pusat kegiatan guru kuala selangor - pkg kalumpang ... · mesyuarat merupakan salah satu agenda ......

15
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi kepada aktiviti kurikulum sekolah. PSS merupakan penyumbang besar kepada peningkatan pencapaian akademik sekolah. Justeru pengurusan dan perkhidmatannya kepada pelanggan memerlukan pendekatan yang terarah kepada pengurusan yang cekap, berkesan dan berintegriti. Pengurusan sedemikian akan memastikan PSS berfungsi sebagaimana sepatutnya dan seterusnya dapat memberi sumbangan yang besar dan signifikan kepada pembangunan akademik dan kokurikulum sekolah. PSS diurus-tadbir oleh seorang guru yang dipanggil Guru Perpustakaan Media (GPM) yang mana mereka ini mempunyai pengetahuan mengurus PSS melalui sekurang-kurangnya latihan Asas Pengurusan PSS selama 35 jam. Walaupun GPM telah mempunyai pengetahuan asas dalam mengendalikan PSS secara berkesan, namun begitu pada setiap masa, mereka ini perlu diberi input-input baru mengenai pengurusan PSS agar mereka sentiasa terdedah dengan ledakan baru dalam bidang teknologi maklumat. GPM merupakan antara agen penyebaran inovasi paling hadapan di peringkat sekolah. Mereka sepatutnya bukan saja penerima, pengamal bahkan menyebarkan apa saja inovasi P&P yang melanda dunia pendidikan ketika ini. PKG mempunyai tanggungjawab dalam memantau, membimbing dan memberi khidmat bantu kepada PSS di semua sekolah di bawah pengawasan PKG berkenaan. Ini termasuklah bidang-bidang seperti pengurusan dan perkhidmatan PSS, penggunaan Pusat Akses Sekolah, Aktiviti Program Bacaan, program NILAM dan sebagainya. Bagi memenuhi keperluan tersebut, PKG daerah Hulu Selangor telah mengadakan Bengkel Pengurusan PSS pada 1.2.2012 bertempat di PKG Kalumpang. Ia dihadiri oleh semua GPM dan Ketua PKG Daerah Hulu Selangor. Turut hadir merasmikan bengkel ini ialah Pn Hjh Hamidah bt Abdul Samad Penolong PPD Hulu Selangor Unit Akademik. Fasilitator bengkel terdiri dari Jurulatih Utama PSS Negeri dan Daerah Hulu Selangor. Dalam bengkel berkenaan GPM telah didedahkan dengan input-input baru dalam tatacara pengurusan PSS dan Program NILAM.

Upload: tranthuan

Post on 20-Sep-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi kepada aktiviti kurikulum sekolah. PSS merupakan penyumbang besar kepada peningkatan pencapaian akademik sekolah. Justeru pengurusan dan perkhidmatannya kepada pelanggan memerlukan pendekatan yang terarah kepada pengurusan yang cekap, berkesan dan berintegriti. Pengurusan sedemikian akan memastikan PSS berfungsi sebagaimana sepatutnya dan seterusnya dapat memberi sumbangan yang besar dan signifikan kepada pembangunan akademik dan kokurikulum sekolah. PSS diurus-tadbir oleh seorang guru yang dipanggil Guru Perpustakaan Media (GPM) yang mana mereka ini mempunyai pengetahuan mengurus PSS melalui sekurang-kurangnya latihan Asas Pengurusan PSS selama 35 jam.

Walaupun GPM telah mempunyai pengetahuan asas dalam mengendalikan PSS secara berkesan, namun begitu pada setiap masa, mereka ini perlu diberi input-input baru mengenai pengurusan PSS agar mereka sentiasa terdedah dengan ledakan baru dalam bidang teknologi maklumat. GPM merupakan antara agen penyebaran inovasi paling hadapan di peringkat sekolah. Mereka sepatutnya bukan saja penerima, pengamal bahkan menyebarkan apa saja inovasi P&P yang melanda dunia pendidikan ketika ini.

