pusat-sumber

9
2.0 Pusat sumber sekolah Pusat sumber merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutamanaya bagi institusi pengajian seperti sekolah. PSS berfungsi sebagai pusat pencarian maklumat yang membantu penggunannya iaitu para pelajar dan guru dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan juga pembelajaran. Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat perkhidmatan akses maklumat yang bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak ,bukan cetak dan juga bahan digital. Pusat sumber sekolah merupakan tempat utama yang menjadi rujukan kepada para pelajar untuk mencari bahan untuk pembelajaran. Pusat sumber sekolah yang diwujudkan mempunyai pelbagai objektif dan juga matlamat yang ingin dicapai. Antara kepentingan pusat sumber sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan juga pembelajaran dan juga potensi pelajar. Hal ini kerana dengan penggunaan pusat sumber yang baik mutu pembelajaran dapat ditingkatkan ke satu tahap yang lebih baik dimana secara langsung mampu meningkatkan akademik pelajar. Selain itu, pusat sumber sekolah juga berperanan sebagai medium untuk menggalakkan pelajar dan guru menggunakan kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah. Hal ini kerana, supaya guru dan pelajar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Upload: nurmiftahhuljannahnorlee

Post on 06-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

school

TRANSCRIPT

2.0 Pusat sumber sekolahPusat sumber merupakan pusat maklumat yang sangat penting terutamanaya bagi institusi pengajian seperti sekolah. PSS berfungsi sebagai pusat pencarian maklumat yang membantu penggunannya iaitu para pelajar dan guru dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan juga pembelajaran. Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat perkhidmatan akses maklumat yang bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak ,bukan cetak dan juga bahan digital. Pusat sumber sekolah merupakan tempat utama yang menjadi rujukan kepada para pelajar untuk mencari bahan untuk pembelajaran.Pusat sumber sekolah yang diwujudkan mempunyai pelbagai objektif dan juga matlamat yang ingin dicapai. Antara kepentingan pusat sumber sekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan juga pembelajaran dan juga potensi pelajar. Hal ini kerana dengan penggunaan pusat sumber yang baik mutu pembelajaran dapat ditingkatkan ke satu tahap yang lebih baik dimana secara langsung mampu meningkatkan akademik pelajar. Selain itu, pusat sumber sekolah juga berperanan sebagai medium untuk menggalakkan pelajar dan guru menggunakan kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah. Hal ini kerana, supaya guru dan pelajar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber yang disediakan sekarang mempunyai pelbagai bahan bukan sahaja buku, tetapi juga bahan bukan buku dan juga bahan digital. Sebagai contoh, pusat sumber menyediakan bahan digital seperti DVD yang boleh dimainkan di pusat sumber di kawasan yang disediakan. Hal ini akan membuatkan pelajar tidak akan bosan kerana hanya membaca buku apabila datang ke pusat sumber.2.1 Ciri-ciri pusat sumber yang berkesanPusat sumber merupakan satu tempat ataupun bahagian yang paling penting bagi sesebuah sekolah. Hal ini kerana, pusat sumber merupakan tempat untuk guru dan pelajar mencari bahan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. Bagi menjadikan sesebuah pusat sumber sekolah itu berkesan ianya dipengaruhi oleh beberapa ciri. Antara ciri-ciri yang menjadi faktor sesebuah pusat sumber itu berkesan kepada pelajar dan guru adalah dipengaruhi oleh faktor lokasi, bahan, aktiviti yang dijalankan, dan juga perkhidmatan yang disediakan.Faktor utama yang menjadikan sesebuah pusat sumber itu berkesan adalah faktor lokasi. Lokasi yang paling sesuai untuk mewujudkan pusat sumber adalah di kawasan tengah sekolah. Hal ini kerana, apabila pusat sumber diwujudkan di kawasan tengah di dalam sekolah ianya akan memudahkan semua pelajar dan guru untuk pergi ke pusat sumber. Tidak ada mana-mana sekolah yang meletakkan pusat sumber mereka dikawasan hujung sekolah kerana apabila pusat sumber diletakan dikawasan sebegitu, ahli sekolah akan kurang motivasi untuk pergi ke pusat sumber. Pusat sumber yang baik haruslah tidak terpisah dari mana-mana bahagian sekolah. Selain itu, masyarakat sekolah mestilah tahu tentang pusat sumber dan juga staf yang menguruskan pusat sumber. Hal ini akan memudahkan lagi pengurusan untuk menggunakan pusat sumber dan juga meminjam bahan.Selain itu, pusat sumber yang berkesan seharusnya mempunyai koleksi atau bahan yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik. Hal ini kerana, pusat sumber perlu menyediakan bahan yang baik dan sempurna kepada pelajar dan guru supaya memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap bahan haruslah sentiasa dikemas kini. Bahan yang terdapat dalam pusat sumber haruslah sesuai dengan persekitaran sekolah. Sebagai sebuah institusi pendidikan, bahan yang disediakan oleh pusat sumber perlulah berunsurkan ilmiah. Bahan yang terlarang seperti bahan lucah dan pornografi mestilah diharamkan. Hal ini kerana bahan seperti ini tidak sesuai dengan umur dan juga budaya persekolahan.Tambahan pula, pusat sumber yang berkesan selalunya akan mempunyai aktivitinya yang tersendiri yang akan dijalankan sepanjang tahun. Pusat sumber seharusnya menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang tahun bagi menarik minat pelajar untuk datang ke pusat sumber. Hal ini kerana, apabila terdapat aktiviti yang dijalankan para pelajar akan datang dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yanb boleh dilakukan adalah seperti pertandingan NILAM, membuat karangan, dan sebagainya. Perkara ini bukan sahaja mampu menarik minat pelajar tetapi mencungkil bakat pelajar.

