qku 3033 sosiologi sukan dan p.i.n.-tugasan 1

Upload: nitotony73

Post on 09-Oct-2015

311 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 1

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2014/2015QKU3033SOSIOLOGI SUKAN DAN PENDIDIKAN INTERGRASI NASIONAL (PIN)TAJUKTUGASAN 1Analisis dunia sosial dalam sukan semasa. Berpandukan kepada teori-teori asas yang diguna pakai dalam kontek sosiologi sukan yang melibatkan pemerhatian anda dalam sukan popular di Malaysia. Jelaskan apa yang ada lihat.

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIKNO TELEFON

NITO ANAK TONYD20112055167014-5841002

KUMPULAN KULIAH:UPSI02

NAMA TUTOR E-LEARNING:DR.ABD.RAHIM BIN MOHD.SHARIFF

TARIKH SERAH:29 NOVEMBER 2014

PENGHARGAANPertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Abd. Rahim bin Mohd. Shariff kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya untuk membuat tugasan ini.Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.Sekian, terima kasih.

KANDUNGAN

BIL.PERKARAMUKA SURAT

1.PENGENALAN

1

2.KONSEP ASAS KESUKANAN3

2.1Main

2.2Permainan

2.3Sukan

3.TEORI SOSIOLOGI SUKAN4

3.1Teori Konflik4

3.2Teori Kritis6

3.3Teori Fungsionalis7

3.4Teori Interaksionis

8

4.KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL11 - 12

4.1Penglibatan penonton

4.2Impak ekonomi

4.3Penyertaan

4.4Budaya

4.5Integrasi kaum

5.KESAN PROSES SOSIALISASI SUKAN13

5.1Individu

5.2Masyarakat

6. KESIMPULAN

14

7.RUJUKAN15

1.0 PENGENALAN

Sosiologi berasal daripada perkataan Latin iaitu Socius yang bererti kawan atau teman manakala Logos bererti ilmu pengetahuan. Pertama kali diungkapkan dalam buku yang berjudul Cours De Philosophie Positive hasil karangan August Comte (1798-1857). Secara amnya, sosiologi boleh dikatakan sebagai kajian saintifik yang berkaitan dengan aspek sosial dan budaya individu dalam komuniti dan masyarakat yang menjelaskan dan menerangkan perkaitan origanisasi sosial manusia.

Selain August Comte, terdapat ramai lagi individu yang mendefinisikan sosiologi berdasarkan pemahaman dan pemerhatian mereka. Antaranya, Max Weber yang mengatakan sosiologi ialah ilmu yang mempelajari tentang tindakan sosial atau perilaku manusia. Paul B. Horton, mendefinisikan konsep sosiologi sebagai ilmu yang memusatkan penelahaan kehidupan kelompok masyarakat dan produk atau hasil daripada kelompok kehidupan masyarakat tersebut. Mac Iver, menyatakan bahawa sosiologi ialah ilmu yang mengkaji tentang hubungan-hubungan yang terjadi dalam masyarakat.

Sukan pula menurut pendapat Boyle (1963) wujud untuk seluruh masyarakat malah melaluinya terdapat unsur-unsur status, hubungan ras, perniagaan, reka bentuk, alat-alat automotif, gaya pemakaian, konsep hero (wira), bahasa, etika dan nilai-nilai estetika.

Oleh yang demikian, definisi penuh sosiologi sukan ialah bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan termasuklah usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti guru pendidikan jasmani, jurulatih, murid, pengurus sukan dan sebagainya. Menurut Encyclopedia of Sociology, sosiologi sukan ialah sesuatu sistem masyarakat yang mengkaji tentang struktur, kandungan, perubahan dan perkembangan berdasarkan sukan. Menurut Dr. David L. Andrew, Ph.D University of Illinois at Ubana-Champaign menyatakan bahawa sosiologi sukan adalah merekod, mengkaji fenomena sosial yang berkaitan antara fungsi sosial sukan dalam sains emperikal. 1Jay J. Coakly, memberikan pendapatnya tentang sosiologi sukan sebagai Unlike the psychology of sport, the sociology of sport is not directly concerned with issues related to motivation, perception, cognition, personality, and ships, past social experiences, and the social settings within which the sport activities occur. On a more general level it is concerned with the organization of sport itself and how that organization is created, maintained, and changed by people who have differing interests, opportunities, and resources.