PKG mempunyai tanggungjawab dalam memantau, membimbing dan memberi khidmat bantu kepada PSS di semua sekolah di bawah pengawasan PKG berkenaan. Ini termasuklah bidang-bidang seperti pengurusan dan perkhidmatan PSS, penggunaan Pusat Akses Sekolah, Aktiviti Program Bacaan, program NILAM dan sebagainya. Bagi memenuhi keperluan tersebut, PKG daerah Hulu Selangor telah mengadakan Bengkel Pengurusan PSS pada 1.2.2012 bertempat di PKG Kalumpang. Ia dihadiri oleh semua GPM dan Ketua PKG Daerah Hulu Selangor. Turut hadir merasmikan bengkel ini ialah Pn Hjh Hamidah bt Abdul Samad Penolong PPD Hulu Selangor Unit Akademik. Fasilitator bengkel terdiri dari Jurulatih Utama PSS Negeri dan Daerah Hulu Selangor. Dalam bengkel berkenaan GPM telah didedahkan dengan input-input baru dalam tatacara pengurusan PSS dan Program NILAM.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL PENINGKATAN KOMPETENSI PENGURUSAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ketika ini ICT telah merubah corak lanskap serta senario pendidikan di negara kita. Jurang perbezaan pencapaian akademik antara sekolah-sekolah bandar dan luar bandar cuba dikurangkan dengan menggunakan kaedah pendekatan moden menggunakan ICT. Sekolah-sekolah harian biasa telah melalui penilaian SSQS dan SSPICTS bagi dinaiktaraf sebagai sekolah bestari. Bagi menjayakan visi ini, sekolah-sekolah telah dilengkapkan dengan prasarana ICT yang antaranya adalah bekalan perkhidmatan capaian internet, peralatan ICT, makmal komputer sekolah, pusat akses sekolah dan beratus bahan P&P digital. Pembekalan berkenaan adalah bagi menyokong proses P&P guru dan murid agar lebih berkesan dan objektif P&P dapat dicapai dengan lebih mudah. Ia juga bagi memenuhi keperluan pelajar masa kini yang terdedah dengan dunia ilmu tanpa sempadan yang mana para pelajar ini boleh mengakses maklumat di mana-mana saja dan pada bila-bila waktu.

Di setiap sekolah telah ditempatkan seorang Guru Penyelaras Bestari (GPB) bertujuan untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan ICT seperti pembestarian sekolah, penilaian dan aduan atas talian, penggunaan bahan dan peralatan ICT, inisiatif ICT sekolah, makmal komputer dan pusat akses sekolah. Sekolah-sekolah yang mempunyai pusat akses sekolah pula dibekalkan dengan seorang Juruteknik komputer bagi membantu kerja-kerja selenggaraan perkakasan ICT di sekolah berkenaan.

Bagi membantu GPB dalam melancarkan pengurusan ICT di peringkat sekolah, PKG daerah Hulu Selangor telah mengadakan Bengkel Pengurusan ICT pada 2.2.2012 bertempat di PKG Kampung Soeharto. Ia dihadiri oleh semua GPB dan Ketua PKG Daerah Hulu Selangor. Dalam bengkel berkenaan GPB telah didedahkan dengan input-input baru dalam tatacara pengurusan dan selenggaraan peralatan ICT sekolah, peranan dan tanggungjawab GPB, dan pelaksanaan inisiatif ICT sekolah. Bengkel telah dikendalikan oleh En. Mohd Sujang Ahmad Zaini, Ketua PKG Kalumpang. En. Taufek, Pegawai ICT PPD Hulu Selangor juga turut hadir dan memberi taklimat mengenai 1BestariNet.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

MESYUARAT GPM 1/2012 & TAKLIMAT I-NILAM Mesyuarat merupakan salah satu agenda

atau elemen penting di dalam sesebuah

organisasi mahupun jawatankuasa pelaksana

sebarang tugasan, projek atau pengurusan.

Ia merupakan tempat di mana berlakunya

percambahan idea, penyampaian maklumat,

memberikan arahan serta menerima perintah

dari mereka yang mengetuai sesuatu

pasukan. Ia juga adalah untuk merangka

sesuatu strategi, mengumpulkan pandangan

serta mencari kesepakatan di dalam urusan berorganisasi.

Satu mesyuarat dengan GPM sekolah-sekolah ahli PKG Kalumpang telah diadakan pada

24.4.2012 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Kalumpang. Semua GPM yang dijemput telah

menghadiri mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Mohd Sujang Ahmad Zaini, Ketua PKG

Kalumpang. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan ialah:

1. Pelaksanaan Sasaran Kerja Tahunan PKG Kalumpang Tahun 2012. 2. Pemantauan dan khidmat bantu PSS 3. Pengurusan dan pentadbiran PSS 4. Pengisian pemantauan atas talian IQ-PSS dan I-NILAM 5. Pemilihan Jawatankuasa Pemaufakatan GPM 2012 - 2013 6. Taklimat Pengisian I-NILAM

Selepas mesyuarat, satu taklimat mengenai

tatacara pengisian I-NILAM telah

dijalankan. Taklimat telah dibuat oleh Pn

Khairul Faridah Hasan, Ketua PKG Sungai

Choh. Turut sama hadir ialah En Khairani

dan En Izuan dari PKG Sungai Choh, Pn

Semariati dan En Roslan dari PKG Kuala

Kubu Bharu.

Adalah diharapkan melalui mesyuarat kali

ini, PKG akan mendapat kerjasama yang baik dari pihak sekolah khususnya dalam

menjayakan segala program yang telah dirangka dalam SKT tahunan PKG ini. Antaranya

adalah seperti pemantauan, khimdmat bantu, mesyuarat, kursus dan bengkel dan juga

aktiviti sosial dan kebajikan. PKG juga berharap guru-guru ini akan menjadi agen

pengantara antara pihak PKG dengan sekolah dalam melaksanakan dasar-dasar KPM dan

maklumat-maklumat dari JPN dan PPD.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

KURSUS PENGGUNAAN EDUWEBTV DALAM P&P UNTUK KETUA PANITIA

BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH

EduwebTV merupakan TV

Pendidikan interaktif milik KPM

yang disiarkan secara atas talian.

Ia diwujudkan bagi memberi variasi

kepada kaedah P&P bestari dalam

membekalkan pelajar dengan

pelbagai maklumat di hujung jari

mereka. Pelajar diajak meneroka

pelbagai situasi pembelajaran di samping penyampaian ilmu dan maklumat selaras dengan

keperluan kurikulum dan pengetahuan am mereka.

Penampilan dan pengisian EduwebTV versi 2.0 kali ini tampak lebih menarik dari versi yang

terdahulu. Ia ditambah dengan banyak koleksi video pendidikan yang bukan saja disajikan

oleh penerbit malah juga koleksi video terpilih yang disumbangkan oleh pengguna. Ciri-ciri

lebih interaktif juga telah ditambah sebagai nilai tambah kepada ciri-ciri mesra pengguna

sedia ada.

Guru dan pelajar amat sangat

digalakkan untuk menggunakan

EduwebTV ini di dalam proses P&P

masing-masing. Bagi tujuan ini, PKG

Kalumpang telah mengadakan sesi

pendedahan penggunaan EduwebTV

kepada Guru Ketua Panitia Bahasa

Malaysia sekolah rendah. Ia telah

diadakan 26.4.2012 bertempat di Makmal Komputer SK Kalumpang. Kursus ini dikendalikan

oleh En. Mohd Sujang Ahmad Zaini, Ketua PKG Kalumpang. Adalah diharapkan EduwebTV

akan menjadi salah satu pilihan utama bagi guru dan pelajar membuat rujukan, sebagai

bahan P&P, berinteraksi, mendapatkan koleksi bahan dsb.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL PENGGUNAAN E-BAHAN DALAM P&P

Pembelajaran kanak-kanak dalam era

abad 21 mempunyai berbezaan yang

sangat ketara jika dibandingkan dengan

gaya pembelajaran mereka di abad lepas.

Proses pembelajaran mereka kini melalui

fasa dan perspektif baru dengan

kebanyakannya berasaskan bahan digital

dan multimedia. Ia juga memerlukan

transformasi pedagogi guru selaras

dengan keperluan semasa pelajar zaman

ini.

Keadaan sedemikian menuntut kepada aktiviti menaiktaraf prasarana ICT di peringkat

sekolah yang telah pun dilaksanakan beberapa tahun lalu dengan semua sekolah

dibekalkan dengan capaian internet, pembinaan makmal-makmal komputer dan pusat akses

sekolah, pembekalan bahan-bahan digital dan sebagainya. Selain dari menggunakan

bahan-bahan digital yang dibekalkan oleh beberapa bahagian di KPM, guru dan pelajar juga

boleh meneroka ilmu tanpa sempadan melalui berjuta laman web pendidikan di internet.

Bagi memperkasakan lagi

kompetensi guru dalam

menggunakan bahan dalam

aktiviti P&P mereka, PKG

Kalumpang telah menganjurkan

Bengkel Penggunaan e-Bahan

Dalam P&P kepada guru-guru

MBM sekolah rendah. Bengkel

telah dijalankan pada 17 April

2012 di PKG Kalumpang.

Seramai 10 orang guru telah

menghadiri bengkel berkenaan. Bengkel berkenaan telah dipimpin oleh En. Mohd Sujang

Ahmad Zaini, Ketua PKG Kalumpang.

Dalam bengkel tersebut, peserta telah didedahkan dengan kaedah penggunaan CDRI

dalam P&P khususnya pengajaran Bahasa Melayu dalam projek MBMMBI. Mereka juga

diajar bagaimana menggunakan bahan dari internet dalam P&P. Di akhir bengkel para

peserta telah menghasilkan rancangan pengajaran harian yang di dalamnya memerlukan

mereka menggunakan bahan dari CDRI atau sumber yang diperolehi dari internet. Adalah

diharapkan para peserta akan berkeyakinan menggunakan e-bahan dalam pengajaran

mereka disamping meningkatkan kompetensi ICT mereka.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL PENGGUNAAN MS POWER POINT DALAM P&P

Microsoft Power Point merupakan

salah satu perisian yang berguna

sebagai alat persembahan. Ia

mempunyai ciri-ciri istimewa yang

mana ia boleh digunakan untuk

persembahan digital, multimedia,

penerangan, pengajaran dan

pembelajaran interaktif dan

sebagainya. Pengguna boleh

menyisip bahan grafik, audio, video

dan animasi di dalamnya.

Bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan MS Power Point telah digunakan dengan

meluas oleh guru dan pelajar berdasarkan keupayaannya sebagai alat untuk menerangkan

sesuatu konsep yang abstarak dan juga menarik minat pelajar untuk meneroka lebih jauh

akan sesuatu tajuk yang agak kompleks.

Justeru PKG Kalumpang telah menawarkan bengkel berkenaan kepada guru sekolah ahli.

Bengkel ini diadakan dengan tujuan membudayakan penggunaan ICT dalam pengurusan

dan PDP, membantu meningkatkan pencapaian SSQS sekolah, meningkatkan keyakinan

dan kompetensi guru terhadap penggunaan ICT dalam PDP, menambah pilihan

penggunaan BBM, menambah koleksi bahan sumber PDP dan meningkatkan kolaborasi

sesama warga sekolah setempat dan di luar sekolah.

Sekolah pertama yang diberi pendedahan

tersebut ialah SK Lembah Beringin Hulu

Selangor. Bengkel telah diadakan pada 10

Mei 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat

sekolah berkenaan. Seramai 20 orang guru

dan staf sekolah berkenaan telah mengikuti

bengkel berkenaan peringkat asas.

Bengkel berkenaan telah dikendalikan oleh

En Mohd Sujang bin Ahmad Zaini, Ketua

PKG Kalumpang. Dalam kursus berkenaan

para peserta telah didedahkan dengan

penggunaan perisian dan ditunjukkan juga beberapa contoh bahan PDP yang dihasilkan

dengan menggunakan MS Power Point.

Adalah diharapkan para guru akan menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk

meningkatkan keupayaan mereka dalam memberi kepuasan kepada pelajar untuk mencapai

objektif pembelajaran yang ditetapkan dengan lebih berkesan lagi.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

PROGRAM OUTREACH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KPM telah membina satu kaedah penilaian

kendiri iaitu Smart School Qualification

Standards (SSQS) yang mana ia merupakan

satu indikator KPM untuk mengukur tahap

bestari sesebuah sekolah. Ia dilaksanakan

pada setiap tahun. Setiap sekolah

bertanggungjawab menilai secara kendiri tahap

berkenaan mengikut jadual dan tatacara yang

telah ditetapkan. Tahap bestari SSQS

dikategorikan dari 1 hingga 5 bintang. Sekolah-

sekolah yang mendapat 1 dan 2 bintang dianggap belum mencapai tahap bestari yang

diunjurkan.

Bagi membantu sekolah-sekolah ini mencapai sekurang-kurangnya 3 bintang, sekolah-

sekolah ini dikumpulkan dalam satu kelompok dan diketuai oleh sebuah sekolah yang

mencapai 5 bintang SSQS yang dipanggil sebagai sekolah pemangkin. Sekolah pemangkin

ini akan melaksanakan beberapa program khas bersama dengan sekolah ahli kelompok tadi

bagi membantu mereka meningkatkan tahap pencapaian SSQS masing-masing.

Satu aktiviti iaitu Program Outreach Pembestarian

Sekolah telah diadakan pada 22 Mei 2012 bertempat

di SK Taman Bunga Raya 2 Hulu Selangor. Ia adalah

merupakan salah satu inisiatif sekolah pemangkin

untuk membantu menaikkan pencapaian penarafan

sekolah-sekolah kelompok 1 dan 2 bintang dan

meningkatkan pencapaian sekolah 3 bintang ke

tahap yang lebih tinggi.

Sebanyak 18 buah sekolah terlibat dalam program ini. Peserta yang terlibat pula terdiri dari

Pengetua, Guru Besar, Guru Penyelaras Bestari dan murid-murid sekolah-sekolah yang

mendapat 2 dan 3 bintang SSQS. Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah ceramah-ceramah

kepada Pengetua/Guru Besar dan GPB bertajuk Pentaksiran SSQS yang disampaikan oleh

En Munir bin Ayub dari BTPN Selangor dan Pengintergrasian ICT Dalam PDP yang

disampaikan oleh Dr. Noraini bt Mohd. Noh dari UPSI. Sementara pelajar sekolah

menengah melaksanakan aktiviti Jejak Maklumat dan pelajar sekolah rendah pula terlibat

dengan aktiviti Kuiz ICT. Majlis Penutup Program disempurnakan oleh En. Jamaludin bin

Abdul Kadir Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor.

