qgk tugasan

Upload: jia-yuh

Post on 10-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

QGK Tugasan

TRANSCRIPT

QGK 3013 (Tugasan 2): Buat satu ulasan menyeluruh ke atas lima artikel ilmiah.

Obesiti terjadi hasil daripada pengumpulan lemak yang berlebihan dalam tubuh badan. Masalah ini bertambah tenat apabila seseorang mengambil makanan yang tinggi kandungan gula, garam dan minyak secara berlebihan. Sekiranya ditinjau secara menyeluruh, gejala obesiti merupakan penyakit kedua paling umum di Malaysia selepas penyakit jantung. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun 2011 telah menunjukkan 15.1 peratus rakyat negara mengalami masalah berat badan yang berlebihan berbanding dengan 4.4 peratus pada tahun 1996. Peningkatan ini turut berlaku dalam kalangan murid sekolah. Encik Saiful Adli Suhaimi selaku Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan membuktikan bahawa 43 peratus orang dewasa di Malaysia dikategorikan sebagai obes, 26 peratus terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah manakala 20 peratus obes berlaku dalam kalangan remaja. Pendek kata, masalah obesiti dalam kalangan pelajar semakin serius. Apakah yang menyebabkan gejala ini berleluasa? Adakah ia memberi kesan negatif kepada masyarakat? Apakah modus operandi yang diambil dalam menangani kemelut ini?Gaya pemakanan yang tidak seimbang merupakan penyumbang masalah kegemukan. Makanan bergula, garam dan berlemak tinggi mudah didapati di mana-mana sahaja. Makanan kegemaran rakyat seperti nasi lemak, lemak cili padi, rendang, mi goreng mamak dan roti canai merupakan antara makanan berlemak dan berkelesterol tinggi. Menurut laporan MyMetro, kewujudan restoran dan gerai makanan yang beroperasi 24 jam turut manggalakkan lagi tabiat buruk pemakanan. Lambakan restoran makanan segera yang beroperasi selama 24 jam ditambahkan lagi dengan kemudahan penghawa dingin serta kemudahan internet secara percuma menyebabkan pelajar-pelajar sekolah sering mengunjunginya dan sekali gus terbiasa makan makanan di sana. Pada masa yang sama, kemudahan delivery yang ditawarkan oleh restoran-restoran ini turut menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan pelajar bertambah serius. Lebih-lebih lagi, sikap malas dan tidak suka bersenam turut menjadi faktor berlakunya masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Pada zaman sains dan teknologi ini, senaman dan bermain bukan lagi menjadi aktiviti harian pelajar. Pelajar-pelajar masa kini terlalu dimanjakan sehingga terdapat segelintir pelajar yang tidak pernah berjalan kaki ataupun berbasikal ke sekolah. Apa yang dilakukan oleh mereka hanyalah duduk statik di hadapan komputer atau televisyen. Kekurangan pergerakan dan senaman menyebabkan lemak yang diambil tidak dapat dibakar. Menurut Penasihat Pediatrik Hospital Columbia Asia Setapak, Dr. Margaret, seseorang itu dikatakan mengalami penyakit obesiti apabila jumlah berat badan adalah lebih 25 peratus lemak dalam kalangan pelajar lelaki. Bagi pelajar perempuan pula, peratus lemak yang melebihi 32 dikira obes. Pengumpulan lemak dalam tubuh badan kita turut menyebabkan badan kecil individu semakin gemuk dan gembal. Dari segi genetik, pelajar-pelajar cenderung untuk mengalami berat badan yang berlebihan jika ibu bapa mereka menghadapi masalah obesiti. Penyelidikan yang dibuat oleh Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa anak-anak akan menpunyai 40% hingga 50% peluang untuk menghidapi masalah obesiti sekiranya seorang daripada ibu bapanya mengalami masalah kegemukan. Peluang meningkat sehingga 70% dan 80% sekiranya kedua-duanya menghidapi penyakit obes. Walaubagaimanapun, faktor genetik dianggap kurang berkaitan dengan masalah obesiti ini. Dr. Margaret berpendapat bahawa berat badan berlebihan dalam kalangan pelajar tertumpu kepada ahli keluarga yang memiliki tabiat pemakanan yang sama. Seperti yang dibincangkan di atas, gaya hidup yang tidak sihat iaitu pengambilan diet yang tidak seimbang dan kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan berat badan pelajar sekolah berlebihan.