Kesimpulannya, sosiologi sukan adalah sains sosial yang komprehensif menyelidik fenomena kebudayaan sosial yang selalu mengalami perkembangan dan perubahan dalam sukan. Ia bukan sahaja menyelidik tentang perhubungan di antara sukan dan fenomena sosial tetapi mengkaji tingkah laku masyarakat di antara manusia dengan sukan, perhubungan konsep sosial dan struktur, fungsi, dorongan kepada pembangunan dan faktor kekangan dalam sukan lalu digunakan untuk mempromosikan pembangunan sukan dan sosial yang rasional.

22.0 KONSEP ASAS KESUKANAN

2.1 Main

Individu yang bermain secara sedar dan sukarela. Main juga tidak mempunyai peraturan tertentu yang juga bukan merupakan kerja harian individu yang terlibat. Main juga merangkumi konsep tidak mempunyai had masa serta ruang untuk menyekat mereka dan hasilnya bukan berbentuk material atau kebendaan.

2.2 Permainan

Dikonsepkan sebagai penyertaan individu dalam sesuatu permainan kerana ada matlamat tertentu seperti prestasi, status atau pengiktirafan tertentu. Mempunyai unsur organisasi dan pertandingan, mempunyai struktur tertentu berdasarkan undang-undang formal atau tidak formal. Permainan juga khusus kepada sesuatu budaya sukan yang disertai oleh individu tersebut.

2.3 Sukan

Tersusun dari segi struktur organisasinya. Sebahagian sukan mempunyai unsur pertandingan untuk menghasilkan pemenang yang memerlukan kemahiran perancangan, kemahiran motor atau lakuan motor, strategi dan nasib yang tak tentu. Sukan juga melihat keupayaan fizikal yang tinggi dan mental yang tinggi bagi atlet yang mengambil bahagian dalam acara sukan yang disertai mereka.

33.0 TEORI SOSIOLOGI SUKAN

Terdapat empat teori yang diperkenalkan dalam konteks sosiologi sukan iaitu:(i) Teori Konflik(ii) Teori Kritis (iii) Teori Fungsionalis(iv) Teori Interaksionis

3.1 Teori Konflik

Teori ini berkaitan dengan hubungan sosial yang memiliki sifat-sifat perbezaan kepentingan ekonomi. Keteraturan sosial yang berasal daripada beberapa kelompok orang yang mampu menggunakan sumber untuk mempengaruhi dan memanipulasikan pandangan orang lain untuk menerima pandangan mereka. Teori konflik ini wujud apabila adanya andaian bahawa kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan daripada konflik yang boleh membawa keadaan yang tidak stabil. Perubahan masyarakat merupakan proses yang terjadi daripada ketegangan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu sendiri.

3.1.1 Teori Konflik dalam Sukan

Konsep teori konflik dalam sukan ialah:a) Bagaimana atlet menjadi terasing dari dirinya sendirib) Bagaimana olahraga digunakan untuk mengalihkan penafian atau menguasai masyarakat.c) Pertumbuhan komersial dalam masyarakatd) Sukan menyumbang kepada kewujudan ketaksamaan sosioekonomi dalam masyarakat.e) Sukan mempengaruhi pengkomersialan dan perhubungan sosial masyarakat.f) Penggunaan kuasa ekonomi dalam sukan untuk kepentingan peribadi

43.1.2 Analisis Isu Sukan Di Malaysia yang Berkaitan dengan Teori Konflik

Presiden atau jurulatih mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam hubungan dengan atlet (Corron, 1970; Cratty. 1989; Thompson, 1992). Berkait dengan teori pengurusan yang menyatakan bahawa perbezaan status antara presiden dan ahli jawatankuasa yang lain akan menimbulkan konflik dan wujudnya pandangan yang berbeza. Persatuan sukan di Malaysia akan diketuai oleh ahli politik. Keadan ini merugikan perkembangan serta mutu sukan negara. Ketua dalam setiap organasasi perlu merupakan seseorang yang mahir dalam bidang tersebut. Adanya pengetahuan tentang bidang tersebut, hala tuju dan matlamat organasasi sukan tersebut dapat dicapai dengan cara semua pihak yang terlibat berkerjasama bukannya wujud konflik antara pihak pengurusan tertinggi dengan barisan jurulatih yang seperti selalu kita dengar serta lihat di negara kita.