Adalah diharapkan pencapaian SQQS sekolah-sekolah daerah Hulu Selangor akan

mencapai 100% tahun ini. Ini berikutan pelbagai aktiviti telah, sedang dan akan

dilaksanakan di semua peringkat sekolah.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS SJKT LADANG ESCOT Khidmat Bantu Bersepadu PSS merupakan satu

usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

memastikan kemajuan pembangunan PSS bagi

meningkatkan literasi dalam kalangan murid dan

guru serta menyokong proses pengajaran dan

pembelajaran melalui penggunaan sumber

pendidikan. Pekeliling Ikhtisas Bil 10/2000

bertarikh 20 April 2000, telah menyatakan

bahawa semua pihak perlu mempertingkatkan

usaha bagi menaik taraf PSS dari segi

kemudahan fizikal, alatan, bahan serta

penggunaan PSS dalam pengajaran dan

pembelajaran. Program ini diharap akan dapat memartabatkan PSS sebagai nadi utama

pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan pendidikan.

Khidmat bantu dijalankan untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan Pengurusan dan pemerosesan bahan sumber Pendidikan serta urusan pengendalian PSS yang lebih berkesan. Dihasratkan juga ia akan membantu meningkatkan Pengurusan PSS secara Keseluruhan khususnya dalam Pengurusan bahan, fizikal serta sistem pentadbiran. Selain itu juga dapat meningkatkan Penggunaan PSS dalam kalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan Pendidikan dan ICT masa kini seterusnya meningkatkan kadar pembacaan dalam kalangan pelajar selaras dengan

pelaksanaan dan hala tuju aktiviti galakan membaca iaitu Program NILAM. Bagi memenuhi keperluan tersebut, PKG Kalumpang

telah mengadakan Bengkel Khidmat Bantu PSS

pada 26.06.2012 bertempat di SJKT Ladang Escot,

Hulu Bernam. Ia dihadiri oleh beberapa orang GPM

dan juruteknik sekolah ahli. Fasilitator bengkel ialah

Puan Noor Hafiza Binti Abdul Raub, Pegawai

Teknologi Pendidikan PKG Kalumpang. Antara

aktiviti yang dijalankan ialah memproses bahan

buku, mengemaskini data dan maklumat, susun atur

fizikal, mengurus sudut-sudut dalam PSS dan

sebagainya. Ia juga secara tidak langsung dapat

mengeratkan kerjasama sekolah-sekolah ahli. Juga diharapkan pencapaian PSS sekolah ini

dalam penilaian IQ-PSS akan dapat ditingkatkan.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL PENTAKSIRAN SSQS

Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi

pengajaran yang telah direka semula secara

sistemik dari segi proses pengajaran dan

pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk

membantu murid menghadapi cabaran era

teknologi maklumat.

Budaya pengajaran dan pembelajaran yang

diterapkan melalui sekolah bestari menggalakkan

pemikiran secara kritis dan kreatif, berfokus kepada murid serta menekankan cara

pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri, dan terarah kendiri. Manakala pengurusan

sekolah yang mantap dan berkesan merupakan penentu kepada kejayaan pembestarian

sekolah.

KPM telah menyalurkan peruntukan yang sangat besar jumlahnya bagi mewujudkan

persekitaran pendidikan bestari di sekolah-sekolah dengan pembekalan peralatan dan

bahan ICT. Makmal-makmal komputer dan pusat-pusat akses telah dibina di kebayakan

sekolah. Adalah diharapkan semua sekolah di Malaysia telah beroleh penarafan sekolah

bestari. Penarafan ini dibuat melalui kaedah penilaian atas talian menggunakan instrumen

Smart School Qualification Standard atau SSQS.

Sungguhpun begitu apabila tahun 2010

berakhir, masih terdapat beberapa sekolah

yang tidak mencapai taraf berkenaan. Oleh

yang demikian BTPN dan PKG Negeri

Selangor telah merangka beberapa strategi

antara lain bagi membantu sekolah mencapai

tahap 4 hingga 5 bintang dalam penilaian

SSQS. Bagi tujuan tersebut BTPN-PKG

Selangor telah menjalankan Program Sekolah

Pemangkin dan Sekolah Kelompok. Dalam

program ini setiap satu sekolah terpilih yang mencapai tahap 5 bintang dalam SSQS akan

mendapat beberapa sekolah angkat untuk dibantu yang dipanggil Sekolah Kelompok.

