pkg kalumpang terkini kurikulum standard sekolah · pdf filebertanggungjawab terhadap...
TRANSCRIPT
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 1
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Semua sekolah rendah di Malaysia akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bagi murid Tahun Satu 2011. Ia selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan mampu bersaing di peringkat global. Proses P&P akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Guru-guru yang berkenaan sedang/telah dilatih untuk melaksanakan KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kurikulum berbentuk modular itu akan memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Ia juga memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum itu akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Sebagai usaha membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baharu akan menjadikan sukan sebagai subjek mata pelajaran. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Edaran Terhad PKG Kalumpang Terkini 2010
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 2
Ketua Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
Saya mula berkhidmat di PKG ini pada 2 Februari 2010 setelah
berpindah dari PKG Kuala Selangor. Sebagai tenaga baru di PKG ini
sudah pasti saya mendapati ada beberapa perbezaan dari beberapa
aspek jika dibandingkan dengan tempat kerja saya yang lama
walaupun dari segi fizikalnya ia tidak banyak berbeza. Ini termasuklah
iklim dan persekitaran kerja, bilangan sekolah ahli, perhubungan,
keistimewaan dan kekuatan tersendiri.
Sungguhpun demikian dengan pengalaman yang saya miliki saya akan
cuba menterjemah segala amanah yang dipertanggungjawabkan khususnya dalam usaha
untuk memperkasakan PKG sehingga ia akan menjadi satu tempat yang sangat popular
dalam kalangan warga pendidik setempat. Dengan semangat sepasukan yang telah sedia
ada di sini, saya optimis yang saya tidak akan menghadapi masalah untuk meneruskan
obligasi organisasi khususnya untuk melihat warga sekolah terbimbing dalam melaksanakan
segala hasrat KPM dan kerajaan untuk menghasilkan satu generasi masa depan selaras
dengan inti pati Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga untuk menjayakan keberhasilan KPI
KPM, PKG dan sekolah.
Iklim pendidikan di negara kita sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa dan juga
tuntutan zaman. Ia memerlukan ketahanan mental serta semangat juang yang tinggi dalam
kalangan warga sekolah untuk membantu kerajaan menjelmakan transformasi pendidikan.
Kita dituntut untuk responsif secara positif pada perubahan dasar dan sistem yang
diperkenalkan. Ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana kita perlu melalui beberapa
proses trnasformasi, migrasi dan integrasi. Selagi kita bernama guru, mahu atau tidak, kita
terpaksa melaluinya kerana ia akan menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakannya.
PKG sebagai centre for professional learning organization, juga sebagai sebuah production
house akan membantu warga guru untuk perkongsian idea, percambahan minda dan
memperkayakan kreativiti dalam menjayakan pelaksanaan transformasi pendidikan. Warga
guru setempat perlu aktif menggunakan PKG yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana
ICT sebagai one stop center atau wadah kepada pelaksanaan aktivti-aktivti berkenaan.
Membaca boleh dibuat di mana-mana. Kita pernah dengar dan lihat, seorang ibu atau bapa
mebacakan buku cerita pada anak-anak mereka yang hendak tidur. Kita juga biasa melihat orang
membaca sambil menunggu ketibaan rakan, kenderaan atau tibanya sesuatu waktu. Membacalah di
mana-mana dan pada bila-bila masa. Ingatlah, membaca itu jambatan ilmu. Kita mesti mengharapkan
mendapat pelajaran yang positif dari bahan yang kita baca. Kita akan dihormati jika kita tinggi ilmu.
Dengan membaca kta dapat menceritakan semula sesuatu kejadian, yakin bercakap tentang apa
sahaja yang kita dengar, lihat atau baca dengan lebih efektif lagi. Tambahan lagi, membaca membina
imaginasi kita dengan membolehkan kita menggunakan aspek alam, manusia, pengalaman dan idea
yang telah kita baca, dengan cara baharu yang lebih kreatif. Kita patut bangga apabila ada orang
menggelarkan kita sebagai ulat buku. Teruskan usaha membudayakan amalan membaca dalam
hidup kita.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 3
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
TAKWIM AKTIVITI PKG 2010
BIL Tarikh Aktiviti Bil Peserta
1 19-20.1.2010 Bengkel Pengurusan PSS & NILAM 11
2 20.1.2010 Kursus Penggunaan Kampus ASTRO 11
3 10-11.2.2010 Bengkel Pengurusan LAN 11
4 22.2.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 1/2010 3
5 9-10.3.2010 Bengkel Pengurusan Fail 7
6 16.3.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 2/2010 3
7 23.3.2010 Mesyuarat JKPA 1/2010 11
8 25.3.2010 Mesyuarat JK GPM & GPB 1/2010 22
9 23.4.2010 Karnival NILAM Pra Sekolah 650
10 4.5.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 3/2010 4
11 7.5.2010 Mesyuarat Penyelarasan PKG Daerah 12
12 11.5.2010 Bengkel Pengurusan iQ PSS 11
13 18.5.2010 Bengkel Khidmatbantu PKG 11
14 25-26.5.2010 Kursus Pengurusan Makmal Komputer 10
15 27.5.2010 Bengkel Pengurusan i-NILAM 11
16 3-4.6.2010 Khidmatbantu PSS SK Hulu Bernam 10
17 8.6.2010 Mesyuarat Penyelarasan PKG Daerah 13
18 10.6.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 4/2010 4
19 29-30.6.2010 26-29.7.2010 25-28.10.2010
Bengkel Penghasilan Bahan P&P LINUS 48
20 13-14.7.2010 Khidmatbantu ICT & PSS SK Lembah Beringin
18
21 9 – 10.8.2010 Kem NILAM 65
22 29.8.2010 Mesyuarat JK GPM - GPB 25
23 30.8.2010 Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti 13
24 10-11.11.2010 Taklimat Penggunaan Bahan MBMMBI 50
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 4
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan
teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang
dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi
dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat
kepada masyarakat.
KPM telah membekalkan pelbagai prasarana ICT bagi memudahkan aktiviti ICT berlaku di
peringkat sekolah. Ini termasuk makmal komputer sekolah, pusat akses sekolah dan
beberpa program inisaitif ICT sekolah. Penyediaan prasarana ICT berkenaan telah menelan
belanja yang bukan sedikit. Adalah diharapkan masyarakat sekolah mampu untuk
menggunakan segala kemudahan yang disediakan dalam usaha kerajaan merapatkan
jurang digital antara bandar dan luar bandar di samping untuk melihat pelajar yang
dilahirkan lebih kritis, kreatif dan inovatif.
PKG Kalumpang telah mengadakan Bengkel Khidmat Bantu ICT pada 13 – 14 Julai 2010 di
Makmal Komputer SK Lembah Beringin, Kerling, Hulu Selangor. Seramai 6 orang Juruteknik
Komputer dan 2 orang Fasilitator SchoolNet dari sekolah ahli beserta dengan Pegawai
Teknologi Pendidikan PKG Kalumpang terlibat dalam bengkel ini. Dalam program ini
beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya yang berkaitan dengan susun atur fizikal,
pengurusan dan pengelolaan aset, pentadbiran, konfigurasi rangkaian, keceriaan dan
sebagainya.
