psv
TRANSCRIPT
mengumpulkan maklumat dan membuat folio tentang jenis-jenis
pentaksiran psv
menghasilkan pengurusan grafik tentang banding beza jenis-jenis
pentaksiran psv
jenis pentaksiran: autentik , performance based , tindakan penambahbaikan ,
motivasi , aspek nilai dan sahsiah , pembentukan watak , berbantukan
komputer , kendiri
Pentaksiran autentik
Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang
mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut
Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan
kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan
memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang
bermakna.
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh seperti yang disebut
oleh HillS (1993);
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi
pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran
sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang
melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang
membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka
sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan.
‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam
pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).
Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai
untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang
pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut:
a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk
perkembangan kanak-kanak:
- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan
tanggapan seterusnya melahirkan konsep.
- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati
ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis.
b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan
kanak-kanak
c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan
kesinambungan subjek.
Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam
menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal
kanak-kanak.
Antara ciri-cirinya ialah:
i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.
ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv. Subjek membina maksud yang tersirat.
v. Berpusatkan kanak-kanak.
Contoh-contoh pentaksiran autentik;
Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair
(pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
Kesimpulan Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak
dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga
akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan
perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih
tinggi.
Pentaksiran Performance Based
Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan
subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini
mengkhendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga
menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,
penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran
berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan
melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam
memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar menggunakan
kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia
sebenar.
Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:
1. Portfolio (dapatan hasil kerja)
Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari
semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian
terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.
2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar).
Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan
keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.
3. Mengukur berdasarkan keupayaan.
Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-
- Bahan penulisan
- Persembahan
- Gerak kerja projek
Pentaksiran dan Motivasi
Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor
dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan
menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat
terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan
suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan.
Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri
manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;
sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya
sama ada secara negatif atau positif
Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan
Darjah Kesungguhan
Stimulator / semangat
Tiga Kategori Motivasii. Motif Primer :· Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar· Faali/psikologis· Keinginan untuk makan & minum
ii. Motif Umum:· Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar
· Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia· Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan
iii. Motif Sekunder:
· Tumbuh sebagai hasil proses belajar· Tidak berhubungan dengan proses faali· Kebutuhan berprestasi & berkuasa
Pentaksiran Konsep kendiri
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep
kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi
persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan
tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik
terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang
pelajar benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang
pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi,
pertimbangan dan penilaian. Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan
seterusnya mengenal diri sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep
kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan
kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan
persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami
konsep kendiri.
Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963),
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:
tanggapan diri seseorang individu
proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi,
peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada
interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri
tingkah laku perasaan dan fikiran.
Fungsi
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian
kendiri;
membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi
terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu
kemahiran atau disiplin ilmu;
memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan
perancangan bagi pembelajaran seterusnya;
memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai
perkembangan diri dan pencapaiannya;
mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan
kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran,
dan
membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.
Kaedah:
1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan
menepati matlamatnya guru hendaklah
meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses
pembelajaran
mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat
penilaian kendiri.
melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka
berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik
membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan
kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya;
2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan
menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak
dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian
meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian
terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh
pelajar tersebut.
Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai
dirinya sendiri itulah menjadi”penilaian kendiri”
Konsep Kendiri Positif
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,
mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga
meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak
baik dan stabil.
Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
Menghargai
Memuji orang lain
Puas hati dengan pencapaian
Murah hati
Mudah berkawan
Puas hati dengan dirinya
Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
Peramah
Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif
Cenderung untuk merasa salah
Takut kepada kegagalan
Sering merasa bimbang
Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
Pencapaian akademik yang rendah
Tidak gemar kerja mencabar
Kurang keyakinan pada diri sendiri
Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti