rancangan harian bahasa melayu tahun 1

42
BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TARIKH : 08 FEBRUARI 2011 (ISNIN) MASA : 0720 – 0820 (60 MINIT) TEMA : TERNAKAN 1

Upload: 810518136258

Post on 02-Jun-2015

5.037 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH : 08 FEBRUARI 2011 (ISNIN)

MASA : 0720 – 0820 (60 MINIT)

TEMA : TERNAKAN

TAJUK : TERNAKAN DATUK SAYA

1

Page 2: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Tarikh : 08 Februari 2011 (Isnin)Masa : 0720 - 0820 (60 minit)Tahun : Tahun 1 CemerlangTema : TernakanTajuk Pelajaran : Ternakan Datuk SayaBilangan Murid : 25 orang

Fokus Utama 1.2 : Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusilaAras 2 (ii) : Menjawab pertanyaan dengan spontan

Fokus Sampingan 5.1 : Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang

dibaca.Aras 1(ii) : Membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul8.1 : Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmukAras 1(i) : Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik

Pengetahuan Sedia Ada :i) Murid-murid telah mengetahui jenis – jenis haiwanii) Murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dan kemahiran membaca peringkat awal.

2

Page 3: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Objektif Eksplisit :Pada akhir pelajaran murid dapat :

i) Menjawab pertanyaan dengan spontan lima daripada lapan haiwan ternakan berdasarkan kad gambar .ii) Membaca tiga daripada lima ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul berdasarkan kad rangkaikata

dan gambar yang diberi.iii) Menulis tiga daripada lima ayat tunggal menggunakan kata nama am dengan tulisan yang cantik di dalam buku latihan.

Sistem Bahasa : i) Tatabahasa : Kata Nama Amii) Kosa kata : Membajak, mengangkat ,sumber, menghasilkan,makanan

Pengisian Kurikulum :i) Ilmu : Sains,Matematik, Pendidikan Seni Visualii) Nilai murni : Kasihan,Bertanggungjawab

Kemahiran Bernilai Tambah : i) Teori Kecerdasan Pelbagai : Kinestik,Muzik,naturalisii) Kemahiran berfikir : Menjana ideaiii)Belajar Cara Belajar : Bacaan mekanis dan bacaan secara individu.

Isi Pelajaran :i) Bersoaljawab mengenai haiwan ternakanii) Gambar haiwan ternakan iii) Tatabahasa – Kata Nama Am

3

Page 4: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

iv) Kosa kata - Membajak,mengangkat, sumber, menghasilkan, makanan

Bahan Sumber Mengajari. Kad Gambar ii. Kad Perkataaniii. Kad Rangkaikataiv. Kad Selak v. Kit padanan warna vi. Slaid contoh ayat (power point )vii. Lembaran Kerjaviii. Lirik Lagu ( Slaid Powerpoint)ix. LCD Projektor & Laptop x. Kertas kosong

4

Page 5: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set induksi(5 minit)

LaguTajuk: Pak Mamat ada kebun.

- Guru memaparkan lirik lagu haiwan menggunakan slaid power point.

- Guru membimbing murid membaca lirik lagu.- Guru dan murid menyanyi bersama – sama.- Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan

lagu yang dinyanyikan

TKP- Muzik- Kinestetik- Naturalis

Strategi - Berpusatkan murid- Bacaan Mekanis

BSM- Slaid power point

Penilaian :5.1 Aras : 1(ii)

Perkembangan Langkah 1(15 minit)

SlaidHaiwan Ternakan-Gambar Lembu-Gambar Kuda

-Guru memaparkan slaid gambar haiwan ternakan-Murid memerhati slaid yang dipaparkan. -Guru menyatakan kepada murid gambar haiwan yang dipaparkan merupakan haiwan ternakan.

Kemahiran Berfikir:- menjana idea

TKP:

5

Page 6: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

-Gambar Angsa-Gambar Kerbau-Gambar Arnab -Gambar Itik -Gambar Kambing-Gambar Ikan

-Murid dibahagikan kepada lima kumpulan .-Murid dikehendaki menyenaraikan lima nama haiwan yang dipaparkan dalam slaid ke dalam kertas yang diedarkan.

- Wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan.- Guru membuat rumusan.

-Verbal linguistik-Interpersonal-kinestetik

Ilmu: - Sains

Nilai- Rajin- Bekerjasama

BSM: -Slaid powerpoint- Kertas kosong

Penilaian HPFS :1.2 : Aras 2(ii)

Langkah 2(20 minit)

Kad Gambar-Gambar kerbau-Gambar lembu-Gambar kuda

-Gambar ikan-Gambar itik

- Guru menunjukkan kad gambar haiwan- Murid menamakan gambar tersebut - Guru menunjukkan kad rangkaikata .- Guru menyuruh beberapa orang murid memadankan kad gambar dengan kad rangkaikata yang betul di papan tulis.- Guru membetulkan jawapan murid dan

berbincang tentang kepentingan haiwan

Strategi : BCB:- Bacaan mekanis- Bacaan secara

individu

TKP: Spatial ,-Verbal linguistik

6

Page 7: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Kad Rangkaikata

Contoh ayat (Slaid) 1. Kerbau membajak sawah. 2. Lembu boleh menghasilkan susu

3. Kuda mengangkat barang

4. Ikan sumber makanan.

5. Itik menghasilkan telur.

kepada manusia.

- Guru memaparkan slaid contoh ayat yang dihasilkan daripada padanan kad gambar haiwan dan kad rangkaikata.

- Guru membimbing murid membaca ayat tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul.

-Interpersonal-Kinestetik

Nilai murni:-kerjasama

BSM:- Kad Gambar- Kad Rangkaikata- Slaid contoh ayat

Penilaian HP

FS :5.1 Aras 1(ii)FU:1.2 Aras 2(ii)

7

Membajak sawah

Menghasilkan susu

Mengangkat barang

Sumber makanan

Menghasilkan telur

Page 8: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Langkah 3(15 minit )

Penerapan Tatabahasa:

Kata Nama Am- lembu- kuda-angsa-kerbau-ayam-itik-kambing-ikan-telur-sawah

Latihan bertulisAyat Tunggal

PengayaanPermainan Bahasa : -Kad Selak

- Guru menyuruh beberapa orang murid ke hadapan kelas.

- Guru menyuruh murid tersebut menulis perkataan yang disebut oleh guru di papan tulis.

- Guru menerangkan kepada murid perkataan yang ditulis merupakan Kata Nama Am.

- Guru menunjukkan contoh kad perkataan Kata Nama Am

- Guru memberi tugasan mengikut kecerdasan murid.

Kumpulan A dan BMembina lima ayat tunggal menggunakan Kata nama am yang diberi dalam buku tulis dengan tulisan yang cantik.

Kumpulan CMengisi tempat kosong dengan Kata Nama Am yang sesuai (lembaran kerja)

- Guru akan membimbing murid-murid kumpulan C sewaktu mereka melakukan aktiviti menulis.

Pengayaan- Guru memberikan kad selak

TKP : -Kinestetik-Verbal Linguistik

Sistem Bahasa- Kata Nama Am

Strategi- Pendekatan

induktif

Kemahiran Berfikir- Menjana Idea

BSM-Lembaran kerja-Kad Selak -Kit padanan warna-kad perkataan

Penilaian HP 8.1 Aras 1 (i)

8

Page 9: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Pemulihan

-Kit padanan warna

- Murid menyenaraikan seberapa banyak nama haiwan dari kad selak.

PemulihanMurid melakukan aktiviti perrmainan bahasa.( kit padanan warna )

Penutup(5 minit)

Permainan “Baling Boling”

-Guru memberi arahan cara bermain “Baling Boling”-Beberapa orang murid diminta membaling boling sehingga jatuh.-Murid yang berjaya menjatuhkan boling tersebut diminta menyebut nama haiwan yang tertulis pada boling itu dan diberikan ganjaran.(pensel)-Guru merumuskan isi pelajaran

Kecerdasan Pelbagai-Verbal linguistik-kinestetik

Nilai murni: - Berhati - hati

Aktiviti susulan : Murid melukis sekurang – kurangnya seekor haiwan ternakan. TKP : Naturalis dan spatial

9

Page 10: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH : 09 FEBRUARI 2011 (SELASA)

MASA : 0820 – 0920 (60 MINIT)

TEMA : TERNAKAN

TAJUK : MAKAN APA ITU ?

10

Page 11: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Tarikh : 09 Februari 2011 (SELASA)Masa : 0820 - 0920 (60 minit)Tahun : Tahun 1 CemerlangTema : TernakanTajuk Pelajaran : Makan Apa itu ?Bilangan Murid : 25 orang

Fokus Utama 5.2 :Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca Aras 1 (ii) : Membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul

Fokus Sampingan 2.2 : Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat. Aras 2 (ii) : Menyatakan perkara penting berdasarkan bahan rangsangan8.1 : Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmukAras 2 (i) : Melengkapkan ayat tunggal dengan menggunakan perkataan yang sesuai secara berpandu.

Pengetahuan Sedia Ada :i) Murid-murid telah mengetahui makanan bagi haiwanii) Murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dan kemahiran membaca peringkat awal.

11

Page 12: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Objektif Eksplisit :Pada akhir pelajaran murid dapat :

i. Membaca lima daripada lapan ayat tunggal dengan gaya bahasa dan intonasi yang betul berdasarkan dialog.ii. Melaporkan tiga daripada lima haiwan dan makanannya berdasarkan dialog.iii. Melengkap dan menulis tiga daripada enam ayat berdasarkan perkataan yang diberi dalam lembaran kerja.

Sistem Bahasa : i) Tatabahasa : Kata Tanyaii) Kosa kata : Karnivor, Herbivor

Pengisian Kurikulum :i) Ilmu : Sains, Kajian Tempatan ii) Nilai murni : Rajin,Berhati – hati, Kerjasama

Kemahiran Bernilai Tambah : i) Teori Kecerdasan Pelbagai : Kinestik,Muzik,Verbal linguistik,Interpersonalii) Kemahiran berfikir : Menjana ideaiii) Belajar Cara Belajar : Bacaan mekanis dan bacaan secara individu.

Isi Pelajaran :i) Dialogii) Kad Perkataan iii) Tatabahasa : Kata Tanya

12

Page 13: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

iv) Kosa kata - Herbivor,Karnivor

Bahan Sumber Mengajari) Pancingii) Kad perkataaniii) Slaid dialog iv) Slaid lagu v) Kad ayatvi) Lembaran kerjavii) LCD Projektor & Laptop

Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set induksi(5 minit)

Lagu“Bangau Oh Bangau”

- Guru memaparkan lirik lagu menggunakan slaid power point.

- Murid dibahagikan dalam dua kumpulan. - Guru menerangkan cara menyanyikan lagu

tersebut- Guru dan murid menyanyi bersama – sama.- Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan

lagu yang dinyanyikan

TKP- Muzik- Kinestetik

Strategi - Berpusatkan murid

BSM- Slaid lagu

13

Page 14: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Perkembangan Langkah 1( 15 minit)

Slaid

*Monyet itu makan apa? Monyet itu makan pisang.

*Arnab itu makan apa? Arnab itu makan lobak

* Adakah bangau itu makan ikan ? * Wah, ayam itu makan jagung! * Kucing itu makan ikan? Ya,kucing itu makan ikan.

Kosa Kata- Karnivor- Herbivor

-Guru memaparkan slaid dialog -Guru membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan murid mendengar bacaan guru. - Murid membaca dialog mengikut kelas,kumpulan dan individu- Murid membuat simulasi berdasarkan dialog tersebut. - Guru menjelaskan kandungan dialog dan memberi contoh haiwan yang tergolong dalam kumpulan karnivor dan hervibor

Strategi : BCB- Bacaan mekanis- Bacaan secara individu

TKP: -Verbal linguistik-Interpersonal-kinestetik

Nilai- Rajin- Berhati-hati- Kerjasama

BSM: -Slaid Dialog

Penilaian HPFS :5.1 : Aras 1(ii)

Langkah 2(15 minit)

Kad Perkataan - Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.- Murid dikehendaki memancing kad perkataan- Murid dikehendaki menyusun semula perkataan tersebut sehingga menjadi ayat mengikut masa yang ditetapkan.