Manakala menurut House (1971), Haouse dan Dessler (1971), tingkah laku pemimpin mempunyai banyak kesan langsung ke atas psikologi orang bawahan yang dipercayai mempengaruhi motivasi sebagai daya pengerak ke arah perolehan dan pencapaian matlamat organisasi. Ahli politik dan orang kenamaan masih diperlukan untuk membantu mendapat tajaan dan derma. Sebagai contoh, dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), apabila Presiden FAM, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, telah berusaha untuk mendapat penajaan daripada syarikat telekomunikasi gergasi, Telekom Malaysia Berhad, Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Genting dan Adidas. Baginda sendiri sentiasa memastikan FAM terus memperoleh wang untuk mentadbir dan mengurus segala perancangan walaupun pernah kehilangan tajaan bernilai RM30 juta daripada Dunhill selepas larangan iklan dan tajaan rokok dikuatkuasakan pada tahun 2005.

53.2 Teori KritisTeori ini telah diperincikan oleh Max Harkheimer (1937) yang menjelaskan teori kritikal sebagai teori sosial yang menjurus terhadap mengkritik dan mengubah masyarakat secara keseluruhan. Teori ini lebih memfokus kepada penjelasan suatu kultur, kuasa dan relasi sosial. Teori ini berdasarkan keadilan dan keinginan untuk memahami, konfrontasi dan mengubah sistem eksploitasi dan penindasan dalam kehidupan sosial. Teori ini juga berkaitan dengan penglibatan seseorang dalam politik.

3.2.1 Teori Kritis dalam Sukan

Konsep Teori Kritis dalam sukan ialah:a) Olahraga lebih daripada hanya refleksi masyarakat.b) Melihat bagaimana olahraga mempengaruhi proses masyarakat mengembangkan dan memelihara ideologi budaya.c) Sekiranya ingin mengetahui mengenai olahraga, seseorang itu harus mengetahui konteks sosial dan budaya di mana olahraga itu wujud.

3.2.2 Analisis Isu Sukan Di Malaysia yang Berkaitan dengan Teori Kritis

Apabila seorang ahli politik terlibat dalam sesebuah Persatuan sukan, ini akan menyebabkan sukan tersebut sukar untuk bertahan lama dan terus selesa berada di takuk yang lama tanpa adanya perubahan yang mampu diiktiraf dunia. Perdana Menteri Kelima Negara, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan bahawa penglibatan ahli politik dalam sukan sememangnya tidak mampu untuk pembangunan sukan ke landasan sukan yang sebenar. Beliau sendiri telah mengarahkan Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen agar tidak lagi memegang jawatan dalam persatuan sukan. Keputusan ini adalah wajar diterapkan dalam sosiologi sukan negara kita kerana penglibatan ahli politik dalam sukan adalah tidak bersesuaian kerana mereka sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk pengurursan persatuan disebabkan oleh faktor kesibukan kerja politik mereka sendiri. 63.3 Teori Fungsionalis

Menurut Emile Durkheim (1958-1917), teori ini mengkaji ahli-ahli individu dalam masyarakat yang dihubungkaitkan antara satu dengan lain oleh minat dan sikap yang sama. Masyarakat ialah satu sistem yang terdiri daripada benda, bahan atau manusia yang membentuk keseluruhan masyarakat. Masing-masing sering berhubungkait dan saling membantu. Perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian yang lain sehinggalah titik keseimbangan berlaku.