Adalah diharapkan pengurusan dan perkhidmatan makmal komputer serta penggunaan ICT
di sekolah ini akan terus meningkat. Ia juga bagi menggembeling tenaga pakar dalam usaha
membantu pihak sekolah memastikan kemudahan yang disediakan dapat membantu
sekolah mencapai matlamat pendidikan yang ingin dicapai.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 5
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
BENGKEL PENERBITAN BAHAN LINUS
NKRA dalam bidang pendidikan disenaraikan dalam
keutamaan yang ketiga. Salah satu programnya adalah
LINUS. Program LINUS adalah salah satu perkara yang
dipandang serius kerana didapati ramai murid di Tahun 1
yang masih tidak menguasai asas membaca, menulis dan
mengira. Atas dasar itulah program LINUS telah dibentuk
bagi tujuan mengatasi masalah ini. Program LINUS ini
terbahagi kepada dua aspek utama iaitu LITERASI
dan NUMERASI. LITERASI: Bahagian ini memberi
penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh
murid tahun. Keutamaan adalah dalam aspek membaca
dan menulis.
Objektif pengajaran: Keupayaan untuk membaca, menulis
dan memahami perkataan dalam bahasa Malaysia, ayat
tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
pembelajaran dan komunikasi harian.
NUMERASI: Bahagian ini memberi penekanan kepada
Matematik yang perlu dikuasai oleh murid tahun.
Keutamaan adalah dalam aspek mengira.
Menyedari akan kepentingan program ini, maka dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG ini
yang diadakan pada 21 Mac 2010, telah memutuskan
bahawa PKG perlu mengadakan bengkel bagi
menghasilkan bahan bantu mengajar khusus untuk P&P
LINUS di sekolah-sekolah ahli. Sehubungan dengan itu
PKG ini telah menganjurkan bengkel berkenaan untuk
fasa 1 pada 28.6.2010 untuk LINUS Bahasa Malaysia dan 30.6.2010 untuk LINUS
Matematik. Seramai 10 orang guru setiap kumpulan hadir dalam bengkel berkenaan.
Kumpulan LINUS Bahasa Malaysia menghasilkan bahan powerpoint P&P untuk Kemahiran
6,7 dan 8. Sementara Kumpulan LINUS Matematik pula menghasilkan bahan powerpoint
untuk tajuk, Mengenali Nombor, Wang, Waktu dan Addition.
Perbincangan telah dibuat dengan pihak PPD Hulu Selangor supaya bahan-bahan
berkenaan dapat diedarkan juga ke semua sekolah di daerah ini. Bahan digital ini juga boleh
dimuat-turun dari portal PKG ini: http://pkgkalumpang2.wordpress.com
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 6
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
BENGKEL PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER
Sesebuah organisasi tanpa mengira saiz
perlu melalui proses urus tadbir yang
sistimatik dan sempurna dari semasa ke
semasa bagi memastikan ia dapat
berfungsi serta memenuhi keperluan
pelanggan. Ia meliputi aspek
pengurusan fizikal, sumber manusia,
teknikal dan sebagainya. Ia juga perlu
melalui proses penilaian prestasi dan
juga penambahbaikan agar dapat
memenuhi kehendak atau keperluan semasa.
Makmal komputer dan pusat akses sekolah
merupakan pusat ICT bagi komuniti sekolah
mengases maklumat secara digital dan atas
talian. Ia merupakan wadah penting bagi
warga sekolah menempatkan diri mereka
sebaris dengan pengguna teknologi
maklumat yang aktif. Mereka tidak mampu
lagi untuk ketinggalan dalam mendapatkan
ilmu melalui ruang siber tanpa sempadan
tatkala ini.
Justeru makmal komputer dan pusat akses sekolah perlu diurus dengan sempurna agar ia
akan menjadi tempat yang amat selesa untuk pengguna mendapatkan maklumat secara
digital tanpa banyak rintangan. Kakitangan yang mengurus perkhidmatan berkenaan perlu
kompeten bukan saja dari aspek teknikal malahan mengurus segala sumber yang ada di
dalamnya.
Bagi menyediakan keperluan berkenaan
PKG Kalumpang telah melaksanakan
aktiviti Bengkel Pengurusan Makmal
Komputer sekolah yang telah diadakan
pada 25-26 Mei 2010 bertempat di PKG
tersebut. Ia dihadiri oleh 6 orang
juruteknik komputer dan 2 orang
fasilitator schoolnet sekolah-sekolah ahli
PKG Kalumpang. Pencermah jemputan
pula terdiri dari En. Azman Mohd. Aris
dari PKG Kampung Soeharto dan En Sujang Ahmad Zaini dari PKG Kalumpang.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 7
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
BENGKEL PENGURUSAN PSS DAN NILAM PSS merupakan nadi utama pengajaran dan
pembelajaran ke arah realiti pendidikan bestari
abad 21 ini. PSS mempunyai potensi bagi
memperkasa dan memperkayakan pengalaman,
kemahiran dan kompetensi warga sekolah dan
memberi impak yang positif dalam semua aspek
kejayaan pelajar. PSS perlu diurus dengan baik
dan teratur. Ini termasuklah pengurusan aktviti
PSS, pengurusan peralatan, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan
yang sentiasa dikemaskinikan. PSS juga perlu menyediakan ruang bagi mempromosikan
pembelajaran, pengajaran dan penghidupan sepanjang hayat.
Selaku seorang pengurus berwibawa, GPM
perlu meningkatkan kemahiran pengurusan
PSS yang lebih berkesan, di samping
berkemampuan menerapkan serta budaya
membaca dan amalan teknologi pendidikan
demi memartabatkan profesionalisme
perguruan. Realitinya tidak ada jalan pintas ke
arah mencapai kemajuan dan kejayaan
melainkan dengan bekerja keras dan mahu
mencuba sesuatu yang baru.
Oleh yang demikian PKG ini saban tahun telah menganjurkan pelbagai aktiviti bagi
meningkatkan kompetensi GPM agar dapat memenuhi kehendak semasa khususnya dari
aspek pengurusan PSS dan NILAM. PKG ini telah menganjurkan beberapa aktiviti ke arah
ini seperti Bengkel Pengurusan PSS dan NILAM (19-20.1.2010), Bengkel Pengurusan IQ
PSS (11.5.2010) dan Bengkel Pengurusan I-NILAM (27.5.2010).
Adalah diharapkan juga agar melalui aktiviti-
aktiviti berkenaan, akan muncul lebih banyak
PSS cemerlang dan juga peningkatan tahap
pembacaan dalam kalangan warga sekolah.
Semua ini menuntut komitmen yang tinggi
bukan sahaja GPM malah seluruh warga
sekolah berkenaan supaya visi dan misi untuk
menjadikan sesebuah sekolah sebagai sekolah
berprestasi tinggi, akan dapat direalisasikan untuk jangkamasa tertentu. Ini juga bagi
memastikan sekolah dapat melahirkan generasi pelajar yang mampu bersaing di peringkat
global dan memenuhi tuntutan semasa.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 8
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
PERKHIDMATAN SOKONGAN INISIATIF ICT SEKOLAH
Di kala ini, ramai orang membicarakan tentang
perkembangan pesat dan penggunaan meluas ICT di
semua situasi kehidupan. Penggunaan gajet-gajet
elektronik bukan lagi sesuatu yang janggal, malah
dilihat lebih kepada keperluan dalam senario
kehidupan moden ketika ini. Dalam dunia pendidikan
misalnya, penggunaan peralatan ICT seperti
komputer, notebook, LCD, CDRI dan sebagainya
merupakan satu kemestian dalam proses P&P guru-
pelajar. Manakala akses kepada internet pula merupkan satu pilihan istimewa para guru dan
pelajar dalam menambah alternatif kepada bahan-bahan bercetak yang mungkin terbatas
dari aspek kandungan dan terkiniannya.