Satu taklimat bagi melaksanakan strategi ini telah diadakan pada 3 Julai 2012 bertempat di

PKG Kalumpang. Peserta terdiri Guru Penyelaras Bestari sekolah ahli kelompok PKG

Kalumpang. Dalam taklimat berkenaan para peserta telah didedahkan dengan strategi

program, pembestarian sekolah, SSQS, amalan terbaik penggunaan ICT dan merangka

pelan strategik pembestarian sekolah. Taklimat disampaikan oleh En Mohd Sujang bin

Ahmad Zaini, Ketua PKG Kalumpang.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL I-NILAM DAN IQ-PSS Program NILAM merupakan salah satu

program Kementerian Pelajaran

Malaysia yang bertujuan untuk

membina tabiat membaca dalam

kalangan murid sekolah. Program ini

wajib dilaksanakan di semua sekolah

mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil.13/1998 bertarikh 22 Mei 1998.

Sementara itu, PSS pula perlu diurus secara cekap dan sistematik agar ia dapat

memberikan perkhidmatan yang optimum dan berupaya untuk memenuhi keperluan dan

pembekalan informasi kepada semua warga sekolah. PSS merupakan nadi kurikulum di

peringkat sekolah.

IQ-PSS dan i-NILAM merupakan kerangka kerja untuk mengukur indeks kualiti pencapaian

NILAM bagi melahirkan insan intelek melalui perkongsian informasi menggunakan integrasi

sistem secara atas talian dan bersepadu. Sistem i-NILAM dan IQ-PSS yang diisi secara atas

talian ini bertujuan melancar dan mempermudahkan aliran kerja dan proses penilaian dan

pemantauan program NILAM yang dilaksanakan di peringkat sekolah seluruh negara oleh

BTP, BTPN dan PKG.

Bengkel i-NILAM dan iQ-PSS untuk GPM

kelompok PKG Kalumpang telah diadakan

pada 13 Jun 2012. Seramai 11 orang yang

terdiri daripada Guru Perpustakaan & Media

telah mengikuti bengkel tersebut yang

bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30

petang bertempat di Bilik Arowana, PKG

Kalumpang. Bengkel ini telah dikendalikan

oleh Puan Noor Hafiza Binti Abdul Raub,

Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29.

PKG Kalumpang. Dalam bengkel tersebut GPM berkenaan telah dibimbing bagaimana

menggunakan sistem i-NILAM dan iQ-PSS secara cekap dan berkesan.

Adalah diharapkan bengkel ini dapat membantu GPM memahami aspek-aspek teknikal

dalam menggunakan aplikasi penilaian atas talian untuk penarafan program NILAM dan

pengurusan PSS. Dapatan dari hasil penilaian dan penarafan ini akan digunakan oleh pihak

sekolah untuk meningkatkan pencapaian program NILAM dan pengurusan serta

perkhidmatan PSS.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL BAHAN PROMOSI PSS

Menurut Indriyo G. (1994) promosi

adalah merupakan kegiatan yang

ditujukan untuk mempengaruhi

pengguna/pelanggan agar mereka

dapat menjadi lebih kenal akan produk

yang ditawarkan oleh sesuatu

perusahaan kepada mereka dan

kemudian mereka menjadi senang lalu

mendapatkan produk tersebut.

Dalam konteks PSS, warga sekolah perlu dimaklumkan banyak perkara tentang

perkhidmatan PSS agar penggunaan PSS meningkat disamping dapat membantu mereka

dalam proses P&P seharian. Di samping warga sekolah, komuniti di luar sana juga perlu

diberi tahu agar apa saja produk PSS di sekolah berkenaan mendapat sokongan sama ada

secara langsung ataupun tidak langsung.

Bahan promosi pula dihidangkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya yang bercetak seperti

brosyer, pemplet, poster, banner dsb. Dalam bentuk digital juga boleh disediakan seperti

bahan taklimat, bahan kiosk, laman web, portal dsb. Ia disediakan dengan sebegitu rupa

bagi menarik minat serta memujuk pelanggan mendapatkan produk yang disediakan oleh

PSS.

Dalam membantu PSS ahli PKG Kalumpang

menerbitkan bahan promosi digital, satu

bengkel penerbitan bahan berkenaan telah

diadakan pada 5 September 2012. Ia dihadiri

oleh semua 11 orang GPM ahli PKG ini.

Bengkel tersebut telah dipimpin oleh En

Mohd Sujang bin Ahmad Zaini, Ketua PKG

Kalumpang.

Antara kandungan bengkel ialah membuat

skrip penerbitan, mengumpul bahan

kandungan, menyusun bahan dan membina bahan menggunakan Microsoft Power Point.