3.3.1 Teori Fungsionalis dalam Sukan

Konsep Teori Fungsionalis dalam sukan ialah:a) Penyertaan dalam sukan mempengaruhi kedudukan sosialb) Menggalakkan integrasi sosial dalam kumpulan, komuniti dan pasukan.c) Hubungan antara penglibatan olahraga dan perwatakan yang baik.d) Penglibatan olahraga dan pencapaian motivasi

3.3.2 Analisis Isu Sukan Di Malaysia yang Berkaitan dengan Teori Fungsionalis

Atlet mempunyai motif untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi seandainya mereka didorong dengan gaya dan tingkah laku kepimpinan yang berkesan. Begitu juga halnya dengan tingkah laku kepimpinan jurulatih yang berkesan dapat memuaskan keperluan-keperluan dan kehendak atlet (Chelladurai, 1990; Singer, 1977). Persatuan sukan yang berjaya diurus dengan baik, dapat melahirkan atlet bertaraf dunia. Di negara kita, perkara ini dapat dilihat dalam permainan seperti skuasy dan bowling padang yang diuruskan dengan baik. Persatuan ini berjaya apabila kepimpinan persatuan mempunyai pengetahuan tentang sukan yang mereka uruskan.7

Misalnya, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid yang merupakan Presiden Pesekutuan Lawn Bowls Malaysia yang sangat berminat terhadap bowling padang sehinggakan beliau boleh menulis buku mengenai bowling padang. Orang seperti inilah yang diperlukan oleh negara. Mempunyai latar belakang sukan, berminat dan mempunyai pengalaman pengurusan. Sukan ini berjaya kerana pucuk kepimpinannya memang layak. Selain daripada itu, Tan Sri Ahmad Sarji juga memperkenalkan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja dan konsep pengurusan secara objektif yang sering membincangkan, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mereka sendiri serta menetapkan apa yang hendak dilakukan dan dicapai dalam persatuan mereka. Hasilnya, sukan bowling padang menjadi sukan yang berprestij yang juga menjadi penyumbang utama banyak pingat emas dalam sukan Komanwel. Contoh lain ialah seperti Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Datuk A Sani Karim yang juga berminat terhadap sukan ini.

3.4 Teori Interaksionis

Pengasas bagi teori ini ialah Maz Weber dan Herbert Mead. Menyatakan bahawa susunan sosial dicipta oleh rakyat ketika mereka berinteraksi antara satu sama lain. Tujuan manusia atau individu bersama dengan manusia lain adalah untuk mencapai sesuatu tujuan atau matlamat. Homan (1950), mengatakan bahawa manusia tidak akan bersama melainkan untuk mencapai sesuatu tujuan. Semakin seseorang itu menyatukan dirinya dengan orang lain semakin kuatlah ikatannya kepada norma dan nilai bersama, semakin mereka menyukai antara satu sama lain. Proses ini akan memperkukuhkan ikatan kumpulan melalui perkongsian aktiviti, norma dan nilai.

83.4.1 Teori Interaksi dalam Sukan

Konsep Teori Interaksi dalam sukan ialah:a) Memfokus kepada isu yan berkaitan dengan makna, identiti, relasi sosial dan subkultur olahraga. b) Pengalaman seseorang atlet dan bagaimana ia menentukan dan memberi erti terhadap penglibatannya.c) Tujuannya adalah untuk membina dan menggambarkan realiti yang sedia ada dalam benak atlet, pelatih, penonton dan penyokong.

3.4.2 Analisis Isu Sukan Di Malaysia yang Berkaitan dengan Teori Interaksi

Kejayaan sesuatu pasukan dalam sukan sebenarnya diasaskan oleh kewujudan semangat berpasukan untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama. Sebagai contoh dalam perlawanan bola sepak antara pasukan Perak yang telah menjuarai Piala Malaysia yang pertama pada abad ke 21 menewaskan pasukan pilhan iaitu Negeri Sembilan. Kejayaan pasukan Perak membuktikan bahawa kesepaduan serta semangat berpasukan yang tinggi oleh pemain boleh menghalang segala cabaran yang datang sebagai mana kata Carron; 1982 iaitu semangat berpasukan merupakan ciri-ciri kesepaduan dalam pasukan.