Di lapangan sekolah sendiri, KPM telah membelanjakan
berbilion ringgit bagi membekalkan prasarana ICT
sekolah. Ini termasuklah bekalan peralatan ICT,
membangunkan makmal komputer dan pusat akses
sekolah serta membekalkan bahan-bahan P&P digital
untuk kegunaan P&P guru serta pelajar. Bagi menyokong
kepada perbekalan tersebut, KPM menganjurkan sama
beberapa program khas melibatkan kolaborasi pelajar di
pelbagai peringkat.
Di setiap sekolah, KPM telah melantik Guru
Perpustakaan dan Media serta Guru Penyelaras Bestari
bagi menguruskan aktiviti-aktiviti ICT sekolah. Sekolah-
sekolah yang mempunyai pusat akses sekolah pula
telah dibekalkan dengan seorang Juruteknik Komputer
bagi membantu membuat kerja-serja selenggaran
peralatan ICT sekolah.
Dalam pada itu, di pihak PKG sendiri, sentiasa
bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan aktiviti ICT sekolah berjalan dengan
lancar. Bagi tujuan ini, pegawai-pegawai PKG akan datang ke sekolah bagi tujuan membuat
khidmat bantu dan nasihat semua jenis inisiatif ICT sekolah. Ini termasuklah membuat kerja-
kerja selenggaraan dan baik pulih peralatan, pemantauan dan galakguna penggunaan
bahan dan peralatan, tunjukcara, bimbingan dan sebagainya. Perkhidmatan juga dilakukan
melalui telefon, atas talian dan on-site.
Adalah diharapkan dengan adanya program ini, semua peralatan dan bahan ICT sekolah
dapat digunakan dengan sebaiknya.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 9
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
KHIDMAT BANTU PENGURUSAN DAN AKTIVITI PSS
Pusat Sumber Sekolah mempunyai
hubungan langsung dengan pelaksaan
program kurikulum dan kokurikulum di
peringkat sekolah. Untuk memastikan
PSS dapat digunakan dengan
berkesan, bahan cetak dan bahan
bukan cetak seharusnya urus dan
diproses dengan baik PSS juga perlu
diuruskan dengan baik agar
penggunaan media cetak dan bukan
cetak tersebut akan dimanfaat oleh
semua guru dan murid sekolah.
Bagi meningkatkan penggunaan, PSS perlu mempunyai perancangan dan pelaksanaan
aktiviti yang bersepadu agar persekitaran pembelajaran berasaskan sumber dapat
dijelmakan. Ia meliputi penganjuran pelbagai aktiviti yang dapat menarik minat guru dan
pelajar untuk menjadikan PSS sebagai wadah kepada perolehan maklumat terkini dari
pelbagai sumber.
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang telah mengadakan Bengkel Khidmat Bantu PSS pada 13-
14 julai 2010 bertempat di SK Lembah Beringin, Kerling, Hulu Selangor. Bengkel ini
diadakan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru mengenai tatacara
menguruskan program khidmat bantu. Seramai 11 orang Guru Perpustakaan dan Media dari
sekolah ahli dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kalumpang terlibat dalam bengkel ini.
Beberapa orang AJK PSS dan Pengawas PSS juga telah melibatkan diri dalam program ini.
Aktiviti bengkel ini meliputi pengurusan susun
atur kemudahan fizikal, pengurusan dan
pengelolaan data, maklumat, dokumentasi dan
program, pengurusan koleksi bahan serta aktivit-
aktiviti promosi. Adalah diharapkan PSS sekolah
ini akan meningkat pencapaiannya dalam iQ-
PSS dan i-NILAM. Lawatan bimbingan susulan
akan terus dijalankan bagi memastikan
pencapaian yang baik selepas program akan
berterusan.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 10
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
MENGUMPUL DATA ASAS TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Aktiviti pengumpulan data dan maklumat merupakan satu komponen penting dalam sistem
pengurusan berkualiti. Ia bagi mendapatkan maklum balas mengenai sesuatu program yang
dijalankan di samping bagi menambah baik mana-mana kelamahan yang mungkin
menjejaskan kejayaan program. Pengumpulan data ini pula boleh dijalankan melalui
beberapa kaedah seperti dapatan secara bertulis mahupun yang terkini adalah secara atas
talian. Kaedah pengumpulan data secara atas talian merupakan amalan yang sudah mula
diamalkan secara meluas oleh banyak organisasi ketika ini.
Bagi memenuhi keperluan pihak-pihak yang berkepentingan di KPM, PKG ini telah
melaksanakan beberapa kutipan data atas talian sepanjang tahun 2010. Ini termasuklah
kutipan data Sistem Penarafan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS), Smart School
Qualification Standards (SSQS), School Ticketing System (STS), i-NILAM dan IQ-PSS.
SPPICTS ini adalah untuk menilai penggunaan Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer
Sekolah, Rangkaian SchoolNet, penggunaan bahan CDRI dan PPSMI. Bagi mendapatkan
penarafan Sekolah Bestari pula, penilaian menggunakan instrumen atas talian, Smart
School Qualification Standards (SSQS) telah digunakan yang mana seramai 32 orang guru
dan 30 orang pelajar menjadi responden dalam kajian keberkesanan penggunaan ICT di
sekolah. STS pula digunakan untuk pihak sekolah membuat aduan pada peralatan ICT.
Untuk pengumpulan data PSS pula, sekolah perlu respon kepada 2 jenis penilaian atas
talian iaitu IQ-PSS untuk memberi penarafan kepada pengurusan PSS serta i-NILAM untuk
merekodkan data aktiviti NILAM dan gerakan membaca peringkat sekolah.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 11
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
PEMANTAUAN PSS DAN ICT
Pemantauan PSS dan ICT oleh pihak PKG kepada
sekolah-sekolah dalam kelompoknya, merupakan
salah satu kerja rutin PKG. Melalui pemantauan ini,
akan merekodkan segala aktiviti, data, maklumat,
analisa item-item tertentu dalam bidang-bidang
berkenaan. Ia akan dijadikan kayu pengukur di
manakan atau apakah status PSS dan pelaksanaan
inisiatif ICT sekolah-sekolah terbabit. Pemantauan
akan menggunakan instrumen-instrumen tertentu
sebgai garis panduan penilaian yang dibuat.
Proses pemantauan ini adalah mengikut tatacara
dan modul yang telah disediakan untuk diikuti agar
matlamat sesuatu jenis pemantauan itu dapat
dicapai demi membantu pihak sekolah berkenaan
memperbaiki kelemahan yang dikesan atau
menambah baik lagi pencapaian baik yang
ditunjukkan. Tatacara ini meliputi perkara-perkara
yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan
selepas satu-satu pemantauan dibuat. Selepas
pemantauan dibuat, satu laporan akan dikeluarkan untuk pihak berkenaan mengambil
tindakan sebagaimana yang dicadangkan. Pemantauan susulan kali kedua dan seterusnya
akan dibuat selapas itu bagi memastikan cadangan-cadangan untuk penambahbaikan telah
diambil oleh piha sekolah.