Strategi : BCB:- Bacaan mekanis- Bacaan secara

individu

14

monyet makan pisang

Page 15: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Contoh Ayat1. Monyet makan pisang2. Arnab makan lobak.3. Bangau makan ikan.4. Ayam makan jagung.5. Kucing makan ikan.

- Murid membaca ayat yang telah dibina dengan intonasi yang betul dengan bimbingan guru dalam kumpulan.

TKP:- Verbal linguistik- Kinestetik

Nilai murni:-kerjasama

BSM:- Kad Perkataan- Pancing- Kad Ayat

Penilaian HP

FU :5.1 Aras 1(ii)

Langkah 3(10 minit )

Penerapan Tatabahasa:

Kata Tanya

* Apa* Mana* Bila

-Guru menunjukkan kata tanya menggunakan slaid.-Murid membaca kata tanya tersebut.-Guru menerangkan penggunaan kata tanya.-Murid diminta membina ayat menggunakan kata tanya yang dibincangkan secara lisan.

TKP : - verbal linguistik

Sistem Bahasa- Kata Nama Am

Strategi- Pendekatan

deduktif

15

Page 16: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Kemahiran Berfikir- Menjana Idea

BSM- Slaid kata tanya

Langkah 4(10 minit )

Lembaran kerja -Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.-Guru membahagikan lembaran kerja mengikut tahap kecerdasan murid.

Kumpulan A dan B

Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai secara berpandu,

Kumpulan C

- Memadankan frasa menjadi ayat bermakna - Murid menyalin semula ayat yang telah dibina dalam lembaran kerja. - Guru akan membimbing murid-murid kumpulan C sewaktu mereka melakukan aktiviti menulis.

TKP- verbal linguistik

Kemahiran Berfikir- Menjana Idea

BSM- Lembaran kerja

Penilaian HP- 8.1 Aras 2 (i)

16

Page 17: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Pengayaan

Membina ayat menggunakan kata tanya dalam buku latihan.

Pemulihan

Membaca ayat mudah.

Penutup (5 minit)

Permainan Makan Apa - Murid dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut jantina.- Guru menerangkan cara permainan dijalankan.- Guru membuat rumusan.

TKP- kinestetik- muzik

Nilai murni: - kerjasama

Aktiviti susulan : Murid diminta mengumpul seberapa banyak gambar haiwan. TKP –Spatial

17

Page 18: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH : 10 FEBRUARI 2011 (RABU)

MASA : 0820 – 0920 (60 MINIT)

TEMA : TERNAKAN

TAJUK : CARA HAIWAN MAKAN

18

Page 19: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Tarikh : 10 Februari 2011 (RABU)Masa : 0820 - 0920 (60 minit)Tahun : Tahun 1 CemerlangTema : TernakanTajuk Pelajaran : Cara haiwan makanBilangan Murid : 25 orang

Fokus Utama 8.1 : Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk

Aras 1 (i) : Menulis perkataan dan ayat tunggal yang diberi dengan cara yang betul dan kemas.

Fokus Sampingan 2.3 : Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.

Aras 2 (i) : Menyatakan perkara penting berdasarkan bahan rangsangan

5.1 : Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1 (ii) : Membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Pengetahuan Sedia Ada :i) Murid-murid telah mengetahui cara haiwan makan.ii) Murid-murid telah mengetahui tentang haiwan.

19

Page 20: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Objektif Eksplisit :Pada akhir pelajaran murid dapat :

i) Menulis tiga daripada enam ayat tunggal dengan cara yang betul dan kemas dalam lembaran kerja.ii) Melaporkan mengenai tiga daripada enam cara haiwan makan berdasarkan bahan rangsangan.iii) Membaca tiga daripada enam ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul berdasarkan slaid power

point.

