psv

Upload: raj-vasan

Post on 04-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN2. DEFINISI MENGGAMBAR3. KEPENTINGAN MENGGAMBAR4. FUNGSI KEGIATAN MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR , KOGNITIF , EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAK.5. MENGGAMBAR SERTA KAITANNYA DENGAN KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK6. MEDIA DALAM BIDANG MENGAMBAR7.

PENGENALAN Menggambar merupakan bidang pertama daripada empat bidang yang diajar di dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Menggambar juga merupakan bidang paling asas berbanding tiga lagi bidang dalam Pendidikan Seni Visual. Bidang menggambar juga menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik Kegiatan yang boleh dijalankan dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, percikan, resis, gosokan dan mozek. DEFINISI MENGGAMBAR Menggambar bermaksud membuat atau menghasilkan gambar. Ia merupakan satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata atau 2D. Penghasilan kerja-kerja seni atau menggambar khasnya yang menggunakan pelbagai alatan, media dan teknik sememangnya dapat menarik minat murid. Pelbagai tekstur, warna dan saiz kertas boleh digunakan. Selain itu, kertas suratkhabar, sampul surat, kertas pembungkus hadiah, majalah, kertas tisu, kadbod dan sebagainya boleh digunakan dan disesuaikan dengan karya yang hendak dihasilkan. Dalam aktiviti menggambar, alat tulis sama ada berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah boleh digunakan untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Media kering seperti pensel, pensel warna, pen teknikal, krayon, oil pastel dan arang sesuai digunakan untuk aktiviti lukisan. Sementara media basah pula seperti warna air, warna poster, akrilik, cat minyak dan sebagainya sesuai digunakan untuk aktiviti catan.

KEPENTINGAN MENGGAMBAR

Melalui kegiatan menggambar, murid dapat :1. Berkomunikasi dengan diri sendiri dan orang lain iaitu rakan-rakan, guru, ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang lain.2. Meluahkan perasaan dan menilai serta menghargai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

FUNGSI KEGIATAN MENGGAMBAR KEPADA PERKEMBANGAN PSIKOMOTOR , KOGNITIF , EMOSI SERTA SOSIAL KANAK-KANAK. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. 1. Aspek FizikalPenggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikanseni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Di dalam aktiviti menggambar, penggunaan pensel krayon mungkin kurang sesuai bagi kanak-kanak berusia 7 ke bawah, memandangkan saiz pensel krayon yang agak kecil. Oleh itu kita seharusnya memberikan kanak-kanak saiz pensel warna yang agak besar bagi memudahkan mereka memegang pensel tersebut. Pensel yang berbentuk tiga segi juga dapat membantu kanak-kanak memegang pensel dengan kemas. Kemahiran genggaman seperti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak dalam pengawalan psikomotor mereka. Seperti menulis, menggambar dapat melatih gerak tangan untuk menghasilkan tulisan atau bentuk gambar yang lebih baik.2. Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Menggambar dalam bentuk apapun merupakan ekspresi dan sebahagian dari proses kreatif dan imaginasi mereka di masa kecil. Dengan menggambar, anak akan belajar mencipta atau berkreativiti, mengeluarkan idea-idea, serta memvisualisasikan dan merealisasikan imaginasinya dalam sebuah karya.3. Aspek Sosial dan Emosi Menggambar memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan Keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Menggambar dapat membantu meningkatkan daya tumpuan, melatih daya ingatan, kesabaran, ketelitian dan ketekunan kanak-kanak dalam menghasilkan sesuatu. Selain sebagai bentuk ekspresi, menggambar juga dapat membantu menyalurkan bentuk-bentuk emosi yang dirasakan kanak-kanak melalui gambar. Sebagai contoh, aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. Aktiviti menggambar memberi peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Selain itu, semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan juga dapat dibentuk.MENGGAMBAR SERTA KAITANNYA DENGAN KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