Data Pencapaian Pemantauan ICT & PSS 2010:
Bil Nama Sekolah Kekerapan
ICT PSS
1 SMK KALUMPANG 05.04.2010 06.07.2010 19.05.2010 07.10.2010
2 SK HULU BERNAM 06.04.2010 13.07.2010 19.04.2010 04.06.2010
3 SK KERLING 29.03.2010 07.07.2010 10.05.2010 18.05.2010
4 SK KALUMPANG 17.02.2010 22.06.2010 12.05.2010 04.10.2010
5 SK LEMBAH BERINGIN 07.04.2010 14.07.2010 14.05.2010 11.10.2010
6 SJKC KALUMPANG 05.04.2010 06.07.2010 30.03.2010 07.10.2010
7 SJKC KERLING 29.03.2010 07.07.2010 29.04.2010 10.05.2010
8 SJKT L CHANGKAT ASA 06.04.2010 03.06.2010 01.04.2010 12.10.2010
9 SJKT L ESCOT 30.03.2010 22.06.2010 30.03.2010 12.10.2010
10 SJKT L KERLING 08.04.2010 14.07.2010 17.05.2010 11.10.2010
11 SJKT L KALUMPANG 07.04.2010 13.07.2010 22.02.2010 01.03.2010
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 12
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
PENGURUSAN MESYUARAT-MESYUARAT
Mesyuarat merupakan satu bentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesebuah
organisasi, bahagian, unit, dan kumpulan kecil yang bertujuan untuk membuat sesuatu
keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat merupakan salah
satu dari elemen tadbir urus yang wajar diberi perhatian kerana ianya merupakan kaedah
yang paling berkesan bagi sesebuah organisasi dalam proses membuatan keputusan.
Melalui mesyuarat yang berkesan, sesuatu keputusan akan dapat dicapai secara
musyawarrah, mengurus tindakan secara bersepadu, menjimatkan kos dan masa,
menambah idea, mengurangkan konflik, meningkatkan produktiviti selain menjadi platform
untuk memberi dan meningkatkan motivasi.
Setiausaha mesyuarat yang bertanggungjawab akan mencatat minit mesyuarat agar proses
pengurusan mesyuarat dapat dijalankan secara efektif, cekap dan sistematik dalam tempoh
masa yang standard. Beliau juga bertanggungjawab untuk menyediakan minit dan
maklumbalas mesyuarat mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Jadual mesyuarat yang telah dijalankan sepanjang 2010
Bil Tarikh Mesyuarat Bilangan Peserta
1 22.2.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 1/2010 4
2 16.3.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 2/2010 4
3 22.3.2010 Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti PKG 1/2010 13
4 23.3.2010 Mesyuarat JK GPM-GPB 1/2010 25
5 10.6.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG 3/2010 4
6 7.5.2010 Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah 1/2010 14
7 29.7.2010 Mesyuarat JK ICT 18
8 29.9.2010 Mesyuarat JK GPM-GPB 2/2010 25
9 30.9.2010 Mesyuarat JK Pengurusan Aktiviti PKG 2/2010 13
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 13
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
KEM NILAM
Program NILAM merupakan satu program
galakan membaca secara terancang dengan
melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan
menengah bagi membentuk tabiat suka
membaca di kalangan pelajar. Ia bermatlamat
untuk membudayakan amalan membaca dalam
kalangan murid sepanjang hayat. Ia merupakan
penggabungan atau adunan semua aktiviti
galakan membaca yang pernah dijalankan di
sekolah dengan memberi pengiktirafan yang
sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang
menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah
Pelajar Tingkatan 1 hingga 5 diwajibkan membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam
masa satu minggu. Bahan bacaan boleh didapati dari sumber fiksyen, bukan fiksyen
termasuk keratan akhbar. Bahan-bahan bacaan yang telah di baca hendaklah dicatat ke
dalam Buku Catatan Bacaan. Murid-murid digalakkan meminjam buku-buku di Pusat
Sumber. Tiga elemen Program NILAM: Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam
Buku Rekod Membaca NILAM, guru mengesahkan rekod bacaan pelajar dan memberi
pengiktirafan kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.
Di peringkat negeri akan diadakan program
Anugerah Tokoh NILAM. Ia diurus-setiakan oleh
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dengan
kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri masing-
masing. Di peringkat ini, murid-murid yang
melibatkan diri dengan aktif dalam Program
NILAM akan dinilai bukan sahaja dari segi
bilangan buku yang dibaca tetapi juga
kemahiran mereka menjawab soalan-soalan
penilaian yang dijalankan oleh hakim-hakim
yang dilantik. Pemenang di peringkat negeri akan dinobatkan sebagai Tokoh NILAM
Peringkat Negeri dan dicalonkan untuk Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan.
Bagi memilih calon yang berkelayakan ke peringkat negeri, PKG Kalumpang telah
mengadakan Program pemilihan calon melalui Kem NILAM PKG yang diadakan pada 9-10
Ogos 2010 bertempat di PKG ini. Setiap sekolah ahli menghantar 5 orang calon untuk dipilih
melalui pelbagai ujian kemahiran yang telah ditetapkan. Ia telah dilaksanakan dengan
bantuan dari beberapa orang GPM sekolah ahli PKG ini.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 14
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
TAKLIMAT PENGGUNAAN BAHAN MBMMBI
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah
memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa
Inggeris (MBMMBI).
Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan.
Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan
dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan
SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Pengukuhan asas berbahasa dilakukan
secara berstruktur dan sistematik. Asas
berbahasa pradengar, prabunyi,
prabaca dan pratulis diperkukuhkan
melalui modul P&P yang menerapkan
elemen menyeronokkan dalam seni
bahasa. P&P tatabahasa adalah
berasaskan sestem bahasa yang betul
dan dilakukan secara bersepadu dalam
konteks.
Pendekatan P&P akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik
melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa
dan seni bahasa akan disulam dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan
dan penghasilan produk.
Bagi membantu pihak guru melaksanakan program ini,
BTP telah mengedarkan bahan P&P berkenaan melalui
PKG. Satu taklimat khas pengedaran dan penggunaan
bahan telah diadakan di PKG ini pada 10 – 11
November 2010 melibatkan guru-guru yang akan
mengajar matapelajaran berkenaan bermula pada sesi
persekolahan Januari 2011.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 15
Pusat Kegiatan Guru Kalumpang
KARNIVAL NILAM PRA SEKOLAH
Sempena dengan Sambutan Hari Buku
Sedunia 2010, PKG ini dengan kerjasama SK
Hulu Bernam telah menganjurkan Karnival
NILAM Pra Sekolah yang di adakan di
perkarangan SK Hulu Bernam pada 23 April
2010. Ia bertujuan bagi menyemarakkan lagi
budaya membaca di peringkat awal kanak-
kanak. YB Datuk Mohamed Idris b. Abu Bakar,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu
Bernam telah hadir bagi menyempurnakan
perasmian program dan menyampaikan hadiah pertandingan yang diadakan. Beliau juga
telah bermurah hati untuk menaja langganan Utusan Malaysia edisi hari Isnin kepada
beberapa sekolah terpilih dalam kawasan ADUN beliau.
Sebanyak 5 sekolah ahli telah menghantar
kontigen masing-masing bagi menyertai
program. Antara acara yang dilangsungkan
ialah senamrobik, pameran, pertandingan
melukis, membuat padanan, bercerita dan
sebagainya. Guru pengiring pra sekolah telah
sudi memberikan kerjasama bagi melancarkan
lagi pelaksanaan program. Melalui program ini
juga telah memperlihatkan bakat kanak-kanak
seusia 5 tahun dalam aspek seni dan
pembacaan. Adalah diharapkan melalui
program ini, minat dan amalan membaca dapat dipupuk di peringkat awal lagi agar ia
menjadi amalan berterusan dalam kalangan masyarakat kita.
