pt3 sej

4
Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2015 Persetiaan Persekutuan 1895 Tajuk Kajian: Perjanjian Persekutuan 1895 Ke Arah Sistem Pentabdiran Malaysia Yang Gemilang Nama Penulis: Mohd Ghafar Bin Mohd Zaim Objektif Utama: Untuk mengkaji kesan Perjanjian Persekutuan 1985 Terhadap Pentadbiran Malaysia Objektif Spesifik: Mengenali latar belakang Perjanjian Persekutuan 1895 Mengkaji punca, faktor, kesan Perjanjian Persekutuan 1895 Menkaji dan analisis Perjanjian Pesekutuan pada Pentadbiran Malaysia pada masa kini. Kaedah Kajian: Rujukan Sumber Ilmiah/ Internet/ Buku Sejarah 1. Pengenalan Persetiaan Persekutuan 1895 Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 12 Julai 1895. Perjanjian ini hanya berkaitan dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1874, British telah campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka melalui penubuhan Negeri-negeri Selat dan selepas termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Punca utama campur tangan tersebut susulan kebimbangan Inggeris terhadap kuasa Eropah lain yang sedang berada di Asia Tenggara seperti Perancis di IndoChina, Sepanyol di Filipina, Belanda di Indonesia. British berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan terakhir ialah negeri Pahang. Di keempat- empat negeri ini British melaksanakan sistem Residen sebagai cara pentadbiran atau pemerintahan. Bagaimanapun sisten Residen terlalu banyak kelemahan berbanding kebaikan. Idea menyatukan pentadbiran negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil

Upload: hanissya

Post on 04-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

2015

TRANSCRIPT

Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2015 Persetiaan Persekutuan 1895Tajuk Kajian:Perjanjian Persekutuan 1895 Ke Arah Sistem Pentabdiran Malaysia Yang GemilangNama Penulis:Mohd Ghafar Bin Mohd ZaimObjektif Utama:Untuk mengkaji kesan Perjanjian Persekutuan 1985 Terhadap Pentadbiran MalaysiaObjektif Spesifik: Mengenali latar belakang Perjanjian Persekutuan 1895 Mengkaji punca, faktor, kesan Perjanjian Persekutuan 1895 Menkaji dan analisis Perjanjian Pesekutuan pada Pentadbiran Malaysia pada masa kini.Kaedah Kajian:Rujukan Sumber Ilmiah/ Internet/ Buku Sejarah1. Pengenalan Persetiaan Persekutuan 1895 Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 12 Julai 1895. Perjanjian ini hanya berkaitan dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1874, British telah campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka melalui penubuhan Negeri-negeri Selat dan selepas termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824. Punca utama campur tangan tersebut susulan kebimbangan Inggeris terhadap kuasa Eropah lain yang sedang berada di Asia Tenggara seperti Perancis di IndoChina, Sepanyol di Filipina, Belanda di Indonesia. British berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan terakhir ialah negeri Pahang. Di keempat-empat negeri ini British melaksanakan sistem Residen sebagai cara pentadbiran atau pemerintahan. Bagaimanapun sisten Residen terlalu banyak kelemahan berbanding kebaikan. Idea menyatukan pentadbiran negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan agar penubuhan persekutuan untuk menggantikan sistem Residen. Cecil Smith menegaskan penubuhan persekutuan menguntungkan British dari segi politik, ekonomi, sosial serta menjimatkan masa dan wang. Frank Swettenham (Residen Jeneral) mengambil inisiatif dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 12 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan.Sila Klik:Contoh Pengenalan Dan Latar Belakang Persetiaan Persekutuan 18952. Faktor-faktor pembentukan Persetiaan Persekutuan 18952.1 Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas. Residen menjadi terlalu berkuasa. Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri. Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen.2.2 Krisis Kewangan Pahang Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British. Jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan.2.3 Perkongsian Perkhidmatan Pakar Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor Sistem Perhubungan Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan2.4 Faktor Keselamatan Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraanSila Klik:Contoh Faktor Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 18953. Kesan Persetiaan Perjanjian Persekutuan 1895 Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Perkhidmatan Awam Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu) Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral. 6. Sultan-sultan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) tidak puas hati Sultan mendesak agar bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Selain agar bahasa Melayu diiktiraf dan dijadikan bahasa rasmi.Sila klik:Contoh Kesan Persetiaan Persekutuan Terhadap Negeri Melayu4. Perkaitan Pembentukan Persekutuan Terhadap Kedaulatan Malaysia Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur Kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri Antara lain unsur penting dalam sistem federalisme di Malaysia ialah ketua negara adalah Yang di-Pertuan Agong Institusi Yang di-Pertuan Agong dibentuk setelah negara mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan Di peringkat negeri , Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman masih lagi berjalan dengan baik. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong masih lagi kukuh dan dapat berfungsi dengan baikRumusan Persetiaan Persekutuan 1895 telah memantapkan pentadbiran Malaysia pada masa ini. Kesemua negeri di Malaysia ditadbir dibawah kerajaan Persekutuan.

Sumber:Contoh Tugasan Sejarah PT3 2015 Perjanjian Persekutuan 1895 | melvister.com