Kandungannya pula adalah seperti Visi, Misi, Matlamat, Objektif, Fungsi, Piagam pelanggan,

Perkhidmatan yg ditawarkan, Jawatankuasa Induk & Jawatankuasa Kerja, Jawatankuasa

Pengawas PSS, Kemudahan fizikal, Waktu perkhidmtan, Peraturan Am & Khusus, Koleksi

alatan dan bahan, Bilik2 / Sudut2 / ruang2 khas, Rangkaian dalam PSS, Perancangan &

takwim tahunan, Program & aktiviti mingguan/bulanan, Program NILAM, Projek khas, Projek

kolaborasi, Keistimewaan, penilaian kendiri IQ PSS & I NILAM dsb. Bahan yang telah siap

boleh dipersembahkan dalam mesyuarat-mesyuarat sekolah, majlis-majlis rasmi sekolah,

kiosk sekolah dsb.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL E-BOOK

E-Book merupakan sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang di dalamnya terkandung pelbagai maklumat. E-Book ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan E-Book ini didatangi dalam bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas. E-Book boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan, teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masyarakat dan sebagainya. Penggunaan E-Book akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan pilihan utama di masa akan datang.

Akhir-akhir ini telah berlaku perubahan tentang cara pembacaan, daripada membaca maklumat di atas kertas sahaja kepada membaca maklumat di dalam bentuk digital di layar komputer. Penggunaan buku elektronik di bilik-bilik darjah adalah merupakan satu inovasi yang sesuai dengan gaya pembacaan generasi kini untuk mendapatkan maklumat. Pelbagai bahan pembacaan yang berbentuk multimedia boleh dicapai oleh pelajar sama ada melalui aplikasi

Internet atau teks digital. Penggunaan buku elektronik dapat memupuk budaya pencarian dan pengubahansuaian maklumat dalam kalangan pelajar.

Mari kita lihat perbezaan antara sebuah E-Book dan sebuah buku:

Buku E-Book

Dalam bentuk fizikal (boleh dipegang) Dalam bentuk maya (perisian/software)

Perlu dijaga dan berat Boleh disimpan di mana-mana (contoh pendrive, computer, 4shared, box.net)

Tidak memerlukan peranti untuk dibaca Memerlukan peranti E-Book reader seperti kindle, ipad untuk dibaca

Perlu dicari di kedai atau online (perlu tunggu buku sampai)

Boleh dimuat turun secara percuma atau membeli menerusi online (cepat sampai)

PKG Kalumpang telah menganjurkan Bengkel Penerbitan Bahan E-Book ini pada 4 September 2012 bertempat di PKG Kalumpang. Bengkel sehari yang dikendalikan oleh Pn Noor Hafiza Mohd Raub PTP 2 PKG Kalumpang ini dihadiri oleh semua 11 orang GPM sekolah ahli PKG Kalumpang. Sebanyak 11 buah tajuk E-Book telah dihasilkan yang kebanyakannya adalah untuk PdP bahasa. Adalah diharapkan guru-guru akan menggunakan E-Book ini sebagai pilihan utama dalam aktiviti bacaan para pelajar.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL PEMILIHAN TOKOH NILAM 2012 Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG Kalumpang merupakan persediaan awal calon-calon yang akan mewakili PKG ke peringkat daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Bagi menyediakan calon-calon yang akan mewakili PKG ini bagi setiap kategori maka penilaian calon adalah dibuat mengikut format yang digunakan di peringkat negeri. Pemilihan Tokoh NILAM ini juga adalah untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah berjaya menyertai program NILAM sepenuhnya mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan. Selain daripada itu, ianya juga untuk mengukuhkan lagi tabiat membaca ke arah melahirkan pembaca bestari melalui pendedahan pelbagai aktiviti pengayaan membaca.

Penilaian Peringkat PKG Kalumpang sebanyak 2 kategori pemilihan akan dilaksanakan.

1. Sekolah Rendah Kebangsaan – 2 calon

2. Sekolah Menengah Kebangsaan – 2 calon

Seramai 22 orang murid telah mengambil bahagian dalam program ini melibatkan sekolah rendah dan menengah.

8 orang tokoh NILAM dari sekolah rendah dan menengah telah dinobatkan mengikut kategori di atas.

