rancangan megajar- tercekik.asas (kapa 2.2.1/10)

3
RANCANGAN MENGAJAR Tajuk Pelajaran : RAWATAN TERCEKIK (ASAS) KANAK-KANAK & DEWASA Jumlah Anggota Dalam Kelas : 20 -30 orang Bahan-bahan Rujukan : Nota First Responder Alat Bantuan mengajar : Lap Top / LCD / Dummy Masa Isi Catatan 5 Minit 1. PENGENALAN Sesi memperkenalkan diri Membuka sesi dengan perbincangan ringkas dan mengetahui tahap pemahaman peserta mengenai topik. 2. Ulangkaji – Kaedah pemulihan jantung dan paru-paru (CPR). 3. Pendahuluan ► Tujuan: Memberi penerangan dan teknik yang betul dalam mengendalikan mangsa tercekik ►Sebab: Dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran terhadap ilmu pertolongan cemas. ►Perangsang: Penguasaan kemahiran yang tinggi terhadap bantuan kecemasan dapat membantu kita menjadi masyarakat yang berilmu dan berguna kepada masyarakat. Tempat Latihan : Dewan Sekolah

Upload: abadie

Post on 11-Jun-2015

621 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Rancangan mengajar untuk guru penyelaras Kadet Pertahanan Awam

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Megajar- TERCEKIK.asas (KAPA 2.2.1/10)

RANCANGAN MENGAJAR

Tajuk Pelajaran : RAWATAN TERCEKIK (ASAS)KANAK-KANAK & DEWASA

Jumlah Anggota Dalam Kelas : 20 -30 orang

Bahan-bahan Rujukan : Nota First Responder

Alat Bantuan mengajar : Lap Top / LCD / Dummy

Masa Isi Catatan

5 Minit 1. PENGENALAN

Sesi memperkenalkan diri Membuka sesi dengan perbincangan ringkas

dan mengetahui tahap pemahaman peserta mengenai topik.

2. Ulangkaji – Kaedah pemulihan jantung dan paru-paru (CPR).

3. Pendahuluan ► Tujuan:

Memberi penerangan dan teknik yang betul dalam mengendalikan mangsa tercekik

►Sebab:Dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran terhadap ilmu pertolongan cemas.

►Perangsang:Penguasaan kemahiran yang tinggi terhadap bantuan kecemasan dapat membantu kita menjadi masyarakat yang berilmu dan berguna kepada masyarakat.

Tempat Latihan : Dewan Sekolah

Masa Latihan : 1 ½ jam

PERMULAAN

Page 2: Rancangan Megajar- TERCEKIK.asas (KAPA 2.2.1/10)

PERTENGAHAN

Masa Peringkat CatatanAlat

Bantuan Mengajar

10 minit

60 minit

1

2

3

4

2

1. Rawatan Tercekik- Definasi:-

Tercekik terjadi apabila sesuatu benda asing menyekat saluran pernafasan. Di mana pernafasan mannusia akan terganggu. Saluran pernafasan boleh tertutup secara penuh atau separuh sahaja.

2. Penyebab Saluran Pernafasan Tersekat:Lidah terjatuhKerosakan tisuHalangan benda asingPembengkakan tisu

3. Tanda-tanda tercekik 4. Rawatan Tercekik:

a) Menghampiri dan menilai mangsa:Menyoal mangsa “Anda tercekik?”Mangsa memegang leherMenggalakkan mangsa batuk sekiranya boleh.

b) Memberi rawatan pertolongan cemasBerdiri dibelakang mangsa dengan kedudukan yang selesa.Memberi tekanan abdomen (abdominal thrust)Ulangi sehingga benda asing keluar atau mangsa tidak sedarkan diri.

c) Mangsa mennjadi tidak sedar:i) Baringkan mangsa dalam

kedudukan posisi yang betul.ii) Gerakkkan sistem rawatan

kecemasaniii) Lakukan teknik Tongue-jaw lift dan

buang/cungkil keluar benda asing dengan jari (finger sweeps).

iv) Buka saluran pernafasan dan beri bantuan pernafasan. Jika masih tersekat, betulkann posisi kepala dan cuba beri bantuan pernafasan sekali lagi

Lap Top / LCD

Teori dan Praktikal

Page 3: Rancangan Megajar- TERCEKIK.asas (KAPA 2.2.1/10)

v) Lakukan abdominal thrust sebanyak 5-8 tekanan.

vi) Periksa mulut mangsa sama ada benda asing terkeluar atau tidak.

vii) Sekiranya tidak, ulangi langkah iii – v sehingga berjaya.

viii) Meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan sekiranya mangsa boleh atau mula bernafas.

Nota: Bagi mangsa kanak-kanak tercekik yang menjadi tidak sedar, rawatan hendaklah diberikan terlebih dahulu. EMS perlu diaktifkan selepas 1 minit memberi rawatan kecemasan melainkan adanya penyelamat kedua yang dapat mengaktifkan EMS dalam masa yang serentak.

AKHIR

MASA CATATAN

15 minit Penutup dan Kesimpulan

Dalam memberi perawatan kecemasan kepada mangsa tercekik, kita perlu memastikan keadaan pesakit terlebih dahulu sebelum membuat rawatan kecemasan. Tindak balas segera penyelamat dalam mengendalikan mangsa tercekik dapat menyelamatkan mangsa untuk terus hidup.

SOALAN DARI KELAS:

1. .....................................2. .....................................3. .....................................

SOALAN KEPADA KELAS:

1. Apakah nama kaedah membuang benda asing yang terdapat pada mulut mangsa.

2. Berikan contoh penyebab saluran pernafasan tersekat.

3. Apakah langkah awal yang perlu dilakukan sekiranya mangsa disyaki mengalami saluran pernafasan tersekat.