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemahiran yang diperlukan untuk membuat penilaian terhadap
data dan maklumat. Membuat analisis bermakna mencerakinkan data dan maklumat kepada
bahagian-bahagian dan mengkaji setip bahagian dengan lebih terperinci. Kemahiran menganalisis
termasuk membanding dan membeza, menyusun atur, mengenal pasti fakta dan pendapat dan
pernyataan berat sebelah, memberi sebab, meramal, membuat kesimpulan awal dan generalisasi,
mentafsir dan membuat rumusan.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 16
SK Kalumpang
PROGRAM JUALAN AMAL PUSAT SUMBER
SK Kalumpang telah mengadakan Program Hari Terbuka bagi memberi peluang kepada ibu
bapa membincangkan prestasi pelajaran anak masing-masing. Pada hari tersebut, ibu
bapa berpeluang untuk bertanyakan masalah pembelajaran anak-anak mereka dan guru
juga berpeluang untuk sama-sama membantu mengatasi segala masalah yang dihadapi
oleh para pelajar.
Pada kesempatan ini, PSS telah mengadakan satu Program Jualan Amal bagi menanamkan
minat suka membaca khususnya dalam kalangan warga sekolah. Guru Penyelaras PSS
telah melantik Jawatankuasa yang terdiri dari kalangan pustakawan bagi merealisasikan
program ini disamping melatih mereka agar lebih berdikari.
Program ini dapat melatih AJK PSS dalam menguruskan jual beli dan memberi pendedahan
kepada mereka dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Pustakawan diminta
mencari bahan-bahan bacaan seperti majalah-majalah lama dan buku-buku terpakai, sama
ada daripada ibu bapa, rakan-rakan dan juga guru-guru. Bahan bacaan yang disumbangkan
akan dijual dengan harga yang murah iaitu antara RM 1.00 – RM 2.00 sahaja. Hasil yang
diperolehi akan digunakan bagi tujuan keceriaan PSS.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. Program ini
akan terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang.
Adakah Anda Tahu?
1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha
iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang kita pakai
sekarang.
2. Bunyi kuek yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu
mengapa.
3. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 17
SK Kalumpang
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2010 Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Kalumpang telah diadakan selama sebulan
bermula 16 Ogos – 16 September 2010. Matlamat Sambutan Bulan Kemerdekaan ini adalah
bagi memberi kesedaran kepada murid dan menanamkan semangat patriotik serta cintakan
negara. Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan tersebut antaranya
mendeklamasikan sajak, kuiz, mewarna bagi tahap 1 dan nyanyian lagu-lagu patriotik.
Murid-murid pra-sekolah juga berpeluang mempersembahan nyanyian lagu-lagu patiotik.
Kemuncak aktiviti adalah pertandingan basikal berhias yang telah diadakan pada 12
September 2010.
Sambutan yang diberi amat menggalakkan. Murid-murid telah menunjukkan kreativiti
menghias basikal mereka. Sebanyak 10 basikal yang menarik telah dipilih sebagai
pemenang. Pertandingan basikal berhias akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan
datang.
Adakah Anda Tahu?
1. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'. 2. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
3. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
4. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam
pasir jerlus.
5. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
6. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 18
SK Kerling
PROGRAM BULAN MEMBACA
Pada 4 hingga 30 Julai 2010, Pusat Sumber Sekolah SK Kerling di bawah anjuran Unit
Kurikulum telah melaksanakan Program Bulan Membaca Bulan Julai bagi tahun 2010.
Objektif program ini adalah untuk menerapkan amalan membaca sebagai satu budaya hidup
murid-murid SK Kerling.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sebulan berkenaan. Antaranya ialah Program
10 Minit Bersama Buku, Jejak Maklumat, Penghasilan Indeks Akhbar, Permainan
Tradisional, Bengkel ICT, Pertandingan Bacaan dan Tulisan Jawi, Hafalan Ayat Lazim,
Pertandingan Origami, Mewarna Kulit Buku, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Puisi dan
Pertandingan Pembaca Terbanyak.
Acara kemuncak program ini adalah Majlis Penutupan Program Bulan Membaca pada 30
Julai 2010 yang berlangsung di Dewan SK Kerling. Puan Hajah Maimunah bt Ibrahim, Guru
Besar SK Kerling telah sudi merasmikan majlis tersebut dan menyampaikan hadiah kepada
para pemenang aktiviti yang telah dijalankan selama sebulan itu.
Syabas dan tahniah kepada semua AJK Pelaksana yang telah bekerjasama memastikan
program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada Perpustakaan
Negara Malaysia yang telah sudi menghulurkan sumbangan hadiah untuk aktiviti
pertandingan.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 19
SK Kerling
PROGRAM PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA UNIT BERUNIFORM Program Perkhemahan Unit Beruniform peringkat SK Kerling bagi tahun 2010 telah
diadakan pada 8 hingga 9 Oktober 2010. Perkhemahan 1Malaysia telah dipilih sebagai
tema program.
Seramai 94 orang murid terdiri daripada murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6
telah menyertai program perkhemahan ini. Program ini dijalankan untuk membentuk
generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing,
bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
Beberapa acara menarik telah dijalankan sepanjang dua hari. Antaranya ialah, Acara Pecah
Bandungan, Permainan Koperatif dan Acara Malam Kebudayaan. Para peserta juga telah
didedahkan dengan Aktiviti Berpangkalan, yang mengandungi ilmu perkhemahan seperti
Pandu Arah, Masakan Rimba, Gajet dan Rekacipta atau Inovasi.
Keputusan pertandingan aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut :
PERTANDINGAN PEMENANG
Aktiviti Berpangkalan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Terbaik Keseluruhan Pengakap
Khemah Terbaik Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
Persembahan Terbaik Persatuan Bulan Sabit Merat (PBSM)
Kadet Terbaik (Lelaki) Amir Farhat b Mohd Fauzi (Pengakap)
Kadet Terbaik (Perempuan) Nor Adila bt Razak (PPIM)
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Sabariah bt Salleh, GPK Kokurikulum SK
Kerling. Adalah diharapkan peserta murid dapat menggunakan ilmu perkhemahan yang
telah dipelajari dalam menghadapi cabaran hidup di masa hadapan.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 20
SK Lembah Beringin
PERASMIAN PROGRAM BULAN MEMBACA Pada 5 Julai 2010 bersamaan hari Isnin, Pusat Sumber SK Lembah Beringin telah
melancarkan Program Bulan Membaca. Program ini berlangsung sehingga 28 Julai 2010.
Pelbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan suasana sambutan. Antara program
yang dijalankan adalah anugerah membaca paling banyak, tokoh ulat buku, pertandingan
buku skrap, pertandingan silang kata, pertandingan bercerita buku cerita, pertandingan
tulisan cantik, pertandingan melukis dan mewarna poster serta program bacalah sayang.
Program Gerakan Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran
Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidkan. Program ini bertujuan
membina tabiat membaca dalam kalangan guru dan murid sekolah. Melalui program ini,
diharapkan semua pihak berperanan menjadikan murid dan guru sebagai insan yang
berilmu pengetahuan dengan membudayakan tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang
hayat.
Manusia dapat menghitung berapa umurnya yang sudah terpakai, tetapi berapa yang tinggal tetap
menjadi rahsia.
