psv k2 form 5 2013

Upload: mohd-burhanuddin

Post on 10-Feb-2018

340 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 PSV K2 form 5 2013

    1/1

    ARAHAN:

    1. Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari peperiksaan.2. Jawab satu soalan sahaja.3. Anda perlu menyediakan peralatan yang lengkap seperti pensil warna/ warna poster/ cat

    air, berus lukisan, bekas pembancuh warna, kertas lukisan dan sebotol air.4. Anda TIDAK DIBENARKAN meniru, merujuk gambar atau berbincang, berkongsi atau

    meminjam alatan daripada calon lain ketika peperiksaan sedang dijalankan.

    5. Waktu mencuci peralatan hanya dibenarkan setelah peperiksaan tamat.6. Pastikan guru menandatangani kertas lukisan anda sebelum anda mula melukis.7. Tuliskan nama, tingkatan dan nombor soalan di sudut kanan sebelah atas kertas lukisan

    dalam ukuran 5cm x 8cm

    TAJUK:

    1. Anda sedang menyelam di dasar laut yang terdapat pelbagai jenis hidupan laut. Di situjuga terdapat pelbagai jenis batu karang yang berwarna-warni. Anda berasa sangat kagumdengan pemandangan tersebut. Gambarkan pemandangan menarik ini dengan memberi

    fokus kepada seekor hidupan laut kegemaran anda.

    2. Ketika waktu hampir malam atau senja di perkampungan air di muara sungai, terdapatbeberapa buah rumah yang terletak berdekatan antara satu dengan lain. Kelihatan cahayalampu memancar melalui tingkap dan kekisi menerangi sebahagian daripada jeti,peralatan menangkap ikan dan ombak kecil di permukaan air. Gambarkan keadaan inidengan mengambil kira ruang hadapan, tengah dan belakang.

    3. Di satu sudut bilik tidur, terdapat meja kecil yang di atasnya kelihatan sebotol minyakwangi, bedak dan kotak perhiasan. Berdekatan meja tersebut terdapat lampu tidur.Gambarkan suasana tersebut.

    4. Pada suatu pagi kamu melawat ke sebuah sawah padi di kampung kamu. Beberapa orangpetani sedang menuai padi. Di sepanjang jalan di tepi sawah padi tersebut terdapatbeberapa ekor lembu yang sedang berehat. Kamu tertarik dengan keindahanpemandangan di sawah padi tersebut. Gambarkan suasana tersebut.

    5. Di atas sebuah meja makan, terhidang sajian minum petang. Terdapat sebiji kek yangtelah dipotong, seteko minuman, 2 biji cawan beserta piring dan sekotak tisu. Gambarkandari jarak dekat.

    6. Anda berjalan di kawasan yang pelik dan aneh. Seekor naga tiba-tiba muncul di hadapananda dengan menyalakan api. Gambarkan suasana yang cemas itu dengan menggunakan

    perspektif yang menarik dan gubahan warna serta jalinan.

    KERTAS SOALAN TAMAT

    SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASAJAYA 2

    PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

    PENDIDIKAN SENI VISUAL KERTAS 2

    TINGKATAN 5MASA: 2 JAM

    5cm

    8cm

    Kertas lukisan

    Nama:

    Tingkatan:

    No. Soalan:Tandatangan Guru: