak beriman 1) Apakah kesan beriman kepada Rukun Iman? I. II. ________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________

2) Apakah kesan jika tidak beriman Kepada Rukun Iman I. II. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

3) Berikan bilangan Rukun Iman ___________________________________ 4) Tuliskan urutan yang betul Rukun Iman I. II. III. IV. V. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _______________________________________________________________________

SOALAN PENILAIAN:

1. Berikan pengertian Rukun Iman ? 2. Nyatakan satu kesan Rukun Iman ? 3. Nyatakan bilangan Rukun Iman ? 4. Senaraikan kesan tidak beriman dengan Rukun Iman ?

12

HBIS1103

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan IslamBidang ibadah Kelas Masa Tajuk :1 Ceria : 9.45 pagi 10.45 pagi : Istinjak

Standard kandungan : 3.2 Standard pengajaran : 3.2.1, 3.2.2, 3.2.3 Objektif :

1. Murid-murid dapat menerangkan bagaimana istinjak dilakukan 2. Murid murid dapat membincangkan alat- alat beristinjak 3. Murid murid dapat membezakan alat-alat untuk bersuci 4. Murid dapat melakukan cara untuk bersuci. Aktiviti :

1. Murid murid menyebut alat alat istinjak yang dipamerkan oleh guru secara kumpulan 2. Murid murid membezakan alat alat besuci dengan mewarnakan alat- alat istinjak 3. Murid murid melihat cara bagaimana bersuci menggunakan cara istinjak dilakukan dihadapan Bahan bantu mengajar : 3. Kad gambar 4. LCD Elimen merentas kurikulum Elemen keusahawanan(sikap keusahawanan ) menjaga kebersihan Elemen TMK

13

HBIS1103

Impak : 20/30 orang murid dapat alat alat beristinjak dan bembezakan alaat untuk beristijak

Langkah/ masa Isi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan/ Alat

Pendahuluan (3 minit) -Bacaan doa pelajaran. -Guru memilih wakil seorang murid untuk membacakan doa pelajaran. -Guru dan murid yang lain sama-sama membaca doa.

Set induksi (7 minit) -Menayangkan gambar slide berkaitan cara bersuci( beristinjak). -Guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan tersebut? -Guru menayangkan gambar slide berkaitan alat- alat beristinjak. -Murid melihat tayangan tersebut dengan penuh perhatian. -Guru bersoal jawab dengan murid secara lisan. -Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai. -Guru mengaitkan jawapan murid dengan bahan pembelajaran ini. Tayangan video

Langkah 1 (12 minit)

-Definisi bersuci: membersihkan diri daripada kotoran membeolehkan kita melakukan ibadah.14

HBIS1103

-Hukum bersuci: Wajib -Dalil kewajipan bersuci:Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sholat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau kembali dari tempat buang air, atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapatkan air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. QS. 4 : 43

-Guru menerangkan definisi bersuci secara istinjak kepada murid. -Murid mendengar penjelasan guru dengan teliti. -Guru menyoal murid hukum bersuci. -Murid menjawab soalan guru. -Guru membacakan dalil kewajipan bersuci( beristinjak) dengan jelas. -Guru meminta seorang murid mengulang bacaan guru. -Murid-murid yang lain diminta mengikut bacaan dalil kewajipan bersuci( beristinjak) dengan suara yang kuat sambil melihat slide. Tayangan slide Buku Teks

Langkah 2 (10 minit) -Syarat sah beristinjak:

1. Menggunakan alat tertentu. 2. Dilakukan sekiranya ketiadaan air. 3. Mesti diyakini bersih 4. Menggunakan benda yang kesat

15

HBIS1103

-Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk menyenaraikan alatan beristinjak -Murid yang dipilih mengikut arahan guru.

-Murid diminta memilih kad manila yang telah disediakan oleh guru berkaitan dengan alatan beristinjak. -Guru menyoal murid-murid yang lain sama ada betul atau salah jawapan yang diberikan oleh pelajar. -Murid menjawab soalan guru secara beramai-ramai. -Guru menerangkan syarat-syarat sah beristinjak secara terperinci.

