pvma matematik

13
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TERHAD

Upload: daliya-khaliff

Post on 15-Apr-2016

276 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

pvma

TRANSCRIPT

Page 1: pvma matematik

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TERHAD

Page 2: pvma matematik

HASIL PEMBELAJARAN MODUL :

Kurikulum Standard  Program Apprenticeship Di Kolej Vokasional membolehkan murid :

1. Memahami definisi, konsep, hukum  dan prinsip yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Ukuran dan Geometri, Perkaitan, dan Statistik.

2. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu : membuat anggaran dan penghampiran ; mengukur dan membina ; mengumpul dan mengendali data ; mewakilkan dan mentafsir data ; mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik ; menggunakan algoritma dan perkaitan ; dan menyelesaikan masalah .

3. Mengaplikasi kemahiran asas penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Ukuran dan Geometri, Perkaitan dan Statistik.

4. Berkomunikasi secara matematik.5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah.6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah.8. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

HURAIAN MODUL

Kandungan modul ini memperkenalkan kepada pelajar tentang keseluruhan konsep yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Ukuran dan Geometri, Perkaitan, dan Statistik. Kurikulum modul ini bertujuan untuk membentuk individu yang mempunyai pemikiran matematik, dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian.  

Page 3: pvma matematik

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul            : Matematik

Tahun : 1

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1. NOMBORMemahami konsep nombor dan menguasai operasi asas nombor.

1. Memahami konsep nombor bulat. 1. Membilang, membaca dan menulis nombor bulat.

2. Mengenal pasti nilai tempat dan nilai setiap digit dalam nombor bulat.

3. Membundarkan nombor bulat.

2. Menerangkan dan membandingkan integer.

1. Melengkapkan garis nombor yang diberi yang mengandungi integer positif dan integer negatif.

2. Melengkapkan urutan nombor menggunakan integer positif dan integer negatif.

3. Menentukan dan menyatakan nilai integer terbesar dan nilai integer terkecil daripada set integer yang diberi.

4. Menyusun integer secara turutan menaik dan turutan menurun.

Page 4: pvma matematik

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3. Menerangkan dan membandingkan perpuluhan positif dan perpuluhan negatif.

1. Membaca dan menulis perpuluhan sehingga perseribu.

2. Membandingkan dua nilai perpuluhan yang diberi menggunakan simbol > atau <.

3. Menentukan nilai perpuluhan terbesar dan nilai perpuluhan terkecil  daripada set perpuluhan yang diberi.

4. Menyusun perpuluhan dalam  tertib menaik dan menurun.

5. Membundarkan perpuluhan : a. kepada nombor bulat yang terhampir ;b. sehingga kepada tiga tempat perpuluhan.

4. Membuat pengiraan melibatkan empat operasi asas.

1. Menambah nombor bulat, integer dan perpuluhan,

2. Menolak nombor bulat, integer dan perpuluhan,

3. Mendarab nombor bulat, integer dan perpuluhan,

4. Membahagi nombor bulat, integer dan perpuluhan,

5. Melakukan gabungan operasi ke atas nombor bulat, integer dan perpuluhan, dengan bantuan penggunaan kalkulator.

Page 5: pvma matematik

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PEMBELAJARAN

2. UKURANMemahami dan menggunakan ukuran.

1. Menggunakan ukuran panjang. 1. Mengukur panjang garis yang diberi termasuk jejari dan diameter bulatan dengan menggunakan pembaris dalam unit standard yang berbeza (mm, cm, m).

2. Menukar unit metrik ukuran panjang (mm, cm, m dan km).

3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan panjang.

2. Menggunakan ukuran jisim. 1. Mengukur jisim objek menggunakan alat penimbang yang sesuai.

2. Menukar unit metrik jisim (mg, g, kg, tan).

3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim.

3. Mengukur masa dalam saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun.

1. Menentukan ukuran masa yang sesuai bagi peristiwa tertentu.

2. Menukar unit ukuran masa (saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun).

4. Mengukur tempoh masa dalam saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun..

1. Menukar masa dalam sistem dua belas jam kepada sistem dua puluh empat jam dan begitu juga sebaliknya.

2. Menentukan tempoh masa antara dua waktu yang diberi.

Page 6: pvma matematik

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3. PERIMETER Memahami dan menggunakan konsep perimeter .