Setiap orang di muka bumi ini menginginkan sesuatu. Keinginan ini merupakan suatu kehendak bagi setiap manusia supaya kehidupan menjadi lebih selesa dan sempurna. Bagi kanak-kanak, pelbagai keinginan asas yang mereka perlukan bagi melancarkan perkembangan hidup mereka secara normal. Keinginan-keinginan ini penting bagi perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Adalah menjadi tanggungjawab individu yang berada di sekeliling untuk memenuhi keinginginan kanak-kanak ini agar emosi mereka akan berada dalam keadaan stabil. Antara keinginan asas kanak-kanak ialah,1. Keinginan untuk bergerak Secara zahirnya, setiap kanak-kanak gemar untuk bergerak. Had masa kanak-kanak boleh fokus terhadap sesuatu perkara adalah antara 3 hingga 5 minit sahaja. Jika melebihi had tersebut, kanak-kanak akan mula bergerak. Antara contoh perkara yang dilakukan apabila mereka tidak dapat menumpukan perhatian adalah apabila mereka mula menggoyangkan badan mereka, mencuit-cuit rakan sebelah, membuat bising dan sebagainya.2. Keinginan untuk Berjaya dan Diperkenankan Kebiasaannya, kanak-kanak akan merasa gembira apabila mereka diberi penghargaan.Penghargaan positif perlu diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka lebih bermotivasi dan akan mengulang perlakuan yang mereka lakukan kerana bagi mereka perlakuan yang telah dilakukan telah diperkenankan oleh orang sekeliling. Setiap aktiviti yang dirancang oleh guru prasekolah atau individu sekeliling mestilah mementingkan kebolehan kanak-kanak untuk berjaya. Masyarakat perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berjaya kerana mereka akan merasa seronok.3. Keinginan untuk Bersaing Persaingan merupakan suatu perkara yang baik untuk perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak amat kompetatif apabila melakukan aktiviti permainan. Bagi kanak-kanak, mereka ingin menunjukkan diri mereka hebat. Contohnya apabila rakan mereka dapat menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak, mereka keinginan mereka bersaing terserlah apabila mereka terus berusaha supaya mereka boleh mengalahkan rakan mereka.4. Keinginan untuk Meneroka dan Mengembara Aspek ini boleh dilihat apabila kanak-kanak yang mempunyai kebolehan verbal yang tinggi akan banyak bertanyakan soalan kepada orang dewasa. Soalan seperti apa tu?, kenapa jadi macam tu?, yaya nak buat. dan banyak lagi. Keinginan ini juga boleh diperhatikan apabila orang dewasa membawa kanak-kanak taman permainan. Kanak-kanak ini bagaikan baru terlepas dari kandang kerana mereka berlarian untuk bermain dan mencuba setiap jenis permainan yang ada.5. Keinginan untuk Melahirkan Perasaan melalui Pergerakan Keinginan ini boleh diperhatikan apabila kanak-kanak mula berdiri. Sebagai contoh, sedarkah anda apabila kita memasang lagu atau muzik, kanak-kanak yang baru belajar berdiri ini akan terikut-ikut menggerakkan badan dan kaki mereka. Mereka seakan-akan sedang menghayati dan terangsang untuk bergerak mengikut lagu yang dipasang. Kanak-kanak ini boleh memberi respon yang baik kepada muzik dengan mengikut rentak dan irama melalui pergerakan yang dihasilkan.

MEDIA DALAM BIDANG MENGAMBAR Seperti yang dinyatakan terdahulu, terdapat sembilan aktiviti dalam bidang menggambar. Terdapat dua jenis media yang terlibat dalam bidang menggambar iaitu media kering dan media basah. Media merujuk kepada alat atau bahan utama digunakan dalam sesebuah karya seni. Contoh media-media kering ialah pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Manakala media basah pula ialah warna yang bersifat basah atau berminyak. Sebagai contoh, cat air merupakan media yang menggunakan warna yang hanya boleh dicairkan menggunakan air. Antara media basah lain yang menggunakan air ialah cat poster, cat akrilik, dan cat tempera.