Bagaimanakah seseorang itu dikira obes? Saiful Adli berpendapat bahawa Indeks Jisim Tubuh (BMI) boleh digunakan untuk mengukur tahap kegemukan individu. Individu yang memiliki BMI melebihi 30 akan dikira gemuk. Kaedah ukur lilit pinggang juga boleh digunakan dalam menentukan tahap obesiti. Secara puratanya, ukur lilit pinggang bagi wanita hendaklah tidak melebihi 32 inci, manakala lelaki tidak boleh melebihi 36 inci.Masalah kegemukan ini telah mengundang kepada pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, angin ahmar, diabetes, kanser usus dan tekanan darah tinggi. Lemak yang terlalu tebal akan menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ badan kita serta menyebabkan badan kita kurang mendapat oksigen. Hal ini secara langsung menyebabkan individu diserang sakit jantung, mati mengekut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal. Sebagai bukti, Institut Jantung Negara (IJN) dalam kajiannya pada tahun 2007 melaporkan bahawa 60 peratus remaja telah menghidap penyakit jantung. Di samping itu, darah penghidap obesiti akan mengandungi lemak darah (triglycerides) yang tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah. Kandungan Trigliseride yang tinggi akan menyebabkan saluran darah tersumbat. Hal ini secara langsung menyebabkan seseorang pelajar mempunyai masalah tekanan darah tinggi.Markus M (2002) berpendapat bahawa obesiti turut memberi kesan kepada gangguan kesihatan mental. Budak gemuk! Bulat! Giant! Sindiran-sindiran sinis ini akan menyebabkan seseorang pelajar rendah diri dan tidak berkeyakinan diri. Bentuk badan yang gempal akan menyebabkan seseorang mengasingkan diri daripada rakan-rakannya. Secara langsung menyebabkan seseorang mengurungkan dirinya dalam rumah setiap masa sehingga menghadapi masalah kemurungan. Keadaan ini telah berlaku pada diri Rosni, seorang pekerja swasta. Dia telah berkongsi pengalamannya dalam MyMetro: Masalah Obesiti kian meruncing. Rosni juga pernah memukul rakannya yang selalu mengejeknya sehingga mendatangkan kecederaan. Mengikut kajian di Swenden, pesakit obesiti adalah tiga atau empat kali lebih cenderung untuk mempamerkan gejala-gejala kebimbingan dan keresahan jika dibanding dengan mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, Gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit. Namun mengurang berat badan secara drastik tidak digalakkan. Dr. Margaret menyaran mereka untuk mengurangkan berat badan secara beransur-ansur seiring dengan tumbesaran mereka. Menurut beliau lagi, pelajar-pelajar harus merujuk kepada pakar perubatan bertauliah untuk mendapatkan rujukan diet. Hal ini kerana diet yang tidak terkawal akan menyebabkan masalah gangguan pemakanan seperti anoreksia dan bulimia. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di rumah, ibu bapa harus mengalakkan anak-anaknya mengambil makanan yang segar dan berkhasiat. Misalnya, ibu bapa digalakkan untuk menyediakan makanan berkanji yang kaya dengan karbohidrat kompleks seperti roti, kentang, pasta dan nasi yang membekalkan sumber tenaga yang diperlukan oleh pelajar untuk menjalankan aktiviti harian. Sebaliknya, makanan yang berlemak tinggi seperti coklat, biskut, kek dan keropok harus dielakkan. Tambahan pula, ibu yang berperanan sebagai suri rumah tangga perlu mengubah cara penyediaan hidangan dengan memanggang dan membakar. Elakkan menggorengnya. Selain daripada rumah, pelajar menghabiskan kebanyakkan masa di sekolah. Justeru, kantin juga berperanan sebagai tempat membentuk pemikiran pelajar tentang gaya hidup yang sihat. Lantaran itu, pengusaha kantin diseru untuk menyediakan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dalam setiap menu. Lama-kelamaan, budaya pemakanan sihat secara praktikal akan dibentuk.Merujuk kepada masalah ini, kerajaan juga mengambil inisiatif dalam mencegah gejala obesiti. Kerajaan telah menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom). Majlis ini telah membabitkan 13 pertubuhan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO). Tumpuan telah diberi dalam empat bidang, iaitu penyelidikan mencegah kegemukan dan obesiti, melobi mengenai kebimbangan kegemukan dan obesiti dalam polisi serta undang-undang yang akan dipinda oleh kerajaan. Kerajaan juga mengambil insiatif dalam mengurang kadar obesiti dengan melarangkan 15 jenis makanan tidak sihat dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah. Kempen kesedaran tentang bahayanya obesiti turut dianjur oleh pihak kerajaan untuk memberi pengetahuan yang lanjut tentang obesiti kepada para pelajar. Para pelajar juga akan mengetahui langkah-langkah yang harus dilakukan untuk mengelakkan diri daripada masalah obesiti. Konklusinya, masalah obesiti dalam kalangan pelajar harus dielakkan dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selalu bersenam. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk menikmati makanan yang dimasak di rumah. Hal ini kerana kandungan kalori, gula dan lemak dapat dikawal. Pada masa yang sama, kurangkan pengambilan makanan ringan dan makanan segera. Tabiat buruk yang suka makan pada waktu malam juga harus dielakkan sedangkan kadar metabolism kita pada waktu malam adalah rendah. Untuk mengelakkan masalah obesiti, pelajar harus memastikan jumlah tenaga yang diambil dibakar melalui aktiviti-aktiviti. Walaubagaimanapun, usaha untuk membuang lemak memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Hal ini dapat mengelakkan penyakit anoreksia dan bulimia berlaku pada kalangan mereka. (1250 patah perkataan)