1. Menentukan perimeter suatu rajah.

1. Mengenal pasti perimeter suatu rajah yang diberikan.

2. Mengira perimeter suatu rajah yang diberikan:  (i) apabila ukuran sisi diberi,(ii) menggunakan pembaris apabila ukuran sisi tidak diberikan.

3. Menentukan perimeter kawasan yang dilingkungi garis lurus.

Page 7: pvma matematik

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

4. STATISTIKMengurus, mewakilkan, memproses dan mentafsir data.

1. Mengelas, mengumpul dan merekod data.

1. Mengkelaskan data berpandukan data yang boleh dikumpul secara:

a)   mengira. b)   mengukur.

2. Mengumpul dan merekod data secara sistematik

2. Mewakilkan dan mentafsir data dalam:

(i)   piktograf (ii)  carta palang (iii) carta paiuntuk menyelesaikan masalah.

1. Membina carta palang dan carta pai untuk mewakilkan data.

2. Memperoleh maklumat daripada piktograf, carta palang dan carta pai.

3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan piktograf, carta palang, dan carta pai.

Page 8: pvma matematik

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3. Memahami dan menggunakan konsep mod, median dan min untuk data tak terkumpul.

1. Menentukan mod bagi :a. set data ;b. data dalam jadual kekerapan.

2. Menentukan mod daripada carta palang dan carta pai.

3. Menentukan median bagi : (i) set data ; (ii) data dalam jadual kekerapan. (iii) Mengira min bagi : (iv) set data ; (v) data dalam jadual kekerapan.

4. Menyelesaikan masalah yang melibatkan mod, median dan min.

Page 9: pvma matematik

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Modul            :  Matematik

Tahun            : 2

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

5. PELAN DAN DONGAKANMemahami konsep pelan dan dongakan

1. Menggunakan konsep pelan dan dongakan dalam lukisan.

1. Melukis pelan bagi suatu pepejal. 2. Melukis (i)    dongakan depan (ii)   dongakan sisi           bagi suatu pepejal. Hadkan kepada lukisan saiz penuh.

6. PERATUSANMemahami konsep peratusan.

1. Melakukan pengiraan dan menyelesaikan masalah melibatkan peratusan.

1 Menyatakan peratusan sebagai bilangan bahagian daripada setiap 100 bahagian.

2   Mencari           a)   suatu nilai apabila diberi peratusan nilai tersebut

dan nilai keseluruhan.           b)   peratusan suatu nilai apabila diberi nilai tersebut

dan nilai  keseluruhan.           c)   nilai keseluruhan apabila diberi nilai sebahagian dan

peratusan bahagiannya.

3 Mengira diskaun dan untung rugi.

4 Menyelesaikan masalah melibatkan peratusan.

Page 10: pvma matematik

7. PERSAMAAN LINEARMemahami dan menggunakan konsep persamaan linear .

1. Mengaplikasi konsep persamaan linear dalam satu pemboleh ubah.        

2. Mengenal sebutan algebra linear.3. Mengenal ungkapan algebra linear.4. Menentukan sama ada persamaan yang diberi adalah:

(a) persamaan linear,(b) persamaan linear dalam satu pemboleh ubah.

2. Mengaplikasi konsep penyelesaian persamaan linear dalam satu pemboleh ubah.

1. Menentukan sama ada suatu nilai berangka adalah penyelesaian bagi persamaan linear dalam satu pemboleh ubah yang diberi.

2. Menyelesaikan persamaan dalam bentuk :(a) x + a = b(b) x − a = bapabila a dan b ialah integer dan x ialah pemboleh ubah.

3. Menyelesaikan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah.

8 NISBAHMemahami dan menggunakan konsep nisbah

1. Mengaplikasi konsep nisbah dua kuantiti untuk menyelesaikan masalah.

1. Membandingkan dua kuantiti dalam bentuk a : b

2. Mempermudahkan suatu nisbah kepada sebutan terendah.

3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan nisbah dua kuantiti.

9. NUMERASI KOMPUTERMeningkat kefahaman tentang konsep asas matematik melalui penggunaan internet.

1. Mengaplikasi kemahiran asas matematik secara interaktif.

1. Menyelasaikan masalah Matematik dalam laman web yang dilayari.