2.2 Pengurusan pusat sumber2.2.1 Penubuhan jawatan kuasaDalam menguruskan pusat sumber sekolah, jawatan kuasa wajid ditubuhkan. Penubuhan jawatan kuasa ini bertujuan untuk mengendalikan dan juga menguruskan pusat sumber secara lebih berkesan dan sistematik. Penubuhan jawatan kuasa terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu, jawatan kuasa induk pusat sumber dan juga jawatan kuasa kerja PSS. Bagi penubuahan jawatan kuasa induk pusat sumber, guru besar merupakan pengerusi dan diikuti oleh guru penolong kanan kurikulum sebagai naib pengerusi. Seterusnya ialah guru penyelaras pusat sumber yang berperanan sebagai setiausaha. Manakala bagi guru-guru kanan persatuan, wakil PIBG dilantik sebagai ahli jawatan kuasa. Walaubagaimanpun, jawatan kuasa pusat sumber sekolah ini mestilah diubah suai mengikut keadaan sekolah.Bagi penubuhan jawatan kuasa kerja pusat sumber sekolah pula mempunyai sedikit perbezaan. Guru penyelaras akan dilantik sebagai pengerusi. Selepas itu, pengawas perpustakaan akan dilantik dan menjadi ahli untuk menguruskan pusat sumber. Selain itu, perlantikan pembantu perkeranian boleh diusahakan kepada mana-mana kakitangan sekolah yang berkebolehan dan berminat untuk membantu kerja-kerja perkeranian. Dan perkara yang terakhir adalah penentuan dan pembahagian bidang tugas kepada ahli jawatan kuasa pusat sumber sekolah. Pembahagian bidang tugas ini haruslah dibuat dengan jelas dan tidak berlaku pertentangan tugas antara ahli.2.2.2 Rancangan pengoperasian pusat sumber.Bagi rancangan pengoperasian pusat sumber ini selalunya dilakukan oleh jawatan kuasa induk PSS. Jawatan kuasa tertinggi ini akan menggubal polisi pelaksanaan dan juga penggunaan pusat sumber. Selain itu, mereka juga berperanan untuk merancang kewangan PSS dari segi mencari dan juga menguruskan sumber kewangan, menentukan sistem dan peraturan pusat sumber sekolah.Perkara ini melibatkan pelajar secara langsung. Bagi jawatan kuasa tertinggi, penetapan peraturan pss kepada pelajar meliputi aspek masa PSS dibuka. Selain itu ianya juga melibatkan penggunaan kemudahan yang disediakan sepserti buku, meja kerusi dan sebgainya. Proses peminjaman, bilangan dan tempoh peminjaman juga pelu dijelasskan secara terang dan terperinci kepada pelajar. Faktor keselamatan merupakan anttara perkara utama yang perlu diberikan penekanan. Keselamatan ini melibakan keselamatan pelajar, alatan dan juga bahan pss.Bagi guru dan kakitangan pula, perkara yang perlu ditegaskan adalah lebih kurang sama dengan pelajar iaitu bahan yang boleh digunakan dan dipinjam. Selain itu, jadual dan masa penggunaan pusat sumber dan juga perkhidmatan khas. Bagi sistem peminjaman buku biasanya ia menggunakan sistem brown. Sistem brown ini menggunakan kad yang mempunyai butiran peminjam dan juga tarikh pemulangan.2.2.3 Rancangan perkhidmatan PSSLangkah yang seterusnya untuk menguruskan pusat sumber dengan berkesan adalah dengan mengadakan rancangan perkhidmatan. Rancangan ini selalunya akan dibuat oleh guru PSS. Rancangan perkhidmatan ini melibatkan aspek perkembangan fizikal pusat sumber, perkembangan koleksi, perancangan promosi, perancangan aktiviti, latihan dan pengurusan PSS, penilaian pengurusan dan penggunaan PSS, dan juga penghasilan bahan penganjuran pembelajran, promosi, dan juga panduan. Rancangan perkhidmatan ini sangat penting kerana bagi memastikan segala sistem pusat sumber berjalan dengan lancar. Ianya juga bertujuan untuk memudahkan pelajar dan guru menggunakan pusat sumber sebagai medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran.2.2.4 Latihan dan bengkel kepada jawatankuasa kerja pusat sumberLangkah yang seterusnya adalah