1. Sekolah Menengah : (i) Mohamad Zarul Ikhwan B. Zulkarnain (SMK Kalumpang)

(ii) Mohd Redzuan Bin Mohd Suhaimi (SMK Kalumpang)

2. Sekolah Rendah : (i) Mizani Aida Bt. Aszhar (SK Kerling)

(ii) Nurul Suafiqha Bt. Mat Seman (SK Kerling)

(iii) Nur Qamarina Bt. Rosmanitzam (SK Lembah Beringin)

(iv) S. Chanthiramathy (SJKT Ladang Kalumpang)

(v) S. Shangkari (SJKT Ladang Kalumpang)

(vi) K. Thurhesha (SJKT Ladang Changkat Asa)

Penilaian adalah berdasarkan tiga bahagian iaitu pengucapan awam, pengucapan berkumpulan dan esei di mana ketiga-tiga kategori ini perlu dilalui dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris manakala untuk kategori individu calon bebas untuk menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Puan Noor Hafiza Binti Abdul Raub PTP 2 PKG Kalumpang mengetuai bengkel ini sambil dibantu oleh semua GPM sekolah ahli.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL KESELAMATAN SIBER

Pergantungan terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) khasnya Internet di kalangan masyarakat kini tidak dapat disangkal lagi. Ini dapat dilihat daripada aktiviti seharian seseorang di mana hampir keseluruhannya membabitkan penggunaan ICT dan Internet. Bermula dari memuat turun muzik dan permainan komputer, pembelian buku atau majalah, mendapatkan rakan baru, bermain permainan interaktif dan belajar, semuanya dilakukan dalam talian. Bagaimanapun, dengan berkembangnya ICT dan Internet, pengguna Internet sedang berhadapan dengan risiko baharu iaitu risiko ancaman siber. Tanpa pengetahuan yang mendalam akan keselamatan di alam siber, pengguna Internet terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah siber. Penjenayah siber sentiasa mencuba pelbagai kaedah baru bagi memerangkap mangsanya.

Jumlah insiden keselamatan siber, terutama di

kalangan kanak-kanak berpotensi untuk terus

meningkat jika langkah awal tidak diambil untuk

memberi pendidikan mengenai kepentingan

keselamatan siber di kalangan pengguna internet.

Kita harus sedar bahawa penggunaan internet tanpa

kawalan boleh membawa kepada pelbagai bentuk

ancaman siber yang berupaya menjadikan golongan

muda sebagai sasaran. Pengguna internet harus

mempunyai ilmu pengetahuan mengenai

keselamatan siber dan perlu sentiasa berwaspada sewaktu di alam siber.

Justeru bagi memberi ilmu pengetahuan tentang keselamata siber ini, PKG Kalumpang telah mengadakan Bengkel Keselamatan Siber yang telah diadakan pada 5 Oktober 2012 bertempat di PKG Kalumpang. Bengkel yang dikhaskan untuk semua GPB sekolah-sekolah ahli PKG ini telah dikendalikan oleh En Abd Wahi bin Wahid, PTP BPN Selangor. Para peserta telah didedahkan dengan tatacara kawalan keselamatan siber dari pelbagai aspek termasuk penggunaan semua aplikasi Internet, isu-isu semasa, keselamatan ICT, aspek kawalan dan virus komputer.

Pusat Kegiatan Guru Kalumpang

BENGKEL E-MAJALAH

Kaedah penerbitan bahan bercetak telah mula melalui era baru bila ia diterbitkan secara digital menggunakan pelbagai aplikasi ICT. Ia diterbitkan secara atas talian dan boleh diakses oleh semua orang tanpa sempadan. Ia bukan sahaja menggandungi bahan teks dan grafik malah boleh juga dimasukkan dengan bahan2 multimedia lain seperti animasi, video dan audio. Ia dipanggil e-majalah. Ini akan menambah kecanggihan penerbitan e-majalah itu sendiri, lebih menarik dan interaktif. Keadaan ini akan mewujudkan suasana positif melalui perkongsian pelbagai bentuk bahan dalam e-majalah berkenaan.

PKG Kalumpang telah menganjurkan satu Bengkel Penerbitan E-Majalah yang telah diadakan pada 11 Oktober 2012 bertempat di PKG Kalumpang. Bengkel yang dikendalikan oleh En Mohd Sujang Ahmad Zaini, Ketua PKG Kalumpang ini disasarkan kepada semua GPM sekolah-sekolah ahli PKG Kalumpang. Aplikasi yang digunakan ialah Mart View. Menjelang minit akhir bengkel, semua GPM telah mendapat kemahiran menggunakan aplikasi berkenaan untuk menerbitkan e-majalah PSS masing-masing.

Teknik dan kemahiran ini bukan saja untuk menerbitkan e-majalah, malah boleh juga digunakan untuk membina bahan dalam buku elektronik (e-book) atau bahan-bahan PdP yang lain yang mana bahan-bahan tersebut boleh dibangunkan bersama dengan pelajar bagi meningkatkan stimulasi, motivasi dan kreativiti mereka.