Selain daripada itu, kewujudan sekolah sukan merupakan medan penting untuk melahirkan atlet yang berbakat. Penglibatan agensi seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) meliputi semua jenis sukan malah merupakan lubuk untuk melahirkan atlet baru. Jika tiada MSSM maka tiadalah atlet. Begitulah pentingnya saling kebergantungan antara satu pihak dengan pihak yang lain.

9Di samping itu, persatuan sukan seperti MSSM memainkan peranan penting dalam memastikan pengajaran pendidikan jasmani mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian. Keadaan ini merupakan masalah asas yang jika dibiarkan berlarutan maka hancurlah sukan di Malaysia. Misalnya, kalau tiada kemahiran asas, bagaimana kita nak menggarap bakat untuk mewakili pasukan negara. Jadi keperluan ini haruslah diambil perhatian sewajarnya.

Penglibatan ibu bapa pelajar juga amat membantu kejayaan seorang atlet itu berjaya. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat ibu bapa sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi jurulatih kepada anak-anak mereka. Ibu bapa akan meluangkan waktu petang atau hujung minggu untuk turun ke sekolah untuk bersama-sama anak mereka berlatih. Malah pemain dunia sendiri iaitu David Beckham telah meneruskan tradisi di sekolah anaknya.

104.0 KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL

4.1 Penglibatan Penonton

Sukan ialah sesuatu yang menyeronokkan atau hiburan. Kepuasan diperoleh apabila seseorang itu dapat menonton atlet yang diminati beraksi. Perasaan menyokong pasukan sendiri atau pasukan yang diminati adalah satu perasaan yang sukar digambarkan. Sorakan dan sokongan padu mencerminkan sikap penonton yang beretika. Sorakan penonton akan memotivasikan pasukan dan dapat meningkatkan keyakinan diri pemain. Penonton yang beretika akan merasa puas ketika menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan kesungguhan aksi dan berupaya mengawal diri dan menerima apa jua keputusan perlawanan sama ada pasukan mereka menang ataupun kalah.

4.2 Impak Ekonomi

Penglibatan seluruh organisasi sosial dalam sukan juga memberikan impak kepada ekonomi negara. Ia adalah melalui penajaan, pelancongan sukan, kajian dan penghasilan serta penjualan produk sukan. Pihak yang mempunyai hak siaran menikmati keuntungan yang berlipat ganda menerusi penjualan siaran langsung acara sukan. Selain daripada itu, pihak lain juga berpeluang mendapat keuntungan menerusi penyiaran iklan-iklan bagi produk mahupun perkhidmatan organisasi mereka,. Sebagai contohnya oleh pihak MILO dan Telekom Malaysia

4.3 Penyertaan

Individu atau kumpulan atlet yang terlibat secara langsung dalam sukan yang dipertandingkan bertujuan untuk mendapatkan kepuasan beraksi atau bertanding. Individu boleh menyertai pelbagai kejohanan sukan dan menyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam kejohanan dianjurkan. Semakin banyak acara yang disertai mempengaruhi kemeriahan kejohanan dan jumlah penonton. 114.4 Budaya

Sukan juga boleh meransang individu untuk saling mengenali antara satu sama lain merentasi warna kulit, kepercayaan dan sebagainya. Melalui sukan juga dapat menerapkan sikap saling menghormati antara budaya dengan budaya yang lain. Penglibatan dalam sukan juga membuka ruang untuk bersosial, berinteraksi dengan orang lain dan mempelajari budaya serta mengenali masyarakat lain.

4.5 Integrasi Kaum

Proses integrasi kaum atau juga dikenali sebagai integrasi nasional dapat dilaksanakan kerana aktiviti sukan merentasi batasan kaum. Sebagai contoh penglibatan murid dalam sesuatu permainan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri atau negara. Individu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan bersatu padu dan bekerjasama sebagai pasukan untuk menggalas cabaran negara malah akan mengetepikan perbezaan agama, bangsa dan lain-lain demi kejayaan pasukan. Melalui ini juga akan mewujudkan perkenalan dan persahabatan yang menyumbang kepada proses integrasi kaum.