Sebesar-besar urusan dan seberat-berat urusan, jangan hadapi dengan muka berkerut. Kerut muka
itu sendiri menambah kerut pekerjaan.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 21
SK Lembah Beringin
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-53 Tanggal 21 Ogos 2010, SK Lembah Beringin telah
mengadakan Program Sambutan Hari
Kemerdekaan Malaysia kali ke-53. Pelbagai acara
telah dijalankan bagi memeriahkan suasana
sambutan. Walaupun program ini disambut dalam
bulan Ramadhan, namun program ini dapat
berjalan dengan lancar.
Acara yang pertama adalah perhimpunan pagi
sempena Hari Kemerdekaan. Ucapan En.Abdul
Rahman B. Mat selaku Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid yang padat dan jitu telah menambah semangat kemerdekaan di kalangan
murid-murid. Selesai perhimpunan, murid-murid bergerak masuk ke Dewan Beringin Indah
untuk acara yang seterusnya iaitu menonton filem patriotik “ Bukit Kepong “.
Filem yang menyentuh hati ini telah memberi
kesan kepada murid-murid kerana ada
segelintir murid yang menitiskan air mata ketika
menontonnya. Filem ini ditayangkan bertujuan
mengimbau kembali detik-detik sejarah negara
disamping menanam semangat cintakan tanah
air. Sebaik sahaja filem “ Bukit Kepong “ tamat,
pertandingan kuiz berkaitan filem tersebut dan
sejarah kemerdekaan diadakan bagi menguji
tahap kefahaman murid mengenai
kemerdekaan. Murid-murid SK Lembah
Beringin juga telah menunjukkan bakat masing-
masing dengan membuat beberapa persembahan seperti persembahan deklamasi sajak,
persembahan pakaian tradisional dan persembahan nyanyian lagu patriotik.
Sebelum penutup, pertandingan mewarna bagi
murid-murid prasekolah, tahap 1 dan 2 telah
dijalankan. Para hakim pening kepala untuk
memilih hasil lukisan yang terbaik. Sebagai
penutup, semua warga SK Lembah Beringin
melaungkan perkataan keramat “MERDEKA”
sebanyak 7 kali sebagai simbolik kemerdekaan
negara ke-53 serta nyanyian lagu-lagu patriotik.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 22
SMK Kalumpang
ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR
DAERAH HULU SELANGOR
Anugerah Kecemerlangan Akademik UPSR, PMR, SPM
dan STPM bagi peringkat daerah Hulu Selangor telah
diadakan di Dewan Sungai Tengi, Kampung Soeharto dan
disampaikan oleh YAB Dato‟ Seri Najib Bin Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia. Majlis dimulakan
dengan ucapan daripada YAB Perdana Menteri dan
seterusnya penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar
cemerlang serta sumbangan basikal kepada pelajar miskin.
Wakil penerima hadiah dari SMK Kalumpang ialah pelajar-
pelajar yang telah mendapat 8A dalam PMR tahun 2009
iaitu Nur Ain bt Ahmad Fawzi, Muhammad Afifuddin
Ismail, Nursarah bt Saifuddin, Lee Chee Leong, manakala
pelajar yang mendapat 10A dalam SPM ialah Mooi Kar
Yen dan Tan Beng Keit. Tahniah dan terima kasih kepada
pelajar-pelajar yang berjaya dan semoga menjadi inspirasi
kepada pelajar-pelajar lain.
MAJLIS PERMUAFAKATAN SEKOLAH DAN PIBG BERSAMA
Y.B. DR. MOHD PUAD BIN ZARKASHI, TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Majlis permuafakatan ini disertai oleh guru-guru dari seluruh sekolah daerah Hulu Selangor, wakil PIBG SMK Kalumpang bersama YB Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang telah menyampaikan Mock Cheque sebanyak RM 100,00.00 kepada wakil–wakil sekolah daerah Hulu Selangor bagi tujuan pembangunan fizikal sekolah. Majlis yang bermula pada pukul 2 petang ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada YB Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi, sesi dialog bersama guru-guru dan wakil PIBG serta diakhiri dengan acara kemuncak iaitu penyampaian Mock Cheque kepada Pengetua dan Guru-Guru Penolong Kanan 1 dan sesi bergambar oleh pihak media. Diharapkan majlis permuafakatan antara sekolah dan pihak KPM ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 23
SMK Kalumpang
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN, HARI KAD PENYATA, HARI KOPERASI, DAN KEMPEN DERMA BUKU PUSAT SUMBER
Sempena sambutan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan
pada 14 Julai 2010, pihak sekolah telah mengambil
kesempatan untuk mengadakan Hari Kad Penyata, Hari
Koperasi dan Kempen Derma Buku secara serentak
memandangkan penglibatan ibu bapa dan AJK PIBG SMK
Kalumpang yang dijangka meluas pada hari itu. Majlis
dimulakan dengan pelancaran Hari Koperasi di Dataran Ilmu
pada pukul 7.30 pagi dengan ucapan daripada Setiausaha
Koperasi dan nyanyian lagu Koperasi.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara Anugerah Kecemerlangan di Dewan Semarak yang
dirasmikan oleh wakil dari Pusat Latihan Pertanian Kalumpang yang turut menyampaikan
sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dari Tingkatan
Peralihan hingga ke peringkat SPM. Aktiviti hari Koperasi pula bermula pada pukul 9.00
pagi yang mana lebih kurang 15 gerai dibuka untuk jualan pelbagai barangan dan makanan.
Pihak Bank Islam juga turut dijemput untuk membuka kiosk serta memberi penerangan
berkenaan insurans. Pada pukul 10.00 pagi guru-guru bergerak ke kelas masing-masing
untuk memberi laporan prestasi kepada ibu bapa yang datang bersama murid.
Bagi aktiviti Kempen Derma Buku pula acara pelancaran telah dirasmikan terlebih dahulu
oleh YDP Majlis Daerah Hulu Selangor Tn Hj Tukiman b Nair iaitu pada 23 Jun 2010.
Kempen ini mendapat kerjasama daripada pihak PIBG yang telah mengambil inisiatif
mengedarkan flyer kepada orang ramai dan mengadakan kempen 1 Keluarga 1 Buku. Unit
Pusat Sumber pula menyediakan kotak derma buku bagi memudahkan ibu bapa menderma
pada hari tersebut. Sambutan didapati amat menggalakkan dan pembugaran kempen ini
akan diadakan pada setiap tahun.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 24
SMK Kalumpang
KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR (MSSD)KALI KE 38 TAHUN 2010
SMK Kalumpang telah dipilih menjadi pengerusi pengelola bagi kejohanan MSSD peringkat Daerah
Hulu Selangor pada kali ini. Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari (23 -26 Mac 2010) di
Stadium Proton City telah menyaksikan atlit-atlit sekolah peringkat daerah Hulu Selangor mencipta
rekod baru kejohanan pada tahun 2010. Tahniah kepada atlit SMK Kalumpang yang terlibat dan
berjaya menduduki tempat ke 7 dari 16 buah sekolah menengah di seluruh daerah Hulu Selangor.
KEM REMAJA RABBANI
Kem Remaja Rabbani merupakan program tahunan yang diadakan
pada setiap tahun dan melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan 5.
