format pertandingan kapa

17
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Malaysia Civil Defence Department www.civildefence.gov.my PERTANDINGAN KEMAHIRAN MENYELAMAT KAPA A. SYARAT PENYERTAAN. 1.Terbuka kepada semua negeri yang menyertai Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan. •Setiap negeri di kehendaki menghantar dua ( 02 ) pasukan mengiku t pecahan berikut ; a) Kategori lelaki b) Kategori perempuan •Setiap pasukan terdiri dari lima ( 05 ) anggota kadet yang berdaftar. •Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai tahap kecergasan yang baik dan tidak mengalami apa-apa penyakit yang m erbahaya. 1.Pakaian bagi pertandingan adalah pakaian operasi no. 4. Para pe serta dilarang mengenakan pakaian mahupun eksesori lain selain da ripada yang dibenarkan (jika didapati melanggar peraturan tersebu t, 1 minit tambahan setiap kesalahan yang ditemui). Jabatan Pertahanan Awam Malaysia www.civildefence.gov.my

Upload: hadi

Post on 18-Nov-2015

63 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

sebagai rujukan sahaja

TRANSCRIPT

  • www.civildefence.gov.my

    PERTANDINGAN KEMAHIRAN MENYELAMAT KAPA

    A.SYARAT PENYERTAAN.

    Terbuka kepada semua negeri yang menyertai Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan.

    Setiap negeri di kehendaki menghantar dua ( 02 ) pasukan mengikut pecahan berikut ;

    a) Kategori lelaki b) Kategori perempuan

    Setiap pasukan terdiri dari lima ( 05 ) anggota kadet yang berdaftar.

    Setiap peserta yang mengambil bahagian hendaklah mempunyai tahap kecergasan yang baik dan tidak mengalami apa-apa penyakit yang merbahaya.

    Pakaian bagi pertandingan adalah pakaian operasi no. 4. Para peserta dilarang mengenakan pakaian mahupun eksesori lain selain daripada yang dibenarkan (jika didapati melanggar peraturan tersebut, 1 minit tambahan setiap kesalahan yang ditemui).

  • www.civildefence.gov.my

    B.KELAYAKAN ANGGOTA PASUKAN.

    Setiap anggota kadet pasukan yang bertanding mestilah merupakan anggota KAPA yang berdaftar.

    Setiap anggota pasukan yang bertanding digalakkan memiliki skim perlindungan insurans peribadi ataupun perlindungan berkelompok.

    Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Negeri atau Ketua Pasukan atau Pegawai Pengiring untuk memastikan tahap kesihatan dan kecergasan setiap anggota pasukannya.

    Syarat yang tersebut diatas ditetapkan bagi melindungi kedua-dua pihak iaitu peserta dan penganjur.

    Semua peserta yang terlibat wajib mengisi BORANG PERAKUAN KESIHATAN JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (Pekeliling Jabatan Pertahanan Awam 2012)

  • www.civildefence.gov.my

    C. PENDAFTARAN PENYERTAAN.

    Setiap pasukan KAPA yang bertanding hendaklah melengkapkan borang-borang yang disediakan oleh pihak urusetia dan mengembalikannya kepada pihak urusetia Pertandingan Menyelamat KAPA selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pertandingan.

    Borang yang lewat diserah atau diserah tidak lengkap boleh menyebabkan penyertaan ditolak atau dikenakan penalti oleh pihak urusetia.

    Ketelusan dalam membekalkan maklumat di dalam borang-borang penyertaan adalah menjadi tanggungjawab individu dan pasukan bertanding. Kepincangan maklumat boleh mengakibatkan masalah pada masa akan datang.

  • www.civildefence.gov.my

    D.URUSETIA / PENGADIL PERTANDINGAN.

    Urusetia dan Pengadil bagi Pertandingan Menyelamat KAPA ini merupakan pegawai-pegawai dari Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia( (ALPHA) Bangi.

    Pihak urusetia pertandingan, berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana pasukan bertanding sekiranya peserta gagal mematuhi peraturan dan syarat yang telah disenaraikan.

    Pengadil dan pemerhati akan ditempatkan di sekitar kawasan pertandingan bagi tujuan mengadili dan menentukan keselamatan peserta bertanding.

    Pengadil berhak menghentikan sementara atau membatalkan pertandingan jika didapati teknik menyelamat yang digunakan salah dan merbahaya.

    Segala keputusan pengadil adalah muktamad, walau bagaimanapun bantahan bertulis bolehlah dibuat dengan mengisi borang yang disediakan beserta bayaran RM200.00. Bantahan lisan tidak akan dilayan sama sekali.

  • www.civildefence.gov.my

    E.PERALATAN PERTANDINGAN.