125.0 KESAN PROSES SOSIALISASI DALAM SUKAN

5.1 Individu

Apabila seseorang individu sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan sukan, seseorang itu akan dapat melihat perubahan dirinya sendiri mahupun akan dapat dilihat oleh orang sekeliling mereka. Pembentukan watak dapat dilihat apabila individu lebih tenang, sabar dan cekal dalam menghadapi pelbagai situasi dalam kehidupan. Individu itu juga akan menjadi lebih yakin dan berani mencuba perkara baru sepertimana ianya berlaku apabila atlet itu mencuba sukan baru. Selain daripada itu, kesannya dapat dilihat apabila ia dapat membentuk sikap dan daya kepimpinan individu khususnya dalam sukan berpasukan seperti menjadi kapten dalam pasukan bola sepak.

Menjadi seorang atlet untuk negara tentunya akan membanggakan negara apabila atlet tersebut dapat memenangi pingat untuk negara ataupun dapat mewakili negara dalam acara sukan berprestij dunia. Penglibatan atlet akan menaikkan nama negara di mata dunia. Peningkatan tahap kesihatan secara menyeluruh boleh dicapai menerusi pengetahuan yang dimiliki dan aktiviti sukan yang dilakukan dengan betul. 5.2 Masyarakat

Menerusi sukan juga akan membantu proses integrasi kaum menerusi pelaksanaan aktiviti sukan merentasi batasan kaum seperti pembentukan sebuah pasukan yang terdiri daripada pelbagai kaum, gabungan penonton pelbagai kaum yang menyokong sebuah pasukan yang sama dan lain-lain. Selain daripada itu peningkatan sumber kewangan dari segi kutipan cukai serta kehadiran penyokong pasukan luar dan pelancongan sukan yang mana juga hubungan politik dapat diperbaiki melalui semangat setia kawan dapat dipupuk melalui penyertaan dalam kejohanan sukan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.

136.0 KESIMPULAN

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan mempunyai kepentingan yang dari pelbagai segi. Pembangunan sukan yang menyeluruh memerlukan semua pihak berganding bahu, bekerjasama, saling membantu dan tidak kenal erti putus asa. Berhentilah menuding jari serta menyalahkan sebelah pihak jika prestasi sukan tidak mencapai tahap yang diinginkan. Bergerak ke depan dengan mencari punca kegagalan, negara kita dibanjiri dengan individu yang pakar dalam bidang sains sukan, psikologi sukan dan kejurulatihan sukan. Dengan kepakaran ini tidak mustahil mutu sukan kita meningkat dan berada di tahap yang kita banggakan.Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih serta kehendak atlet itu sendiri untuk berjaya. Etika dalam sukan memainkan peranan yang penting dalam kejayaan seseorang atlet. Pembangunan sukan di Malaysia sangat bergantung kepada etika setiap pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang sukan. Kejayaan yang cemerlang dalam bidang sukan akan mengangkat martabat negara. Contoh yang kita banggakan ialah apabila pasukan badminton lelaki kita memenangi Piala Thomas pada tahun 1992. Justeru, kerjasama dari semua pihak amatlah dituntut bagi mencapai matlamat serta memajukan sukan ke peringkat yang lebih tinggi.

14RUJUKAN:Jay J. Coakley (1986).SPORT IN SOCIETY ISSUES AND CONTROVERSIES, What is the sociology of sport, (TIMES MIRROR/MOSBY COLLEGE PUBLISHING) page 4

Ishak Ramly. (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Selangor:PTS Production

Sosiologi-sukan. Diperoleh pada 01 oktober 2014, daripada http://anakjelapang10.blogspot.com/2011/07/sosiologi-sukan.html

Sosiologi-sukan. Diperoleh pada 01 oktober 2014, daripada http://nic1982.blogspot.com/2012/06/penakrifan-sosiologi-sukan.html

Sosiologi-sukan. Diperoleh pada 01 oktober 2014, daripada http://www.slideshare.net/OswaldJokinol/bab-1-sosiologi-sukan?related=1

15