Program dua hari satu malam ini bermula dari 9 – 10 Julai 2010,
telah memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan
ibadah solat, qiamullail, muhasabah diri, pengurusan jenazah dan
motivasi kecemerlangan diri. Program ini dianjurkan oleh Panitia
Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Ko Kurikulum. Matlamat
program ini ialah mengharapkan pelajar-pelajar dapat meningkatkan
sahsiah diri, menerapkan nilai-nilai dan ajaran Islam yang murni
dan mengeratkan silatul rahim sesama insan. Belanjawan program dianggarkan lebih kurang RM
3500.00 dan mendapat kerjasama daripada Imam Masjid al Taqwa Kalumpang yang memberikan
ceramah tentang solat dan Ustaz Mohd Hazri b Hashim dari SK Kerling yang menjalankan aktiviti
pengurusan jenazah. Kem ini dirasmikan oleh Pengetua SMK Kalumpang dan ditutup oleh YDP PIBG
SMK Kalumpang.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 25
SJKC Kalumpang
SAMBUTAN HARI GURU 2010 SJKC Kalumpang telah meraikan sambutan Hari Guru
pada 17 Mei 2010 di tapak perhimpunan. Pada pukul
7.40 pagi, murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan.
Majlis di mulai dengan menyanyikan lagu „Negaraku‟,
lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah. Kemudian Guru
Besar memberikan ucapannya sambil menyatakankan
perasaan gembiranya selama bertugas di SJKC
Kalumpang. Selepas itu, setiap guru naik ke pentas
untuk membacakan kad-kad Hari Guru yang diberikan
oleh murid.
Pada pukul 9.00 pagi pula, guru-guru serta murid-murid berkumpul di gelanggang bola
keranjang untuk menjalankan beberapa aktvitivi. Salah satu aktviti yang menyumbang
kepada suasana meriah di gelanggang itu ialah pertandiangan bola keranjang di antara
guru-guru dengan murid-murid. Murid–murid yang menonton sebagai penyokong bersorak
dan bertepuk tangan dengan gembira. Suasan ketika itu sungguh meriah.
Pada pukul 10.30 pagi guru-guru menjamu selera di makmal sains manakala murid-murid
pula menikmati makanan di kantin. Selepas itu, guru-guru sibuk membuat persiapkan untuk
menjalankan aktivit seterusnya iaitu persembahan murid-murid Tahun 5 dan 6. Murid–murid
menyanyikan lagu yang berkaitan dengan guru. Sebahagian murid pula memainkan alat-alat
muzik.
Sambutan Hari Guru diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru sebagai
kenangan. Hari Guru tahun ini telah dapat disambut dengan meriah dan lancar.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 26
SJKC Kerling
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2010
SJKC Kerling telah mengadakan perhimpunan khas sempena Hari Kemerdekaan Malaysia
pada 30 Ogos 2010 ( Isnin ) bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Mula-mula, murid-
murid berdiri tegak untuk menyanyikan lagu “Negaraku”. Seterusnya, Guru Besar En Lim
Kum Pheng memberikan ucapan dan membaca perutusan Hari Kemerdekaan daripada
Pengarah Pelajaran Negeri dan Menteri Pelajaran Malaysia. Murid-murid mendengar
ucapan Guru Besar dengan penuh teliti.
Selepas bacaan perutusan, Guru Besar
memimpin seluruh warga sekolah
melaungkan perkataan “Merdeka” sebanyak
3 kali. Murid-murid melaungkan perkataan
“Merdeka” sambil mengibarkan Jalur
Gemilang kecil yang diedarkan oleh guru
kelas sebelumnya. Laungan perkataan
“Merdeka” yang penuh semangat oleh murid-
murid merupakan acara kemuncak pada
majlis berkenaan. Majlis Sambutan Hari
Kebangsaan pada hari itu dijalankan dengan lancar sekali. Pihak sekolah berjaya memupuk
semangat patriotik dalam kalangan murid-murid. Murid-murid berasa gembira kerana
mendapat Jalur Gemilang kecil yang diedarkan oleh pihak sekolah.
Apabila kita terfikir kita tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini,
mungkin kita tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat-laun
kita akan memperolehinya.
Kenangilah segala pujian yang kita terima. Lupakan segala maki hamun, caci dan cela.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 27
SJKT Ladang Kerling
SJKT Ladang Kerling telah menjalankan Program Bulan Kemerdekaan yang dilaksanakan
sepanjang bulan Ogos dan September 2010. Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini telah
dirasmikan oleh Guru Besar sekolah Pn.Thanavali A/P Palaniappa Pillai.
Menerusi program bulan kemerdekaan ini telah meningkatkan semangat patriotik dalam
kalangan murid-murid. Program ini membuatkan pelajar merasa lebih cintakan negara dan
sentiasa taat serta patuh kepada negara. Pelajar juga dapat mengenang budi dan berterima
kasih kepada pemimpin-pemimpin yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Selain
dari itu program-program seperti ini akan meningkatkan bakat pelajar dan menyakinkan diri
pelajar untuk menyertai pertandingan. Program ini juga dapat mewujudkan semangat
bekerjasama di antara guru-guru dan para pelajar.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sepanjang bulan kemerdekaan ini. Antaranya ialah
Pertandingan mewarna logo, Pertandingan melukis dan mewarna, Pertandingan menulis
esei, Pertandingan menulis „kavithai‟ dan Pertandingan kuiz kemerdekaan.
Pertandingan ini telah dijalankan semasa waktu belajar dan selepas waktu persekolahan.
Guru yang bertanggungjawab telah mendapatkan senarai nama pemenang setelah
tamatnya setiap pertandingan. Penyampaian hadiah telah diadakan pada 27 September
2010 di tapak perhimpunan. Guru besar, Pn. P.Thanavalli telah memberi hadiah kepada
para pemenang.
Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak
menyukai kita.
Kita amat bermakna dalam hidup seseorang.
Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
Sekiranya kita merasakan kita dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin kita yang meminggirkan
mereka.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 28
SJKT Ldg Changkat Asa
PROGRAM PAMERAN BERTOPIK PSS
Pada 1 Ogos 2010 Pusat Sumber SJKT Ladang
Changkat Asa telah menjalankan Program
Pameran Bertopik yang bertemakan pakaian
tradisional. Aktiviti ini dianjurkan bersama
Panitia Kajian Temapatan dan Pendidikan Sivik.
Pameran Bertopik ini bertujuan untuk murid-
murid mengenali lebih lanjut mengenai pakaian
tradisional penduduk-penduduk berbilang kaum
yang ada di Malaysia. Pameran ini telah
dirasmikan oleh Puan Saroja, Guru Besar SJKT
Ladang Changkat Asa.
Pameran ini berlangsung selama seminggu. Dalam pameran ini, semua jenis pakaian
tradisional dipamerkan seperti sari, doti, baju kurung, cheongsam, baju kebaya, dan lain-lain
lagi telah dipamerkan. Pakaian ini dipamerkan dalam bentuk maujud, gambar, carta, dan
rakaman. Maklumat dari internet mengenai tajuk ini telah juga dimuat turun. Semua murid
menunjukkan minat yang mendalam semasa melawat pameran ini.
Makanan antikolestrol:
MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain: belimbing, kedodong, betik, rambutan,
strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan
400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
OAT
Lebih daripada kajian saintifik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap
pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan
risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.
JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya
setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh.
Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka
yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang
sesuai.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 29
SJKT Ladang Escot
PROGRAM SUKANEKA TAHUNAN
Pada 30 Mac 2010 SJKT Ladang Escot
telah mengadakan Hari Sukaneka di
padang sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh
Dato Rama seorang usahawan tempatan
yang juga YDP PIBG sekolah ini.