mengadakan latihan dan bengkel kepada jawatan kuasa kerja pusat sumber sekolah. Latihan dan bengkel ini merupakan satu perkara yang wajib dilakukan supaya setiap ahli jawatan kuasa PSS tahu bagaimana untuk menguruskan dan mengendalikan bahan di PSS. Antara aspek yang perlu diberikan latihan dan bengkel adalah pemfailan keratan akhbar dan menyusun bahan di rak. Selain itu, ahli PSS ini perlu membantu dalam memproses bahan seperti melapik, menggantung, melekat poket kad pinjaman, dan juga melekat label. Tambahan pula, tugas yang perlu dilakukan oleh ahli jawatan kuasa kerja adalah menjilid majalah dan surat khabar, menggunting suratkhabar / majalah yang telah ditentukan oleh guru pusat sumber untuk tujuan fail tegak, mengemas dan membersihkan bilik pusat sumber,memperbaiki buku, membantu guru pusat sumber di dalam mengendalikan pondok ilmu dan sudut aktiviti,membantu guru pusat sumber menghasilkan bahan pembelajaran, dan juga mengambil bahagian di dalam rancangan siaraya ( radio sekolah).2.2.5 Pengurusan kemudahan fizikal dan keceriaanKeadaan pusat sumber yang kondusif dan ceria mampu menarik minat pelajar untuk datang ke pusat sumber. Pengurusan terhadap kemudahan fizikal PSS seharusnya diberikan penekanan yang sangat kuat. Hal ini kerana kemudahan fizikal dan kecerian merupakan perkara yang paling penting bagi sesebuah pusat sumber. Pengurusan fizikal pusat sumber haruslah meliputi aspek pengubahsuaian kedudukan rak, perabot, alat dan sebagainya mengikut rancangan keperluan penggunaan. Selain itu, susunan dan peruntukan perabot serta alatan mengikut ruang yang diperlukan. Panduan dan label tunjuk arah dilekatkan di tempat yang tertentu. Pameran peraturan dan panduan perlu dipaparkan untuk membantu pelajar mencari dan mengguna maklumat. Tambahan pula, poster, carta dan gambar - gambar dilekatkan di tempat yang bersesuaian perlulah menarik supaya pelajar suka datang ke pusat sumber.2.2.6 RekodPengemaskinian rekod pusat sumber sekolah merupakan perkara yang penting untuk dilakukan. Hal ini kerana rekod ini bertujuan untuk memastikan bahan yang disediakan sentiasa dalam keadaan baik dan masih ada untuk kegunaan pelajar. Ahli jawatan kuasa PSS perlu menyimpan dan mengemaskini rekod perolehan bahan, pinjaman bahan, penggunaan bahan, koleksi bahan, belanjawan, dan juga rekod-rekod lain yang difikirkan perlu. Rekod ini bertujuan supaya tidak berlaku masalah pada masa akan datang. Sebagai contoh, ahli PSS perlu merekod pinjaman bahan yang dilakukan oleh pelajar atau guru. Dengan wujudnya rekod ini, mereka dapat tahu siapa yang meminjam buku, buku apa yang dipinjam, jenis buku,dan juga tarikh peminjaman serta tarikh pemulangan bahan tersebut.Dengan ini, mereka mudah mengetahui tentang bahan sesuatu bahan tersebut sama ada dipinjam ataupun telah hilang.2.2.7 Penyemakan stokPenyemakan stok perlu dilakukan sekurang kuranganya dua kali setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahan atau buku sentiasa ada dan masih boleh digunakan oleh pelajar dan juga guru. Setelah penyemakan stok dilakukan, penilaian dan juga penyedian laporan tahunan PSS akan dibuat. Di sinilah pentingnya rekod yang telah dibuat terhadap bahan-bahan yang berkaitan dengan pusat sumber sekolah. Penyemakan stok dijalankan bertujuan untuk mengesan bahan yang hilang, rosak, tidak sesuai, tidak digunakan langsung, dan juga bahan yang tidak dikemaskini. Apabila penyemakan dilakukan, dan bahan yang rosak atau hilang dapat dikesan, ianya akan memudahkan ahli PSS untuk membaiki bahan dan juga menggantikan bahan tersebut dengan bahan yang baru disamping mengemaskini bahan supaya sentiasa boleh digunakan oleh pelajar dan guru.