-Kad manila

Langkah 3(13 minit) -beristinjak:

1-Guru meminta murid membentuk beberapa kumpulan. -Murid-murid mendengar arahan guru. -Guru meminta murid mendengar rakaman tentang cara beristinjak dilakukan dan meminta murid menyenaraikan alatan beristinjak yang terdapat dalam rakaman tersebut. -Murid berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan alatan beristinjak. -Guru meminta beberapa orang murid menyenaraikan alatan beristinjak setelah berbincang dalam kumpulan. -Murid menjawab soalan guru. -Guru menjelaskan peralatan beristinjak dengan terperinci.

MP4

Langkah 4 (10 minit) -cara beristinjak:

16

HBIS1103

1. Guru menyuruh murid melakukan cara beristinjak seperti yang dilakukan di dalam cd tersebut 2 Murid melakukan berbantukan guru dan disampaikan mengikut tertib. 3. Kesalahan yang dilakukan oleh murid dibetulkan satu persatu dalam kumpulan

4. -Guru menerangkan tentang cara melakukan beristinjak sekali lagi bagi memahamkan muridmuird. -Murid-murid mendengar dengan teliti penerangan guru. -Guru memberi arahan kepada murid supaya bersedia untuk menjawab soalan yang diedarkan dengan mewarnakan alatan beristinjak. -Semua murid menyelesaikan tugasan yang diberikan . -Guru meminta murid-murid menyenaraikan alatan beristijak di hadapan kelas . -Setiap murid menyenaraikan alatan beristinjak. -Guru memilih murid secara rawak untuk menerangkan alatan yang mereka senaraikan. -Buku Teks -Kertas Mahjong -Kertas A4 -Buku Rujukan Penutup (5 minit) -Kesimpulan dan rumusan: -Guru meminta seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan membuat rumusan tentang topik yang dipelajari. -Murid merumus isi pelajaran yang dipelajari. -Guru mengulas secara keseluruhan tentang tajuk yang dipelajari. -Guru memberikan kerja rumah kepada pelajar untuk disiapkan di rumah.

Ulasan guru: ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________17

HBIS1103

Ulasan Penyelia: ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________

SOALAN AKTIVITI: Syarat sah beristinjak

SOALAN PENILAIAN:

1. Berikan pengertian beristinjak ? 2. Nyatakan alatan beristinjak ? 3. Nyatakan syarat-syarat beristinjak ? 4. Senaraikan perkara-perkara yang tidak membenarkan melakukan beristinjak ? 5. Jelaskan tiga hikmat beristinjak ?

18

HBIS1103

KESIMPULAN Sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk identiti anak bangsa, menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara, berfungsi sebagai wahana yang kukuh untuk mencapai perpaduan serta kesejahteraan bangsa dan negara. (Tajul Ariffin dan NorAini,1992). Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan dan perbuatan nyata. Menurut Ralph (1949), objektif pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya. Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketerampilan, mahir, berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermodal tinggi. Guru merupakan orang yang memainkan peranan untuk menentukan perkara-perkara yang akan dipelajari oleh pelajar. Di samping itu, mereka juga mestilah orang yang berpengetahuan dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Oleh itu, guru juga mestilah dididik terlebih dahulu. Perkara-perkara yang diajar oleh guru mungkin tidak dapat memenuhi kehendak dan minat pelajar. Ini dapat dilakukan oleh guru dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan (Abdul Rahman Aroff, 1987).

19

HBIS1103

Bibiografi1. Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz bin Talib, Abdul Ghafar Md. Din & 2. Mohamad Haron. ( 1992 ). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 3. Ahmad Mohd. Salleh. (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 4. Aninah Janang. (2007). Profesion Keguruan Semakin Malap? Dewan Masyarakat. (5). 5. Ee Ah Meng. (2002). Pedagogi III, Edisi Kedua (Semester III). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 6. Ghazali Darusalam. (2004). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 7. Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah pengajaran & pembelajaran. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 8. Mohd Yusuf Ahmad. (2004). Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 9. Mok Song Sang dan Lee Shok Mee. (1991 ). Pedagogi 3 Bahagian A Pengajaran dan Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

10. Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaacub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

11. Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmina Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar dan Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

12. Zainudin bin Hassan,Tengku Suhashila bt. Tengku Langjuna,Mohad. Najib bin Abdul Ghaffar& Hamdan bin Said. (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang.

20

HBIS1103

21