Media Kering 1. Pensel Dibuat daripada arang dan tanah liat. Pensel jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.

2. ArangAsalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. Media yang tertua sekali. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

3. Media Pen dan DakwatPelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci.

4. Media PastelTerdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal.

Oil pastel Soft pastel

Media Basah

1. Cat AirSecara asasnya, catan cat air merupakan catan yang bersifat lebih lutcahaya(transparent)atau kelihatan nipis atau kurang warna . Catan cat air jarang menggunakan warna putih kerana dalam catan cat air, warna putih biasanya diwakili oleh warna putih dari kertas yang digunakan. Oleh itu warna pada catan cat air biasanya kelihatan lebih pudar berbanding warna pada catan cat poster dan catan akrilik. Ada juga catan cat air yang menggunakan teknik yang lebih legap atau tebal (opaque).

2. Cat PosterBiasanya catan cat poster ini bersifat legap dan 'garang'. Warna putih digunakan untuk dapatkan bancuhan warna lebih cerah. Warna poster ni paling sesuai digunakan untuk buat poster. Ciri-ciri poster ialah menonjol, menarik, dan boleh menarik pembaca/pembeli. Teknik yang digunakan pada catan cat air masih boleh digunakan pada catan cat poster kerana perbezaannya yang tidaklah terlampau ketara.

3. Cat AkrilikSifatnya hampir menyerupai cat minyak. Catan ini kurang menggunakan air dan sifat legapnya sangat tinggi berbanding cat poster. Pengkarya boleh menggunakan teknik catan cat air dan juga teknik catan cat minyak pada catan cat akrilik. Ini kerana apabila dibancuh dengan air, ianya akan menjadi cair seperti cat poster dan sesuai digunakan atas kertas cat air. Jika tidak dibancuh atau digunakan terus dari tiub, ia akan menjadi seperti cat cat minyak dan sesuai untuk permukaan kanvas.

4. Cat MinyakCat minyak sangat likat, pekat, bersifat legap secara maksimum dan tidak boleh dibancuh dengan air. Cat minyak hanya boleh dibancuh dengan minyak dan minyak yang biasa digunakan untuk cat minyak ialah minyak linsid. Berus dan bahan digunakan untuk catan ini dibersihkan menggunakan pencair seperti turpentin (minyak tanah) dan thinner.

Contoh soalah yang boleh dikemukakan mengikut aras Taksonomi Bloom adalah sepertiberikut:

PeringkatContoh soalan-soalan

penilaianAdakah hasil karya kamu menggambarkan pemandangan sebenar di kampong kamu?

SintesisNyatakan atau lukiskan apa yang kamu nampak dalam kampung kamu?

AnalisisApa yang ada dalam lukisan kamu? Pokok? Haiwan? Kolam? Rumah?

AplikasiBayangkan suasana di kampung kamu. Cuba kamu lukis apa yang kamu

bayangkan.

KefahamanBagaimana suasana di kampung kamu? Sunyi? Bising? Nyaman? Seronok?

PengetahuanApa yang kamu nampak di kampung kamu? Gunung? Laut? Sungai?sawah?

BIBLIOGRAFI

Abdul Shukor Hashim et. al., (2011). Perkembangan seni kanak-kanak. Seri Kembangan : Open University Malaysia.Haslina Madon, (2011). Menggambar. Seri Kembangan : Open University Malaysia.Mok Soon Sang, (2012). Perkembangan kanak-kanak. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Rousliluddin Ambia et. al., (2011). Pengenalan pendidikan seni visual. Seri Kembangan : Open University Malaysia.Victor Lowenfeld, (1987). Creative and mental growth. New York : Mc.Millan.Zulkifli Yaakob, (2010). Seni dalam pendidikan. Seri Kembangan : Open University Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002). Huraian sukatan pelajaran pendidikan seni visual. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.