Sistem Bahasa : i) Tatabahasa : Kata Kerjaii) Kosa kata : menghisap, menyudu, menyambar, mematuk, membaham, meragut

Pengisian Kurikulum :i) Ilmu : Sains, Kajian Tempatan ,Pendidikan Seni Visualii) Nilai murni : Rajin, berhati – hati, kerjasama

Kemahiran Bernilai Tambah : i) Teori Kecerdasan Pelbagai : Muzik,Kinestetik,Verbal Linguistik,Interpersonal,Spatialii) Kemahiran berfikir : Menjana ideaiii) Belajar Cara Belajar : Deduktif, Bacaan Mekanis

Isi Pelajaran :i) Berbual cara haiwan makan

ii)Ayat tunggal-cara haiwan makan

20

Page 21: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

iii)Tatabahasa – kata kerja iv)Kosa kata – menghisap, menyudu, menyambar, mematuk, membaham, meragutBahan Sumber Mengajar

i) Kad Gambar ii) Lembaran kerjaiii) Slaid Gambariv) Slaid Perkataan v) Borang Grafikvi) Slaid Laguvii) LCD Projektor & Laptop

Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set induksi(5 minit)

Permainan“ Datuk Harimau “

-Guru menerangkan cara permainan” Datuk Harimau”.- Murid melakukan aktiviti tersebut.

TKP- Muzik- Kinestetik

Strategi - Berpusatkan murid

Perkembangan Langkah 1( 8minit)

Slaid gambar Gambar nyamukGambar itikGambar helangGambar burung

- Guru memaparkan slaid gambar haiwan- Guru dan murid bersoaljawab tentang gambar tersebut- Guru memaparkan slaid perkataan.- Murid mengeja dan membaca perkataan yang

TKP: -Verbal linguistik-Interpersonal- Spatial

21

Page 22: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Gambar harimauGambar lembu

Slaid perkataanMenghisapMenyuduMenyambarMematukMembahamMeragut

dipaparkan.

- Guru dan murid bersoaljawab tentang slaid tersebut.- Guru menerangkan cara haiwan makan.

Nilai- Rajin- Berhati-hati- Kerjasama

BSM: -Slaid gambar - Slaid perkataanPenilaian HPFS :2.2 aras 2 (i)

Langkah 2(12 minit)

Kad GambarGambar nyamukGambar itikGambar helangGambar burungGambar harimauGambar lembu

Borang grafik

- Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. - Guru mengedarkan kad gambar haiwan dan borang grafik kepada murid. - Murid dikehendaki melengkapkan borang grafik berdasarkan gambar yang diberi. - Wakil kumpulan melaporkan hasil dapatan. - Guru merumuskan hasil perbincangan tersebut.

Kemahiran Berfikir-Menjana idea

TKP:-Verbal linguistik-Kinestetik

Nilai murni:-kerjasama

BSM:- Kad gambar

22

Page 23: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

- Borang grafik

Penilaian HP FU : 8.1 Aras 1 (i) FS : 2.2 Aras 2 (i)

Langkah 3(10 minit )

Penerapan Tatabahasa:Kata KerjaMenghisapMenyuduMenyambarMematukMembahamMeragut

- Guru menunjukkan kad perkataan- Murid mengeja dan membaca kad perkataan yang ditunjukkan.- Murid dikehendaki membina ayat secara lisan menggunakan perkataan yang dibincangkan.- Guru memurnikan ayat yang dibina.

TKP : - Verbal linguistik

Sistem Bahasa- Kata Kerja

Strategi-Pendekatan deduktif

Kemahiran Berfikir-Menjana Idea

BSM-Kad perkataan

Penilaian HP2.2 Aras 2 (i)

23

Page 24: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Langkah 4(20 minit )

Lembaran kerja

Kad perkataan

* menyudu* mematuk* membaham* menghisap* menyambar* meragut

-Guru memberi tugasan kepada murid mengikut tahap kecerdasan murid – murid iaitu mengikut Kumpulan A,B dan C.

Kumpulan A dan B

Membina ayat tunggal daripada kata kerja yang diberi dengan cara yang betul dan kemas di dalam buku latihan.