Acara sukaneka dimulakan dengan
perbarisan murid yang terdiri daripada
Rumah Merah diikuti Rumah Hijau dan
Rumah Kuning. Setiap khemah pasukan
telah dihiasi oleh ahlinya dengan kreativiti
masing-masing untuk menarik perhatian
para hadirin. Tarian Gimrama yang
menawan juga diadakan sebagai selingan.
Selepas Lagu Negaraku dan bacaan ikrar
sukan, acara diteruskan dengan ucapan
Guru Besar dan Dato Rama. Murid-murid
mengambil bahagian dalam Sukaneka ini
dengan penuh rasa semangat kesukanan.
Semua acara sukaneka dijalankan dengan
lancar sekali. Penyampain hadiah kepada
semua pemenang dan peserta
merupakan acara kemuncak pada majlis
Hari Sukaneka ini. Semangat kesukanan
perlu dipupuk dalam kalangan murid sejak
kecil lagi. Semoga satu hari nanti akan lahir jaguh sukan negara dari para peserta yang
mengambil bahagian dalam program kali ini.
Lupaan dan ingatan adalah dua perkara yang sering dikaitkan dengan proses pembelajaran. Kedua-
duanya menjadi suatu masalah rumit kepada kebanyakan pelajar. Mereka belajar tetapi tidak dapat
mengeluarkan kembali secara lisan atau tulisan kerana tidak dapat mengingatinya. Sebenarnya apa
yang telah dipelajari itu tidaklah dapat diingat kesemuanya. Kadang-kadang tidak sampaipun
separuh daripada isi bacaannya yang dapat diingati. Kadang-kadang belum pun habis tajuk yang
dibaca, isi bacaan pada bahagian permulaan tadi sudah dilupai.
Proses ingatan juga hampir sama. Anda hendaklah membaca dan membaca beberapa kali,
mengulang dan mengulangi lagi sehingga perkara tersebut benar-benar terlekat dalam ingatan anda.
Ini suatu cara mengekalkan dalam ingatan dengan lebih lama.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 30
SJKT Ldg Kalumpang
PROGRAM HARI MERDEKA KE 53
SJKT Ladang Kalumpang telah menyambut Hari Kemerdekaan pada bulan Ogos dengan meriah. Beberapa aktiviti telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya ialah Pertandingan Mewarna Gambar. Peserta terbuka kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Dua kategori telah dibahagikan iaitu tahap 1 tahap tahap 2. Gambar yang diwarnakan adalah berlainan bagi tahap 1 dan 2. Selain itu pertandingan menyanyi lagu juga telah diadakan. Pertandingan ini merangkumi lagu kebangsaan, lagu patriotik dan lagu yang bertemakan kemerdekaan. Beberapa kumpulan telah memenangi dalam pertandingan ini. Di samping itu semua guru juga telah turut sama menyanyikan Lagu Kebangsaan bersama–sama dengan murid.
Pn. Mahadevi A/P Tendayoudabam, Guru Besar SJKT Kalumpang telah sudi
menyampaikan hadiah kepada peserta yang telah memenangi semua jenis dan kategori
pertandingan yang dianjurkan. Adalah diharapkan program yang telah diatur sempena Hari
Kemerdekaan Malaysia ke 53 kali ini akan memberi makna kepada semua warga sekolah
khususnya dalam menerap semangat 1Malaysia.
Jangan Malas Mandi
Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri
daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan
tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita
diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat
menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan
jantung terutamanya untuk lelaki.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 31
SK Hulu Bernam
SAMBUTAN BULAN MEMBACA
Sepanjang Bulan Julai 2010 SK Hulu Bernam
telah menjalankan berbagai aktiviti seperti
Minggu Sains dan Matematik, Minggu Bahasa
Melayu, Minggu Bahasa Inggeris, Program
Perpustakaan Mini Pendidikan Khas dan
Program Kecemerlangan Bahasa Bersama
ADap(Utusan Malaysia).
Diantara objektif sambutan Bulan Membaca ini
adalah :
Menanam dan menggalakkan membaca dalam kalangan individu khasnya murid SK
Hulu Bernam.
Memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa membaca adalah penjana kepada
usaha memperoleh ilmu yang menjadikan kita mencapai kecemerlangan dalam
kehidupan akan datang.
Guru Besar SK Hulu Bernam, Encik Hamzah bin
Salleh yang merasmikan Minggu Bahasa Melayu pada
12hb Julai 2010 berkata Minggu Bahasa Melayu akan
dapat melahirkan anak didik SK Hulu Bernam berbudi
luhur dan menyuburkan sikap tanggung jawab
terhadap bahasa ibunda.
Menurut Puan Hajjah Maziah, GPM PSS SK Hulu
Bernam, setiap tahun PSS akan menyambut Bulan
Membaca seiring dengan program NILAM (Nadi ILmu
Amalan Membaca) yang mensasarkan penglibatan semua murid di sekolah ini dari peringkat
Pra-Sekolah, murid Tahap Satu dan murid Tahap Dua dalam program membaca berkenaan.
Majlis penutupan Program Bulan Membaca telah disempurnakan oleh Puan Kamariah bt
Ibrahim, GPK Pentadbiran pada 31 hb Julai 2010 bertempat di Anjung Budi, serentak
dengan pelancaran Program AdaP (Akbar Dalam Pembelajaran).
E-Guru merupakan satu alat seperti komputer riba yang membantu pelajar untuk memahami sebutan
bahasa. Ia direka untuk menghasilkan bunyi dan suara seperti yang terkandung dalam sesuatu teks,
bahan bercetak atau gambar melalui proses imbasan.
PKG KALUMPANG – Teknologi Untuk Pendidikan Bestari Page 32
SK Hulu Bernam
SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA
Majlis Sambutan Hari Buku Sedunia
peringkat SK Hulu Bernam adalah anjuran
PIBG dan Utusan Malaysia. Sambutan telah
diadakan pada 23hb April 2010 di Anjung
Budi SK Hulu Bernam, pada pukul 8.30 pagi
hingga 12.30 tgh hari. Kehadiran wakil
utusan, wakil PKG dan PIBG turut
memeriahkan sambutan. Perasmian Hari
Buku telah disempurnakan oleh ADUN Hulu
Bernam Dato‟ Mohamed Idris bin Abu Bakar.
Kemuncak sambutan adalah program JOM
BACA JAWI tajaan PIBG SK Hulu Bernam
yang mana murid-murid sekolah ini
memperolehi 1000 naskhah akhbar jawi
sepanjang tahun 2010. Akhbar jawi ditaja
oleh Utusan Malaysia.
Program Karnival PRA Sekolah juga turut memeriahkan lagi sambutan Hari Buku yang
mana PKG Kalumpang telah mengendalikan bersama sekolah-sekolah ahli menjalankan
aktiviti Explorace. Murid-murid Pra Sekolah telah mengharungi pelbagai aktiviti mencabar di
lima stesen yang disediakan.
Sempena sambutan tersebut PSS mengadakan program yang sama anjuran Perpustakaan
Negara Malaysia iaitu membaca dan mengulas dalam sesi ulasan buku “Menakhoda
Zaman” hasil tulisan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak bertempat di Terminal NILAM.
Sambutan Hari Buku berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang
pertandingan JOM BACA JAWI dan pemenang Explorace termasuk tadika jemputan
KEMAS dan Tadika PERPADUAN. Sambutan ini juga mendapat sambutan meriah oleh
pihak PKG Kalumpang dan sekolah ahli kelompok PKG Kalumpang.
DRINK WATER ON EMPTY STOMACH
For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases: Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.