    Segala peralatan yang diperlukan bagi memenuhi kehendak pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur / urusetia pertandingan.

    Peralatan peralatan tersebut ;

    Stretcher MK IISelimutTali karnmantel 40 kakiKain segi tigaPeti pertolongan cemasPatung manikinHelmetSarung tangan

    Pasukan dibenarkan menggunakan peralatan sendiri dengan syarat memaklumkan kepada pihak pengelola.

    Keselamatan peralatan yang dibawa bertanding adalah menjadi tanggungjawab pasukan itu sendiri.

  • www.civildefence.gov.my

    F. FORMAT PERTANDINGAN

    Pasukan bertanding dikehendaki melapor diri ke khemah urusetia, 10 minit sebelum gilirannya bermula.

    Setiap pasukan akan diketuai oleh seorang ( 01 ) ketua dan empat ( 04 ) penyelamat.

    Setiap pasukan yang terlibat perlu menamatkan semua proses pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa pertandingan.

    Pasukan yang bertanding akan melalui empat ( 04 ) check point yang telah disediakan. Empat check point tersebut adalah;

    a) Halangan tayar (halangan)b) Rawatan pertolongan cemas (tugasan)c) Commando crawl (halangan)d) Ruangan sempit (halangan)

    Anggota pasukan perlu membuat rawatan pertolongan cemas yang betul dan sewajarnya berdasarkan tag kecederaan yang diletakkan di badan mangsa. (Leceration dahi, fracture radius, dan fracture tibia)

    Laksanakan protokol dan rawatan mengikut kaedah pertolongan cemas ,menyelimut dan mengikat mangsa di usungan mengikut tatacara penyelamat dan cara membawa mangsa melalui halangan mengikut tatacara yang betul.

    Tempat mula dan tamat akan diletakkan tag berupa MULA dan TAMAT

  • www.civildefence.gov.my

    G. GERAK KERJA BAGI PERTANDINGAN MENYELAMAT (KAPA) Pertandingan yang akan dipertandingkan merangkumi aspek :

    Semua peserta bersedia di garisan permulaan.

    Peralatan penyelamat akan diletakkan digarisan permulaan.

    Ketua pasukan mesti melapor kepada pengadil. Pertandingan dimulakan sebaik sahaja wisel dibunyikan (selepas ketua pasukan melapor kepada pengadil).

    CHECK POINT 1

    Semua peserta akan merempuh halangan 1 dengan membawa segala peralatan menyelamat. Peserta perlu melalui halangan 1 tanpa terjatuh atau peralatan terjatuh, sekiranya berlaku demikian penalti akan dikenakan.

    CHECK POINTAKTIVITI1MEREMPUH HALANGAN (HALANGAN)2RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS (TUGASAN)3RAWATAN DAN COMANDO CRAWL (HALANGAN)4RUANGAN SEMPIT (HALANGAN)

  • www.civildefence.gov.my

    CHECK POINT 2

    Mangsa akan diletakkan selepas halangan 1. Peserta perlu memberi rawatan yang sewajarnya setelah menghampiri mangsa tersebut. Rawatan yang diberikan adalah mengikut tag kecederaan yang berada di badan mangsa.

    Peserta perlu menyelimut dan mengikat mangsa pada usungan dengan betul dan selamat.

    Seterusnya peserta akan mengangkat dan mengusung mangsa untuk check point seterusnya

    CHECK POINT 3

    Peserta perlu mengusung mangsa dan melalui check point 3 dengan teknik comando crawl.

    Peserta perlu memastikan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan terkawal.

    CHECK POINT 4

    Peserta perlu membawa mangsa melalui halangan seterusnya iaitu dari check point 3 ke check point 4. Teknik usungan mangsa dan melalui ruangan sempit hendaklah dengan cara yang betul dan selamat. Pihak pengadil boleh mengenakan penalti atau memberhentikan pertandingan sekiranya teknik mengusung mangsa tidak betul.

    Ketua pasukan perlu melapor kepada pengadil selepas berakhirnya halangan 4 dan semua peserta berada di garisan penamat dan wisel penamat akan dibunyikan.

  • LAYOUT PERTANDINGAN KEMAHIRAN MENYELAMAT KAPA

    MULAHalangan 1(Tayar)Tugasan Mangsa30 kgHalangan 2(Commando Crawl)Halangan 3(Ruangan Sempit)

    5 meter

    15 meter15 meter5 meterTAMAT

    CP 1CP 2CP 4CP 3

  • www.civildefence.gov.my

    H. PEMARKAHAN

    Bagi menentukan kalah dan menang, pasukan yang mencatat masa terpantas akan dikira pemenang walaubagaimanapun keselamatan juga menjadi faktor penting semasa pertandingan.

    Bagi setiap kesalahan yang dilakukan, penalty berbentuk tambahan masa akan dikenakan. Jumlah keseluruhan penalty akan ditambahkan kepada catatan masa bagi mendapatkan masa keseluruhan.

    Sekiranya terdapat catatan masa yang sama melebihi dari satu penyertaan, maka jumlah penalty yang terkurang akan diambil kira bagi menentukan kedudukan tempat pemenang pertandingan.

  • www.civildefence.gov.my

    PEMARKAHAN

    BILCONTOH KESALAHANPENALTI (MINIT)1.Peranan ketua dan penyelamat.12.Tatacara melalui halangan yang salah 1 3.Peralatan terjatuh atau tercicir34.tatacara perawatan yang salah35.Kesalahan teknik menyelimut & ikatan di usungan. 36.Lain-lain kesalahan.17.Perbuatan yang membahayakan diri / anggota pasukan lain.Dibatalkan penyertaan8.Perbuatan yang membawa kepada kecederaan kepada anggota pasukanDibatalkan penyertaan9.Gagal menyelesaikan keseluruhan halangan.Dibatalkan penyertaan

  • www.civildefence.gov.my

    FORMAT PERMARKAHAN

    CHECK POINT 1

    BILPERKARAKEKERAPAN () KESALAHAN(MAJOR = 3 MINIT, MINOR 1 MINIT)JUMLAH KEKERAPAN1Peranan Ketua Pasukan1----2Peserta terjatuh semasa melalui halangan111113Kelengkapan menyelamat yang dibawa terjatuh semasa melalui halangan 222224Peserta tidak melalui setiap halangan tayar tersebut (urutan tayar).111115Lain-lain kesalahan (major)333336Lain-lain kesalahan (major)333337Lain-lain kesalahan (minor111118Lain-lain kesalahan (minor11111JUMLAH MINIT KESELURUHAN

  • www.civildefence.gov.my

    FORMAT PERMARKAHAN

    CHECK POINT 2

    BILPERKARAKEKERAPAN () KESALAHAN(MAJOR = 3 MINIT, MINOR 1 MINIT)JUMLAH KEKERAPAN1Peranan Ketua Pasukan1----2Tidak mendapatkan tindak balas mangsa111113Rawatan yang diberikan tidak sesuai mengikut kecederaan222224Rawatan yang diberikan tidak kemas111115Tidak menyelimut mangsa3----6Tidak mengikat mangsa pada streacher3----7Kesalahan teknik ikatan mangsa pada usungan 1----8Kesalahan teknik mengangkat mangsa 1----9Lain-lain kesalahan (major)3333310Lain-lain kesalahan (major)3333311Lain-lain kesalahan (minor1111112Lain-lain kesalahan (minor11111JUMLAH MINIT KESELURUHAN

  • www.civildefence.gov.my

    FORMAT PERMARKAHAN

    CHECK POINT 3

    BILPERKARAKEKERAPAN () KESALAHAN(MAJOR = 3 MINIT, MINOR 1 MINIT)JUMLAH KEKERAPAN1Peranan Ketua Pasukan1----2Kesalahan teknik meletak mangsa 1----3Kesalahan teknik membawa mangsa semasa melalui halangan 3 1----4Kesalahan teknik mengangkat mangsa 1----5Lain-lain kesalahan (major)333336Lain-lain kesalahan (major)333337Lain-lain kesalahan (minor111118Lain-lain kesalahan (minor11111JUMLAH MINIT KESELURUHAN

  • www.civildefence.gov.my

    FORMAT PERMARKAHAN

    CHECK POINT 4

    BILPERKARAKEKERAPAN () KESALAHAN(MAJOR = 3 MINIT, MINOR 1 MINIT)JUMLAH KEKERAPAN1Peranan Ketua Pasukan1----2Kesalahan teknik meletak mangsa 1----3Kesalahan teknik memasuki ruang sempit 1----4Kesalahan teknik mengusung mangsa di dalam ruang sempit111115Kesalahan teknik mengangkat mangsa 1----6Lain-lain kesalahan (major)333337Lain-lain kesalahan (major)333338Lain-lain kesalahan (minor111119Lain-lain kesalahan (minor11111JUMLAH MINIT KESELURUHAN

  • www.civildefence.gov.my

    MARKAH UNTUK KEPANTASAN

    Setiap kumpulan akan diberikan markah tambahan mengikut kepantasan masa yang dicatatkan.

    1 minit - 9 minit=10 markah

    10 minit - 12 minit =7 markah

    13 minit 15 minit =5 markah

    16 minit - 19 minit =3 markah

    Melebihi 20 minit =1 markah

  • www.civildefence.gov.my

    SEKIAN TERIMA KASIH