Kumpulan C

-melengkapkan ayat tunggal dengan perkataan yang sesuai dalam lembaran kerja.-Guru membimbing murid kumpulan C sewaktu mereka melakukan aktiviti menulis.

Pengayaan

Murid menamakan haiwan yang terdapat dalam gambar dan mewarnakan gambar.

Pemulihan

Guru membimbing murid mengeja dan membaca kata kerja dengan sebutan yang betul pada kad perkataan

TKP- Verbal linguistik

Kemahiran Berfikir- Menjana Idea

BSM- Lembaran kerja

Penilaian HP- 8.1 Aras 2 (i)

24

Page 25: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Penutup ( 5 minit)

NyanyianLagu Anak Ayam

- Guru memaparkan lirik lagu “ Anak Ayam”.- Murid membaca lirik lagu tersebut-Guru dan murid menyanyi sambil membuat pergerakan.- Guru merumuskan isi pelajaran.

TKP- kinestetik- muzik

Nilai murni: - kerjasama

Aktiviti susulan : Murid menggunting gambar haiwan yang telah dikumpul . TKP: Kinestetik dan Spatial

25

Page 26: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH : 11FEBRUARI 2011 (KHAMIS)

MASA : 0820 – 0920 (60 MINIT)

TEMA : TERNAKAN

TAJUK : CUBA TEKA

26

Page 27: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Tarikh : 11 Februari 2011 (KHAMIS)Masa : 0820 - 0920 (60 minit)Tahun : Tahun 1 CemerlangTema : TernakanTajuk Pelajaran : Cuba TekaBilangan Murid : 25 orang

Fokus Utama 5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami

perkara yang dibaca.

Aras 2 (ii) : Melafazkan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan 1.2 : Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.Aras 2 (ii) : Menjawab pertanyaan dengan sopan.

8.1 : Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.Aras 1 (i) : Menulis perkataan dan ayat tunggal yang diberikan dengan cara yang betul dan kemas.

Pengetahuan Sedia Ada :i) Murid-murid telah mengetahui tentang haiwan.ii) Murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dan kemahiran membaca peringkat awal.

27

Page 28: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Objektif Eksplisit :Pada akhir pelajaran murid dapat :i) Melafazkan dua daripada empat pantun teka-teki dengan sebutan dan intonasi yang betul berdasarkan slaid

pantun yang dipaparkan.ii) Menjawab dengan betul dan sopan tiga daripada empat teka-teki yang diberi dalam lembaran kerja.iii) Menyalin dua daripada tiga rangkap pantun teka-teki yang mengandungi ayat tunggal dengan cara yang betul dan kemas di dalam buku tulis.

Sistem Bahasa i) Tatabahasa : Ayat Tanya dan Kata Nama Amii) Kosa kata : berdedai-dedai, berlindung, mengagak, janggut, sebentar

Pengisian Kurikulum :i) Ilmu : Sains dan Kajian Tempatanii) Nilai murni : Kerjasama, Rajin

Kemahiran Bernilai Tambah : i) Teori Kecerdasan Pelbagai : Muzik,Kinestetik,Intrapersonal, Visualii) Kemahiran berfikir : Menjana ideaiii) Belajar Cara Belajar : Induktif, bacaan mekanis dan bacaan secara individu

Isi Pelajaran :i) PantunTeka-tekiii) Tatabahasa- Ayat Tanya, Kata Nama Am

28

Page 29: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

iii) Kosa kata - berdedai-dedai, berlindung, mengagak, janggut, sebentar

Bahan Sumber Mengajari) Kotak Ajaibii) Slaid Pantun Teka-tekiiii) Benda maujudiv) LCD Projektor & Laptopv) Lembaran kerja vi) Carta pantun vii) Pensel

Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set induksi(5 minit)

Isi Pelajaran“ Kotak Ajaib “

-Guru menunjukkan kotak ajaib.-Murid diminta meneka kandungan kotak ajaib.-Beberapa orang murid diminta mengambil satu daripada objek yang terdapat dalam kotak ajaib. -Murid lain menamakan objek tersebut.-Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan isi pelajaran.

TKP- Kinestetik - Verbal linguistik

Strategi - Berpusatkan murid

BSM -Kotak ajaib

29

Page 30: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

-Benda maujud

Perkembangan Langkah 1( 18minit)

Slaid Pantun Teka - Teki - Guru memaparkan slaid pantun teka – teki.- Guru membaca pantun baris demi baris .- Guru membimbing murid membaca pantun.- Guru menerangkan cara melafazkan pantun dengan intonasi ,gaya dan bahasa yang betul. - Beberapa orang murid melafazkan pantun dengan intonasi ,gaya dan bahasa yang betul. - Guru dan murid bersoaljawab untuk mendapatkan jawapan kepada teka – teki pantun.

TKP: -Verbal linguistik-Interpersonal

Nilai- Rajin- Kerjasama

BSM: -Slaid Pantun

Penilaian HPFS :5.2 aras 2 (ii)

Langkah 2(12 minit)

Permainan Bahasa - Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. - Guru mengedarkan carta pantun kepada setiap kumpulan . - Murid dikehendaki melengkapkan pantun dengan kad ayat yang disediakan. - Murid mempamerkan hasil kerja di papan tulis. - Guru dan murid membuat pembetulan bersama dan melafazkan semula pantun tersebut. - Guru memberi penghargaan kepada kumpulan yang memberi jawapan yang betul.

Kemahiran Berfikir-Menjana idea

TKP:-Verbal linguistik-Kinestetik

Nilai murni:-kerjasama

30

Page 31: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

BSM:- Carta Pantun- Kad Ayat - Pensel

Penilaian HP FU : 5.2 Aras 2 (ii)

Langkah 3(10 minit )

Penerapan Tatabahasa:

Kata Nama Am

-haiwan-keris-itik-batu-budak-tanduk -burung-awan

-Guru memaparkan slaid pantun teka – teki.-Guru menyuruh murid menyebut dan membaca perkataan yang berwarna dalam slaid pantun yang dipaparkan.-Guru memberitahu murid perkataan berwarna adalah Kata Nama Am-Murid diminta membina ayat secara lisan menggunakan Kata Nama Am yang dibincangkan tadi.

TKP : - verbal linguistik

Sistem Bahasa- Kata Nama Am

Strategi-Pendekatan induktif

Kemahiran Berfikir-Menjana Idea

BSM- Slaid pantun teka-teki

Penilaian HP2.2 Aras 2 (i)

31

Page 32: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Langkah 4(10 minit )

Lembaran kerja - Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.- Guru membahagikan lembaran kerja mengikut tahap kecerdasan murid – murid iaitu mengikut Kumpulan A,B dan C

Kumpulan A dan B-Mencari jawapan berdasarkan pantun teka – teki dan menyalin semula satu daripada pantun tersebut ke dalam buku garis empat dengan cara yang betul dan kemas.

Kumpulan C-Menyalin serangkap pantun ke dalam buku garis empat dengan cara yang betul dan kemas.

-Guru akan membimbing murid- murid kumpulan C sewaktu mereka melakukan aktiviti menulis.

Pengayaan

-Murid membuat latihan dalam lembaran kerja.( Melengkapkan petak kosong berpandukan rangkaikata yang diberi.)

Pemulihan

-Murid membuat latihan dalam lembaran kerja . ( Memadankan suku kata berpandukan gambar

TKP- verbal linguistik - Intrapersonal

Kemahiran Berfikir- Menjana Idea

BSM- Lembaran kerja

Penilaian HP- 8.1 Aras 2 (i)

32

Page 33: Rancangan Harian Bahasa Melayu Tahun 1

dan menulis semula perkataan dari suku kata yang dicantumkan.)

Penutup ( 5 minit)

NyanyianLagu Enjit –Enjit Semut

-Guru memaparkan pantun teka - teki-Guru dan murid menyanyi pantun teka – teki tersebut mengikut melodi lagu Enjit – Enjit Semut.- Guru merumuskan isi pelajaran.

TKP- kinestetik- muzik

Nilai murni: - kerjasama

BSM- Slaid power point

Aktiviti susulan : Murid membuat buku skrap gambar haiwan .TKP: Spatial

33